Dia JodohKu

By ArielGirl_

232K 6.6K 97

"Dia Jodohku" Miasarah akur akan kehendak keluarganya untuk menjodohkan dia dengan anak sahabat kepada papany... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47

Part 34

3.4K 92 0
By ArielGirl_

" Sayangg ." Mia terdengar sayup-sayup suatu suara memanggilnya. Dia mencari-cari suara tersebut. Dia menguatkan diri untuk membuka matanya. Mia membuka sedikit demi sedikit kelopak matanya yang terasa berat.

Dia sedar bahawa dia berada di bilik yang sangat gelap . Di hadapannya berdiri seorang lelaki yang amat dia kenali iaitu suaminya yang tercinta . Rizky melemparkan senyuman yang sangat manis kepadanya. Mia membalas .

Rizky mendekatinya setapak demi setapak . Bola mata Rizky merenung tepat ke arah Mia. Senyuman tak pernah lekang di bibirnya . " Mia. " Rizky memanggil lalu tangannya mengenggam erat tangan Mia .

Mia membiarkan tindakannya malahan turut mengenggam tangan Rizky . " Mia , abang terpaksa pergi sekarang . " kata Rizky . Mia tersentak . " Abang nak pergi mana ? " Mia kehairanan . " Mia nak ikut , boleh ? " tambah Mia .

Rizky mengeleng " Abang akan pergi jauh , sayang . Sangat jauh dari hidup Mia . Mia tak boleh ikut . Mia mesti teruskan hidup Mia . Abang minta maaf kalau abang pernah lukakan hati Mia atau terkasar bahasa terhadap Mia . Abang sangat sayangkan Mia . Harap Mia boleh hidup tanpa abang . Abang tahu Mia kuatkan . Teruskan hidup Mia dengan orang yang Mia sayang . Abang akan sentiasa doakan kebahagian Mia. " jelas Rizky mengelus pipi Mia lalu menarik Mia ke dalam pelukkannya buat kali terakhir .

Mia menitiskan air mata . Sebak dirasakannya saat itu . Rizky meleraikan pelukkannya . " Selamat Tinggal , Mia . Abang sayang Mia . " ucap Rizky mengesat air mata Mia yang deras nengalir lalu mengucup lembut dahi Mia . Setelah itu , dengan perlahan-lahan Rizky menuju ke cahaya terang yang secara tiba-tiba menerangi bilik tersebut . Bayang Rizky semakin hilang dalam cahaya tersebut .

" ABANG ! ABANG ! JANGAN TINGGALKAN MIA ! " Mia menjerit sekuat hatii .
" Miaa. Bangun, Mia. " suara garau tersebut memanggilnya kembali. Kali ini dia merasakan badannya di gerakkan . Dia cuba mengenalpasti suara tersebut. Suara Rizky.

Dengan segera Mia membuka matanya, terlihat Rizky dihadapannya. Dia terus memeluk Rizky. Dia menangis tersedu-sedu . " Ya Allah, Mia. Mia mimpi ni . Istigfar Mia. Mia mimpi apa ni ? Tenang Mia. " Rizky terkejut melihat Mia yang sedang meracau . Rizky segera menenangkan isterinya.

" Abang, jangan tinggalkan Mia, bang. Mia mimpi abang tinggalkan Mia . Please, bang . Mia merayu jangan tinggalkan Mia . Mia takut kehilangan abang. " rayu Mia yang semakin kuat tangisannya . Rizky mengeratkan dakapannya sambil cuba menenangkan Mia yang semakin kuat tangisannya.

" Ye , ye . Abang takkan tinggalkan Mia la . Abang janjii, sayang. " pujuk Rizky . " Dah-dah. Abang ada kat sini la. Abang tak pergi mana pun. Mia jangan risau. " tambah Rizky. Risau hati Rizky melihat Mia ternganggu oleh mimpinya. Setelah beberapa minit kemudian, tangisannya beransur reda dan Mia telah pun tenang namun masih tersedu-sedu.

Dengan berhati-hati, Rizky membaringkan kembali isterinya. Dia membetulkan rambut isterinya yang kusut. Menyeka sisa air mata Mia dengan ibu jarinya. Kuat Mia menangis tadi. Mimpi yang menganggu tidur isterinya itu sangat menakutkan isterinya sehingga membuatkan Mia menangis tersedu-sedu.

Rizky menyelimutkan isterinya sehingga paras dada. Selepas itu , dia membisikkan beberapa doa agar tidur isterinya tidak diganggu kembali oleh mimpi-mimpi buruk.

Sejak pagi lagi, aktiviti Mia adalah mengemas serta membersihkan rumah. Dia sudah mulai dapat bergerak bebas disebabkan dia tidak memerlukan tongkat untuk bergerak. Kaki Mia suda mulai sembuh sepenuhnya .

Rizky sudah kembali ke pejabat semula. Dia mungkin akan mulai sibuk disebabkan ketiadaannya di pejabat selama beberapa hari yang lalu. Mesti banyak yang perlu dia uruskan. Rizky memaklumkan dia akan pulang tengahari ini.

Setelah beberapa jam mengerjakan kerja-kerja rumah, Mia melepaskan lelahnya di ruang tamu. Dia duduk di sofa sambil mendepakan tangannya. " Huh ! Penatnya !" kata Mia sambil mengelap peluh di dahinya yang hampir mengalir.

Mia melihat jam dinding . Pukul 12 tengahari. " Alamak , Rizky dah nak balik. Kejap lagi lunch break. " Mia melangkah ke dapur untuk menyediakan makan tengahari.

Dia membuka peti sejuk lalu mengeluarkan ayam, sayur hijau serta buah oren lalu di letakkan di atas meja dapur. Mia memulakan masakkannya dengan mencuci beras lalu memasaknya di dalam rice cooker . Dia mulai menghidupkan api dan memula memasak ayam masak kicap resepinya sendiri.

Selepas ayam siap dimasak, Mia beralih untuk memasak sayur. Mia membuka buah oren dari plastik bungkusan lalu dipotong empat bahagian. Diletakkan ke pinggan lalu disusun kemas.

Setelah semuanya selesai dimasak , Mia menghidangkan makanan tersebut ke dalam mangkuk kaca bertutup dan dihidangkan ke atas meja makan.

Mia melihat hasil kerjanya. Dia tersenyum sendiri menandakan dia berpuas hati dengan masakannya hari ini. Sementara menunggu Rizky balik, dia naik ke bilik untuk membersihkan diri memandangkan dia baru habis mengemas rumah. Rimas rasanya .

" Assalamualaikum . " Rizky melangkah masuk ke dalam rumah . Tak ada orang. " Assalamualaikumm . Mia ? Abang balik dah balik. " dia kembali memberi salam memandangkan tiada yang membalas. Dia duduk di sofa untuk merehatkan diri sebentar.

Mia yang baru sahaja selesai mandi , turun ke bawah terlihat suaminya di sofa . " Eh , abang. Dah lama sampai ? " soal Mia lalu duduk di sebelah suaminya.

Rizky mengangkat kepalanya . " Hmm , tak lah. Baru je pun . Mia pergi mana tadi ? " Rizky menyoal kembali . " Sorrylah , Mia kat dalam bilik baru lepas mandi tadi. " jelas Mia sambil menyanggul rambutnya yang terurai tadi.

" Oh , patutla wangi semacam je . " sakat Rizky sambil tersenyum sumbing . " Ish abang ni. Jom makan . Abang belum makan kan ? " ajak Mia .

" Hmm , belum lagi . Eh, mana tongkat Mia ? Kaki dah okey ke ? " kata Rizky yang membuntuti Mia terlihat isterinya berjalan seperti biasa.

" A'ah . Alhamdulillah . Kaki dah sembuh dah . So ? dapat la berjalan macam biasa . " kata Mia sambil membuka penutup-penutup mangkuk makanan . Bau haruman makanan terus memenuhi ruang makan.

" Hmm, sedapnya bau. " Rizky memuji . Terbuka selera Rizky apabila terhidu bau wangi masakan Mia . Mia tersenyum melihat gelagat suaminya .

Mia mengambil pinggan lalu menghidangkan nasi ke dalamnya . Diletakkan di hadapan Rizky. Rizky mengambil beberapa ketul ayam dan sedikit sayur. Berselera suaminya makan.

Mia masuk ke dapur untuk membuat Milo panas buat suaminya. Mia keluar dari dapur lalu meletakkan cawan tersebut di hadapan Rizky. Rizky terus menghirup Milo tersebut lalu menyambung menyuap nasi. Mia menarik kerusi lalu duduk di sebelah Rizky. Mia menongkat tangannya sambil melihat suaminya makan . Dia mengukir senyuman.

Continue Reading

You'll Also Like

40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...