Dia JodohKu

By ArielGirl_

232K 6.6K 97

"Dia Jodohku" Miasarah akur akan kehendak keluarganya untuk menjodohkan dia dengan anak sahabat kepada papany... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47

Part 20

5.2K 216 1
By ArielGirl_

Selepas selesai makan tengahari, aku menolong mama di dapur. Aku mencuci pinggan mangkuk manakala mama sibuk menyediakan minuman untuk Papa serta Rizky. Mereka sedang berbual di luar rumah.

Mama mengarahkan aku untuk menghantar minuman tersebut kepada papa dan Rizky. Aku mengangkat dulang yang berisi 2 cawan minuman. Kopi O untuk Papa dan Milo panas untuk Rizky. Almaklumlah , Rizky ni alahan dengan kopi.

Aku meletakkan minuman tersebut di meja kecil di hadapan mereka.

" Amboii, gila sakan nampak papa dengan Rizky berbual " aku sempat mengusik lalu mengambil tempat duduk disebelah Rizky.

" Takdelah . Biasalah cerita orang lelaki. Mana mama ? " soal papa sambil mencari-cari kelibat mama di dalam rumah.

" Oh! Mama ada tu di dapur. Kejap lagi keluar lah tu. " jawabku .

Mama keluar membawa kek batik kegemaranku . Yumm ! Terliurr ! Mama meletakkan di meja lalu duduk di sebelah Papa . Aku terus menyambar kek tersebut.

" Ish ! Tak sabar-sabar lah Mia ni " marah mama . Aku tersengih-sengih lalu memasukkan kek ke dalam mulut. Rizky tersenyum melihat gelagatku sambil menghirup minumannya.

" Mama nak tanya ni , bila korang nak pergi honeymoon ni sementara Rizky masih cuti. Nanti Rizky dah start kerja, tak dapat pula nak pergi honeymoon. " soal mama panjang lebar. Hampir sahaja aku tersedak bila dengar perkataan " honeymoon" dari mulut mama.

Rizky menghulurkan minumannya lalu aku menghirupnya sedikit . Huh ! Lega ! " Apalah awak ni , tetiba je tanya macam tu kat budak-budak ni . Time makan pulak tu , mana taknya Mia tu tersedak . " marah papa sambil melihatku.

" Ish ! Abang ni. Niat saya nak tanya je, mana lah saya tau Mia tu akan tersedak. " jelas mama. Aku mengurut dadaku perlahan. " Eh , takpe ma, pa . Mia okey. " jawabku.

Aku mengukir senyuman . Papa masih lagi ambil berat tentangku walaupun aku sudah bernikah. " Insha allah, ma . Kalau ada rezeki Rizky nak ajak Mia pergi honeymoon juga. " jelas Rizky. Mataku membulat melihat Rizky menjawab sedemikian. Dia memandangku lalu mengangkat keningnya. " Oh, baguslah macam tu. Nanti korang bincanglah nak honeymoon pergi mana . " mama menjawab. Aku hanya mengangguk apabila mama melihatku.

--skip--

Aku duduk di sofa sambil melihat keluar tingkap. Aku memandang melihat pemandangan indah di luar sana . Sungguh membosankan. Pintu bilik dibuka , Rizky masuk lalu berbaring di katil.

" Bosan kan ? " kata Rizky sambil menutup matanya.

" Hm. Bosan sangat. " jawabku lalu melihatnya.

" Oh ya, soal honeymoon tu. Mia nak honeymoon kat mana? " soalnya lalu duduk bersila di atas katil.

" Mia pun tak tau. " jawabku sambil mengangkat bahu.

" Hmm? " Rizky memikirkan sesuatu.

" Apa kata kita pergi Sabah? " cadang Rizky.

" Bunyi macam best je pergi sabah. Okey jugak. Mia pun dah lama teringin nak pergi sana. " aku teruja.

" Okeylah macam tu . Mia setuju lah ni kalau kita honeymoon kat sabah ? " soalnya untuk kepastian. Aku mengangguk teruja sambil mengukir senyuman. " Bila kita nak pergi ? " soalku.

" Kita pergi bulan depan lah , nak ? " cadangku. Rizky mengangkat thumb up tanya setuju . Aku teruja untuk honeymoon kat sabah . Yeahh !

Continue Reading

You'll Also Like

40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...