Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)

By ReginaAkhira

1.2M 61.1K 2.9K

Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja anta... More

Description
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
PART 30
PART 31
PART 32
PART 33
PART 34
PART 35
PART 36
PART 37
PART 38
PART 39
PART 40
PART 41
PART 42
FOR BELOVED READERS
PART 43
PART 44
PART 45
PART 46
PART 47
PART 48
PART 49
PART 50
For beloved readers 🤍
PART 51
PART 52
PART 53
PART 54
PART 55
PART 56
DEAR READERS!!!
PART 57
PART 58
PART 59
PART 60
PART 61
PART 62
PART 63
PART 64
PART 65
PART 66
PART 67
PART 68
PART 69
FOR BELOVED READERS 🤍
PART 70
PART 71
PART 72
PART 73
PART 74
PART 75
PART 76
PART 77
PART 78
PART 79
PART 80
PART 81
DEAR READERS
PART 82
PART 83
PART 84
PART 85
PART 86
PART 87
PART 88
ATTENTION‼️
PART 89
PART 90
PART 91
PART 92
PART 93
PART 94
PART 95
DEAR READERS,
PART 96
PART 97
PART 98
PART 99
RAMADHAN KAREEM🥰
PART 100
PART 101
DEAR BELOVED READERS
PART 102
PART 103
PART 104
PART 105
PART 106
PART 107
PART 108
PART 109
DEAR READERS
PART 111
PART 112
PART 113
Q&A 👀
PART 114
PART 115
PART 116
PART 117
PART 118
PART 119
DEAR READERS

PART 110

6.4K 352 15
By ReginaAkhira

Ayrena meluru keluar dari bilik untuk ke dapur. Saat tiba di anak tangga, dia meliarkan mata mencari Ace. Darren kata Ace ada di Mansion untuk menjaga dia dan Mia, namun sedari tadi bayang Ace pun dia belum nampak. Mujurlah Mia sudah tidur nyenyak selepas saja beberapa minit Darren pergi tadi.

Sampai saja Ayrena di dapur, bergegas dia ambil gelas dari rak. 
Air putih yang diisi penuh diminum rakus hingga habis licin. Entah apa yang membuatkan dia mampu untuk minum air putih itu dengan kuantiti yang banyak. Takut mungkin!

Usai Ayrena basuh kembali gelas yang digunakan, cepat-cepat dia berpatah balik ke tangga. Dalam keadaan perasaan yang tidak sedap sekarang lebih baik dia tidak meninggalkan Mia berseorangan di dalam bilik.

"Cik Ayrena, kenapa tak tidur lagi?" Ace menegur sebaik saja melihat Ayrena.

"I belum mengantuk lagi," jawab Ayrena ringkas. Tubuh Ace dilihat dari atas hingga bawah, segak sungguh. Lagi pula Ace memakai baju serba putih. Namun tidak sekacak Darren Del Lucca. Di hatinya Darren Del Lucca saja yang berjaya mendapat tempat nombor satu.

"I masuk dulu, nak temankan Mia. By the way Ace, Darren ada cakap ke dia meeting dekat mana? Or pukul berapa nak balik?"

"Bos tak cakap pula pukul berapa bos nak balik. Cik Ayrena nak saya call bos ke?" Soal Ace sambil menunduk melihat Ayrena. Dari pandangan mata saja dia dapat teka yang Ayrena sedang mengantuk. Matanya sudah separa terbuka dengan mata yang memerah. Sesekali Ayrena menguap luas di hadapannya.

"Tak apalah kalau macam tu, I tunggu Darren balik je." Ayrena menguap lagi. Kelopak matanya digosok-gosok menggunakan kekura tangan. Entah kali keberapa dah dia menguap.

"Bos pesan untuk cik Ayrena tidur je dulu jangan tunggu dia. Mungkin bos balik lambat sikit." Tambah Ace lagi. Kasihan pula apabila melihat muka Ayrena yang semakin mamai. Berjalan pun dah macam orang tak betul.

"It's okay, I boleh tunggu dia."

"Kalau macam tu saya turun dulu, kalau cik Ayrena nak apa-apa jerit je nama saya." Ayrena membalas dengan anggukan kecil. Matanya sudah kian memberat. Sebaik saja Ace pergi Ayrena terhuyung-hayang mencari jalan kembali ke dalam master room.

"Sampai pun," Ayrena merangkak naik ke atas katil. Terbuka kecil mata Mia sebaik saja merasakan gegaran yang berpunca dari Ayrena.

"Shh, Mia tidur ya." Peha Mia ditepuk perlahan sebelum Mia kembali lena.

_________

"Bos, semua okay ke?" Soal Ace di muka pintu.

Darren berjalan masuk dengan membawa satu beg plastik di tangan. Diikuti dengan yang lain di belakang sambil memapah Bob.

"Semua okay, Bob je luka teruk sikit. Yang lain luka ringan je," Mendatar Darren bersuara.

"Bos, ini bukan luka teruk sikit bos, separuh mati saya ni," rungut Bob sambil terhincut-hincut.

"Baru kena belasah sikit dah nak over," Bebel Darren lagi sebelum menghilang ke dapur.

"Ini bukan separuh mati, suku pun tak sampai ni." Kas menampar pipi kiri Bob. Terteleng Bob ke tepi. Melebih-lebih sungguh!

"Korang tahu apa? Yang kena belasah aku tahu tak," Tambah Bob lagi. Kaki dilunjurkan ke atas meja.

"Sini, biar aku letak ubat sikit," Ickey duduk di sisi Bob.

"Pedih ke krim tu?" Bob tutup seluruh muka menggunakan kedua tapak tangan. Tak sanggup lagi dia merasakan kepedihan yang lain. Sudahlah tadi maruahnya sebagai seorang lelaki hampir tercalar.

"Harap badan je besar, sakit sikit pun tak boleh tahan," Darren kembali ke ruang tamu dengan membawa segelas air sejuk.

"Minum ni," gelas air diberikan pada Bob.

"Bos bagi saya?"

"Tak nak ke? Tak nak aku minum,"

"Nak bos, nak. Saya haus sangat ni. Terima kasih bos. Tengok, korang ada? Bos bagi aku sorang je air ni. Ini maknanya aku pekerja kesayangan bos. Korang ada apa? Nothing," Bob buat memek muka menganjing sebelum meneguk segelas air sejuk hingga habis.

Reaksi Darren hanya menggeleng sebelum tersenyum sinis.

"Kau ni kan Bob, nasib baiklah lemak kau jadi penyelamat kau hari ni," Darren duduk bersandar di satu sofa. Chewing gum berperisa mint dibawa keluar daripada bungkusan sebelum
dihala ke ulas bibir.

"Betul tu, kalau tak ada lemak kau tu, hurm tak ada keturunan lah kau," sampuk Ezra dengan gelak ketawa berdekah-dekah.

"Spill the tea please," Ace mencelah.

"Ni si Bob ni, kau tanyalah dia. Aku nak cerita pun aku..." Ayat dibiarkan bergantung dengan sambungan gelak ketawa Kas dan Kar.

"Aku naik atas dulu,"

"Okay boss!"

"Goodnight boss,"

"Hurm, goodnight!" Jawab Darren tanpa menoleh.

Pintu bilik ditutup perlahan. Pusing saja belakang dia tersenyum kecil apabila melihat Ayrena yang tersengguk-sengguk sambil menepuk-nepuk Mia.

Darren berjalan ke arah kanan katil tempat di mana Ayrena berada.

"Hey, honey." Bisik Darren perlahan.

Drastik Ayrena buka mata.
"Awak baru balik? Saya tak dengar pun awak masuk." Tanya Ayrena dengan suara perlahan. Risau Mia terjaga dari tidurnya.

"Hurm, baru sampai."

"Awak bergaduh ke?" Terbangun Ayrena daripada baring apabila perasan luka kecil yang berada di bibir dan pipi Darren.

"Tak adalah. Terlanggar bucu dinding je tadi,"

"Alasan pun, budak tadika pun lagi hebat nak cipta alasan. Sekejap saya ambil ub..." Belum sempat Ayrena turun dari katil Darren sudah menghalang terlebih dahulu.

"No need. Aku boleh buat sendiri. Kau tidur lah,"

"No, saya tolong awak," Ayrena masih berdegil.

"Shhh! Mia tidur," Darren tekap Mulut Ayrena dengan hujung jari.

"Apa yang shhh?" Jawab Ayrena masih dalam nada perlahan.

Tiada pilihan, penyudahnya Darren ambil langkah mudah untuk mendiamkan Ayrena.

Tubuh kecil Ayrena ditarik ke dalam dakapannya.

Lantas terdiam Ayrena. Apa pula yang sudah merasuk Darren ni. Tiba-tiba nak jadi romantik pula.

____________

Jam di skrin telefon dilihat sekilas.
9.30 pagi!

"Serius? Dia tiba-tiba jadi romantik semalam?" Jelas kedengaran suara Atheena di hujung talian.

"Iya buat apa aku nak tipu kau? Pelik kan?"

"Kau patut rasa happy lah kalau macam tu, dia cuba nak jadi romantik dengan kau,"

"Bukan apa Atheena, aku rasa aku lagi suka Darren yang sendu tak ada perasaan, tak adalah aku ni rasa malu sangat, ni kalau dia jadi romantik macam ni, setiap masa nanti aku blushing."

"Kau ni, macam itu pula! By the way Ayrena kau jadi ke nak ikut Darren pergi France tu?"

"Of course jadi, aku tengah cuba nak jadi isteri mithali ni, setiap tempat dia pergi aku nak ikut, apa yang di cakap aku turutkan. Baru lah boleh jadi isteri mithali."

"Baguslah, so kau dekat mana ni?"

"Aku? Dekat balkoni lah, tempat favourite aku."

"Suami kau dekat mana?"

"Dapur," jawab Ayrena bersahaja.

"Hurm, dah macam mana tu nak jadi isteri mithali?"

"Kau ni, aku baru niat je."

Tok!

Tok!

Tok!

"Mama, papa panggil mama dekat bawah," panggil Mia di celah pintu.

"Okay Mia, nanti mama turun."

_________________

"Bos, ni makanan yang bos minta," satu persatu hidangan dihidangkan di atas meja kecil di dalam private jet milik Leo D'Errico.

"Stop there," arah Leo sebaik saja pekerjanya ingin berlalu pergi.

"Ya, bos? Nak apa-apa lagi ke?"

Leo menanggalkan coat yang dipakainya sebelum dihulur kepada seorang pekerjanya.

"Pegang ni, berdiri dekat situ sampai aku habis makan."

"Baik bos,"

_________________

"Kau rasa Cik Ayrena bahagia tak?" Soal Nadine sambil bermain-main dengan call Bell.

"Soalan kau pun," Lily menggeleng dengan soalan yang ditanyakan Nadine.

"Mestilah bahagia, dahlah dapat suami handsome, kaya macam tu siapa je tak bahagia?" Jawab Rita panjang. Untung sungguh jadi Cik Ayrena. Kalaulah takdir dia pun sebegitu nanti. Dapat berjodoh dengan orang luar negara juga pun seronok.

Ting!

Ting!

"Haa, panjang umur. Cik Ayrena ada send gambar lah," Kak Su mencelah sambil meneliti skrin telefon. Setiap gambar yang Ayrena hantar mereka belek satu persatu.

"Sweet juga suami Cik Ayrena," Puji Lily sambil tersenyum melihat gambar Ayrena dan Darren yang berada di satu sudut. Di belakang mereka ada air terjun buatan yang nampak mewah dan cantik.

Wajah Ayrena yang tersenyum manis membuatkan Lily makin senyum lebar.

______________________

Del Lucca's Mansion, Italy

"Awak nya dah kenapa duduk tepi tingkap dah macam orang depression dah rupanya tu," soal Grandma seraya melihat Grandpa yang duduk termenung di tepi tingkap ruang tamu.

"Darling Ku, suami mu ini tengah fikir masa depan. Awak tahu apa?"

"Masa depan yang mana? Underground?"

"Please darling, I'm still young."

"Ikut awaklah. Nah ambil ni Dante suruh saya bagi pada awak," Grandma hulurkan satu bungkusan kotak.

"Letak je dekat situ, nanti saya buka. Sekarang ni, saya tengah berfikir,"

"Tak payahlah nak fikir sangat masa depan tu, ni masa yang sekarang ni pun tak terfikir lagi nak fikir masa depan,"

"Tak boleh saya kena fikirkan juga. Ini penting,"

"Apa yang penting sangat? Nak tahu juga,"

"Tangan saya ni dah bergetar-getar tahu tak?"

"Hurm betul lah tu,"

"Apa yang betul?" Soal Grandpa terpinga-pinga.

"Sekejap saya call Darren suruh balik, risau tak sempat jumpa awak untuk kali terakhir."

"Darlingku saya serius ni,"

"Petanda dah tu, sekejap saya call Ayrena terus,"

"Apa yang petanda?"

"Kawan saya dulu sebelum dia mati, macam ni lah tanda-tandanya. Kerap termenung, bergetar-getar macam ni," usik grandma lagi.

"Awak jangan macam-macam. Tangan saya ni bergetar sebab nak cicit. Saya tak kira, saya nak cicit juga. As soon as possible,"

"Bukan main orang tua botak ni. Awak ingat cicit tu order hari ni esok dapat?"

Bebelan Grandma didengari endah tak endah. Lincah jari jemari grandpa menaip di skrin telefon.

Dengan satu tekanan di hujung skrin, berdesup mesej yang dihantar grandpa masuk ke dalam Del Lucca's Group.

Continue Reading

You'll Also Like

414K 19.4K 60
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 2 ) RANKING NO 3 ACTION 🏅 RANKING NO 1 DINGIN🏅 Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...
121K 6.1K 24
𝔗𝔥𝔢 𝔨𝔦𝔫𝔤𝔡𝔬𝔪𝔰 𝔬𝔣 𝔯𝔢𝔳𝔢𝔫𝔤𝔢 Start: 7 Jan 2024 End:
1.5M 64.1K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
192K 9.5K 47
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...