Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)

By ReginaAkhira

1.1M 56.1K 2.6K

Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja anta... More

Description
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
PART 30
PART 31
PART 32
PART 33
PART 34
PART 35
PART 36
PART 37
PART 38
PART 39
PART 40
PART 41
PART 42
FOR BELOVED READERS
PART 43
PART 44
PART 45
PART 46
PART 47
PART 48
PART 49
PART 50
For beloved readers 🤍
PART 51
PART 52
PART 53
PART 54
PART 55
PART 56
DEAR READERS!!!
PART 57
PART 58
PART 59
PART 60
PART 61
PART 62
PART 63
PART 64
PART 65
PART 66
PART 67
PART 68
PART 69
FOR BELOVED READERS 🤍
PART 70
PART 71
PART 72
PART 73
PART 74
PART 75
PART 76
PART 77
PART 78
PART 79
PART 80
PART 81
DEAR READERS
PART 82
PART 83
PART 84
PART 86
PART 87
PART 88
ATTENTION‼️
PART 89
PART 90
PART 91
PART 92
PART 93
PART 94
PART 95
DEAR READERS,
PART 96
PART 97
PART 98
PART 99
RAMADHAN KAREEM🥰
PART 100
PART 101
DEAR BELOVED READERS
PART 102
PART 103
PART 104
PART 105
PART 106
PART 107
PART 108
PART 109
PART 110
DEAR READERS
PART 111
PART 112
PART 113
Q&A 👀
PART 114
PART 115
PART 116

PART 85

7.1K 407 11
By ReginaAkhira

Ayrena berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Daripada tadi dia tidak boleh duduk dengan tenang. Tengok kiri, tengok kanan, ada saja yang tidak kena.

Sejak Darren dan semua anak buahnya berkejar ke hospital tadi, dia langsung tidak dengar khabar berita. Telefon di tangan pun masih senyap tidak berdering.

Puas dia menilik telefon itu beberapa kali dengan harapan ada sebarang berita yang akan dimaklumkan, namun masih lagi hampa. Sudahlah dia berseorangan saja di dalam mansion. Yang ada cuma seorang guard yang menjaga di luar. Keadaan rumah masih lagi senyap sunyi.

Hati masih lagi berdetak risau bila teringatkan kekecohan yang baru saja berlaku tadi.

Flashback

"Bos, bertahan bos. Bertahan." Bob memberi kata-kata sokongan sambil mengekori Ickey dan Ezra yang memapah Darren sambil menuruni anak-anak tangga.

Dilihat wajah Darren yang sudah memerah membuatkan mereka semakin melajukan langkah. Mata Darren terpejam, namun masih lagi gagah untuk melangkah.

"Cover bos! Cover bos! Jangan bagi hilang macho bos." Suara Kas juga kedengaran dari ruangan tangga sambil mengikut rapat Darren yang sedang dipapah. Masing-masing sudah kelam-kabut.

Jo pula berlari cemas dari tingkat atas ke bawah dan berselisih dengan Ayrena di anak tangga dengan memegang satu dulang di tangan.

"Cik Ayrena! Cik Ayrena duduk rumah diam-diam. Jangan pergi mana-mana. Biar saya dengan yang lain uruskan bos. Saya pergi dulu." Jo yang tidak sempat menanggalkan Apron dan topi chef terus menuruni anak tangga dengan laju.

Ayrena ikut sehingga di luar rumah sehinggalah dua buah kereta menyusur keluar dari perkarangan mansion.

End flashback

TANG!
TANG!
TANG!
TANG!

Tiba-tiba saja kedengaran bunyi yang entah daripada arah mana.

Ayrena telan liur!

Sudahlah sekarang sudah masuk pukul 1.30 pagi. Rumah cantik dan besar macam ni pun ada kisah mistik ke?

Ayrena meninjau keadaan sekeliling. Perlahan-lahan langkah dia maju ke arah dapur. Firasat hati dia kuat mengatakan bunyi itu datangnya daripada arah dapur.

Sampai saja di dapur, bunyi itu masih lagi tidak berhenti. Malah makin membuatkan perasaan berani Ayrena semakin menghakis saat bunyi itu semakin kedengaran dengan lebih kuat.

Pelbagai sudut dan ruang Ayrena jelajah masih lagi tidak menjumpai di mana punca bunyi tersebut. Namun, serta merta langkah Ayrena terhenti saat teringatkan sesuatu.

"Basement!" Jantung dia bagaikan sedang berlari saat ini. Berdetak sungguh laju.

Bila diingatkan balik ingatan dia masih jelas dengan bait perkataan yang Darren kerap kali ingatkan pada dia.

"Jangan pernah cari tahu dan jangan pernah pergi tempat yang aku larang, faham?" Ayrena menghampiri kawasan di mana kedudukan pintu memasuki basement berada. Benarlah sangkaan dia, bunyi itu datang daripada bilik ini. Kedudukan pintu rahsia yang berada di balik almari itu tidak tertutup dengan rapat, dan menyebabkan bunyi daripada basement boleh terdengar hingga ke luar. Setahu dia, kebanyakan tempat di dalam mansion Darren, kesemuanya soundproof.

Ayrena kuak luas pintu tersebut. Perlahan-lahan dia berjalan memasuki kawasan gelap basement. Namun, kali ini dia mengambil laluan di lorong kiri.

"Kalau lorong kanan ada gelanggang, lorong kiri ada apa?" Ayrena buka lock screen telefon. Kemudian bahagian torch light disentuh menggunakan hujung jari. Sekelip mata saja bilik bawah tanah itu sudah dipenuhi dengan cahaya telefon Ayrena.

Kali ini, Ayrena masuk dengan lebih dalam. Kedudukan torch light dihalakan ke arah lantai, kemudian dinding dan di atas.

"Meremang bulu roma aku macam dalam cerita horror." Ayrena peluk tubuh yang seram sejuk. Mungkin dia tidak sepatutnya berani untuk masuk ke bilik ini tadi.

Kali ini, dia membuat keputusan untuk keluar daripada kawasan basement tanpa mencari tahu lagi. Hati dia rasa tidak sedap. Cepat-cepat Ayrena pusing kembali.

TANG!

TANG!

Bunyi misteri itu masih lagi menyinggah di telinga Ayrena. Sekali lagi dia terdiam. Sekarang bunyi itu sangat dekat dengan dirinya. Mungkin tidak jauh dan hanya beberapa meter saja. Dan bunyi itu bagaikan...

Rantai besi yang sedang direntap!

"Sekali-sekala jadi berani, Ayrena." Kelopak mata dipejamkan rapat. Beberapa saat kemudian, Ayrena gagahkan diri untuk pusing kembali dan meneruskan apa yang dia sudah mulakan sebentar tadi.

Semakin jauh ke dalam dia berjalan, semakin tegak bulu roma dia.

"Tempat apa ni?" Ayrena masih lagi tidak dapat mengungkap tempat apa itu. Kerana cahaya yang datang daripada telefon tidak dapat memenuhi kesemua ruang bawah tanah itu.

Yang dia nampak sekarang adalah beberapa guni lama dan rantai besi yang sudah berhabuk di atas lantai. Turut ada satu kerusi dan tali tebal yang terikat di kerusi tersebut.

"Tiada apa pun. Perasaan aku je ke? Agaknya mengantuk sangat ni, sampai terbawa-bawa cerita pembunuh bersiri semalam." Ayrena picit dahi. Entah apa yang dia sangka tadi. Mujurlah tiada apa-apa. Kalau tidak, pasti pelbagai pertuduhan yang dia sudah lemparkan pada Darren. Bunyi yang dia dengar tadi pun sudah hilang.

"Bos! Bos pasti ke dah okay?" Bergema-gema suara Bob kedengaran sehingga di ruang basement. Dengar saja suara Bob dan yang beberapa suara yang lain terus Ayrena bergegas berlari keluar. Dia tidak boleh tertangkap. Meski tidak tahu apa yang Darren sorokkan, namun dia tidak sepatutnya memasuki bilik bawah tanah ini.

"Aku okay!" Darren menjawab sepatah. Perlahan-lahan dia melangkah naik ke tingkat atas.

Sekarang ini, Darren menuju ke arah bilik Ayrena. Baru saja dia ingin ketuk pintu, tingkahnya terhenti.

Darren mengeluh. Rambut yang sudah mencecah di dahi dikuak ke belakang.

"Tidak patut menganggu, mungkin. I need to rest too." Darren memusing badan kembali dan melangkah ke arah master room.
___

Tok!

Tok!

Tok!

"Huish! Pertama kali orang ketuk pintu bilik aku minta izin." Bob beriak teruja. Dia berdehem beberapa kali sebelum kembali bersuara.

"Masuk!" Intonasi suara dibuat-buat seperti Darren.

"Abang Bob, Ayrena ni! Ayrena nak tanya. D...Darren macam mana? Doktor cakap apa?" Ayrena masuk ke dalam bilik Bob.

Terkejut!

Bob yang sedang memegang boxer bercorak marvel serta merta baling boxer tersebut masuk ke bawah katil.

"Cik Ayrena rupanya. Ingatkan siapa. Cik Ayrena tak nampak apa-apa, kan?" Soal Bob ingin kepastian. Ini kalau isteri bos nampak, boleh jatuh maruah dia sebagai seorang lelaki sejati.

Ayrena menggeleng.
"Nampak apa?" Ke kiri dan ke kanan bebola mata Ayrena. Ada yang patut dia nampak ke?

"Pedulikanlah! Ouh, pasal bos. Bos okay je, cik Ayrena. Biasalah bos kan allergic strawberi. Kalau bos termakan strawberi, macam tadi lah bos jadi. Bos akan sesak nafas, muka merah macam tadi. Dan kitorang semua pun akan gelabah macam tadi. Biasanya macam itulah."
Bob angkat bahu. Cemas yang tadi pun sudah beransur hilang. Lega!

"Ouh, sorry! I tak tahu Darren allergic strawberi. I ingatkan dia tahu itu kek strawberi." Ayrena senyum tipis. Serba-salah dengan semua orang. Disebabkan dia, semuanya kucar-kacir malam ini.

"Tiada apa pun cik Ayrena. Biasa je! Lagipun bukan baru sekali bos kena macam ni. Banyak kali dah saya dengan yang lain kena handle macam ni. Dan setiap kali itulah, masing-masing gelabah macam tadi." Terang Bob dengan tenang. Tertunduk-tunduk dia mengambil baju di dalam bakul.

"Banyak kali?"

"Hurm! Banyak kali. Bos sendiri yang curi-curi makan. Dan bos kena bebel dengan Mama Luna." Bob ketawa kecil.

"Bila teringatkan balik kelakar betul!" Bob bercerita sambil meletakkan beberapa helai pakaian di dalam almari.

"I tak pernah jumpa mama Luna lagi. Dia baik tak?" Ayrena menyoal.

"Mama Luna? Baik. Bagi saya, yang baik dalam keluarga Del Lucca ialah Grandma, Grandpa, Encik Dante dengan Mama Luna." Bergerak-gerak jari Bob mengira.

"Yang baik? Kenapa? Ada yang jahat ke?" Soal Ayrena lagi. Semakin lama semakin dia suka mendengar tentang perihal keluarga Del Lucca. kalau tanya Darren, sudah tentu Darren tidak mahu bercerita. Bercakap dengan dia pun boleh kira berapa patah perkataan saja.

"Saya nak bercerita pasal keluarga Del Lucca ni, sampai esok tak habis. Tapi nanti kalau Cik Ayrena dah jumpa keluarga bos, cik Ayrena akan tahu sendiri. Saya pun tak suka sangat dengan Keluarga Del Lucca yang lain." Seloroh Bob. Kini pintu almari ditutup rapat.

"Ouh, okaylah kalau macam tu. Thanks abang Bob. Goodnight."

"Goodnight cik Ayrena. Cik Ayrena pergilah tidur. Saya pun nak kena tidur awal. Esok ada mission." Bob rebah di atas katil.

"Mission? Mission apa?" Soal Ayrena berminat. Baru tadi dia ingin tutup pintu dan keluar. Namun terbantut saat Bob sebut pasal mission.

"M... mission? M...mission apa? Abang Bob sebut mission ke tadi? Esok abang Bob ada M...misi. Yes misi. Misi untuk abang Bob kurus. So, esok kena bangun awal sebab nak pergi jogging." Terpisat-pisat Bob mencari jawapan. Mujurlah dia cepat Cover.

"Ouh, jogging! Okay. Goodluck abang Bob dalam misi nak kurus. Chaiyyok!" Ayrena buat gaya beri semangat sebelum menutup pintu rapat.

______

"Nak minta maaf sekarang ke esok. Minta maaf sekarang ke esok." Ayrena bergerak ke kiri dan ke kanan. Disebabkan semua orang sudah masuk ke dalam bilik masing-masing, keadaan di dalam mansion menjadi senyap sunyi. Ayrena pula masih berada di dapur. Bergerak mencari  jawapan.

"Pukul berapa dah ni. Kenapa tak tidur lagi?" Darren buka peti ais. Satu jug air lemon ice dibawa keluar dan diletakkan di atas table top. Kemudian Darren capai pula secawan gelas.

"Tak masam ke?" Ayrena pandang Darren yang sedang meneguk air tersebut sehingga habis. Lidah dia pula yang rasa masam.

"Biasa je." Darren menuang lagi lemon ice di dalam cawan yang sama. Kali ini, gelas itu di sua pada Ayrena.

"Nak rasa?" Berkerut dahi Ayrena dengan huluran Darren. Namun disambut dengan penuh perasaan serba-salah.

"Aku masuk tidur dulu. Jangan tidur lewat sangat." Darren simpan jug ice lemon kembali ke dalam peti.

"Darren!" Panggil Ayrena lembut.

"Hurm?"

"Saya nak minta maaf pasal tadi. Saya tak tahu yang awak allergic pada strawberi. Kalau saya tahu, saya tak buat kek strawberi tu." Dipandang Darren dengan penuh rasa bersalah.

Darren hanya beri reaksi senyum sinis.

"Tiada apa pun yang aku perlu maafkan. Lagipun aku dah lama tak makan strawberi. Last aku makan lima tahun yang lepas, itu pun kena tangkap dengan mama." Darren bercerita sambil menunduk pandang Ayrena. Ayrena pula mendengar dengan penuh perasaan.

"Tchh! By the way. Thanks sebab kau buat kek strawberi tu. Sedap! Aku suka. Nanti boleh buat lagi." Tercengang Ayrena mendengar jawapan Darren.

"Nanti boleh buat lagi?" Seakan tidak percaya Ayrena pandang Darren yang sudah berlalu pergi.

"Sampai bila-bila pun saya dah tak nak buat kek strawberi tu." Jerit Ayrena ke arah tangga.

"Yang bukan-bukan je." Gelas air di tangan di sua ke mulut sebelum diminum.

Bwek!

"Masamnya!" Berlari-lari Ayrena ke arah singki.










Continue Reading

You'll Also Like

190K 13.2K 72
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
63K 2.8K 30
Aisy,Asher dan Axel ialah mafia justeru mereka bertiga membina kumpulan mafia tersendiri yang diberi nama Rose Blood sempena dengan nama ibu mereka,R...
63.2K 310 2
Karya pertama chipsdewi [Belum edit] Typo?of course ada seorang gadis yang di dera oleh ibu tirinya selepas ayahnya meningal dunia saat ibu tirinya i...
507K 30.6K 34
First vol under 𝓒𝓻𝓾𝓮𝓵 𝓐𝓷𝓰𝓮𝓵 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R...