Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)

By ReginaAkhira

1.2M 60.7K 2.9K

Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja anta... More

Description
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
PART 30
PART 31
PART 32
PART 33
PART 34
PART 35
PART 36
PART 37
PART 38
PART 39
PART 40
PART 41
PART 42
FOR BELOVED READERS
PART 43
PART 44
PART 45
PART 46
PART 47
PART 48
PART 49
PART 50
For beloved readers 🤍
PART 51
PART 52
PART 53
PART 54
PART 55
PART 56
DEAR READERS!!!
PART 57
PART 58
PART 59
PART 60
PART 61
PART 62
PART 63
PART 64
PART 65
PART 66
PART 67
PART 68
PART 69
FOR BELOVED READERS 🤍
PART 70
PART 71
PART 72
PART 73
PART 74
PART 75
PART 76
PART 77
PART 78
PART 79
PART 80
PART 81
DEAR READERS
PART 82
PART 84
PART 85
PART 86
PART 87
PART 88
ATTENTION‼️
PART 89
PART 90
PART 91
PART 92
PART 93
PART 94
PART 95
DEAR READERS,
PART 96
PART 97
PART 98
PART 99
RAMADHAN KAREEM🥰
PART 100
PART 101
DEAR BELOVED READERS
PART 102
PART 103
PART 104
PART 105
PART 106
PART 107
PART 108
PART 109
PART 110
DEAR READERS
PART 111
PART 112
PART 113
Q&A 👀
PART 114
PART 115
PART 116
PART 117
PART 118
PART 119
DEAR READERS

PART 83

7.5K 437 14
By ReginaAkhira

"BANGUN! AYRENA BANGUN!" Berkali-kali Atheena tampar pipi Ayrena yang masih nyenyak tidur di seat penumpang. Masuk kali ini sudah berbelas tamparan ringan yang hinggap di pipi mulus Ayrena. Melihat Ayrena yang masih nyenyak tidur tanpa sedikit pun gerakan buatkan Atheena semakin menguatkan tamparannya.

Ayrena bangun tersentak. Kedua-dua belah pipi yang terasa pijar digosok-gosok menggunakan tapak tangan. Ekor mata ralit memerhatikan keadaan sekeliling.

"Bangun pun. Naik merah tangan aku nak kejut kau."

"Kita dekat mana ni? Pantai?" Kedudukan seat diperbetulkan daripada berbaring kepada duduk biasa. Ayrena kerling di seat bahagian pemandu, ada Atheena yang sedang merenung ke arahnya.

"Kita dekat mana ni? Itulah kau. Aku bawa kereta semalam kau tidur, bukan nak temankan aku." Bebel Atheena. Kembang kempis hidung dia saat ini. Bukti dia masih marahkan Ayrena.

HAH!

Ayrena menguap luas. Digosok-gosok bahagian mata menggunakan kekura tangan.

"Aku pun tak tahu pantai mana. Semalam aku bawa je kereta. Entah pergi mana. Cadangnya aku nak berhenti je dekat mana-mana hotel. Tapi itulah tiba-tiba aku rasa mengantuk sangat. Masa tu hotel jauh lagi. Yang aku nampak masa tu signboard pantai. Sebab itu kita dekat sini." Panjang lebar penerangan Atheena.

"Ouh! Aku terlelap semalam. Aku mengantuk sangat. Sorry!"

"It's okay! By the way, kalau kau nak pergi toilet dekat situ, kalau nak pergi kedai makan dekat belah kanan sikit. Kau pergilah toilet dulu cuci muka. Makanan kau dengan makanan aku, aku dah siap tempah dekat sana. Aku tunggu kau dekat kedai makan tu, okay? Lepas makan nanti kita balik."

"Hurm! Okay." Ayrena mengangguk faham. Terus dia ambil heels berukuran 6 inch dan disarungkan ke hujung kaki.

"Lagi satu, Ayrena! Pasal party tu, aku nak minta maaf. Nanti kalau Darren tanya, kau cakap je nama aku. Aku tak kisah. Kalau Darren nak marah, suruh dia marah aku. Aku yang bawa lari kau." Serba-salah nada suara Atheena. Salah dia juga. Kalaulah dia peka dengan tarikh yang tertera pada kad yang dihantar Clarissa tempoh hari.

Flashback

"Ouh patutlah. Okay Rissa, thanks. Sorry for disturbing you. Alright, bye." Percakapan antara Atheena dan Clarissa berakhir dengan satu sentuhan pada butang merah di skrin telefon Atheena.

"Kenapa? Party dia cancel ke?" Soal Ayrena hairan. Dia masih lagi duduk bertenang di seat bahagian penumpang bersebelahan dengan Atheena. Meski daripada tadi mereka berdua merenung rumah banglo yang tersenggam indah milik Clarissa di hadapan mereka. Rumah saja besar namun kosong dan gelap gelita.

"Aku rasa aku salah tengok tarikh party tu. Sepatutnya party tu ada, tapi Clarissa kata party tu bulan depan. Bukan bulan ni." Atheena angkat kedua-dua bahu. Bagaimana dia boleh tersilap tengok tarikh.

"What? Atheena, aku seludup keluar semata-mata untuk party ni. Aku bagi alasan aku nak pergi marhaban tahu tak pada Darren. Nasib baik si Darren tu tak tahu marhaban tu apa." Ayrena tayang wajah cemberut. Macam mana dia nak balik mansion dan berhadapan dengan Darren nanti. Sudahlah dia sepak apa yang tidak sepatutnya tadi pada pengawal yang Darren letakkan di hadapan rumah. Silap haribulan tak sempat dia pergi parti Clarissa. Risau majlis pengebumian dia dulu yang dikunjung. Tak boleh jadi ni.

"Alasan marhaban pun tak lepas, kan?" Atheena sembunyi senyum. Tidak disangka Ayrena yang mempunyai otak dan akal secerdik ini boleh terfikir idea sebegitu. Marhaban sebagai alasan, tidak pernah dibuat orang.

Ayrena duduk bersandar di seat kereta. Otaknya ligat memikirkan idea.

"Atheena. Sekarang ni kita pergi je lah mana-mana. Dah alang-alang kita dekat luar ni."

Atheena hanya mengikut saja kehendak Ayrena. Kalau dia nak hantar Ayrena balik pun rasa macam membazir saja sekarang ini.  Alang-alang mereka sudah bersiap cantik-cantik. Pergi sajalah ke mana pun.

End Flashback

"Atheena. Relaks okay! Setakat nak hadap Darren tu, tak jadi masalah untuk aku. Even aku tak kenal rapat serapat nya lagi dengan dia, tapi dia tak sekejam yang aku sangka. He's kind hearted person. Aku rasa aku dah jatuh cinta berkali kali dengan dia. Setiap kali dia pandang aku, even pandangan mata dia tu biasa je, dah cukup buatkan hati aku ni berdebar kencang tahu tak. Setiap kali, aku pandang mata dia, aku nampak masa depan aku." Ayrena bercerita tentang Darren sambil tersenyum keseorangan. Tidak boleh disangkal perasaan yang sudah bertandang ke hati untuk kesekian lama.

"Aku bahagia untuk kau. Aku tak sangka perkenalan singkat kau dengan Mr Cruel tu sampai ke alam perkahwinan. Aku bangga dengan kau. Kau buat pilihan yang tepat. Rezeki kau, jodoh kau datang lepas mama dengan papa kau pergi. Dia orang yang dah terpilih untuk jaga kau. Dan kau orang yang terpilih dapat orang handsome dan hot macam Mr Cruel tu."

"Amboi ayat kau. Hebat!" Ayrena tepuk tangan mendengar kata-kata daripada Atheena.

"Of course. Tengok lah ayat daripada siapa. This is Atheena Aurea."

"Kau ni pantang dipuji. Puji sikit semuanya kembang. Bukan pipi kau je, hidung tu pun naik mengembang juga."

___________

"Welcome home, Cik Ayrena!" Ucap Kas dan Kar yang sedang bermain kad uno di meja berdekatan halaman rumah.

"Cepat Kas! Kalau kau kalah duit ni aku punya. Aku dah dapat bau yang aku akan menang."

Iris mata Ayrena melihat apa yang jari Kar tunjuk. Terbeliak juga mata dia bila lihat beberapa loggokan duit kertas yang tersusun di atas meja batu tersebut.

"Er...Darren ada dekat dalam ke?" Janggal Ayrena menyoal. Dia pandang sekeliling. Tiada orang. Sunyi! Di pondok pengawal pun orang lain yang bertugas, bukan orang yang dia kerjakan semalam.

"Bos ada dekat dalam. Cepat Kar. Kau pula." Mereka berdua masih lagi ralit dengan permainan kad uno.

Ayrena terus melangkah ke pintu masuk.  Buka saja pintu utama itu, sudah dia dapat bau haruman masakan seseorang daripada dapur.
Tutup pintu, Ayrena bergerak ke arah dapur.

"Jo!" Perlahan suara Ayrena memanggil Jo yang sedang ralit memotong sayur-sayuran. Tengok daripada gaya pegang pisau pun, dah nampak sungguh profesional.

"Cik Ayrena. Cik Ayrena dah balik. Cik Ayrena pergi mana semalam. Saya risau tahu tak." Jo hampiri Ayrena. Nada suaranya juga separuh berbisik.

"I pergi jalan-jalan je dengan Atheena. Tak perlu risau pun. I'am okay. By the way, I nak tanya."

"Tanya apa?"

Ayrena capai satu cawan air kopi yang terhidang di atas dulang bulat dan diminumnya rakus. Habis saja secawan kopi tersebut dia beri gelas kosong pada tangan Jo.

"Actually. Itu air Bos. Tapi it's okay saya buat semula untuk bos nanti."

"Opss! Sorry. I haus sangat."

"It's okay. Cik Ayrena nak tanya apa?"

"Darren marah ke? I risau lah." Beberapa kali Ayrena toleh ke belakang. Risau tiba-tiba ada yang  lain muncul. Tadi propa je lebih dengan Atheena.

"Saya tak pasti pula yang itu. Tapi saya rasa bos okay. Setakat ni, saya tengok bos lah orang yang paling tenang bila Cik Ayrena lari tu. Dia tak suruh kitorang kejar Cik Ayrena."

"Dia tak suruh kejar I? Dia tak risau? Good news! Okay Jo. Thanks. You sambunglah masak. I nak pergi naik atas." Ayrena menapak keluar dari kawasan dapur. Tiba saja di tingkat atas orang pertama yang dia lihat adalah Bob yang sedang yoga sambil menonton rancangan yoga di televisyen.

Ternganga mulut Ayrena bila lihat Bob sebegitu. Dengan suhu Aircond yang mencecah tahap Minimum sekarang, bagaimana dia boleh bertahan dengan pemakaian seperti itu?

"Aku tak nampak apa-apa. Aku tak nampak apa-apa." Ayrena berjalan kehadapan tanpa menoleh. Tidak pernah dia melihat orang buat yoga berpakaian seperti nak pergi mandi kolam. 

DUM!

Tutup saja pintu bilik Ayrena hembus nafas lega.

"Good job, Ayrena. Good job." Hujung dahi Ayrena sandarkan di permukaan pintu. Beberapa saat kemudian barulah dia berpusing ke belakang.

"Good job, huh?" Suara maskulin Darren menerjah gegendang telinga Ayrena. Ayrena terpaku tidak bergerak. Darren masih lagi kekal berdiri di hadapan Ayrena.

Ayrena pejamkan mata seketika. Kemudian dia mendongak dan memandang ke arah Darren.

"Macam mana awak boleh masuk? Kan saya dah letak tanda dekat luar. Do not disturb."

"Seronok keluar?"

Ayrena merengus. Kemudian dia tolak Darren ke tepi dan menuju ke katil.

"Penat. Awak jangan kacau saya. Pergilah keluar. Saya nak rehat." Ayrena baring menghadap syiling. Entah mengapa, dia benar-benar penat. Rasa mengantuk pun masih ada lagi.

"Orang tu dah buat hal dan lari macam tu je. Tak pasal-pasal Si Tot tu kena ambil cuti dua bulan. Kecederaan dalaman." Darren bersandar di sisi pintu. Tangan disilangkan di dada. Pandangan mata pula masih kekal pada Ayrena.

"Dua bulan?" Terkejut! Ayrena bangun terduduk. Takkan sampai dua bulan.

"Saya main-main je semalam, tak sangka pula sampai teruk."

"Main-main?" Terjongket sebelah kening Darren.
Ayrena angguk berkali-kali.

"Haih! Enough with all of this. Aku dah tak nak dengar. Yang aku nak kau tahu, kau didenda sebab lari rumah semalam." Bicara Darren membuat Ayrena hilang kosa.

"What? Didenda? Apa awak ingat ini zaman budak-budak ke nak kena denda?"

"Yup. My house my rules. Sama macam anak buah aku, diorang buat hal, aku denda juga." Darren berterus-terang.

"Anak buah? Awak ada anak buah? Anak saudara?" Soal Ayrena musykil. Tiba-tiba saja Darren berbahas tentang anak buah.

"Pekerja aku. Aku rapat dengan diorang. Sebab itu, aku gelarkan diorang anak buah aku. Tak payah kisah lah. Pekerja biasa je." Temberang Darren. Bagaimana dia boleh terlepas cakap tentang itu.

Tidak! Ayrena tidak boleh tahu siapa dirinya yang sebenar. Cukuplah apa yang Ayrena tahu Ialah Darren Del Lucca sebagai seorang business man. Itu sahaja dan itu yang selayaknya!


Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 60.7K 132
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
1.2M 55.5K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
226K 8.6K 65
𝐇𝐈𝐋𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐀𝐀𝐂 𝐍𝐈𝐂𝐊 & 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐌𝐈𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 "𝕎𝕚𝕝𝕝 𝕒𝕝𝕨𝕒𝕪𝕤 𝕓𝕖 𝕪𝕠𝕦𝕣 𝕡𝕣𝕠𝕥𝕖𝕔𝕥𝕚𝕠𝕟, 𝕄𝕣𝕤 ℕ𝕚...
583 61 9
Book 2 [Teen Fiction Comedy + Action] Di Bandar Lasterd, terdapat 4 buah sekolah, - Esmeray Highschool - Crimsyn Highschool - Ramsey Highschool - Me...