Jauh Lebih Sempurna

Від dlwygrz

326 5 2

"Dalam sebuah pelayaran, tidak semua kapal akan sampai ke destinasi yang diinginkan." Jane koyakkan bungkusan... Більше

BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19

BAB 3

20 0 0
Від dlwygrz

"Jane mahu makan apa hari ini, nak?", soal nenek. Jane yang duduk di meja makan itu merebahkan kepalanya ke atas meja.

"Tak tahulah, nek. Jane ikut nenek." Jane tidak berani meminta lebih-lebih. Tangan mula bermain-main dengan rantai kunci berbentuk arnab itu. Rantai kunci yang dikait khas oleh Mama untuknya.

Hati rasa rindu dengan Mama. Jane tidak mampu menipu diri. Walaupun baru saja beberapa hari yang lepas dia bertengkar dengan Mama.

"Kalau begitu, nenek masakkan kari ayam untuk Jane, ya?"

Jane angkat kepala. "Ayam semakin mahal, nek. Tempe goreng juga sudah cukup, nek." Jane agak terkejut. Duit hasil tadi sudah dihabiskan untuk membayar hutang nenek. Duit pemberian Mama pula Jane mahu beli beras dahulu besok hari. Dari mana nenek hendak mendapatkan duit untuk membeli ayam?

Berhutang?

Jane akan pastikan itu tidak berlaku lagi.

Suara yang dikenali kedengaran di luar rumah memberi salam. Jane tidak berani mahu angkat. Nenek tersenyum lalu bergerak ke hadapan dengan kaki yang sedikit terencat, lenguh faktor usia. Jane gigit bibir bawah, perasaan bersalah menyelubungi dirinya.

Nenek kedengaran sedang ramah menyapa Juna. Jane berharap Juna cepat-cepat pergi dari sini. Jantungnya sudah mahu melompat keluar. Entah perasaan apa yang sedang dirasainya sekarang ini, dia juga tidak tahu. Yang pasti, perasaan ini buatkan dia jadi orang tidak ketentuan.

Sejenak sebelum nenek mempelawa Juna masuk, Jane membeku di tempat duduknya. Plastik berisi diletakkan di hadapan.

Dia cuba bernafas apabila lelaki itu sudah mengambil tempat di hadapannya. Mata lantas dikalihkan ke isi plastik tadi. Tangan mula mengupas kuku di bawah meja.

Ya, Jane memang dramatik!

Nenek duduk di kerusi tengah. Tangannya mula mengeluarkan isi tersebut.

"Nasi padang.", Juna mula bersuara. Jane cuba mengawal nafas. Bertenang, Jane. Sampai bila hendak takut dengan lelaki?

Bukan semua pembunuh!

Sekejap, Jane angguk kepala. Sekadar tanda dia mendengar.

"Juna beli dari mana, nak?", soal nenek memecah keheningan. Nasi padang dicurahkan ke dalam tiga buah pinggan. Kemudian, sudu besi diletakkan. Satu pinggan disuakan kepada Jane, satu lagi kepada Juna.

"Dari Warung Pak Amit.", Juna menyua semula pinggannya kepada nenek. "Juna makan roti aja nek." Juna mengambil biskut dalam almari dapur. Kemudian, Juna kembali ke meja makan bersama secangkir kopi.

"Loh, kenapa dibelinya tiga, nak?"

Juna menggaru pelipisnya, gadis di hadapan nampak sedang leka merenung nasi padang. "Untuk nenek kongsi sama Jane."

Mendengar namanya terbit dari bibir lelaki itu, Jane panggung kepala. Senyuman tulus ikhlas terukir di wajahnya sambil mata menyambut pandangan Jane.

"Kalau begitu, ini buat Jane aja, ya?" Nenek menyua kembali pinggan itu kepada Jane. Jane kalihkan pandangan ke arah pinggan itu. Dia sememangnya mampu untuk menghabiskan hidangan sebanyak itu. Malah, tiga porsi itu juga dia mampu.

"Kita kongsi, nek.", ucap Jane sepatah. Sudu membahagikan nasi padang itu kepada dua bahagian. Satu bahagian, diletakkan ke dalam pinggan nenek.

Dia tidak setamak itu. Tahu bahawa nenek juga sedari tadi belum makan sepertinya. Jane mulai menjamah makanan. Satu suapan terhenti apabila saudara di hadapan mencelah.

"Baca doa dulu, Jane.", suara kedengaran lembut menegur Jane. Jane tunduk malu. Kemudian, tangan diangkat membaca doa. Saudara di hadapan tahan ketawa.

Lucu melihat gadis di hadapan sudah merona merah wajahnya. Barangkali malu kerana terlupa membaca doa.

"Kamu ... kerja apa?", terketar-ketar suara Jane bertanya. Dia sudah berjanji kepada Mama untuk berusaha keluar dari kepompongnya. Dan mungkin, inilah masa mulanya.

"Penjual siput sedut.", jawab Juna.

"Nanti, jualnya di mana?"

"Di kota. Nanti ada pembeli tetap menunggu di sana."

"Kamu ke kota cuma berjualan saja?"

"Nak, makan dulu.", nenek memintas. Khuatir soalan Jane melintasi suatu garis yang tidak harus. Jane angguk kepala. Sempat mata melirik ke arah Juna. Lelaki itu tampak seperti tidak mahu melanjutkan untuk menjawab soalan Jane. Biskut cecah kopi itu seolah-olah benar-benar menyelerakan.

Kopi buatan Jane.

Kamu suka berada di sini?", soal Juna cuba untuk mengembalikan suasana yang biasa. Cuba untuk membuang kejanggalan. Bukan dia tidak mahu menjawab soalan Jane, cuma belum bersedia untuk bercerita.

"Suka." Sepatah Jane menjawab. Sekadar membalas. Entah suka atau tidak, Jane sendiri tidak tahu jawapannya. Fokusnya sekarang ini hanya pada makanan di hadapan. Lapar. Baru terasa tatkala lidah mulai merasa setiap rencah.

"Hungry is the best sauce."

Jane jadi tersenyum sendiri. Tidak menyangka bahawa peribahasa itu menjadi nyata untuknya. Perut yang sedang lapar, bahkan roti kosong pun nampak enak di mata.

Sudah lama Jane tidak makan makanan seperti ini. Mungkin sejak sebulan yang lalu. Sejak dia dihantar oleh Mama ke sini. Barangkali menjadi saksi bahawa hidup susah itu mampu mengajar perut apa itu mandiri. Mengajar perut untuk berkorban demi kelangsungan hidup.

"Kalau kelapangan, ajak nenek ke pantai petang-petang. Teman saya di pondok jualan.", Juna mengambil langkah berani untuk mempelawa gadis di hadapannya. Biarpun kemungkinan itu kecil, Juna mencuba.

Nenek ... entah kenapa jarang sekali terlihat bersiar-siar di pantai. Sekadar datang dan pergi untuk berjual beli, tanpa menikmati keindahannya. Kebanyakan orang tua di sini akan meluangkan masa di pantai pada waktu petang, berbual bersama sahabat masing-masing.

Sudah berapa kali Juna mengajak nenek, mahu nenek merasai ketenangan di pantai. Tahu bahawa hati tua itu sunyi berada di rumah. Mungkin, Jane mampu memujuk nenek.

"Boleh saja." Jane senyum lebar. Tiba-tiba rasa selesa berbual dengan Juna. Juna juga kelihatan hendak berkawan dengannya. Mengapa tidak? Lagipula, Jane bosan di sini. Tidak sama bersembang dengan nenek dengan orang seusianya.

"Nenek nanti teman Jane, ya?"

Nenek panggung kepala. Mata bundar cucu menyambut pandangan. Nenek angguk kepala sebagai jawapan.

Hati Jane bersorak riang. Memang kebiasaannya, pada waktu petang dia akan berjalan-jalan di persisiran pantai yang luas itu. Tapi, kali ini, hati rasa teruja lain macam. Ada teman, mungkin.

Sekejap kemudian, Juna pergi ke singki untuk membasuh cangkir kecil yang isinya sudah selama melalui kerongkongnya.

Juna meminta diri untuk pulang ke rumah. Sempat dia memuji kopi pekat itu.

Jane rasa bangga sendiri apabila kopi hasil air tangannya dipuji oleh lelaki itu. Nenek senyum lucu melihat wajah cucu.

"Esok, Jane bancuh kopi lagi, boleh?", Jane meminta izin nenek. Maklum, selama ini, hanya nenek yang menjadi penghirup tegar air hitam itu. Jane pula lebih rela minum air putih daripada air kopi. Bukan tidak suka, cuma tekaknya kurang selesa. Lagipula, kopi itu punya pengaruh yang kuat terhadap matanya.


***


"Apa khabarnya, nak?", Wanita separuh usia memegang tongkatnya bertanya tatkala derap kaki kedengaran. Anak tunggalnya mengambil duduk di sebelah Mamaknya. Wanita tua itu suka benar duduk di hadapan rumah, suka mendengar bunyi-bunyi manusia bercampur dengan deru kenderaan.

Dia bimbang hidung tuanya tidak suka dengan bau asap. Bimbang hidung mengarahkan tubuh tuannya menjalankan perang.

"Juna tiada di rumah, Mamak duduk di dalam saja. Jangan di luar.", pesannya lagi. Sudah berkali-kali dia memesan Mamaknya. Mamaknya membiarkan pesanannya terbang bersama bayu di luar ini.

"Apa khabarnya, nak?" Mamak mengulang semula soalan pertamanya.

"Seperti biasa. Sihat-sihat saja.", serak suaranya menuturkan ayatnya. Teringat kembali dengan kejadian di kota. Dada turun naik menahan sesak. Menahan lelah.

Mamak membelai rambut anaknya, seolah-olah sedang menyalurkan kekuatan untuk bekas penghuni rahimnya itu.

Tahu pasti ada kejadian yang berlaku yang menyedihkan hati anak. Suara anak tadi kedengaran seperti sedang menahan tangis.

"Buah hati Mamak, usah bersedih, nak.", lembut suara Mamak memujuk. Dia mengesat mutiara yang jatuh menuruni pipi anaknya. Lalu, dikucup lembut dahi anak.

Anak memeluk erat Mamak, tangisnya pecah dalam rangkulan si tua.

"Mamak sentiasa ada untuk anak Mamak. Mamak sayang sama anak Mamak."

Продовжити читання

Вам також сподобається

5.2K 261 51
"𝐻𝑖𝑠 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑡𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑐" 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐊𝐢𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐍𝐚𝐳𝐳𝐮𝐚𝐧, gadis kacukan Korea Se...
76.9K 7.7K 42
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
237K 12.3K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
2.4K 193 17
Qadri lelaki dingin yang berpangkat leftenan di dalam unit khas udara. Dalam hidupnya cuma ada ibu dan kerjanya, rasa hormat dan sanjung pada seorang...