Ustaz, Tunggu Saya!

By aeinsohko

809K 31.8K 4.3K

Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua... More

Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Promote Time
Bab 52
Epilog
✨Farewell ✨
UTS Beraya #1
UTS Beraya #2
UTS Beraya #3
UTS Beraya #04
UTS Beraya #5

UTS Beraya #06

6.7K 280 66
By aeinsohko

Seperti biasa, jika perjalanan memakan masa yang agak panjang, aku akan duduk di tempat duduk penumpang belakang. Tempat duduk penumpang hadapan pula diduduki Aileen.

Dia kan pwincess Baba!

Tempat duduk belakang diisi oleh aku, Huzair dan Akhtar; dalam baby carseat.

"Baba, Ayeen pening..." Perangai betul. Tak boleh naik kereta lama-lama, mulalah nak pening. Silap hari bulan, muntah.

Hamidi matikan pendingin hawa. Tingkap kereta dibuka, memberi ruang untuk udara luar masuk. Memang itu satu-satunya cara nak hilangkan 'mabuk kereta' Aileen.

Tak lama pun, tunggu Aileen tidur lepastu buka aircond balik.

Mak kata, ikut perangai Hamidi waktu kecil dulu. Mabuk kereta. Tak boleh duduk dalam kereta lama-lama nanti muntah. Jadi, untuk kurangkan rasa pening dan loya, kena tutup aircond dan buka tingkap kereta.

Tangan Hamidi naik bermain dengan rambut Aileen, biar lebih cepat tidur. Awal-awal je pakai tudung, keluar je simpang rumah terus melayang tudung entah kemana.

Husband kita drive guna satu tangan je, nampak smart gitu.

Huzair disebelahku awal-awal lagi sudah lena. Yang seorang ni pula, masuk je kereta terus terbang kedunia sebalik mata.

"Mama, tolong betulkan Aileen..." Hamidi bersuara.

Aku menjengahkan kepala. Dah tidur rupanya, berbantalkan tangan Baba dia. Hamidi guna tangannya untuk halang kepala Aileen dari terlentok jatuh.

Pillow neck disebelah Aileen diambil dan dipakaikan. Buat apa beli sorang satu kalau tak pakai?

"Tolong turunkan seat sekali," ujar Hamidi lagi. Aku mengerutkan dahi.

"Susahlah," jawabku. Aku kat belakang, nak turunkan seat depan? Mahu tertonggeng kat tengah antara seat depan ni.

Hamidi memandangku sekilas sebelum kembali fokus kedepan.

"Ouh... Tak apa, biar Baba buatkan..."

Disebabkan esok raya, tak hairan kalau jalan sesak. Jadi, sebaik kereta berhenti akibat kesesakan, Hamidi buka seatbeltnya untuk memudahkan dia menurunkan seat yang diduduki Aileen.

Sebaik selesai, seatbelt dipakaikan kembali.

"Semua tidur ke?" Hamidi menoleh kebelakang. Aku angguk kecil.

Akhtar kaki tidur.

"Sayang kalau penat, tidurlah." Ujar Hamidi lagi.

Aku menggeleng kecil. Tubuh dibawa kedepan. Dagu direhatkan diatas tempat sandar seat pemandu.

"Aisya nak teman Habib drive," balasku. Hamidi ukir senyum.

"Baiknya dia," hidungku ditarik perlahan. Menyempat!

"Hidung Aisya pesek sangat ke? Habib selalu tarik," gumamku.

"Sakit ke?" Bukannya ingin menjawab soalan aku, tapi kembali memberi soalan.

"Tak," jawabku dengan gelengan kecil.

"Kalau Habib usap kepala, nanti rosak tudung sayang. Sayang pula yang marah nanti," ulas Hamidi.

Hmm alasan boleh terima.

"Tapi kalau tarik hidung, habislah make-up Aisya." Balasku. Aku sengetkan kepala, memusatkan pandangan kearah Hamidi.

"Make-up senang je nak touch up, kalau awning tudung susah nak betulkan. Betul tak?" Jawab Hamidi. Sekali lagi hidungku dicuit.

Eh, pandainya dia! Suami siapa ni? Ouh, suami aku!

Aku mengangguk kecil, membenarkan apa yang dikatakan.

"Kalau Habib penat, Aisya boleh drive." Dah lama tak drive. Sejak kahwin, Hamidi je yang selalu bawa kereta. Lebih-lebih lagi lepas dah ada anak.

"Tapi Habib tak pernah bagitahu kalau penat, tahu-tahu dah sampai rumah mak." Sambungku dengan cebikan.

Walhal dekat rumah cakap lain,

"Kalau Habib penat, sayang tolong drive ya?"

Pemberi harapan palsu! Ayat nak pujuk hati aku konon.

"Tu maknanya Habib tak penat," balas Hamidi.

Iyalah tu, hmmmp!

**********
Kami tiba sebaik sahaja azan maghrib berkumandang. Kereta Arifi sudah terpacak dihadapan rumah mak. Awal balik.

"Dah shampai ke?"  Tanya Aileen dalam mamai. Lama betul budak ni tidur.

"Ya sayang, dah sampai." Balas Hamidi. Rambut Aileen yang agak serabai akibat tidur, dibetulkannya.

"Jom turun, dah azan. Dah boleh berbuka," ajak Hamidi sebaik usai membetulkan rambut Aileen. Serentak itu pintu rumah dibuka, terpampang susuk tua mak.

"Nenek!" Laju sahaja pintu dibuka oleh Huzair dan Aileen.

"Jangan lari Huzair, Aileen!" Sempat aku menegur. Aku menggeleng kecil. Pintu kereta dibuka.

"Biar Habib ambil dukung Akhtar, Sayang masuk dulu. Dah lambat untuk berbuka," ujar Hamidi.

"Beg?"

"Malam nanti boleh ambil sayanggg..." Balas Hamidi. Aku angguk kecil. Akur sahaja sebelum melangkah kearah pintu rumah. Wajah mak bukan main gembira.

*********
"Siapa nak main bunga api? Angkat tangan!" Tanya Arifi dimuka pintu, diangkat tinggi kemasan bunga api besi yang dibelinya.

"Nak!" Sahut kanak-kanak riang, siap ada yang melompat-lompat. Orang suruh angkat tangan je, bukannya suruh lompat.

Siapa lagi kalau bukan si drama queen; Aileen.

"Jom ikut Pak Long,"

Aku menggeleng kecil melihat seorang demi seorang bersemangat mengikuti langkah Arifi.

Kusyen terakhir diletakkan kembali sebaik siap menukar sarung yang baru. Nak tolong buat lemang, tak pandai. Buat yang senang-senang sajalah.

Alia pula sedang mengisi balang kuih. Ada yang Mak buat sendiri, ada yang beli di kedai.

"Ada apa-apa lagi yang belum siap?" Tanyaku kepada Alia. Alia jeda seketika sebelum menggeleng kecil.

"Langsir je yang tinggal. Yang tu kerja orang lelaki." Jawab Alia. Aku angguk kecil.

"Alia nak turun bawah, nak tengok diorang bakar lemang. Akak taknak turun ke?" Tanya Alia. Nampaknya dia sudah siap mengisi kuih dalam balang.

Aku sekadar menggeleng.

"Mana boleh tinggal budak kecil tu," aku memuncungkan mulut kearah Akhtar yang berada diatas tilam bayi.

Nak bawa turun sekali? Tak elok pula kena angin malam. Lagipun Akhtar masih kecil.

"Kalau macam tu Alia turun dulu. Kalau ada apa-apa panggil je suami akak," sempat pula menitipkan pesanan khidmat masyarakat sebelum beredar.

**********
Baju melayu Hamidi yang sudah siap diseterika digantung rapi bersama baju melayu Huzair. Akhtar pun ada baju melayu juga, tapi dijahit dalam bentuk romper. Senang untuk dipakai. Tapi masih serona dengan kami.

"Sayang,"

Aku berpaling sebaik suara Hamidi menjengah pendengaran.

"Dah siap ke?" Tanyaku, Hamidi melabuhkan punggung diatas kusyen.

"Belum," jawabnya sepatah.

"Kenapa tak turun? Sayang cakap nak bakar lemang juga," tanya Hamidi. Aku mencebik. Romper Akhtar diambil untuk diseterika.

"Kalau Aisya turun, Akhtar nak tinggal dekat siapa?" Balasku.

"Lupa," gumamnya perlahan.

Aku berpaling sekali lagi apabila Hamidi diam sahaja. Bibir mengukir senyum, patutlah diam, tengah 'rehat' sebelah Akhtar rupanya.

Tidak mahu mengganggunya untuk berehat, aku meneruskan kerja yang tergendala.

"Id!" Arifi naik kerumah sambil mendukung Huzair. Aku mengerutkan dahi.

"Kenapa tu Abang Fi?" Tanyaku cemas. Hamidi sudah bangun dari perbaringan.

"Jatuh tadi waktu tengah main bunga api. Macam biasalah, pening bila nampak darah." Jawab Arifi. Kakinya melangkah mendekati Hamidi.

"Teruk ke?" Suis seterika ditutup. Huzair yang berada diatas sofa didekati.

"Tak teruk sangat. Luka sikit je, tapi keluar darah."

Aku mengangguk faham. Huzair mabuk darah. Hamidi sudah menghilang kedapur untuk mengambil first aid kit. Tidak lama kemudian, dia kembali bersama kotak putih ditangan.

Aku menggeleng kecil apabila melihat wajah pucat tak berdarah Huzair. Kalau ini kali pertama, mungkin aku cuak juga. Tapi entah sudah kali keberapa, setiap kali nampak darah hatta sedikit sahaja pasti begini reaksi tubuh Huzair.

Hamidi melipat kaki seluar Huzair hingga paras atas lutut. First aid kit dibuka.

"Aku turun dulu. Hangit nanti lemang-lemang tu," Pamit Arifi. Hamidi mengangguk kecil, sempat diucapkan terima kasih.

"Huzair pandang tempat lain, jangan pandang lutut ni." Tegur Hamidi apabila Huzair tidak mengalihkan pandangan dari lututnya.

Aku mengambil tempat disebelah Huzair. Matanya ditutup. Dah tahu tak boleh nampak darah, tapi nak juga pandang.

"Tch... Sakit," Huzair meringis kecil.

"Tahan sekejap je, sikit je ni..." Pujuk Hamidi. Tangannya masih lincah mencuci luka sekaligus nak taruk ubat.

"Mama, sakit..." Adu Huzair. Kepalanya diangkat memandangku. Matanya sudah berkaca-kaca. Alahai, manjanya anak teruna seorang ni.

"Sekejap je sakit, lepasni tak sakit dah." Pujukku pula.

"Dekat mana lagi ada luka?" Tanya Hamidi sebaik siap merawat luka dilutut Huzair.

"Ni," Huzair menghulurkan tangan kanannya. Bukannya luka, sekadar goresan kecil sahaja.

"Sikit je ni," ujar Hamidi.

"Nak letak ubat juga ke?" Tanya Hamidi lagi. Huzair angguk perlahan. Ubat gamat dibuka lalu disapu pada tapak tangan Huzair.

"Huzair duduk dengan Baba ya? Mama nak sambung gosok baju," ujarku. Huzair angguk kecil.

Aku bangun dari duduk, kaki melangkah kearah iron board. Nak sambung gosok baju. Seterika awal-awal tak kalut. Pagi esok seterika tudung je.

"Baba, Huzair nak main lagi..." Suara Huzair kedengaran.

"Dah tak pening ke?" Hamidi pula bertanya.

"Pening lagi,"

"Kalau macam tu rehat dulu, kalau dah tak pening baru boleh sambung main. Okay?" Ujar Hamidi.

Huzair angguk perlahan.

***********
Jam di dinding dipandang. Sudah menjejak jam 11 malam. Akhtar sudah pun tidur, begitu juga Huzair. Yang tinggal hanya Aileen, masih galak bermain.

Hamidi pula masih dilaman rumah bersama Arifi, masih ada beberapa batang lemang yang belum siap dibakar katanya.

"Aileen, jom tidur." Ajakku.

"Ayeen tak nantuk," jawab Aileen tanpa menoleh kearahku. Mata tertancap pada skrin tv yang menayangkan drama. Malam-malam raya memang banyak drama.

Slogan Aileen; tetaplah tonton drama walaupun tak faham cerita orang tua!

"Dah lewat ni. Nanti susah bangun esok,"

"Tapi Ayeen tak nantuk laji,"  Aileen mencebikkan bibir. Aku mengeluh kecil. Sabar Ecca!

"Mama bagi lima minit lagi," ujarku.

"Otey Mama!"

Aku menggeleng kecil. Kaki melangkah kearah pintu utama, mengintai aktiviti membakar lemang.

Nampaknya aktiviti membakar lemang dah siap. Kelihatan Hamidi dan Arifi menapak kebelakang rumah, masuk ikut pintu dapur. Api juga sudah dipadamkan.

Pintu rumah ditutup.

Masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing. Alia sibuk menyeterika pakaian. Kanak-kanak pula santai berbaring dihadapan television.

Aku melangkah menuruni tangga menuju kedapur. Susuk Hamidi yang sedang menyusun lemang didekati.

"Habib," tegurku. Hamidi melemparkan senyuman.

"Nak lemang?" Hamidi menawarkan lemang.

"Boleh ke?"

"Tak boleh. Nanti tak ada feel raya esok," jawab Hamidi beserta senyuman senget. Aku mencebik, lebih baik tak payah tanya! Tangan naik mencubit pinggangnya.

"Tsk... Sakit sayang," berkerut dahinya menahan sakit, tangannya mengusap tempat cubitanku.

Aduannya aku hiraukan.

"Tu lemang siapa bang?" Tanyaku apabila melihat Arifi memasukkan beberapa batang lemang kedalam plastik.

"Lemang Mak Cik Ani tempah," jawab Arifi. Aku mengangguk kecil.

Plastik diikat kemas. Sudah sedia maklum yang mak ada mengambil tempahan membuat lemang dan ketupat. Lemang dan ketupat mak memang sedap menjilat jari. Itu belum lagi digandingkan dengan rendang mak. Sedap!

Tidak lama kemudian Arifi meminta diri untuk menghantar lemang ke rumah Mak Cik Ani. Tinggallah aku dan Hamidi di dapur.

"Anak-anak dah tidur?" Tanya Hamidi. Kerusi disebelahku ditarik. Tangannya mencapai ketupat yang terhidang diatas meja.

Makan ketupat tak hilang pula feel raya nanti?!

Geram aku!

"Aileen je belum lagi." Balasku. Ketupat yang baru dibuka Hamidi, aku rampas sebelum dicecah kedalam rendang dan dimasukkan kedalam mulut. Digigit separuh.

"Sayanggg...." Cemberut mukanya memandangku. Sudahlah itu ketupat terakhir untuk malam ni.

"Ada sikit lagi, Aaa buka mulut..." Nak tak nak Hamidi membuka mulut. Menghabiskan ketupat yang tinggal separuh sahaja.

"Terima kasih. Sayang Habib!" Pipinya dicium lalu aku bangkit dari duduk.

"Aisya naik dulu, nak tidurkan Aileen." Cepat-cepat aku melangkah meninggalkan Hamidi yang sedang kegeraman.

Kaki melangkah naik keatas.

"Aileen, jom tidur. Dah cukup lima minit." Ajakku.

"Shepuyuh init laji mama," mintanya. Aku mencekak pinggang. Orang bagi lima, nak sepuluh. Orang bagi betis, nak paha.

"Baba!" Laungku memanggil Hamidi didapur.

"Ya?" Sahut Hamidi dari dapur. Mendengar sahaja suara Hamidi, cepat-cepat Aileen bangun dari perbaringan. Tahu pun takut. Aku simpan senyum.

"Mama, shhh..." Aileen meletakkan jari telunjuk di bibir. Kepalanya menggeleng laju. Taknak aku bagitahu Baba dia lah tu.

"Kenapa ma?" Tabya Hamidi apabila aku mendiamkan diri.

"Tak ada apa," ujarku. Setakut-takut anak-anak dengan aku, takut lagi dia dengan Baba diorang.

"Jom tidur," dengan muka pasrah Aileen mengikuti langkahku.

Tak perlu ajak Hamidi sekali, sebab masih ada kerja yang belum dia siapkan. Iaitu tukar langsir. Entah jam berapa dia tidur nanti.

**********
Takbir raya bergema satu rumah apabila tv yang dibuka memaparkan sekumpulan jemaah yang sedang mengalunkan takbir raya.

"Mama! Mama!" Pintu bilik diterjah masuk oleh Aileen. Hamidi mengikuti dengan langkah santai, ditangannya ada telekung kecil milik Aileen.

"Dah balik?"

"Hmmm..." Aileen mengangguk laju. Katil dipanjat. Nampak gaya terujanya, macam ada cerita best sahaja. Pertama kali ikut Baba dan yang lain pergi solat raya. Seronok bukan main.

"Mama tahu tak..." Kan dah kata.

"Tadi dia sholat shalah!"  Berkerut dahinya. Bukan main marah. Siapa yang solat salah? Aku pandang Hamidi yang sedang menahan tawa.

"Siapa yang solat salah?" Tanyaku. Duduk dilabuhkan disebelah Aileen. Ditanganku ada sikat rambut dan tudung milik Aileen.

Dah serabai rambut. Rasanya tadi dah sikat kemas-kemas sebelum dia mengikuti Hamidi ke surau.

"Yimam tu sholat shalah!" Aileen berpaling memandangku. Dahi tu, kalau boleh nak kerutkan lagi.

"Kenapa salah?" Rambut Aileen disikat rapi sebelum diikat gaya ekor kuda dan disanggul rendah.

"Dia cakap Awoh (Allah) Akbar ujuh ali!" Aileen menunjukkan tujuh batang jari kecilnya. Aku ketawa kecil, begitu juga Hamidi.

"Lepashtu, dia cakap ima ali pula!"  Sambungnya lagi. Sekali lagi tawa aku dan Hamidi terhambur.

"Lepastu Aileen solat sampai habis tak?" Anak tudung kecil dipakaikan.

"Tak! Shebab dia sholat shalah! Ayeen taknak itut oyang shalah!"  Jawabnya tegas. Berkerut-kerut dahinya. Aku menggeleng kecil.

Ini dah terlampau cerdik!

Tudung kanak-kanak yang terletak elok atas katil aku ambil. Lalu disarungkan ke kepala Aileen.

"Betullah imam tu solat," ujar ku.

"Shalah la Mama, Mama tak belajar ke?"

Aku menjongketkan kening. Wahhh berani dia cakap macam tu dekat kita!

"Eh, Mama belajarlah. Aileen tu yang belajar tak habis. Sedap-sedap je nak salahkan orang." Balasku geram. Tadi elok je nak terangkan satu persatu. Sekali dia tanya aku belajar ke tidak?! Ewahhh dia...

"Sudah sudah... Pagi raya pun nak gaduh ke?" Hamidi bersuara.

"Mama tu!"

"Aileen ni haa!"

Ujar aku dan Aileen serentak. Tangan Hamidi naik memicit kepala.

"Sudah sudah... Aileen, pergi panggil abang." Arah Hamidi.

Aileen akur. Dia turun dari katil. Sempat diberikan aku jelingan sebelum beredar. Eh bertuah punya anak!

"Baba tengok tu dia jeling Mama!" Adu aku tidak berpuas hati.

Hamidi menggeleng kecil.

Tidak lama kemudian Huzair masuk kedalam bilik, sampin yang tadinya elok dipakai sudah diselempang kebahu.

"Sini Baba pakaikan sampin," Hamidi menggamit Huzair. Sebaik Huzair berdiri dihadapannya, Hamidi melipat kaki, menyamakan kedudukan dia dan Huzair.

"Mana songkok, Huzair?" Tanyaku apabila kepala Huzair tidak mempunyai sebarang alas.

"Huzair simpan. Huzair nak pakai ni," jawab Huzair sambil menunjukkan kopiah putih.

Hamidi masih tidak perasan. Masih tekun memakaikan sampin ditubuh Huzair.

"Kan Mama dah kata, raya pertama pakai songkok. Sama dengan Baba," ujarku geram.

Hamidi angkat kepala. Dia sudah siap memakaikan sampin untuk Huzair.

"Kopiah siapa tu?" Tanya Hamidi.

"Entah. Huzair jumpa dalam almari Mama, dekat rumah Tok Mummy." jawab Huzair. Kopiah dihulurkan kepada Hamidi.

"Eh! Macam kenal..." Kopiah tadi dibeleknya. Cuma mengenal pasti sebelum Hamidi memandangku dengan senyuman senget.

"Simpan lagi rupanya," gumamnya perlahan. Aku menaikkan mata keatas. Hamidi dah dapat modal baru nak usik aku.

"Kopiah siapa Baba?"

"Kopiah Baba,"

"Huzair nak, boleh?"

Hamidi angguk kecil.

"Tapi harini pakai songkok, ya?" Huzair angguk setuju. Eh senangnya dia 'berurus-niaga'. Dengan aku bukan main berkeras nak pakai kopiah tu juga.

"Dah siap! Tunggu dekat luar, nanti Mama dengan Baba keluar." Ujar Hamidi sebaik memakaikan kopiah diatas kepala Huzair.

"Okay!"

"Sayang dah siap ke?" Tanya Hamidi sebaik Huzair hilang dari pandangan.

"Dah," jawabku pendek.

"Habib," aku menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Awalnya..." Gumam Hamidi, huluranku tetap disambut. Tangan Hamidi dicium.

"Selamat Hari Raya. Nak duit raya..." tanpa melepaskan tangan Hamidi. Tangan satu lagi naik menadah.

"Patutlah nak salam awal!" Ujar Hamidi sambil mengetap gigi. Hidungku ditarik geram.

Aku tarik senyum sehingga menampakkan barisan gigi.

"Selamat Hari Raya. Aisya minta maaf makan ketupat Habib semalam," ujarku lagi sebelum ketawa kecil. Hamidi mencebikkan bibir.

"Dah, jom keluar. Semua dah tunggu kat luar," ajak Hamidi. Makin lama, makin menjadi-jadi perangai aku.

"Sekejap," aku berlari anak kearah cermin. Tudung yang sudah betul, dibetulkan lagi.

Kemudian aku berpaling memandang Hamidi.

"Dah okay kan? Dah cantik? Muka Aisya ada comot-comot tak?" Tanyaku kepada Hamidi.

"Mana pernah sayang tak cantik," balas Hamidi. Aku tersenyum suka. Ini yang makin sayang ni!

"Habib tak marah Aisya pakai kebaya kan?" Tanyaku perlahan.

Hamidi geleng kecil dengan senyuman tipis.

"Kebaya sayang labuh, tak ketat. Nak marah buat apa?"

Barulah aku boleh melepaskan nafas lega sebaik mendengar jawapan Hamidi. Dari awal parcel baju raya sampai, memang tak tenang duduk. Risau kalau Hamidi marah nanti.

Aileen pun pakai kebaya juga. Tapi baju Aileen custom made sebab susah cari kebaya untuk kanak-kanak.

Tema raya keluarga kecil kami pula hitam. Pilihan Hamidi. Dia kata hitam itu premium. Lepastu boleh sorokkan perut buncit kalau terlebih makan. Pandai je cari alasan semata-mata nak tema hitam.

"Jom," tanganku digenggam sebelum kami melangkah keluar bilik.

Hari raya, tak sah kalau tak bising. Hari biasa pun nak bising dengan keletah budak-budak ni, inikan pula hari raya.

"Abang, Aileen, dah makan ke belum?" Tanyaku, ralit benar bermain.

"Belum, kitorang tunggu Mama..." Jawab Huzair sebelum melangkah kearah aku dan Hamidi. Begitu juga Aileen.

"Tunggu Mama je, tak tunggu Baba pun..." Gumam Hamidi perlahan. Aku menggeleng kecil. Cari modal nak merajuk dengan anaklah tu.

Juadah utama raya tahun ni Nasi Hujan Panas. Lepastu ada side dish lain. Ada hasil air tangan Mak, Alia, aku, Hamidi dan Arifi.

"Yeayyy nashi yenboww!" Aileen menepuk tangan kegembiraan apabila melihat nasi yang berwarna-warni. Nasi Rainbow.

"Anaqi dah makan?" Tanyaku apabila melihat Anaqi menjengah meja yang menghidangkan juadah raya.

"Dah makan dengan Papa." Jawabnya. Aku angguk kecil.

Nampaknya Alia dan dua gadis kembar itu masih belum siap melaram. Ulang alik kesana kesini. Sesekali kedengaran bunyi perdebatan mulut, sebabnya pin tudung hilang.

Aku rasa aku dah beli satu kotak jarum peniti dan kerongsang. Takkan hilang lagi? Allah...

Nampak gaya lambat lagi sesi meminta maaf bakal berlangsung. Sempat si Aileen ni ganti makan untuk sebulan 'puasa'.

"Nak lemang?" Tanya Hamidi ketika aku sedang menyuapkan Aileen.

"Boleh ke?" Tanyaku sinis. Teringat kejadian semalam. Dia gula-gulakan aku!

Hamidi ketawa kecil sebelum beredar kearah meja juadah. Seketika kemudian dia datang dengan beberapa hirisan lemang dan ketupat, turun ada rendang dalam pinggan tersebut.

"Dah raya, mestilah boleh..." Ujarnya lalu melabuhkan punggung disebelahku. Aku mencebik.

"Aaa buka mulut..." Lemang yang disertakan dengan rendang disua kepadaku. Tak tunggu lama, laju sahaja aku menerima suapan itu.

"Sedap?" Tanya Hamidi. Hujung bibirku dilap. Mungkin ada comot. Mulut dah penuh, angguk sajalah sebagai jawapan.

"Baba tanak shuap Ayeen?" Tanya Aileen dengan nada lirih. Mula dah nak cemburu. Yang aku suap nasi dekat dia tak ada pula nak ucap terima kasih ke apa.

"Aileen nak juga?"

Aileen angguk laju. Lemang dicubit sedikit lalu disuapkan kepada Aileen. Budak Aileen ni bukannya makan sangat lemang. Saja mengada tak boleh tengok Baba dia lebihkan Mama!

"Cepat habiskan nasi, lepasni nak salam-salam." Ujar Hamidi. Tak banyak pun nasi yang tinggal, hanya dua tiga suap sahaja lagi.

"Pashtu dapat duit aye?" Tanya Aileen teruja. Hamidi mengangguk dengan senyuman.

"Mama..." Sekali lagi Hamidi menyuapkan lemang kepadaku. Baik betul! Aku suap Aileen, dia suap aku. Saya suka saya suka.

Huzair pula elok bersila dihadapan television. Waktu raya je dapat makan nasi santai-santai depan tv, hari lain mahu kena bebel sampai bernanah telinga.

Akhtar pula, dipagi raya yang indah nan ceria ini, boleh pula dia tidur. Tapi tak apa, senang aku nak buat kerja lain.

"Dah habishhh..." Aileen tepuk tangan apabila pinggan sudah licin.

Aku menarik helaian tisu dari kotak tisu. Mulut Aileen dilap.

"Siapa nak duit raya, cepat beratur..." Suara Mak mengisi ruang rumah.

"Sabar nenek! Huzair tak habis makan lagi!"

Aku menggeleng kecil melihat Huzair yang kalut menghabiskan makanan.

"Tengok anak Habib tu," ujarku.

"Anak sayang juga," balasnya selamba.

"Dah, jom beratur. Nak duit raya," sambungnya lalu bangun dari duduk. Aku menjongketkan kening. Tak padan dengan tua.

**********
Dimulai dengan Arifi, Hamidi, aku, Alia dan cucu-cucu mak yang lain. Masing-masing bersalaman memohon kemaafan. Yang penting, semua dapat duit

Tangan Hamidi dikucup. Begitu juga kedua belah pipinya.

"Selamat Hari Raya Habib. Aisya minta maaf atas semua dosa yang Aisya buat, dalam sedar ataupun tak. Aisya minta maaf selalu buat Habib kecil hati dengan Aisya, selalu buat Habib letih layan perangai Aisya, selalu habiskan duit Habib, selalu merajuk tak tentu pasal. Aisya minta maaf sebab selalu buat Habib pening layan Aisya gaduh dengan anak-anak."

Aku mencebik apabila Hamidi ketawa kecil. Aku punyalah emosi sampai berkaca-kaca mata, dia boleh gelak? Dia

"Habib dah maafkan semua kesalaham sayang," tubir mataku disapu. Nasib baik rumah mak, kalau di rumah Mummy sudah lama aku kena bahan dengan Arfan dan Afham sebab menangis.

"Habib pun minta maaf kalau ada marah sayang, sakitkan hati sayang..." Ucapnya. Dahiku dicium, diikuti kedua belah pipiku.

Usai itu aku menadah tangan.

"Duit raya?" Aku mencebik. Minta maaf tapi duit raya jangan lupa. Aku dengar yang lain ketawa kecil, Hamidi pula menggeleng kepala.

Sampul duit raya dikeluarkan dan dihulurkan kepadaku.

"Dapat sama je dengan yang lain," ujar Hamidi belum sempat aku bertanya jumlah yang diberi. Aku menjuihkan bibir.

Kemudian aku bangun dan melabuhkan punggung disebelah Hamidi. Sempat aku bertukar maaf dengan Arifi, yang penting dapat duit raya jugak. Kemudian giliran Alia pula.

Sama seperti tahun sebelum ini. Inti maafnya adalah atas silapnya yang lalu. Walhal sudah aku katakan untuk tidak mengingati hal tersebut.

"... Alia minta maaf, sebab Alia akak dan angah hilang Awra ..." Itulah antara ayat permintaan maaf dari Alia.

Tubuh gadis itu dibawa kepelukan.

"Akak dan angah dah lama maafkan Alia. Jangan ingat lagi benda tu ya? Bukan salah Alia, semua terjadi ada sebabnya sendiri."

Pelukan dileraikan, aku senyum tipis kepadanya. Air jernih yang mengalir dipipinya disapu kemas. Membazir make-up kalau menangis!

"Nah duit raya. Jangan nangis dah, pergi main jauh-jauh..." Ujar Hamidi seraya menghulurkan sampul duit raya.

Makin lama, makin berjangkit perangai Arham pada Hamidi. Boleh pula dia cakap macam tu dekat Alia.

"Ciksu, terima kasih sudi susukan Anaqi. Anaqi minta maaf kalau ada buat Ciksu sakit hati. Terima kasih sudi bagi kasih sayang ibu pada Anaqi. Anaqi sayang Ciksu,"

Tubuh Anaqi dibawa kedalam pelukan.

"Ciksu pun sayang Anaqi." Ujarku. Dahinya dikucup.

Dan yang ditunggu-tunggu. Ucapan maaf dari dua beradik; Huzair dan Aileen.

"Huzair minta maaf sebab nakal. Haritu Huzair ada conteng dinding, tapi Huzair takut nak bagitahu. Huzair tampal dinding tu guna kertas lukisan. Sebab taknak bagi Baba dan Mama nampak." Huzair menunduk, tidak langsung mengangkat kepala. Ayat terakhir pula perlahan sahaja nadanya

Aku dan Hamidi berpandangan. Cuba mengingati dinding mana yang ada lukisan 'asing'.

"Huzair conteng dinding mana?" Tanya Hamidi lembut.

Huzair mengemam bibir seketika sebelum menjawab perlahan.

"Dalam bilik kerja Baba,"

Aku mengemam bibir menahan tawa sedang Hamidi sudah mengeluh perlahan. Pelipis diurut seketika. Yang lain sudah terkekek ketawa mendengar pengakuan Huzair.

"Huzair minta maaf Baba. Maafkan Huzair ya?" Barulah dia angkat kepala. Mata pun sudah berkaca-kaca. Dah kata, Huzair ni cengeng! Tak macho lah!

"Baba maafkan. Lepasni jangan buat lagi ya? Kalau kertas lukisan dah habis, bagitahu Baba, nanti Baba belikan lagi. Jangan conteng dinding." Hamidi menitip pesan. Huzair menurunkan kepala, mengangguk kecil tanda faham akan pesanan itu.

Tubuh Hamidi didakap Huzair. Hamidi mengucup lama dahi anak terunanya itu.

"Anak soleh Baba Mama," ujar Hamidi separa berbisik.

"Mama," Huzair sudah beralih dihadapanku.

"Huzair minta maaf sebab kotorkan baju kesayangan Mama. Nanti Huzair ganti yang baru. Huzair tak sengaja."

"Huzair minta maaf sebab selalu sepahkan rumah lepas melukis. Maafkan Huzair ya, Mama." Kalau tadi hanya berkaca-kaca. Sekarang sudah jatuh airmatanya.

Aku senyum kecil. Airmatanya disapu.

"Mama dah maafkan, sayang." Dahi dan kedua belah pipinya dikucup.

"Jadi anak soleh ya, sayang." Huzair angguk kecil.

Dan akhir sekali adalah giliran Aileen.

Sebentar kekiri dan kekanan anak matanya bergerak. Sama gaya waktu dia meminta maaf kepada neneknya sebentar tadi. Mana taknya, banyak sangat buat hal. Dalam ramai cucu mak, dia je yang paling nakal. Harap tak nakal sampai ke besar sudah.

Kalau nak senaraikan silapnya, tak cukup kertas A4 gamaknya. Kena guna kertas mahjong.

Antaranya, petik bunga dalam pasu mak. Conteng buku Alia. Dan yang terbaru iaitu semalam, dia buat lubang pada selipar Arifi guna bunga api.

Mana tak kecut perutnya bila kena mengaku semua silapnya itu.

Yang tukang sakit kepala, Hamidi. Aku pula dah angkat tangan, mengalah.

"Aileen..." Panggil Hamidi lembut apabila Aileen masih diam.

"Baba maaptan shemua shalah Ayeen ya." Dia mengelipkan mata beberapa kali. Buat muka kesian.

Hamidi menjongketkan kening.

"Apa salah Aileen, hmm?" Hamidi bertanya lagi. Banyak sangat agaknya sampai tak ingat.

Aileen mengeluh kecil sebelum mengaku semua silapnya sepanjang tahun ini.

Conteng kertas kerja Baba. Tumpahkan air atas meja kerja Baba. Hilangkan kunci kereta Baba. Buat onar di cafe Baba.

Itu antara kesilapan yang Aileen mengaku.

Yang lain sudah memandang dengan riak tidak percaya. Tapi itulah hakikatnya, Aileen si budak nakal.

"Ayeen pomish tak uwat dah..."  ujar Aileen sebaik mengaku semua kesilapannya. Hamidi menggeleng kecil. Susah nak percaya janji Aileen.

Yang buat aku dan Hamidi lemah jantung adalah bila dia buat hal di cafe. Entah bagaimana boleh terlepas ke dapur. Tahu-tahu lantai sudah berselerakan dengan kuali dan sudip. Tika itu pula tiada orang di dapur. Untuk sahaja tidak terkena dirinya.

Dan itu pertama kali Hamidi marah besar pada Aileen. Marah sebab tak dengar cakap, sudah ditegah jangan masuk ke dapur tapi tak dengar jugak. Tapi tak lama, lepastu dah boleh cakap lembut-lembut. Hamidi mana boleh marah lama-lama.

"Shorry Baba,"  ujar Aileen perlahan. Hamidi angguk kecil.

"Baba dah maafkan. Lepasni jangan buat lagi, faham?" Aileen mengangguk laju.

Dengar boleh, percaya jangan. Itulah ayat yang sesuai setiap kali Aileen janji tak buat lagi.

Hamidi menghulurkan sampul duit raya. Laju sahaja tangan kecil itu menyambut.

"Mashehh Baba," ucap Aileen ceria. Tak ada dah sedih-sedih macam minta maaf tadi.

"Sama-sama sayang," ciuman jatuh  pada dahi, kemudian pada kedua belah pipinya.

"Mama," Aileen mengemam bibir.

"Lipshtik bayu mama, Ayeen shoyok. Shebab yoshak, patah."  semakin menunduk kepalanya.

Terkebil-kebil aku memandangnya. Agak terkejut sebenarnya. Aku ingatkan lipstick tu tercicir dimana-mana sebab cari tak jumpa. Rupanya...

"Ciyem Mama..." Aileen jeda.

"Aileen yang tumpahkan?" Lambat-lambat Aileen mengangguk.

"Siapa yang tumpahkan serum Mama?!" Keras sahaja aku bertanya. Huzair dan Aileen dipandang silih berganti, kemudian jatuh pada Hamidi. Entah sudah kali keberapa aku mengulang soalan sama.

"Baba?"

Hamidi angkat kepala memandangku.

"Apa?" Tanya Hamidi, keliru. Tiba-tiba sahaja namanya diseru.

"Siapa yang tumpahkan?" Tanyaku lagi. Terkejut bukan kepalang bila tengok botol serum berada dilantai, penutup pula entah kemana.

"Baba tak tahu," lemah sahaja Hamidi menjawab.

"Huzair?" Huzair menggeleng laju.

"Aileen?" Begitu juga, laju sahaja Aileen menggeleng.

"Dah la tu, Ma. Mungkin Mama yang tak tutup kemas-kemas, lepastu terjatuh." Ujar Hamidi. Dia bangun dari duduk.

Tubuhku didekati sebelum tangannya naik mengusap bahuku. Sempat dia menyuruh Huzair dan Aileen naik keatas.

"Istighfar banyak-banyak..."

"Tapi Aisya baru beli," suaraku sudah berubah nada. Bila-bila masa sahaja boleh menangis. Penat kalau asyik kena beli baru. Baru sahaja guna dah 'habis'.

"Ya, Habib tahu. Nanti Habib beli yang baru," Hamidi masih memujuk.

"Taknaklah marah-marah macam ni. Kesian anak-anak, bukan salah mereka pun kena marah juga." Sambung Hamidi lagi.

"Lain kali tanya elok-elok, taknak garang macam tadi. Boleh sayang?"

Aku memandang sebelah apabila terasa belakangku diusap. Hamidi senyum kecil. Tahulah aku maksudnya. Kejadian bulan lalu sudah terbang dibawa angin.

"Ayenn yang..."

"Dah dah... Mama dah maafkan semua," potongku. Tak sanggup nak dengar lagi. Risau aku meletop saja. Risau kalau naik darah, sudahlah aku ada darah tinggi sepanjang mengandungkan Akhtar.

Aileen bangun lalu memeluk tubuhku. Aku membalas pelukannya.

"Ayeen minta maap ya Mama. Ayeen shelalu noti. Ayeen shayang Mama,"

Ini yang aku lemah. Huzair dan Aileen, dua-dua pandai memujuk aku. Macam Baba mereka.

"Ya, Mama maafkan Aileen. Mama pun sayang Aileen." Dahinya dikucup, begitu juga kedua belah pipinya.

Haihh, paling tidak dia sedar yang dia naughty.

**********
Aku bangun dari perbaringan sebaik Hamidi masuk kedalam bilik.

"Dah tidur?" Tanya Hamidi. Merujuk kepada Akhtar, entah apa yang tak kena asyik merengek sahaja.

Aku mengangguk kecil. Huzair dan Aileen pula sudah menghilang bersama sepupunya yang lain, menjelajah kampung mencari duit raya.

Hamidi melabuhkan punggung disebelahku. Songkoknya sudah dibuka. Dengan selambanya dia merehatkan kepala diatas ribaku. Matanya dipejam seketika.

"Tidur pukul berapa semalam?" Tanyaku. Entah pukul berapa Hamidi masuk kedalam bilik aku tidak sedar.

"Pukul 4 rasanya," jawabnya.

"Lewatnya, buat apa?" Jariku dilarikan dicelah-celah rambutnya.

"Pasang langsir," jawab Hamidi.

"Takkanlah pasang langsir lama sangat?" Aku berkerut dahi.

Hamidi membuka mata seraya senyum kecil. Tanganku diambil. Menyulam jarinya bersama dengan jari aku. Dikucup seketika sebelum dibawa kedadanya.

Tabiat bila nak aku tidurkan dia. Faham sangat.

"Kitorang mula lewat. Kebetulan masuk bilik, tengok Akhtar terjaga. Ajak borak sampai pukul 4." Jawab Hamidi.

"Kenapa tak kejutkan Aisya?" Nak marah, tapi macam tak ada guna je nak marah bapak orang yang sorang ni.

"Sayang tidur, takkan nak kejutkan?"

Aku menggeleng kecil.

"Habib nak rehat kejap, nanti Asar kejutkan tau." Hamidi menitipkan pesan.

Bantal disebelah Akhtar dibetulkan.

"Tidur sini, lagi selesa." Ujarku sambil menepuk bantal tersebut. Tak banyak cakap, terus sahaja Hamidi beralih tempat. Betul-betul penat mungkin. Sulaman jari juga sudah terlerai.

Hamidi mengiring menghadap Akhtar sebelum tangannya naik memeluk si kecil tersebut. Sempat pipi tembam itu dicium.

"Terima kasih Habib," tepi kepalanya dicium sebaik memastikan Hamidi sudah lena. Aku senyum kecil. Bertuahnya dapat bersuamikan Athief Hamidi.

**********
"Jangan nak lari-lari, dua hari lepas dah janji taknak nakal. Kan?" Pesanku. Huzair dan Aileen mengangguk faham. Mereka turun sebaik pintu kereta dibuka Hamidi.

Langkah laju dibuka. Tak boleh lari, tapi boleh jalan cepat. Aku menggeleng kecil melihat tingkah dua beradik itu. Akhtar aku tinggalkan dirumah Mummy. Harini raya ketiga, beraya dirumah keluarga aku pula.

"Tak sabar betul nak jumpa kakak," gumam Hamidi. Aku senyum kecil. Kami beriringan mengikuti langkah Huzair dan Aileen.

"Assalamualaikum kakak,"

"Syamekom tatak,"

"Tahun ni raya dekat kampung Baba, baanyakkkk duit raya kitorang dapat." Bicara Huzair. Dia sudah duduk bersila. Tangannya naik mencabut rumput liar yang tumbuh.

"Ayeen syuyuh Mama shimpan, tatut ilang..."

Tak berhenti mereka berdua bercerita. Aku dan Hamidi sekadar memerhati.

"Menangis?" Tanya Hamidi perlahan. Tangannya yang berada dibahuku bergerak mengusap perlahan.

Aku angkat kepala memandang Hamidi. Menangis? Siapa menangis? Melihatkan senyuman Hamidi lagilah buat aku tertanya-tanya.

"Sayang menangis," ujar Hamidi perlahan. Seolah faham persoalan yang bermain diminda. Tangannya menyapu lembut pipiku.

"Tch..." Aku berdecit. Tangan naik menyapu kasar air hangat yang mengalir. Sudah dikatakan pada diri sendiri agar tidak menangis, tapi tengoklah. Ahh bencinya.

"Aisya tak sukalah," gumamku.

"Hmm?" Hamidi berkerut dahi.

"Aisya tak suka Aisya menangis," ujarku sekali lagi.

Tangan Hamidi yang memeluk bahuku jatuh, kini dia menyulam jariku.

"Menangis sebab sedih atau gembira?" Tanya Hamidi.

Aku menggeleng kecil. Tidak tahu apa yang aku rasakan sebenarnya. Hamidi hanya senyum nipis.

"Sayang betul mereka dekat kakak," ujar Hamidi. Aku mengangguk, bersetuju dengan apa yang dikatakan Hamidi.

"Walaupun tak pernah jumpa," sambungku perlahan. Tanpa sedar sekali lagi airmata gugur.

Hamidi melepaskan keluhan. Keluhan yang dibuat-buat.

"Kesian Awra," gumamnya. Aku angkat kepala memandang Hamidi. Menanti untuk dia menyambung ayat.

"Setiap kali datang, Mama selalu menangis. Mesti Awra sedih," sambungnya. Dia mencebik kecil. Seolah-olah bersedih juga.

Ahh, makin lebat pula airmata yang turun. Aku menyapunya kasar.

Pandangan dihalakan kepada dua beradik yang masih becok bercerita. Langsung tiada penghujung.

"Walaupun Awra tak ada, kitorang tetap sayang Awra, anak Mama." Ujarku perlahan.

"Anak Baba juga. Kakak Huzair, Aileen dan Akhtar." Sambung Hamidi perlahan.

Aku senyum nipis.

Walaupun kita tak dapat berkumpul disini, Mama berdoa agar kita berkumpul disana nanti. Awra tunggu Mama, Baba dan adik-adik, ya. Kami rindu Awra.

Tamat

Okay tak tu?

Continue Reading

You'll Also Like

565K 21.7K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
7.2K 197 22
Tengku Naufal bin Tengku Juhairi seorang mempunyai rupa paras yang kacak.Seorang yang dingin dan juga tegas.maklumlah tentera Ayesha Naily binti Nae...
3.1K 230 16
(n.) Adam milik Hawa dan Hawa milik Adam.
418K 20.5K 31
Husna Humaira begitu membenci Aiman Amzar, budak baru yang sangat Nerd dan berlagak alim padanya. Aiman Amzar seorang lelaki yang pada luaran nampak...