Ustaz, Tunggu Saya!

By aeinsohko

809K 31.8K 4.3K

Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua... More

Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Promote Time
Bab 52
Epilog
✨Farewell ✨
UTS Beraya #1
UTS Beraya #2
UTS Beraya #3
UTS Beraya #04
UTS Beraya #06

UTS Beraya #5

4K 259 23
By aeinsohko

Aku melangkah menuruni tangga. Tingkat atas memang dah sunyi sebab semua sedang berkampung dekat ruang tamu.

Sesampai sahaja dibawah. Figura tiga beranak ditangkap oleh retina mataku.

Langkah diatur menghampiri Hamidi yang sedang berbaring mengiring atas karpet dengan tangan yang menongkat kepala, meja kecil yang berada ditengah-tengah sudah ditolak ketepi. Aileen elok bersandar pada Hamidi. Akhtar pula berbaring elok disisi Hamidi.

Aku melabuhkan punggung dibelakang Hamidi. Hamidi dongak kepala.

"Dah mandi?"

Aku angguk kecil. Selesai sahaja buat kerja rumah, aku mandikan Akhtar dan bersihkan diri sementara Hamidi menyiapkan Akhtar.

"Wangi tak?" Aku hulurkan tangan kepada Hamidi, didekatkan pada hidungnya untuk dihidu.

"Shower cream baru ke?" Tanya Hamidi. Soalanku tidak dijawab. Aku angguk beserta sengihan.

"Wangi. Tapi Baba suka bau yang selalu Mama guna tu." Balas Hamidi sebelum kembali fokus kepada skrin television. Layan kartun?

Aku mencebik. Yang ni lagi wangilah!

"Pinjam paha," ujar Hamidi sebelum menjatuhkan kepalanya atas pahaku.

Aku menjelingnya.

"Ingat tak janji semalam?" Tanya Hamidi tiba-tiba. Aku mengerutkan dahi.

"Janji apa?"

Aku ada janji apa-apa ke? Seingat aku, tak ada.

Hamidi memuncungkan mulut kearah Aileen yang masih ralit menonton kartun. Aku jeda seketika, otak ligat memutar kembali scenario semalam.

"Esok pujuk Aileen,"

"Nak pujuk apa? Bukan salah Aisya," aku mengerutkan dahi.

"Tengok tu. Nak bela lagi ego tu. Bukan bawa untung pun."

Padahal tadi baru je menangis kononnya tak sengaja marah anak.

"Aileen dah minta maaf dengan sayang, sayang yang jual mahal. Esok, Habib nak sayang dan Aileen berbaik." Sambung Hamidi.

"Tapi..."

"Kalau tak, tahun ni tak dapat duit raya." Potong Hamidi. Aku kemam bibir. Mana aci main ugut macam tu!

"Ya ya... Aisya berbaik esok," dengusku. Tubuh direbahkan membelakangi Hamidi. Selimut ditarik menutupi sehingga kepala.

"Janji?" Hamidi jatuhkan kepalanya dibahuku. Tangannya melingkar dipinggangku.

"Hmm..." Jawabku malas.

"Dah ingat?" Aku tersentak memandang Hamidi. Janji itu rupanya.

Aku angguk kecil. Jelingan tajam diberi sekilas.

Bukan itu je dia ugut,

"Raya tahun ni tak ada bag baru, sandals baru, tudung baru..."

Bukan biasa-biasa ugutannya. Dia tak tahu ke, bila tibanya hari raya, semua kena baru.

"Aileen," panggilku, bahu Aileen dicuit.

Aileen berpaling memandang.

"Ya, mama."

"Jom buat kek," ajakku. Dari waktu sahur lagi aku berfikir, cara untuk 'berbaik' dengan Aileen semula.

Aileen menggeleng. Terkebil-kebil Aileen memandang aku.

"Brownies?"

Geleng lagi.

"Mama puashe, nanti mama penat." Ujar Aileen sebelum kembali fokus kepada kartunnya.

Aku cuit bahu Hamidi, meminta pertolongan. Tapi sayangnya, dia hanya angkat bahu sebelum sambung main dengan Akhtar.

Aku ketap bibir geram. Bahu Hamidi dicubit penuh kasih sayang menyebabkan dia meringis kecil

"Pergilah Aileen. Bukan senang mama offer nak buat kek." Ujar Hamidi selepas menerima cubitan kasih sayang. Nak tunggu kena cubit baru nak tolong?

Aileen pandang Hamidi seketika sebelum memandang aku. Hamidi dipandang lagi.

"Boyeh buat bownish ke buyan puashe?" Tanya Aileen.

"Boleh je. Nanti malam, boleh makan sama-sama." Jawab Hamidi.

Aileen diam lagi. Selepas berfikir tak berapa panjang, dia mendekatkan bibirnya pada telinga Hamidi. Membisik sesuatu sehinggakan Hamidi tertawa kecil.

"Tak. Mama tak penat, sebab tu Mama ajak." Ujar Hamidi sebaik Aileen menjauhkan jarak mereka.

"Kalau mama marah bagitahu je Baba. Okay? Nanti Baba marah Mama," Sambung Hamidi. Dia menyatukan jari telunjuk dan ibu jari. Aileen angguk kecil.

Entah apa yang dibisikkan Aileen sampaikan Hamidi boleh berkata sebegitu. Keningku ternaik mendengar ayat akhir Hamidi. Dia nak marah aku? Ewahh dia...

"Ayeen nak bownish,"

"Okay! Kita buat brownies. Jom!" Aku hulur tangan.

"Baba taknak itut?"

Hamidi menggelengkan kepala.

"Baba jaga adik. Aileen buat dengan mama, okay?"

Aileen angguk kecil sebelum mengikuti aku kedapur.

*********
Kalau dah namanya buat brownies dengan anak kecil, jangan harap dapur akan bersih.

Pap!

Pergerakan aku terhenti, begitu juga Aileen. Retina mata masing-masing memandang kearah lantai yang sudah memutih dengan tepung.

Aileen angkat kepala memandangku. Terkebil-kebil matanya.

"Mama, shorry..."

Aku senyum kecil. Kepalanya diusap.

"Tak apa, Aileen tak sengaja." Salah aku juga sebab letak bekas tepung tepi sangat.

Mangkuk yang sudah menyembah lantai itu diambil lalu diletakkan didalam sinki. Aku membuka kabinet, mangkuk baru diambil. Tepung yang menghiasi lantai dibersihkan seketika.

Hamidi dah janji nak tolong kemaskan lepas kitorang siap buat brownies. Jadi, kitorang dialu-alukan untuk sepahkan dapur.

"Kita buat size kecil je dulu. Nanti raya, kita buat banyak-banyak." Ujarku sambil membuat takaran tepung. Aileen angguk kecil.

Bukannya takut tak habis kalau buat banyak-banyak, tapi takut Hamidi marah sebab makan manis banyak. Sudahlah baru lepas beli aiskrim.

Hamidi makin tegas bab makanan lepas ada anak.

Mi segera pula, sebulan sekali boleh beli. Itupun kena sorok dalam bilik tidur kitorang, atau dalam bilik kerja Hamidi. Nak makan, kena tunggu anak-anak tidur atau keluar.

"Dah siap!"

Aku meletakkan adunan brownies dihadapan Aileen.

"Yeay!" Sorak Aileen sambil menepuk tangan.

"Mama, bake cepat!"  Ujar Aileen. Aku ketawa kecil. Loyang segi empat yang sudah dialas dengan baking paper diambil.

"Ayeen nak deto!"

"Taknak tunggu abang balik? Nanti boleh deco sama-sama,"

Aileen mengembungkan pipinya. Berfikir seketika, jari kecilnya mengetuk dagu. Dah macam fikir masalah negara pula.

"Otay! Ayeen deto ngan abang,"

Aku angguk kecil. Adunan tadi dituang kedalam loyang. Aileen menongkat dagu memandang kerjaku. Teliti dia memerhati. Bersinar-sinar matanya melihat adunan yang sudah beralih bekas.

"Tapi mama, nanti abang nak deto shobeyi." Aileen mencebik sedih.

"Tak. Aileen deco separuh, abang deco separuh. Boleh?"

Aileen mengangguk.

**********
Aku hanya memerhati tingkah Aileen dan Hamidi. Begitu juga Huzair, setia disisiku menonton drama Aileen sambil makan brownies.

"Plishh baba," Aileen menyatukan kedua belah tapak tangannya dan dibawa kedagu. Mata dikerdipkan. Merayu kepada Hamidi.

Hamidi pula buat-buat tak nampak. Matanya masih melekat di skrin television.

"Baba..." Meleret Aileen memanggil. Dia memanjat sofa sebelum melabuhkan punggung diatas riba Hamidi. Tangan kecilnya melingkar dileher Hamidi.

"Hayini je, Ayeen pomish... Plishh..." Mata masih dikerdipkan. Matanya juga sudah berair. Memang pelakon handal. Dia hasilkan airmata semudah ABC sahaja.

"Tak. Boleh."

Mari kita lihat, siapa yang menang kali ini. Hamidi atau Aileen.

"Ayeen matan syitit je," ujar Aileen.

"Syitit ke, sikit ke, banyak ke, manyak ke. Baba kata tak boleh, maknanya tak boleh." Balas Hamidi. Aileen mencebik. Dia pandang aku.

"Mama," serunya.

"Tenyok baba ni," adu Aileen. Aku menjongketkan bahu. Kalau bab makanan, jangan harap Hamidi berkompromi.

"Harini dah makan brownies." Balas Hamidi.

"Tu bownishh, ayeen nak aiyemm pulak!"

"Aileen Huwainaa binti Athief Hamidi."

Aileen menunduk. Lilitan tanggannya dileher Hamidi sudah dileraikan. Huzair disebelahku dikerling. Aku tahan senyum apabila melihat Huzair yang cepat-cepat meletakkan kembali brownies ditangannya.

Sedar diri yang dia dah makan banyak brownies.

"Makan manis banyak-banyak tak elok tahu," aku kembali memusatkan pandangan kearah dua beranak itu.

"Tapi Ayeen matan syitit je,"

Taknak kalah. Dia tak sedar ke yang dia dah makan lebih limit tadi?

Hamidi pandang Aileen. Aileen pandang Hamidi. Tak lama kemudian Hamidi melarikan pandangan, tangan memeluk tubuhnya.

"Suka hati Aileenlah, bukannya nak dengar cakap Baba." ujar Hamidi seolah berjauh hati.

Hamidi dah keluarkan kuasa 'veto' sebagai Baba. Aileen dikerling sekilas.

"Mama," aku pandang Hamidi apabila dia menyeru.

"Ambilkan Aileen aiskrim. Ambil banyak-banyak," arahnya. Dipandangnya aku  sebelum memandang kearah Huzair.

"Abang pun nak juga aiskrim?" Tanya Hamidi. Laju saja Huzair menggeleng. Takutlah tu.

Aku bangun dari duduk. Melangkah kearah dapur, mangkuk plastik kecil diambil untuk aku letak aiskrim.

Seusai itu, aku kembali ke ruang tamu. Mangkuk kecil yang berisi aiskrim itu aku hulurkan kepada Aileen. Aileen turun daru riba Hamidi dan melabuhkan punggung disebelah Hamidi.

Huluranku disambut.

"Mashih mama," ujar Aileen. Melebar senyumannya, tapi tidak lama sebelum dia kembali memandang kearah Hamidi yang 'tekun' memandang skrin television.

"Baba," Aileen tarik sedikit lengan baju Hamidi.

Diam.

"Baba nak?" Aileen menawarkan aiskrimnya.

Diam.

Habislah, Baba perang dingin dengan Aileen.

Aileen mencebik sedih sebelum memandang aku kembali.

"Takpelah mama, Ayeen taknak..." Aileen menghulurkan kembali mangkuk aiskrim kepadaku.

"Betul ni taknak?"

"Hmmm..." Perlahan sahaja dia mengangguk. Aku simpan senyum. Huluran Aileen aku sambut.

1-0

Baba menang!

"Baba, Ayeen tak matan aiyemm..." Lengan baju Hamidi ditarik lagi, ingin meraih perhatian.

"Ayeen shorry, Baba jangan mayah Ayeen..."

Hamidi menoleh memandang Aileen sebelum senyuman lebar diukir. Kepala Aileen diusap.

"Kan bagus bila dengar cakap Baba, goodgirl..." Ujar Hamidi.

"Baba tak mayah Ayeen?"

"Tak..."

"Baba tak majuk?"

"Tak..."

Mendengar jawapan positif Hamidi, Aileen turut tersenyum lebar. Tubuh Hamidi didakap erat.

Aku memandang Huzair.

"Abang nak?" Aiskrim dihulurkan kepada Huzair. Huzair geleng laju. Orang bagi aiskrim je, bukannya bagi racun. Sampai macam tu sekali dia geleng kepala.

"Too much sugar..."

"Tak good." Sambung Aileen.

"Pandainya!" Sisi kepala Aileen dikucup.

"Mama nak makan aiskrim ke?" Tanya Huzair perlahan, separa berbisik.

"Kenapa? Huzair nak?"

Huzair menggeleng kecil.

"Kalau mama nak makan, makan dekat dapur. Nanti baba nampak, baba marah." Jawab Huzair. Aku tersengih. Bijaknya dia, mesti ikut perangai mama dia ni.

*************
19 Ramadhan

Gelak tawa tiga beranak mengisi sunyi bilik tidur. Bantal tak usah kata, ada yang sudah selamat mendarat diatas lantai.

"Aileen nak ikut Baba atau nak tinggal dengan Mama dekat rumah Tok Mummy nanti?" Tanyaku sambil tangan ligat melipat baju Hamidi untuk dimasukkan kedalam bagasi.

"Nak ikut Baba!" Jawab Aileen tercungap-cungap mencari nafas. Lelah bermain. Malam ni seronok main sebab Baba tak pergi surau, hanya solat teraweh dirumah sahaja.

Kalau tak, belum sempat Baba balik, masing-masing dah menjengah alam mimpi.

"Abang? Nak ikut Baba atau tinggal dengan Mama?" Tanyaku kepada Huzair pula.

"Nak ikut Mama," jawab Huzair dengan sengihan. Walaupun dah tahu jawapan masing-masing, sengaja ingin bertanya untuk kepastian. Manalah tahu, tiba-tiba bertukar angin.

Esok Hamidi akan berangkat ke Singapore, memandangkan Akhtar masih kecil, aku tidak ikut sama. Hanya Aileen yang dibawa Hamidi.

Bagasi ditutup, zip ditarik. Siap untuk pakaian Hamidi. Sekarang giliran pakaian Aileen pula.

"Mama," seru Hamidi.

"Mama kemas Mama punya je, yang lain biar Baba kemas." Ujar Hamidi.

"Dah siap pun. Tinggal yang Aileen je," balasku.

"Eh?" Hamidi bangun dari perbaringan. Aku arahku jari telunjuk kearah beg yang sudah siap terisi pakaian.

Hujung keningnya digaru.

"Terima kasih sayang, susah-susah je." Ujar Hamidi dengan sengihan.

Pap!

Bahu Hamidi ditampar. Berkerut dahiku mendengar bunyi tamparan yang dihadiahkan Aileen itu. Budak tu, kecil-kecil cili padi. Tangan je kecik, sekali kena memang berapi menyengat.

"Mamalah, butan cayang!" Berkerut dahinya memandang Hamidi.

"Mana ada Baba panggil Mama, sayang..." Balas Hamidi. Bahunya diusap, tengok dahi berkerut pun dah tahu pedih.

"Baba panggil Mama sayang tadi," ujar Huzair pula. Kali ini Huzair tidak dapat diajak untuk bekerjasama.

Aku menggeleng kecil. Kan dah dapat penyakit, bukannya aku tak tahu perangai Hamidi yang kadang-kadang sengaja panggil aku 'sayang' depan anak-anak.

"Tak boleh ke panggil Mama, sayang?"

Serentak Aileen dan Huzair menggeleng. Hamidi mencebik.

"Mama," seru Hamidi dengan nada sedih sebelum dia turun dari katil. Langkahnya dihayun mendekati aku. Adalah tu nak tunjuk perangai mengada depan anak-anak.

"Aileen pukul Baba," adu Hamidi sebaik melabuhkan punggung disisi aku.

"Sakit," bahunya ditunjuk. Aku hanya menjeling sahaja. Makin dilayan, makin menjadi-jadi. Tak siap pula kerja kemas pakaian nanti.

"Mama, Aileen tak sengajalah!" Aileen pula datang menerpa kearah aku. Aku mengeluh kecil. Lepasni Huzair pula.

"Mama, betul kan Baba panggil Mama sayang tadi?" Seperti yang dikatakan, Huzair datang menerpa kearahku. Aku menjeling Hamidi yang sudah tersengih-sengih memandang aku.

"Sebelum Mama jadi mak singa, baik korang main jauh-jauh." Satu persatu aku jeling.

"Garangnya..." Gumam Hamidi disebelahku.

"Kesian Akhtar korang tinggal dia sorang-sorang atas katil. Tak pasal-pasal jatuh katil nanti," aku menghalau.

"Akhtar dekat tengah katil, tak jatuh punya. Bukannya dia dah pandai merangkak pun," jawab Hamidi.

Pap!

"Aduh..." Hamidi meringis sakit.

"Nak lagi?" Tanyaku. Hamidi geleng laju.

"Korang pun nak juga?" Aku pandang Aileen dan Huzair yang tak berkelip memandang aku dan Hamidi.

Laju sahaja mereka menggeleng.

"Kalau taknak, jangan kacau Mama buat kerja," ujarku. Tak tunggu lama, masing-masing bangun melangkah laju kearah katil.

Sempat aku dengar Aileen dan Huzair bertanya soalan.

"Syakit tak Baba?"

"Sakit," Hamidi mengangguk.

"Mana lagi sakit? Aileen ke Mama?"

"Mama punya,"

Aku menggeleng kecil.

*********
20 Ramadhan

Usai berbuka puasa dan solat Maghrib, Hamidi mula bersiap-siap untuk ke lapangan terbang. Aku pula menyiapkan Aileen dan Huzair hanya memerhati.

Akhtar mula dalam jagaan mummy. Sepanjang Hamidi tak ada selama tiga hari, aku tinggal dekat rumah mummy dengan Huzair dan Akhtar.

Aileen pula ikut Hamidi. Kalau dia taknak ikut pun, Hamidi akan bawa juga sebab dia risau aku penat layan. Lebih lagi sekarang bulan puasa. Comel betul suami aku, sweet lepastu handsome pula tu.

"Mama," aku angkat kepala memandang Hamidi.

"Mana passport Baba? Ada Aileen punya je ni," Tanya Hamidi yang sudah elok duduk bersila disebelah bagasi. Tangannya sibuk menggeledah documents bag. Patutlah dari tadi berkerut dahi, cari passport tak jumpa rupanya.

"Baba letak mana?" Aku bangun dari duduk, langkah diatur kearah meja solek. Aileen sudah turun kebawah tiga minit yang lalu. Tunggu Baba dia je.

"Baba dah letak dalam documents bag ni, sekali dengan wallet." Jawabnya.

Aku membuka beg tanganku yang berada diatas meja solek sebelum buku kecil nipis dibawa keluar. Kemudian langkah diatur kearah Hamidi.

"Nah..."

Hamidi angkat kepala.

"Eh? Macam mana boleh ada dengan sayang?" Huluranku disambut.

"Letak dalam documents bag konon," aku mencebik.

"Habib tinggal atas meja solek, nasib baik Aisya nampak." Sambungku. Hamidi tersengih.

"Terima kasih, sayang." Ucap Hamidi. Passport disimpan didalam documents bag. Hamidi bangun dari duduknya.

"Dah siap?"

Hamidi angguk.

"Tak ada barang tertinggal dah?"

"Tak ada," dia menggeleng kecil. Senyuman ditarik.

"Aisya tak ikut tau. Aisya hantar sampai pintu rumah je," ujarku ketika kami sedang menuruni tangga.

"Tak apa," balas Hamidi. Dia membimbit turun bagasi dengan sebelah tangan, sebelah tangan lagi menyulam jariku. Pakaian Aileen dan Hamidi aku satukan dalam satu bagasi sahaja. Senang.

"Baba!" Panggil Aileen sebaik kami tiba dibawah.

"Baba, Caril gaduh ngan Ayeen." Adu Aileen. Tangannya naik menunding jari kearah Syahril, anak kedua Syaza dan Arham.

"Ayeen tipu! Dia mula dulu," Syahril turut menunding jari. Semua yang berada disitu sudah menggeleng kepala. Aileen dan Syahril, pantang bertemu ada saja benda nak gaduh.

"Dua-dua sama je," sampuk Syafiq. Si abang. Huzair pula hanya mengangguk, menyokong pernyataan Syafiq tadi.

"Dah, tak elok gaduh-gaduh. Pergi minta maaf, lepasni tak jumpa dah." Ujar Hamidi. Kepala Aileen diusap.

"Tapi..." Aileen membatalkan niatnya untik memberi alasan apabila Hamidi menjongketkan kening. Dengan muka pasrah, dia melangkah mendekati Syahril.

"Ayeen mintak maap," ujar Aileen separa ikhlas.

"Tak. Nak."

"Syahril Idzham!" Syaza bercekak pinggang. Mak singa 2.0 sudah berbunyi.

"Ye ye... Caril minta maap juga," ujar Syahril separa ikhlas juga.

Usai meminta maaf, mereka kembali bermain bersama. Mana boleh gaduh lama-lama, nanti tak ada teman bermain. Hamidi pula berpamitan dengan ahli keluarga yang lain.

"Aileen, jom. Nanti lewat pula." Ajak Hamidi apabila Aileen masih leka dengan mainannya.

"Mama tak itut?" Tanya Aileen ketika kami sudah berada di hadapan pintu rumah. Aku merendahkan badanku, menyamakan ketinggian dengan Aileen.

"Mama hantar sampai sini je, boleh? Nanti Aileen dan Baba balik, Mama pergi jemput dekat airport, okay?" Ujarku. Aileen angguk kecil.

Aileen menghulurkan tangan untuk bersalam. Kedua belah pipiku dicium, begitu juga aku, mencium kedua belah pipinya.

"Mama angan yindu Ayeen ya?" Pesan Aileen. Aku ketawa kecil. Kepalanya diusap. Aku menegakkan kembali tubuh.

Hamidi berjalan mendekati aku, dia baru sahaja selesai memasukkan bagasi kedalam kereta.

"Jaga diri dekat sana," pesanku pendek.

"Inshallah, Mama pun. Kalau ada apa-apa call Baba,"

Aku angguk kecil. Huluran tangannya disambut sebelum dibawa kebibir. Lantas kedua belah pipinya dicium. Hamidi turut melakukan hal yang sama.

"Nak hug," ujarku perlahan. Tidak menunggu responnya, tubuh Hamidi didakap erat.

Nasib baik semua dah masuk rumah. Tinggal keluarga kecil kami sahaja. Kalau tak, mesti dah kena bahan sebab mengada lebih.

"Baba, dah lah tu..." Kami meleraikan pelukan apabila Huzair bersuara, tangan Hamidi dipinggangku dileraikannya. Hamidi mencebik.

Usai berbalas pesanan buat kali terakhir. Hamidi dan Aileen berangkat pergi. Pak Nik yang akan hantar diorang ke lapangan terbang malam ni.

Kalau ikutkan Hamidi, dia nak drive je. Tapi memandangkan Aileen ikut bersama, risau kalau Aileen tak selesa. Jadi, naiklah kapal terbang.

***********
"Mama, siapa punya ni?"

Aku angkat kepala memandang Huzair yang sedang menunjukkan kopiah putih. Aku jeda seketika. Cuba mengingati pemilik kopiah itu.

"Huzair jumpa dekat mana?" Tanyaku.

"Huzair jumpa dalam almari mama," jawabnya. Huzair panjat katil dan melabuhkan punggung disebelahku.

Aku menyambut huluran Huzair yang menghulurkan kopiah kepadaku. Kopiah tersebut dibelek-belek seketika sebelum aku tersenyum kecil. Sudah aku ingat punya siapa.

"Huzair nak?"

"Boleh ke, mama?"

"Mestilah boleh. Ambiklah, mama bagi Huzair." Ujarku, seraya itu kopiah tersebut dipakaikan dikepalanya.

"Huzair nak pakai nanti raya. Mama simpan dulu," kopiah dibuka kembali.

Orang bagi suruh pakai, dia suruh simpan pula.

"Nanti raya pakai songkok la, sama dengan Baba..." Balasku.

"Tapi Huzair nak pakai yang ni," Huzair buat muka sedih.

Ewah dia, mentang-mentang Baba dia tak ada, pandai ya buat muka sedih.

"Nanti tak cantik nak tangkap gambar," aku taknak kalah, buat muka sedih juga.

"Cantik, mama." Yakin je dia. Mana cantik kalau tak sedondon.

"Tak cantik. Huzair pakai kopiah putih, Baba pakai songkok hitam." Balasku. Nanti nampak macam tahi cicak.

"Suruhlah Baba pakai kopiah putih juga," pandai betul nak mengajar orang.

"Tak cantiklah nanti, sayang..." Rambutnya aku serabaikan dengan rasa geram. Makin besar, makin bijak mulut tu kalau Baba tak ada.

"Cantiklah..." Balas Huzair.

Aku bercekak pinggang. Mata memincingkan kearah Huzair yang sedang mengawal riak.

"Mama ke Huzair yang selalu betul?" Tanyaku.

Huzair mengemam bibir seketika. Berkelip-kelip dia memandangku.

"Mama yang betul," jawabnya perlahan sebelum mencebik sedih.

Aku tersengih kemenangan. Anak tak anak, menang tetap kena aku.

Huzair membaringkan tubuh disebelah Akhtar, bermain dengan si adik, sudah tidak menghiraukan aku. Anak mama merajuk.

"Huzair," aku mencuit hujung kakinya.

"Hmmm..."

Woahh, dia sahut macam tu panggilan aku sebagai seorang mama? Nak report dekat Baba nanti! Biar kena bebel dengan Baba! Baba sekarang dah pandai membebel, macam machine gun.

"Huzair merajuk ke?" Tanyaku.

Tanpa aba-aba, Huzair mengangguk kecil tanpa memandang kearahku. Buat malu muka Baba je ni, anak lelaki dia mengaku merajuk depan-depan. Merajuk pula sebab hal kecil. Tak gentleman.

"Mama nak call Baba, Huzair nak cakap dengan Baba tak?"

Geleng.

"Dengan Aileen?"

Angguk.

Aku simpan senyum. Kalau dengan adik, laju je angguk. Kalau dengan Baba dia, dah macam seteru gayanya.

"Kalau nak cakap dengan Aileen, tak boleh merajuk dengan Mama."

Huzair mengalihkan pandangan memandangku.

"Tapi Mama yang salah," jawab Huzair.

Aku jongketkan kening. Berani dia kata Mama dia salah? Baba pun tak berani cakap macam tu.

"Orang salah kena minta maaf," sambungnya.

"Mama salah apa?" Tanyaku. Suka hati dia kata kita salah, lepastu cakap kita kena minta maaf. Kita salah apa dekat awak? Haa cuba jawab...

Huzair kemam bibir lagi. Nak cari jawapanlah tu. Tak sampai seminit dia mengeluh kecil kemudian bangun dari perbaringan.

"Tak ada. Mama tak salah apa-apa." Ujarnya separa redha sambil menggeleng kecil. Aku sembunyi senyum. Bagus betul anak didik Athief Hamidi ni, membesar menjadi seorang yang gentleman walaupun hati cepat terasa.

Berikan sedikit tepukan gemuruh!

"Kiranya dah tak merajuk dengan Mama?" Tanyaku. Huzair menggeleng pasrah. Nasiblah dapat Mama perangai tak matang.

Aku capai telefon bimbit.

"Baba dah sampai ke?" Tanya Huzair.

"Hmm belum, Baba tak mesej Mama lagi." Jawabku.

"Kita call esok jelah ya?" Sambungku lagi.

Huzair angguk kecil.

**********
"Tok mummy..." Tercebik-cebik Huzair menempel disebelah Tok Mummy-nya.

Aku menjuihkan bibir. Dekat rumah menempel dengan aku, datang rumah tok mummy menempel dengan tok mummy. Lepastu manja lebih dari rumah.

"Ya sayang, kenapa cucu tok mummy ni?"

"Mama taknak kawan dengan Huzair," adunya. Aku kemam bibir menahan senyum. Usik sikit je, itupun nak mengadu.

"Eccaa..." Mummy bercekak pinggang memandangku.

Mummy ni, manjakan sangat cucu-cucu dia.

"Apa?"

"Kalau tak usik anak tak boleh ke?"

"Mana ada Aisya usik dia," nafiku.

Mummy bercekak pinggang. Antara anak dan cucu, semestinya dia menangkan cucu.

"Kalau Id usik anak, pandai pula nak marah. Bila Id tak ada, kamu pula nak mengusik?" Bebel Mummy. Aku mencebik kecil. Huzair ni tak sporting, nak mengadu pula.

"Mama bagitahu Baba nanti, Huzair mengadu dekat Tok Mummy sampai Tok Mummy marah Mama..."

Aku usik sikit je, nak mengadu dekat mummy. Mummy pun sama, manjakan sangat cucu dia.

"Tok Mummy..." Mata Huzair sudah berair. Nasib baik sepupu yang lain tiada. Kalau tak, mahu murung Huzair memendam rasa. Tak macho menangis depan sepupu.

"Aisya Rabecca!" Mummy menjengilkan mata kepadaku. Aku simpan senyum.

Huzair manja! Ugut taknak kawan je bukannya ugut nak tinggalkan tepi jalan.

"Kan Huzair dah minta maaf," ujar Huzair dalam esak kecil. Dah menangis dah.

"Dah Huzair, jom ikut Tok Mummy. Kita call Baba, nak?" Huzair angguk kecil sebelum membuntuti langkah Mummy meninggalkan aku.

Rumah sunyi sangat, sebab itu aku usik. Alih-alih menangis pula, Mummy pula tak bela anak, bela cucu.

*********
Berkerut dahi Hamidi memandang Huzair yang sedang teresak-esak. Aku hanya memerhati dari jauh. Nak pergi dekat, Mummy awal-awal sudah menjeling tajam.

"Kenapa Huzair menangis, sayang? Cuba bagitahu Baba." Tanya Hamidi. Sesekali dia melirik kearah aku. Mungkin dah dapat agak penyebabnya.

"Mama taknak kawan dengan Huzair," adu Huzair dalam esakan.

"Siapa suruh Huzair kotorkan baju Mama?" Sampukku. Hamidi jeling aku, jelingan amaran. Aku kemam bibir.

Peraturan bila anak bercerita atau mengadu; jangan menyampuk!

"Huzair dah minta maaf," Huzair pandang aku. Sisa airmata disapu.

"Minta maaf je mana cukup," gumamku. Tu baju kesayangan tau! Warna putih pula tu.

"Mama," tegur Hamidi. Mummy pula sudah menggeleng kecil.

"Huzair dah siap nangis?" Tanya Hamidi. Huzair angguk kecil.

"Dah boleh bercerita?" Tanya Hamidi lagi. Huzair angguk lagi.

"Okay. Cuba cerita dekat Baba..." Ujar Hamidi.

Maka bermulalah sesi bercerita. Memang A sampai Z Huzair bagitahu. Satu pun tak ketinggalan. Dari awal bagaimana watercolor miliknya boleh terkena baju aku sampailah Mummy call Hamidi sebab Huzair menangis diusik aku.

"Huzair dah minta maaf dekat Mama," Huzair kembali mengalirkan airmata. Ikut perangai siapalah hero yang ni, banyak betul airmata.

"Tapi Mama cakap taknak kawan dengan Huzair," Huzair kembali teresak. Aku kemam bibir apabila Hamidi jeling tajam kearahku.

"Mama," panggil Hamidi. Aku mengorak langkah mendekati Huzair dan Mummy yang sedang menghadap skrin laptop yang memaparkan Hamidi.

"Ya?" Tanyaku seolah tiada apa yang berlaku.

"Mummy pergi dulu ya? 'Borak'lah kamu anak beranak," pamit mummy. Hamidi angguk kecil, sempat diucapkan terima kasih sebab jaga anak dan isterinya.

"Kenapa taknak kawan dengan Huzair?" Tanya Hamidi sebaik bayang mummy hilang dari pandangan. Aku tersengih.

"Huzair kotorkan baju Mama," jawabku perlahan.

"Huzair dah minta maaf," balas Hamidi. Aku mendiamkan diri.

"Tak elok tau, orang dah minta maaf tapi kita kita taknak maafkan." Sambung Hamidi.

"Mama," Huzair menghulurkan tangan. Nak bersalam.

"Huzair minta maaf, Mama." Ujarnya lagi, mata dikelipkan beberapa kali. Aku pula kemam bibir menahan diri dari ketawa sedang Hamidi memandang aku dengan gelengan kecil.

Bukan selalu aku usik anak. Asyik dia je yang mengusik, ingat aku tak pandai nak mengusik ke?

"Mama gurau je. Mama maafkan Huzair," huluran tangannya aku sambut, kepalanya aku usap. Tak dapat membendung diri, Huzair tarik senyum lebar.

"Tapi baju Mama, siapa nak ganti?" Tanyaku. Bukan main seronok betul bila orang maafkan dia. Sekarang, terus mati senyumannya. Hamidi dipandang untuk meminta pertolongan.

Seketika kemudian Huzair pandang aku kembali.

"Mama tunggu Huzair besar okay? Sekarang Huzair tak ada duit, Huzair kecil lagi." Ujar Huzair polos.

Nak nangis ke nak gelak dengar jawapan Huzair?

"Okay! Mama tunggu Huzair besar, lepastu Huzair ganti okay?" Laju sahaja dia menganggukkan kepala.

"Baba nak cakap dengan Mama sekejap, Huzair pergi dekat Tok Mummy boleh? Sekejap je, nanti kita borak lagi." Ujar Hamidi usai aku dan Huzair 'berbaik'.

"Okay!" Huzair turun dari kerusi sebelum keluar dari bilik kerja daddy. Kitorang borak dalam ni sebab mummy call Hamidi guna Ipad daddy.

"Baju mana yang Huzair kotorkan?" Tanya Hamidi sebaik Huzair hilang dibalik pintu.

"Tadi marah Aisya," gumamku sambil  mencebik.

"Mana ada marah. Habib tanya elok-elok je," balas Hamidi. Aku buat-buat tak dengar.

"Habib tanya ni, baju mana satu yang Huzair kotorkan?" Tanya Hamidi lagi.

"Baju pertama yang Aisya beli lepas kahwin. Blouse putih, ingat tak? Habib yang pilih baju tu,"

Hamidi mengerutkan dahi seolah sedang mengingati sesuatu. Tidak lama kemudian, dia menggeleng kecil.

"Tak ingat," ujarnya.

"Berapa banyak perempuan yang Habib belikan baju?" Soalku. Boleh pula dia tak ingat. Padahal baju tu dia yang pilih, beria cakap cantik kalau aku pakai.

"Ya Allah sayang, boleh pula fikir macam tu." Hamidi ketawa kecil.

"Manalah Habib nak ingat, baju sayang banyak sangat. Pantang keluar je, nak beli baju." Sambung Hamidi.

Aku mencebik mendengar jawapannya.

"Nanti Habib belikan yang baru," sambungnya lagi. Aku menggeleng kecil.

"Taknak. Tak sama dengan yang tu, baju tu nilai tersendiri." Balasku.

"Tadi beria nak Huzair gantikan," balas Hamidi dengan kerutan didahi. Sudahlah makin tua, lepastu suka kerutkan dahi pula. Nanti bertambah nampak tua baru tahu!

"Saja je usik dia," ujarku perlahan.

"Nanti Aisya cuba cuci, mana tahu tanggal nanti. Kalau tak tanggal juga, tak ada rezekilah jawabnya." Sambungku.

Hamidi tarik senyum.

"Kan bagus kalau macam tu." Puji Hamidi. Puji ke?

"Nanti kita pergi beli baju lagi, okay?" Sambungnya lagi. Aku angguk laju.

"Tapi Aisya taknak baju, Aisya nak beg. Untuk raya nanti tak ada beg lagi." Ucapku. Hamidi angguk sahaja. Kata tak boleh nanti merajuk!

Kami berbual seketika sehingga Hamidi meminta diri untuk menyambung kerja. Lupa nak panggil Huzair kembali. Lagipun Aileen tak ada bersama Hamidi. Dia pergi rumah Fea, nak main dengan baby.

"Esok Aisya jemput Habib dekat airport," pesanku. Takut Hamidi lupa, lepastu balik naik teksi.

"Ya sayang, jaga diri baik-baik." Pesan Hamidi.

Aku angguk kecil.

"I love you!"

"Sayang sayang juga," balas Hamidi. Aku mencebik. Anak dah tiga tapi tak permah sebut 'i love you', malu konon.

Usai berbalas salam. Aku mematikan panggilan video tersebut.

TBC

Lama betul menghilang 😂 chapter ni agak 'nasi kerabu' ya. Sebab asyik makan nasi kerabu, sampaikan idea pun bercampur-campur macam nasi kerabu.

#done_merapu

Ada typo? Maafkan daku 🤧

Continue Reading

You'll Also Like

3.3M 293K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
383 93 8
" i'll sacrifice everything for my princess ". but.. the devil also deserves a happy ending with his angel, right? he does, isn't it? 『 A TXT'S SERIE...
44.9K 2.2K 16
Cinta Sejati ©️ 2021 Status : Completed Cinta yang sudah lama terjalin putus disebabkan orang ketiga. Kalau hati tidak melayan, mana mungkin akan be...
11.4K 476 11
Cahaya Ayrin Dalisha. Berpindah sekolah dari International School kepada sekolah biasa. Akhirnya dia membuka identiti sendiri, contact lense yang sel...