Until We Meet Again |Hakim Uw...

By missnovelmine

17.8K 995 493

-Second book: UWMA | Hakim Uwais- . . . -Hakim Uwais- "Ya, aku cintakan dia. Puas hati kau?" -Diandra Adryan... More

π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘™π‘œπ‘” 🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 1🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 2🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 3🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 4🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 5🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 6🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 7🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 8🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 9🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 10🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 11🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 12🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 13🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 14🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 15🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 16🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 17🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 18🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 19🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 20🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 21🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 22🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 23🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 24🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 25🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 26🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 27🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 28🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 30🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 31🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 32🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 33🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 34🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 35🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 36🍁
Part 37🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 38🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 39🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 40🍁

π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 29🍁

315 21 5
By missnovelmine

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Keheningan dirasai sehingga ke tulang sum - sum. Peluh tidak henti dari mengalir di celah leher bersama debaran di dada. Walaupun berada di dalam tempat yang berair - cond namun masih berpeluh sakan mereka.

Suasana yang begitu tegang dan sunyi sehingga mereka dapat mendengar bunyi air-cond sahaja. Bagai di tanah perkuburan. Tapi yang pasti bukan mereka yang akan dikuburkan melainkan 'seseorang' yang dinanti.

Diandra merenung Fatihah tajam sambil penumbuk digenggam kemas. Darah sudah mendidih sehingga kemuncak kepala. Dia akan selesaikan semua perkara ini, harini juga! Dia takkan biarkan Fatihah terlepas.

Fatihah menunduk takut dalam diam dia mengalirkan air matanya. Sungguh dia takut berdepan dengan seorang Diandra Adryana.

"Hey, perempuan! Aku dah warning kau jangan dekat dengan suami aku kan?! Kenapa kau tak faham bahasa juga hahh?!" Tengking Diandra kuat sehingga terhenjut bahu Fatihah kerana terkejut.

Mirah menggenggam sisi bajunya kuat. Dia perlu lakukan sesuatu sebelum Uwais keluar dari bilik kerjanya. Jika Uwais sudah keluar memang basak lah Diandra. Tidak mahu dia melihat pergaduhan Diandra dan Uwais dihadapan mata.

Fatihah menggigil kecil.

"Aku bercakap dengan kau ni, kau pekak ker?!"

"S-saya.. Saya tak rapat dengan suami Puan. S-saya cuma jalankan tugas sebagai PA, Tuan Uwais. T-tak lebih dari tu.." Perlahan Fatihah membalas. Dia yang berdiri berhadapan dengan Diandra mengecilkan dirinya tatkala mendengar tawa sinis dari gadis psycho itu.

"Tak lebih? Tak lebih dari tu?"

"Then, benda ni tak lebih ker?!" Meninggi suara Diandra sambil tangan menunjukkan gambar Fatihah dan Uwais bermesra di kedai makan.

Membulat mata Fatihah melihat gambar tersebut. Macam mana Diandra boleh dapat gambar tu? Dia intip Fatihah dan Uwais ke selama ni?

"I-itu.."

"Kenapa? Terkejut? Terkedu? Kau mesti tak sangkakan macam mana aku boleh tahu pasal hubungan sulit kau dengan suami aku! Dah tak ada lelaki bujang ke dekat dunia ni sampai suami aku juga kau nak goda!" Kasar ayat yang di tuturkan oleh Diandra.

Fatihah tersentak. Sungguh dia tidak boleh terima tatkala Diandra mengatakan dia menggoda Uwais sedangkan dia tidak pernah berbuat sedemikian. Uwais yang mendekatinya. Bukan dia yang terhegeh - hegeh.

"Puan Diandra. Puan tak ada hak untuk cakap macam ni dengan saya. Saya tak goda suami Puan, saya tak pernah buat macam tu. Saya ada maruah, saya bukan perempuan yang akan goda suami orang!" Fatihah membalas semula dengan nada yang tegas.

Dia akan mempertahankan maruah nya dari dipijak - pijak oleh Diandra. Sungguh dia tidak sangka Diandra akan mengeluarkan kata - kata yang begitu kasar pada dia.

Mendengar balasan dari mulut Fatihah membuatkan api kemarahan Diandra memuncak. Berani dia melawan Diandra? Dia dah rampas suami Diandra dan sekarang dia melawan Diandra Adryana?

Fatihah betul - betul menempah maut dengan Diandra. Mirah sudah gelisah. Dia perlu hentikan mereka berdua.

"P-puan Diandra, j-jangan macam ni Puan. Apa kata Puan Diandra dan Cik Fatihah berbincang baik - baik di bilik mesyuarat? T-tak manis bergaduh depan staff - staff yang ada," Pujuk Mirah cuba menenangkan Diandra.

Namun bukan balasan yang didapat melainkan jelingan maut Diandra. Terus tertunduk kepala Mirah melihat jelingan tajam tersebut. Tidak berani dia mahu bersuara lagi.

"Kau. Diam."

"Dan kau. Berani kau melawan aku? Berani kau balas apa yang aku cakap? Kau dah goda suami aku sampai dia tak balik rumah langsung dan sekarang kau nak cakap yang kau tak goda dia?! Kau perempuan yang ada maruah? Mana maruah kau?! Kalau kau ada maruah kau takkan menggatal dengan suami orang!"

"Saya tak menggatal dengan suami Puan! Suami Puan yang datang cari saya! Saya tak pernah buat macam tu!" Balas Fatihah tanpa dia sedari yang dia telah meninggikan suaranya pada Diandra. Membulat mata Diandra mendengarkannya.

Laju tangan dia naik menggenggam sanggul Fatihah kuat sehingga terdongak kepala gadis itu.

"Jangan tinggikan suara kau dengan aku lah perempuan sundal!" Semua pekerja yang berada disitu sudah cemas. Mahu menolong, mereka tidak berani.

Silap - silap mereka yang dijadikan target Diandra. Mirah yang berada di sebelah Diandra cuba meleraikan tangan Diandra dari terus menggenggam kuat sanggul Fatihah.

Berair mata Fatihah menahan sakit yang tidak terhingga.

"Lepaskan saya Puan Diandra!"

"Diam! Aku kerjakan kau perempuan tak tahu malu! Kau menggatal dengan suami aku sebab tu lah dia datang cari kau! Kau bagi dia makan apa hahh?! sampai dia benci tengok aku?!" Mengamuk teruk Diandra pada Fatihah.

Dia kemudian menampar pipi Fatihah kuat sehingga pecah bibir nya lalu berdarah. Mirah memeluk badan Diandra dari belakang cuba menarik nya agar jauh dari Fatihah.

"Puan, sudah Puan! Bawakkan beristighfar Puan. Jangan buat macam ni Puan, malu orang tengok" kata Mirah yang masih cuba menghalang.

"Diam Mirah! Lepaskan aku! Aku nak kerja kan perempuan murahan ni!" Diandra menarik tudung Fatihah sehingga tercabut tudung nya menampakkan rambut panjang Fatihah.

Membulat mata Mirah.

"Berhenti Puan Diandra!"

"Lepaskan aku! Mari sini kau perempuan taktahu malu!"

"Sakit Puan! Lepaskan saya!" Rintih Fatihah sambil tangan nya menutup rambutnya. Diandra pula tanpa rasa belas kasihan menarik rambut Fatihah dengan begitu kuat sekali.

"BERHENTI DIANDRA ADRYANA!" Bergema seluruh tingkat tersebut akibat dari suara Uwais yang memetir kuat.

Terus terhenti perbuatan Diandra. Dia menoleh ke arah suaminya. Mirah segera melepaskan Diandra kemudian berundur beberapa langkah kebelakang. Manakala Fatihah pula terduduk meringkuk sambil tersedu - sedan.

Uwais bergerak laju ke arah Fatihah lalu dibuka coat yang dipakainya kemudian di letakkan di atas kepala Fatihah bagi melindungi aurat gadis itu. Perlahan - lahan Uwais membantu Fatihah bangun.

Lemah badan Fatihah akibat dikerjakan oleh Diandra. Fatihah tidak henti dari mengalirkan air matanya. Uwais menggenggam penumbuk nya kemas sebelum berpaling menghadap isterinya.

"Apa yang you dah buat dekat Fatihah, Diandra?" Keras Uwais bertanya. Matanya merah menyala menahan amarah didada.

Diandra tidak terkesan sedikit pun melihat wajah datar Uwais malah dia menayangkan wajah sombong nya.

"Apa yang I dah buat? Kenapa? You nak marah I? You nak pukul I? Pukul lah! Pukul! Pukul I! You memang takkan sebelah kan I kan?" Tengking Diandra.

"You nak I sebelahkan you? After what you have done to her, you nak I sebelahkan you? You dah gila ke Diandra?! Ini bukan kali pertama you buat macam ni dekat Fatihah! It's twice! Dah dua kali Diandra! You jangan ingat I tak tahu yang you serang Fatihah dekat mall haritu," Tajam mata Uwais memanah ke arah Diandra.

Diandra senyum sinis. Giginya diketap kuat.

"Apa yang perempuan ni dah mengadu dekat you?"

"Fatihah. Nama dia Fatihah"

"I don't care! I ask you! What she said to you?! Perempuan murah ni mengadu apa dekat you?!" Meninggi suara Diandra.

Mirah memejamkan matanya rapat. Sungguh, dia dah jangka perkara sebegini akan terjadi.

"Jaga mulut you Diandra! Dia ada nama, panggil dia dengan nama dia. Tolong respect orang Diandra" Datar Uwais berkata. Fatihah menahan esakkan. Sungguh dia terluka dengan kata - kata yang keluar dari mulut Diandra. Dia rasa diri dia hina di panggil begitu.

"Respect? Kenapa pula I kena respect perempuan murahan macam dia ni?! Dia dah rampas you dari I! Dia goda you! Dia dah hasut you supaya bencikan I! Kenapa I kena respect perempuan yang dah hancurkan rumah tangga I?!"

"Fatihah tak pernah hancurkan rumah tangga kita. Tapi you! You yang dah hancurkan rumah tangga kita. Baik you berhenti Diandra, jangan buat malu dekat sini. Baik you pergi balik!" Tengking Uwais.

Diandra menggigit bibirnya sehingga berdarah. Dia tak boleh terima, kenapa Uwais sebelah kan Fatihah? Sedangkan dia isteri Uwais, isteri sah Uwais. Tapi kenapa Fatihah juga yang dibela?

"You."

"I nak you cakap sekarang. I nak dengar daripada mulut you sendiri."

"You cintakan perempuan ni?" Bergetar suara Diandra bertanya. Pertanyaan Diandra membuatkan Uwais terkedu.

"Stop Dian" Arah Uwais keras.

"No! I nak you jawab soalan I! You cintakan perempuan ni?! You jawab sekarang!!" Diandra meninggikan suaranya. Matanya merah menahan tangis.

Fatihah mula mengangkat kepalanya. Dia memandang tepat ke arah Diandra. Dia perlu hentikannya, dia tidak mahu Diandra dan Uwais bergaduh dengan lebih teruk lagi.

"P-puan.."

"Diam! Kau diam perempuan sundal! Kau jangan masuk campur! Sebabkan kau lah aku bergaduh dengan suami aku! Kau memang tak guna!!"

"Kau memang tak guna perempuan murah!" Tengking Diandra kuat sebelum dia menerpa ke arah Fatihah lalu tangan di angkat tinggi mahu menampar Fatihah namun.

Lengan Diandra di tarik kebelakang lalu sebuah tamparan hinggap di pipi kanannya.

Pang!

Mirah terkejut automatic tangan nya naik menutup mulut. Uwais menampar Diandra. Uwais menampar Diandra di hadapan semua pekerja yang berada di floor tersebut.

Menggigil tangan Diandra memegang pipinya. Matanya berair sambil memandang ke arah Uwais.

"Ya! Aku cintakan dia, puas hati kau?!"

Dum!

Bagai ada batu yang menghempap hatinya. Diandra kehilangan kosa kata. Fatihah memandang Uwais tidak percaya. Kenapa Uwais berkata sedemikian pada Diandra? Diandra akan terluka mendengar kata - kata tersebut.

"T-tuan.. A-apa ni Tuan?" Fatihah terkejut.

Diandra menayangkan senyuman sinis.

"Mesti kau happy kan?"

"S-saya-.."

"Suami aku. Cintakan kau. Dia cintakan kau. Dia dah tak cintakan aku. Mesti kau happykan?!" Tengking Diandra secara tiba - tiba.

"Berhenti Diandra! Aku dah mengaku depan kau. Aku dah jawab soalan kau! Sekarang aku nak kau berambus dari sini! Jangan jejakkan kaki kau dekat bangunan ni lagi!" Halau Uwais.

Diandra menahan rasa kecewa dihati. Dia memandang Uwais dengan pandangan yang penuh rasa kecewanya. Tidak sedikit pun dia beranjak.

"Kau nak pergi sendiri atau nak aku suruh security heret kau keluar?" Datar Uwais bertutur melukakan lagi hati Diandra yang sudah sedia terluka.

Diandra meloret sebuah senyuman hambar. Yang disitu terbias segala lukanya. Luka yang dipendam oleh nya. Kemudian kaki melangkah besar keluar dari pejabat tersebut. Tanpa menoleh walau sedikitpun.

Fatihah menatap pemergian Diandra dengan perasaan yang bercampur - baur. Dia terluka pada masa yang sama dia rasa bersalah. Kerana semua yang terjadi hari ini, disebabkan dia.

"Fatihah, saya-.."

"Cukup Tuan. Saya tak nak dengar apa - apa lagi." Cantas Fatihah laju sebelum dia turut beredar dari situ diikuti Mirah yang membawa tudung nya.

Uwais terdiam. Manakala semua pekerja kembali bekerja seperti biasa.

'Apa yang aku dah buat?'

Minyak kereta ditekan kuat. Dia memandu bagaikan orang hilang akal tanpa arah tuju. Bersama tangisan di pipi, dibiarkan air matanya mengalir laju tanpa diseka.

"I hate you! I hate you!!"























•1642 word•

Disebabkan Ara tak update dah lama so Ara double update hari ni.. HAHAHAHA, terukkan Uwais tu, kesian Diandra.
Jumpa lagi guys, Ara tak tahu bila Ara akan update lagi. Tunggu lah yer ❤

Continue Reading

You'll Also Like

562K 30.5K 49
𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐨𝐟 𝐈𝐬𝐑πͺ 𝐀𝐒 𝐝𝐚𝐬𝐭𝐚𝐧 advika: "uski nafrat mere pyaar se jeet gayi bhai meri mohabbat uski nafrat ke samne kamzor padh gay...
256K 15K 16
"α€˜α€±α€Έα€α€Όα€Άα€€α€œα€¬α€•α€Όα€±α€¬α€α€šα€Ί α€„α€œα€»α€Ύα€„α€Ία€œα€Ύα€―α€•α€Ία€žα€½α€¬α€Έα€œα€­α€―α€·α€α€²α€·.... α€™α€Ÿα€―α€α€Ία€›α€•α€«α€˜α€°α€Έα€—α€»α€¬...... ကျွန်တော် α€”α€Ύα€œα€―α€Άα€Έα€žα€¬α€Έα€€ α€žα€°α€·α€”α€¬α€™α€Šα€Ία€œα€±α€Έα€€α€Όα€½α€±α€€α€»α€α€¬α€•α€«.... α€€α€»α€½α€”α€Ία€α€±α€¬α€Ία€›α€„α€Ία€α€―α€”α€Ία€žα€Άα€α€½α€±α€€...
2.7M 156K 49
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
1.5M 130K 45
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 π‘πšπ­π‘π¨π«πž π†πžπ§'𝐬 π‹π¨π―πž π’πšπ πš π’πžπ«π’πžπ¬ ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...