Until We Meet Again |Hakim Uw...

By missnovelmine

17.8K 995 493

-Second book: UWMA | Hakim Uwais- . . . -Hakim Uwais- "Ya, aku cintakan dia. Puas hati kau?" -Diandra Adryan... More

π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘™π‘œπ‘” 🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 1🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 2🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 3🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 4🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 5🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 6🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 7🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 8🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 9🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 10🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 11🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 12🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 13🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 14🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 15🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 16🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 17🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 18🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 19🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 20🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 21🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 22🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 23🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 24🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 25🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 26🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 27🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 29🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 30🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 31🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 32🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 33🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 34🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 35🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 36🍁
Part 37🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 38🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 39🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 40🍁

π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 28🍁

272 22 17
By missnovelmine

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Seminggu berlalu dengan pantas sekali. Bagaikan air sungai yang mengalir mengikut arus laju tanpa henti. Diandra masih seperti itu diam dalam memerhatikan suaminya tanpa henti.

Mengupah orang bagi mengikuti suaminya kemana sahaja tanpa lepas walau sesaat. Uwais pula sudah seminggu tidak pulang ke rumah. Apa yang Diandra tahu dari penyiasat nya Uwais bermalam di pejabat sendiri.

Ada rumah sendiri namun pejabat juga yang dijadikan tempat berteduh. Takpun Uwais akan bermalam di rumah Puan Aliyah atau di rumah adik bujang nya Lisa.

Mahu bermalam di rumah Lis? Memang tidak tidur lah dia semalaman akibat disoal siasat oleh si adik ipar 'Firash Danish'. Masak lah Uwais mahu menjawab nya, dia tidak akan sesekali membuka cerita tentang masalah rumah tangga kepada sesiapa pun.

Biarlah hanya dia dan Diandra sahaja yang mengetahui. Tetapi, adakah Diandra begitu juga? Adakah Diandra juga turut merahsiakan hal rumah tangga mereka?

Pastinya Uwais juga tidak mengetahui.

"Selamat pagi Tuan" Ucap Fatihah dalam nada yang penuh ceria. Harinya telah di warna dengan kedatangan Uwais yang menjemput. Dia berjalan perlahan ke arah Uwais.

Uwais mencabut kaca mata yang dipakai lalu dia bergerak ke arah tempat duduk di sebelah pemandu. Pintu kereta dibukakan untuk Fatihah bagaikan prince charming.

"Silakan bidadari" Penuh manis Uwais menutur kata membuatkan Fatihah senyum malu. Sudah lah, pagi - pagi begini jangan mengusik dia.

Nanti tak pasal - pasal datang ke pejabat dengan wajah yang merah padam seperti tomato. Kereta kemudian bergerak pantas meninggalkan perkarangan rumah.

Dari dalam rumah sewa tersebut Qaseh memerhatikan kereta milik Uwais berlalu pergi. Dia melepaskan keluhan berat. Tidak tahu mengapa, hatinya rasa tidak sedap sahaja sejak beberapa hari ini.

Seakan - akan bakal terjadi sesuatu perkara yang buruk pada sepupu kesayangan nya itu. Dalam diam Qaseh mendoakan yang baik - baik sahaja buat sepupu kesayangan nya. Tidak mahu Fatihah ditimpa apa - apa musibah.

Susana didalam kereta terasa begitu sunyi. Fatihah melirik sedikit ke arah Uwais yang sedang focus pada pemanduan. Dia senyum kecil, terasa diri ini bertuah kerana dapat berteman rapat dengan seseorang yang dia menaruh seribu harapan dan perasaan.

Walaupun dia sendiri tahu, mana mungkin dia dapat memiliki hati lelaki yang berada di sebelah nya ini. Sudah semestinya Uwais amat mencintai isteri nya 'Diandra Adryana'. Nak dibandingkan dia dengan Puan Diandra sangat lah jauh bezanya.

Bagai langit dengan bumi. Langsung tidak setanding apatah lagi setaraf. Dia hanya lah gadis biasa - biasa yang datang dari kampung. Manakala Diandra pula adalah seorang wanita hebat yang dikenali semua orang.

Dia sahaja seperti 'katak di bawah tempurung' yang langsung tidak mengetahui tentang Diandra.

Sedang asyik Fatihah mengelamun, kereta diberhentikan dengan kadar sederhana. Uwais berpaling menghadap bidadari yang kini menjadi igauan matanya. Setiap hari pasti mata ini mahu melihat gerangan yang lembut dan berseri bagai bidadari kayangan.

"Fatihah. Fatihah!" Tersentak Fatihah sambil mata terkelip - kelip kecil.

"Y-ya?"

"Kita dah sampai" Kata Uwais sambil menahan senyum melihat gelagat comel Fatihah didepan matanya. Gadis itu kelihatan kelam - kabut sambil membetulkan  awning tudung nya.

"M-maaf, s-saya tak sengaja tenung awak tadi-"

"T-tak! Maksud saya Tuan" Laju Fatihah membetulkan percakapan nya yang dikira salah kerana memanggil Uwais dengan panggilan yang tidak formal.

"Fatihah, kan saya dah beritahu awak. Tak perlu ber Tuan - tuan dengan saya selagi kita tak masuk dalam bangunan besar ni" Kata Uwais.

Fatihah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bukan dia tak ingat cuma dia malu lah! Uwais boleh lah bersahaja aja memanggil nama nya begitu. Dia ni yang dah macam nak terkeluar jantung apabila memanggil Uwais secara casual.

Tapi tu lah, panggil awak je. Kenapa tak suruh dia panggil 'abang' ke?. Eh-..

"S-saya.. Um, saya segan. Maaflah awak, saya masih tak biasa bercakap casual dengan awak. Maaf ye?" Dengan mata bulatnya Fatihah memandang Uwais meminta agar lelaki itu memaafkan nya.

Uwais menahan senyum. Sedaya upaya diketatkan wajah, padahal dalam hati sudah berdebar - debar bagai orang yang marathon.

'Kenapa lah awak ni comel sangat Fatihah?'

"Tuan, tuan marahkan saya ke? Kenapa Tuan tak kata apa - apa?" Risau sudah Fatihah apabila Uwais hanya diam sambil memandang ke arah nya dengan wajah ketat bagai petai jeruk!

Uwais diam. Dia mendekatkan dirinya dengan Fatihah sehingga gadis itu tersandar ke pintu kereta akibat mengundur.

'Dah kenapa pulak ni?'

"Awak ni dasyat betul. Macam mana lah boleh ada habuk dekat kening awak?" Kata Uwais lalu dicapai nya habuk tersebut kemudian di buang.

Terus memerah muka Fatihah. Kenapa Uwais buat begitu? Boleh je kan bagitahu pada dia dan suruh dia buang sendiri. Ini tidak! Nak juga dibuatkan.

"Dah, jangan merah sangat muka tu. Awak tahu tak kalau muka awak merah macam ni awak nampak comel? Macam muka arnab" Manis lagi bergula ayat yang keluar dari mulut seketul Hakim Uwais.

Lagi terbakar muka Fatihah apabila mendengar pujian tersebut. Sudah - sudah lah mendera hatinya. Mahu terkena penyakut jantung kalau begini bertahun - tahun.

Eh-?.. Bertahun?

"A-awak ni! Suka lah mengusik saya, sengaja je kan nak buat saya malu macam ni" Uwais ketawa besar.

"Mana ada saya usik awak. Saya cuma jujur jer, saya nak awak tahu yang awak nampak lagi comel kalau muka awake merah malu - malu macam ni" Sakat Uwais lagi.

"Sudah lah tu awak!" Protes Fatihah kecil. Ish lah, kecik besar je dia pandang Uwais ni. Kalau tak sebab dia tu orang yang Fatihah suka memang dah mendapat siku Fatihah.

Nasib jejaka pujaan hati.

"Dah jom, berapa lama lagi kita nak duduk dalam kereta ni? Nanti ada pula yang berkata. Tak pasal - pasal kita jadi buah gossip makcik - makcik kepoh dekat office ni" Sempat lagi Uwais mengutuk pekerja - pekerjanya.

Fatihah ketawa lucu. Uwais ni, makin lama dia kenal makin dia sendiri tidak sangka yang Uwais seorang warm hearted rupanya. Dari luar nampak beku sebeku ais kutub. Tetapi didalam nya, lembut bagaikan taman bunga.

"Ada makcik - makcik kepoh ye dekat office ni?" Ulang Fatihah semula dengan sisa tawanya.

"Mestilah ada. Sebab tu lah, saya rasa macam nak pecat jer semua ulat - ulat tak bertauliah ni tau! Dibagi kerja tak jalan, yang jalan nya gossip tah apa - apa mereka tu" Bebel Uwais menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

Lagi berdekah - dekah Fatihah ketawa. Bukan kerana mereka yang bergosip, tetapi kerana kecomelan Uwais yang langsung tidak diselindungi nya.

Seketika Fatihah berfikir. Alangkah bertuah nya Puan Diandra kerana memiliki lelaki sekacak, dan sesempurna Uwais.

'Kalau lah aku mampu menjadi bidadari di hati dia dan bukan sekadar di bibirnya. Pasti indah belaka...'

Mereka bergerak keluar dari kereta dan berjalan beriringan memasuki bangunan office tersebut sambil bergelak tawa. Fatihah sungguh bahagia berada di sisi Uwais selama hampir sebulan perkenalannya.

Tanpa mereka sedari ada satu mata yang merenung dengan penuh perasaan yang membara sejak dari tadi lagi. Stering kereta di genggam kuat sambil matanya berair menahan amarah yang sudah sampai ke kemuncak nya.

Dia juga turut turun dari kereta lalu kaki laju melangkah ke arah bangunan office tersebut. Tanpa secalit senyuman dia memasuki banggunan itu. Ketika itu lah, semua pekerja yang berada disitu menunduk takut tanpa memandang sedikit pun ke arahnya.

Tiba di tingkat yang ditujui mereka keluar seiring.

"Selamat bekerja Fatihah" Bisik Uwais perlahan.

"Selamat bekerja juga awak," Balas Fatihah malu - malu. Uwais menolak pintu kaca lalu melangkah masuk terlebih dahulu.

Automatic mukanya yang tadi penuh dengan senyuman manis berubah kepada dingin sedingin salju. Fatihah pula mengikuti dari belakang.

Mereka berpisah, Uwais ke dalam pejabat khas nya. Manakala Fatihah ke arah meja 'PA'.

Mirah yang menjaga di bahagian hadapan kaunter pejabat memandang ke arah Uwais dan Fatihah lama. Dia hanya mampu melepaskan keluhan kesal sambil muka ditundukkan.

Tidak lama kemudian pintu pejabat dibuka dengan kasar sekali, lalu terpapar lah wajah yang dikira tidak asing bagi semua yang berada di tingkat itu. Mirah terus sahaja bangun dengan mendadak dengan mata yang terbeliak besar.

'T-tak mungkin..'

"S-selamat pagi Puan Diandra" Tergagap - gagap Mirah mengucapkan ucapan tersebut pada isteri boss nya.

Diandra tidak membalas mahupun menoleh ke arah Mirah. Apa yang di tatapnya adalah bilik kerja yang menempatkan Fatihah disitu. Tajam ditenung bagai mahu tembus.

"P-puan nak jumpa dengan Tuan Uwais ke? T-tuan ada dalam bilik dia"

"Nope" Ringkas balasan yang diterima Mirah dari Diandra. Mirah sudah berpeluh sakan. Kalau bukan mahu berjumpa dengan boss dia, lalu dengan siapa pula Diandra mahu berjumpa?

Diandra berpaling menatap Mirah datar.

"I nak jumpa dengan FATIHAH" Tutur Diandra dingin. Menggigil habis tempurung lutut Mirah mendengar kannya.

"F-fatihah?"

"Yes, I want to meet her. Where is she?"

"F-fatihah.. F-fatihah, d-dia.. Dia tak ad-.." Baru sahaja Mirah ingin menipu percakapan nya terus dicantas oleh seseorang. Membuatkan dia berpaling dengan pantas ke arah gerangan tersebut.

"Yer saya? Cik nak jumpa dengan saya ke?" Potong Fatihah lembut. Dia baru sahaja ingin ke bilik Uwais bagi menyampaikan laporan namun hajatnya terhenti tatkala dia mendengar namanya disebut - sebut.

Mirah memejamkan matanya rapat sambil menahan nafas. Kenapa? Kenapa lah bodoh sangat si Fatihah ni pun? Apa pasallah dia pergi muncul pula time - time macam ni?!

Mirah baru sahaja mahu menyelamatkan nyawa Fatihah namun gadis itu sendiri pula yang menggali lubang kuburnya sendiri.

Mendengar suara itu, Diandra berpaling secara perlahan ke arah Fatihah yang setia menunggu dengan senyuman di bibir manisnya.

Tatkala wajah Diandra menjamu mata terus hilang senyuman manis Fatihah di gantikan dengan wajah pucat lesi tanpa secalit darah. Diandra senyum sinis.

Mangsa yang dicari kini berada di hadapan mata. Tanpa sebarang kata, tangan dihayunkan menampar kuat pipi Fatihah sehingga gadis itu jatuh tersungkur di atas lantai pejabat.

Semua yang berada di tingkat tersebut membulatkan mata terkejut tidak lupa juga Mirah yang berada di sisi mereka berdua. Tangan nya naik memegang pipi yang sudah merah akibat ditampar oleh Diandra.

Dengan mata berair Fatihah mendongak menatap wajah garang Diandra yang setia merenung nya tanpa lepas.

"KAU" Sambil jari telunjuk ditunjuk ke arah Fatihah.

"PEREMPUAN PERAMPAS!" Tengking Diandra kuat menggemakan seluruh tingkat bangunan tersebut.

Fatihah terkedu.

Dan ketika itu dia pun mulai sedar.

Bahawa, kejadian di mall tempoh hari bakal berulang lagi.

Tetapi kali ini, ia lebih teruk dari yang disangka.

Kerana dia bakal di malukan dihadapan semuanya.

















•1647 word•

Sorry Ara dah lama tak publish. Here for you guys!♡

Continue Reading

You'll Also Like

167K 12.9K 34
Her marriage was fixed which was an arrange marriage but she moved to London for pursuing her career and dreams and after that she would marry. But i...
1.4M 107K 42
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
4M 168K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
2M 110K 96
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...