Ariana Iris | COMPLETED

By AyaRose970

103K 5.6K 275

[COMPLETED] Trauma ARIANA IRIS terhadap lelaki, semuanya berpunca daripada papanya sendiri. Kehidupan Ariana... More

Teaser
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
IKLAN
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40 (AKHIR)
AYA ROSE WORDS 🌹

BAB 36

2.3K 158 10
By AyaRose970

"Mama."

Mama mendepakan tangan lalu merangkul tubuh aku. Tangannya mengusap belakang bada aku perlahan. Aku semakin terbuai.

Mama menolak tubuh aku perlahan. Dia melekapkan tangannya di pipi aku.

"Ariana dah besar. Dah jadi isteri orang."

Ternaik kening aku. Kenapa ayat mama macam nak tinggalkan aku?

"Mama nak pergi mana?" Aku menyoal.

Tangan mama turun lalu mengenggam tangan aku.

"Mama doakan Ariana jadi isteri solehah dan jadi ibu yang baik untuk anak-anak Ariana dengan Qash nanti. Syurga Ariana di bawah telapak kaki Qash."

Mama menapak ke belakang.

"Mama?" Aku ingin melangkah tapi kaki aku seperti tidak mahu bergerak.

"Mama sayang sangat dengan Ariana." Mama menguntum senyum.

"Mama." Aku memukul-mukul kaki aku dengan kuat memaksa untuk bergerak. Tolong lah kaki! Aku nak dekat dengan mama!

Suauk tubuh mama semakin hilang.

"No! No! Mama!" Aku jatuh terduduk. Tangan tidak berhenti memukul kaki sendiri.

"Ma...Mama!!" Aku menjerit.

Selepas aku membuka mata, orang yang pertama yang aku nampak ialah Qash yang berada di depan aku.

"Ariana." Dia memanggilku.

Automatik aku melepaskan tangisan. Qash memeluk tubuh aku. Aku menangis lagi di dada bidangnya.

"Abang.. Mama.. Mama dah tiada. Mama dah tiada. Mama tinggalkan Ariana." Tersedu-sedan aku menangis sambil bercakap. Perit sangat hati aku. Sakit sangat. Aku tak dapat tengok wajah mama kali terakhir. Aku tak dapat bersama-sama dengan mama sehingga mama dikuburkan. Kubur mama juga aku tak tahu dimana.

"Abang ada sayang. Abang ada."

Semakin kuat tangisan aku. Mesti Qash sudah penat melayan aku menangis.

***************

Mata aku mencelik perlahan. Tangan dibawa ke dahi sambil mengurut perlahan. Sakit kepala kerana aku banyak sangat nangis. Ya Allah, tolong kuatkan hati aku untuk terima pemergian mama. Aku ingin redha dengan pemergiannya.

Tatkala tangan aku memicit dahi, aku perasan dengan balutan kedua-dua belah tangan aku. Mungkin Qash yang balutkan. Kalau dulu, mama yang selalu balutkan tangan untuk aku. Sebab luka ketuk pintu kuat sangat. Aku gelak dalam hati. Tak sangka papa tetap buat benda yang sama kat aku.

Telinga menangkap pula suara seperti membaca kalimah ayat-ayat Al-Quran. Aku toleh, Qash tiada di sisi. Tapi dia ada berdekatan dengan katil tidur kami. Tempat biasa dimana aku dan Qash solat sama-sama.

Qash duduk bersila di atas sejadah. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Aku tahu Qash cekap menghafal beberapa surah. Aku melihat pula jam dinding. Dekat pukul 4 pagi. Aku menegakkan badan perlahan, tidak ingin mengganggu Qash.

"Allahuakbar. Astaghfirullah."

Aku menoleh ke arahnya. Suara Qash sudah berubah. Alunan ayat al-Quran tadi berubah kepada tangisan. Aku terdiam. Qash menangis?

Tangan sebelah Qash menutup matanya. Tangisannya perlahan tapi telinga aku masih boleh dengar. Sambil dia menangis, sambil mulutnya beristighfar.

Hati aku semakin sayu. Melihat Qash menangis, juga membuatkan aku terasa ingin menangis. Air mata aku sudah bergenang.

Aku menurunkan kaki dari katil. Qash masih tak sedar lagi dengan aku yang sudah bangun.

"Abang." Panggil aku.

Qash menoleh. Dia terkejut sekejap melihat aku. Aku juga terkejut dengan matanya yang sudah basah. Lantas Qash berpaling dari aku semula dan mengesat air matanya. Dia mendekati aku. Senyum yang dibuat-buat diukirkan.

"Maaf abang ganggu Ariana." Kata Qash. Tangan sebelahnya direhatkan di kaki aku.

"Kenapa abang nangis ni?" Soal aku sambil tangan mengelap air mata bawah matanya.

Qash menggenggam tangan aku. Dia melutut kedua-dua belah kakinya. Tiba-tiba Qash mencium kedua-dua lutut aku pula. Aku terkejut.

"Abang minta maaf. Abang minta maaf." Qash menangis lagi.

"Abang." Aku memegang pipinya memaksa dia untuk berhenti dan memandang aku. Sekali lagi bawah matanya basah. Air nata aju bergenang tadi, akhirnya jatuh jua.

"Abang minta maaf. Abang tak selamatkan Ariana. Abang tak halang papa buat macam tu kat Ariana dari awal lagi. Abang minta maaf abang gagal melindungi sayang." Ucap Qash dengan suara seraknya serta tangisannya.

Aku menggeleng kepala beberapa kali.

"Tak. Abang selamatkan Ariana. Abang tak salah." Aku merangkul lehernya. Kepala Qash disandarkan di dada aku. Tangisan Qash semakin jelas kedengaran.

"Abang minta maaf. Abang berdosa, abang tak jaga Ariana.

Ya Tuhan, suami aku tidak berdosa. Sungguh perit sekali mendengar tangisannya.

Lama kami berpelukan seperti ini dan lama juga Qash menangis. Aku memujuknya dengan tangan aku yang berbalut mengusap rambut belakangnya. Tangan aku juga mengusap belakang badannya. Semakin perlahan tangisan Qash.

Ini kali pertama aku melihat Qash menangis seteruk ini. Qash langsung tak salah. Dia orang pertama yang selamatkan aku jika papa mengurung aku ke dalam bilik stor. Aku tak marah lada Rayyan, Danielle, Uncle Khai, dan Aunty Sofia. Sebab aku tahu mereka tidak berani. Qash ialah orang pertama, tapi dia masih diselubungi dengan serba-salahnya.

Betul lah kata mama. Qash terbaik untuk aku.

................................

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 36.8K 32
(⚠️🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞⚠️) [MASIH ON GOING] [HATI-HATI MEMILIH BACAAN] [FOLLOW SEBELUM MEMBACA] •••• punya banyak uang, tapi terlahir dengan satu kecac...
488K 46.1K 27
Aksa seorang mahasiswa biasa yang memasuki tubuh seorang Aksandra Kafeel Akhtar yang merupakan kembaran dari protagonis novel yang ia baca. Tertarik...
2.4M 37.2K 50
Karena kematian orang tuanya yang disebabkan oleh bibinya sendiri, membuat Rindu bertekad untuk membalas dendam pada wanita itu. Dia sengaja tinggal...
3.4M 49.7K 32
Mature Content || 21+ Varo sudah berhenti memikirkan pernikahan saat usianya memasuki kepala 4, karena ia selalu merasa cintanya sudah habis oleh per...