Ariana Iris | COMPLETED

By AyaRose970

103K 5.6K 275

[COMPLETED] Trauma ARIANA IRIS terhadap lelaki, semuanya berpunca daripada papanya sendiri. Kehidupan Ariana... More

Teaser
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
IKLAN
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40 (AKHIR)
AYA ROSE WORDS 🌹

BAB 25

2.4K 130 8
By AyaRose970

"Adik takde pergi honeymoon ea?"

Aku berkerut mendengar soalan Danielle. Tiba pula kakaknya ni menyebut mengenai honeymoon.

"Kelakarlah soalan akak Danielle ni." Kata aku dengan menguntumkan senyuman.

Danielle gelak kecil.

"Betul juga kata Danielle tu. Qash tak pergi honeymoon ke?" Mama mencelah. Tiba-tiba menyebut nama suami aku.

Terperanjat aku. Aku memandang belakang. Qash memang ada berdiri di belakang aku. Dia memandang aku. Mungkin tidak tahu nak jawab apa mengenai itu. Aku dan Qash pun tak cakap apa-apa lagi pasal benda ni. Aku memandang mama semula.

"Mama ni. Qash kan kerja cikgu. Takkan nak ambil cuti. Ariana tak kisah pun." Jawab aku.

Jujur aku memang tak kisah. Lagipun, Qash kerja sebagai cikgu. Takkan cikgu suka-suka hati nak cuti sebab nak honeymoon.

Aku pandang belakang semula. Aik? Qash sudah tiada. Aku menoleh. Dia berada di bonet belakang keretanya sedang memasukkan beg-beg aku.

"Adik tak bak honeymoon, biar abang yang pergi. Ariana boleh gantikan buat assignment abang." Rayyan tiba-tiba muncul.

"Lagilah Ariana tak nak. Menyibuk betul Rayyan ni. Ariana ke Rayyan yang kahwin ni?" Mama yang menjawab.

Kami gelak.

"Cuti puas-puas Ariana. Nantikan nak sambung belajar." Rayyan bersuara lagi.

Aah.... Sambung belajar. Aku tak terfikir langsung mengenai itu. Mohon mana-mana pun tidak lagi. Qash izinkan ke kalau aku nak sambung belajar?

Terdengar bonet kereta ditutup, menandakan Qash sudah sedia. Hati berat nk meninggalkan rumah ni. Belum cakap apa-apa, Danielle dan Rayyan memeluk aku terlebih dahulu.

"Dulu Ariana kecik je main lari-lari, sekadang dah jadi isteri orang." Kata Danielle.

Ha sudah drama air mata. Aku tahan diri daripada menangis.

"Jaga diri baik-baik. Apa-apa, call je akak dengan abang."

Aku mengangguk dengan pesanan itu. Itu sudah pasti.

Usai berpeluk dan menyakat, aku mendekati mama pula. Mama juga sebak melihat aku.

"Jaga diri anak mama. Dah besar anak mama ni. Jaga solat, jaga makan dan jaga suami. Syurga Ariana dah bawak telapak kaki Qash. Jadi isteri yang baik okey?"

Pesanan mama..... Aku memeluk badan mama. Cepat sangat masa berlalu.

"Saya akan jaga Ariana baik-baik ma." Kata Qash.

Aku menahan diri daripada menangis. Aku melepaskan pelukan. Kemudian beralih pula ke papa yang berada di sebelah mama. Aku menelan air liur dengan payah. Badan menggigil. Aku cuba untuk menenangkan diri.

Qash sedang bersalaman dengan mama dan Uncle Khai.

Papa tidak bereaksi. Lambat-lambat aku mengambil tangan papa di sisi lalu menciumnya. Ini kali pertama aku bertindak begini. Kali pertama.

"Ariana pergi dulu pa."

Aku mengawal suara. Takut.

"Jangan jejakkan kaki lagi kat rumah ni. This is the last time." Papa bisik di telinga aku.

Aku menjauhkan muka dan memandang papam Mukanya serius. Hati aku remuk. Sungguh tak sangka. Ayat itu keluar daripada mulut papanya sendiri. Mulut seorang bapa yang sepatutnya beri kasih sayang kepada aku.

Kenapa.... Kenapa.....

Memang papa betul-betul jual aku. Papa benci aku.

"Ariana, jom." Qash memanggil.

Perlahan kaki aku melangkah mendekati keretanya. Kaki aku mula berat untuk meninggalkan rumah ini. Kepala menoleh ke arah mereka. Papa terus masuk ke dalam rumah.

Betul ke ini kali terakhir?

***************

Mata aku meliar ke luar tingkap. Bukan pokok-pokok menarik perhatian aku sebenarnya. Tapi nak mengelakkan Qash perasan yabg aku menangis.

Aku tidaklah menangis teresak-esak sekarang ni. Sekadar menagis biasa. Ayat papa sebelum dia pergi tadi terngiang-ngiang dalam kepala. Itu kali terakhir aku tinggal disitu. Papa buang aku.

Tiba-tiba kereta diberhentikan di tepi jalan. Telinga menangkap brek tangan ditarik. Aku tak berani nak menoleh memandang Qash.

"Sayang."  Suara lembutnya memasuki gegendang telinga aku.

Tangan besarnya memegang pipi aku.

"Don't cry."

Aku mengalah. Qash memang tahu aku menangis. Lambat-lambat aku berpaling, tapi tidak memandangnya.

Dia memegang kedua-dua belah pipi aku lalu ibu jarinya menyeka air mata aku.

"Ariana nak abang patah balik ke? Nak duduk rumah sayang terus?"

Aku mengangkat kepala. Qash tak tahu apa yang papa cakap kat aku tadi. Seriuslah dia  nak patah balik. Nak duduk rumah aku terus?

Nak patah balik, dah jauh. Nak duduk kat rumah tu terus, mustahil. Papa dah menghalau aku.

Aku menggeleng perlahan. Aku memegang tangannya yang berada di pipi aku. Aku tahu Qash mungkin tak selesa berada di rumah tu. Orang pun selalu cakap, lebih baik kalau dah berkahwin jangan tinggal dengan mentua.

Perlukan privasi.

Tapi bila Qash tanya macam tu seperti dia tidak kisah. Aku yang kisah sebab dia ingin membawa aku ke rumahnya. Rumah sendirinya.

"Kalau Ariana rindu mama, beritahu abang je okey? Setiap hari abang sanggup bawa Ariana pergi jumpa mama."

Aku gelak halus. Kemudian aku angguk. Dia senyum dengan respon aku. Qash mencuit perlahan hujung hidung aku sebelum memandu kereta semula.

Tangan sebelahnya memegang stereng, manakal tangan sebelahnya lagi genggam tangan aku. Aku membiarkan.

Kalaulah Qash tahu yang papa tak benarkan aku jejak kaki di rumah itu lagi, apalah agaknya Qash akan buat.

"Sebelum kita pergi rumah kita, sayang nak pergi pantai?"  Soal Qash.

Pantai? Dah lama juga tak pergi.

"Nak."

"Alright."

Minyak ditekan. Nampak muka  cerianya Qash sambil memandu. Aku gelak dalam hati.

Selepas beberapa minit, kami pun sampai. Pantai yang pernah aku pergi bersama Rayyan dan Danielle dahulu. Aku keluar daripada kereta. Pintu kereta ditutup perlahan.

Kedengaran bunyi ombak dan angin sepoi-sepoi. Tenang.

Qash mendekati aku lalu memegang tangan aku. Dia genggam tangan aku lembut. Aku terkejut sekejap sebab secara tiba-tiba. Aku cuba nak biasakan diri dengan tindakan Qash. Qash lebih beraksi daripada bercakap.

Pertuturan lembut. Tindakannya juga lembut. Kadang tak terjangka langsung apa yang dibuatnya.

Aku berjalan disisi Qash. Mengikuti kemana sahaja suamiku pergi. Genggaman masih belum dilepaskan. Sampai sahaja di tangga, dia menyuruh aku duduk. Waktu petang begini, memang ramai orang. Riuh suasana depan pantai.

"Ariana tak nak jalan kat situ?" Qash menyaol sambil tangannya tunjuk ke arah pantai.

Aku menggeleng perlahan. Sebab ramai orang sangat. Aku jadi kurang selesa.

Kami diam. Masing-masing memandang pantai. Tengok suasana begini buat aku terlupa mengenai hal papa.

Semua akan baik-baik je.

Aku menjeling ke arah Qash. Dia juga menikmati suasana begini. Teringat disini juga pernah Qash selamatkan muka aku daripada kena bola. Qash yang entah muncul dari mana. Mengingatkan mengenai itu aku senyum sendiri.

"Danielle said that Ariana wants further study."

Aku menoleh. Ah, sebelum pergi tadi Danielle ada cakap. Hati aku ragu-ragu.

"Abang kalau tak izinkan-"

Qash menggeleng. Dia semakin menguatkan genggamannya.

"Abang izinkan sayang. It's your dream. Kenapa abang nak halang Ariana daripada buat baik?" Kata Qash lembut.

"Tapi..." Tapi macam mana dengan kerja-kerja rumah? Bukan ke itu tugas aku nanti?

Bukan ke orang selalu cakap, belajar tinggi-tinggi, masuk dapur juga.

"I will always support you. You have your own choice. Abang tak nak halang."

Aku diam memandangnya.

"Bila abang tengok Ariana study kat bilik kaunseling, that's made me realize. This girl really smart student. She has a dream. She can fly high." Qash tepuk kepala aku beberapa kali dengan perlahan. Dia menguntum senyum.

Pat head.

Di pangkal hati, terbit dengan persoalan dalam diri aku. Betul ke aku ada impian aku sendiri? Betul ke aku boleh pergi jauh? Qash tahu ke aku buat semua ni dulu disebabkan papa sendiri. Qash tahu ke aku dijual?

Paling aku tertanya-tanya.

Kenapa Qash kahwin dengan aku?




Continue Reading

You'll Also Like

638K 16.2K 17
tripping, falling with no safety net. EUPHORIA | s1 (oc x fez)
1.9M 91.1K 55
Rasa cinta terlalu berlebihan membuat Lia lupa bahwa cinta itu tidak pernah bisa dipaksakan. Rasanya ia terlalu banyak menghabiskan waktu dengan meng...
3.4M 26.8K 47
harap bijak dalam membaca, yang masih bocil harap menjauh. Kalau masih nekat baca dosa ditanggung sendiri. satu judul cerita Mimin usahakan paling b...
1M 147K 49
Awalnya Cherry tidak berniat demikian. Tapi akhirnya, dia melakukannya. Menjebak Darren Alfa Angkasa, yang semula hanya Cherry niat untuk menolong sa...