Until We Meet Again |Hakim Uw...

By missnovelmine

17.8K 995 493

-Second book: UWMA | Hakim Uwais- . . . -Hakim Uwais- "Ya, aku cintakan dia. Puas hati kau?" -Diandra Adryan... More

π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘™π‘œπ‘” 🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 1🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 2🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 3🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 4🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 5🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 6🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 7🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 8🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 9🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 11🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 12🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 13🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 14🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 15🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 16🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 17🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 18🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 19🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 20🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 21🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 22🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 23🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 24🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 25🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 26🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 27🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 28🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 29🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 30🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 31🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 32🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 33🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 34🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 35🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 36🍁
Part 37🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 38🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 39🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 40🍁

π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 10🍁

331 19 30
By missnovelmine

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Pintu rumah dibuka dari luar. Matanya melilau di sekeliling rumah.

Lampu menyala?...

Setahu Uwais hanya dia sahaja yang berada didalam rumah ini kerana Diandra berada di rumah adiknya Lisa.

Mungkin kah?...

Kepala laju menoleh ke arah meja makan yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri, dan betul lah sangkaan Uwais. Diandra telah pulang ke pangkal jalan.

Dilihat nya Diandra yang sedang bertanggu sambil mata tidak lepas dari merenung Uwais dengan pandangan datar. Seakan dia sedang merancang soalan - soalan peluru berpandu pada suaminya.

Diandra senyum sinis. Bebola mata kemudian melirik ke arah jam yang tergantung kemas di dinding rumah.

"I syak pekerja you semua perangai macam you lah.. Jenis tak reti balik rumah awal and tak reti penat" Perli Diandra sarkistik. Dia melarikan anak mata bertentang dengan mata Uwais semula.

"Kenapa you tak balik tahun depan jer? Or should I siapkan satu ruang tidur dekat pejabat you? Well, you kan tak suka balik rumah" Sambung Diandra lagi dengan senyuman yang tidak manis langsung.

"You pula macam mana? Kenapa you tak stay je dekat rumah adik I tu sampai kiamat? You kan suka lari rumah" Balas Uwais semula.

Rasa - rasanya dia dah terlampau lama berdiam, jadi sekarang masanya untuk dia balas semula setiap butir bicara yang keluar dari mulut Diandra.

Diandra ketawa sinis.

"Wow! Impressive!.. You dah pandai lawan apa yang I cakap, ada kemajuan Hakim Uwais" Kata Diandra seakan menghina suami sendiri.

Uwais merenung Diandra tajam. Biadap sungguh isteri dia ni. Langsung tiada adab, sudah lah tak balik rumah! Sekarang bila balik semula buat perangai biadap pula.

"I rasa you dah lupa siapa I pada you Dian. You dah lupa apa status you sekarang, also you dah lupa apa hubungan kita sekarang ni. You nak I ingatkan you ke?" Balas Uwais sambil berpeluk tubuh dan badan disandarkan pada dinding rumah.

"Lupa? I yang lupa atau you yang lupa? Soalan tu sepatutnya di tuju pada you! Bukan pada I!" Bidas Diandra meninggi.

Uwais mengangkat kening nya sebelah sambil bibir tersenyum sinis melihat Diandra yang mula di amuk kemarahan.

"Day by day, you bukan lagi Dian yang I kenal. You bukan lagi the old Dian yang sentiasa berlembut dan manja dengan I.." Tutur Uwais.

"You dah berubah. I sampaikan dah tak kenal mana isteri yang dulu, mana Dian I yang manja yang mengada - ngada tapi comel.." Sempat lagi dia memuji Diandra. Diandra terdiam seketika.

"Yang ada sekarang cuma lah seorang Diandra Adryana yang ego, yang keras kepala yang biadap.. Yang tak tahu hormat suami dia sendiri" Kata Uwais lagi.

"You.. Kenapa I rasa yang you benci kan I Dian?" Tanya Uwais dengan mata yang sudah bertukar menjadi sayu.

Disebalik pandangan matanya itu, dia memendam rasa yang sudah lama dia mahu menyuakan. Diandra yang terkedu itu ditatap lirih.

Walaupun wajah nya terlihat beku, tetapi Diandra tahu Uwais terluka dengan nya. Dari pandangan rapuh Uwais mampu membuktikan segalanya.

Rapuh dan letih.

"Y-you, you mengarut apa? You jangan nak play victim dekat sini Is! You jangan nak buat I ni yang nampak bersalah dekat sini, sedangkan you yang bersalah!" Tengking Diandra.

Uwais senyum hambar sebelum dia mengangkat kedua belah bahu nya.

"Again Dian.. You tinggi suara dengan I, again.. again.." Ulang Uwais berkali - kali kemudian kaki diangkat menuju ke arah anak tangga.

Satu persatu dipanjat nya tanpa berpaling sedikit pun bagi melihat Diandra. Belakang badan Uwais di pandang nya lambat - lambat.

Diandra bangkit dari duduk nya, lalu dia mencapai kunci kereta yang berada di dalam bakul rotan kecil. Pintu rumah dituju lalu dia buka kemudian di hempasnya kuat sehingga hampir bergegar rumah itu.

Enjin kereta di hidupkan, lalu dia menekan pedal minyak kuat dan beredar keluar dari perkarangan rumah.

Uwais mengintai dari langsir bilik memerhati pemergian Diandra. Tanpa sebarang suara dia terus menuju ke bilik mandi.

***
Kain putih kecil di rendam kan ke dalam mangkuk besar yang berisikan air lalu dia perah. Kain dibawa ke atas dahi sepupu mya itu.

"Macam mana kau boleh demam ni, Qaseh?" Tanya Fatihah lembut. Rambut Qaseh yang terurai kedepan dia selitkan perlahan - lahan dibelakang telinga gadis itu.

Qaseh hanya senyum tidak bermaya. Bibir pucat nya mula bergerak mahu berbicara pada sepupu kesayangan.

"S-sorry Tiha.. Sorry sebab aku tak pick up kau.. A-aku lupa nak call kau, bagitahu yang aku tak dapat ambil kau balik" Qaseh memohon maaf.

Sebernanya dia rasa tidak sedap badan sejak dari semalam lagi, fikir dia lepas menelan ubat panadol 2 biji elok lah nanti tetapi lain pula jadinya bila dia pengsan di tempat kerja tengah hari tadi.

Lepas sahaja dia sedar dari pengsan terus dia memandu balik ke rumah, sampai sahaja di rumah badan terus landing atas katil.

Sehingga dia terlupa tentang sepupu dia yang satu ini. Sedar - sedar sahaja Fatihah telah sampai ke rumah. Melihat Fatihah yang panik dia pun panik juga tiba - tiba tanpa mengetahui sebabnya.

Tahu - tahu Fatihah panik sebab dia rupanya. Haish! Bikin dia sakit jantung sahaja. Fikirkan Fatihah cedera tetapi sebaliknya.

"Takpayah lah minta maaf, aku oky jer. Nasib kau punya badan ni kuat tau! Kalau tak suhu kau naik mendadak dah" Marah Fatihah sebelum di jegilnya Qaseh yang tersengih kecil.

"Aku tak larat nak mandi. Aku balik tadi terus BOM!  Tak ingat apa dah" Balas Qaseh sambil matanya di besarkan ketika menyebut perkataan bom.

"Banyak lah kau! Bahaya tahu tak? Kalau lah suhu badan kau tadi mencanak naik, mampus aku nak menjawab dengan pak long dan maklong. Tahu tak?!" Marah Fatihah lagi.

Biarkan, kali ni biar Fatihah jadi mak tiri sekejap. Baru padan muka Qaseh, degil! Acap kali Fatihah mengingatkan dia agar mandi sekiranya demam supaya suhu badan turun.

Namun tidak dihiraukan nya. Di biarkan, nasib sahaja lah anti body Qaseh itu kuat kalau tidak.. Memang ke rahmatullah lah jawabnya.

"Tahuuu..." Cebik Qaseh. Dia menggentel hujung selimut sambil mengemam bibirnya lalu mata dibawa melirik ke arah Fatihah sebentar.

"Nak apa?" Tanya Fatihah seakan tahu dengan reaksi yang diberikan oleh Qaseh. Qaseh sengih kambing.

"Tiha.. Laparrrr" Kata Qaseh dengan mata yang membulat seraya tangan nya naik mengusap perut yang sudah bergendang - gendang meminta untuk diisi.

Fatihah geleng kecil. Qaseh, qaseh.. Demam pun ada selera lagi nak makan? Tapi baguslah, banyak makan cepat lah dia sihat.

"Yer lah.. Sabar jap, aku masakkan bubur ayam. Boleh tak?" Tanya Fatihah lembut. Laju Qaseh menganggukkan kepala nya sebelum dia mendesis sakit kerana kepala berdenyut - denyut.

Terus Fatihah memiat lengan Qaseh perlahan.

"Jangan bergerak! Kan dah sakit tu, eish lah dia ni" Marah Fatihah seakan mak - mak pula. Qaseh hanya tersengih - sengih apabila di marah oleh Fatihah.

Alah dia taktakut pun. Fatihah bukannya garang mana pun, macam baby jer bila marah. Sikit pun dia tak gentar.

"Aku pergi masak sekejap. Kau jangan bergerak dari katil ni selangkah pun. Faham? Kalau tak aku bagi jerung makan kau" Ugut Fatihah comel.

Qaseh ketawa mendengar nya. Comel jer cousin dia ni ugut nak bagi jerung makan dia. Silap - silap bukan dia yang kena makan dengan jerung, jerung tu yang kena makan dengan dia.

Qaseh bab makan memang nombor 1, kau hidanglah kepala lembu pun. Confirm habis di baham nya. Macam haiwan karnivor pun ada MasyaAllah...

"Ai! Ai! Captain!" Balas Qaseh sambil jangan naik membuat tabik. Fatihah hanya menggeleng kecil sebelum dia beredar.

Dapur dituju. Periuk kecil dia capai lalu di masukkan beras ke dalam nya dan dibasuh. Sebelum dia meletakkan periuk itu di atas dapur. Api dibuka lalu dibiarkan periuk itu.

Tangan mula mencapai ayam yang sudah di keluarkan dari peti, di potong nya ayam tersebut berbentuk dadu yang kecil.

Sedang asyik memotong Fatihah mula mengimbas kejadian tadi. Dia tergelak kecil melihat perangai comel Uwais.

Itu untuk pertama kalinya dia melihat Uwais senyum. Senyuman yang manis sehingga mampu mencairkan hati setiap yang melihat.

Termasuk lah Fatihah. Suka dia mengusik Uwais tadi. Sengaja lah dia mengajak Uwais untuk masuk, dan bila ditanya kawan dia ada atau tidak.

Laju Fatihah berkata tiada dan pucat lah muka Uwais ketika itu sambil mata membulat besar. Terus terburai ketawa Fatihah melihat reaksi yang diberikan oleh Uwais.

"Ouhhh.. Awak kenakan saya eh!" Kata Uwais dengan mata memincing ke arah Fatihah yang tidak sudah dengan tawanya.

"Maaf Tuan, saya gurau jer.." Balas Fatihah dengan tawa yang bersisa. Tidak lama kemudian Uwais turut sama ketawa. Melihat kan itu terus Fatihah terkedu. Senyum dan gelak tawa Uwais yang memukau.

Fatihah memejamkan matanya rapat sambil menjerit kecil. Dia mula menari - nari gembira sambil menyanyi keriangan.

Tangan naik mengacau bubur itu lalu dimasukkan ayam ke dalam nya serta satu kiub ayam.

Bibir tidak lekang dari senyuman manis.

Dari jauh Qaseh memerhati dengan kening yang berkerut. Kenapa happy semacam jer sepupu dia tu? Kena rasuk ker?

















































•1424 word•

Don't know lah dengan Fatihah ni..

Continue Reading

You'll Also Like

10.2M 304K 53
Anna Krause is in her senior year and more than ready to leave high school behind and start a new, fresh life without homework. What she didn't expec...
2.8M 162K 50
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
507K 1.5K 11
Fun wlw sex. Different kinks and stuff, all about trying things. May even include potential plot lines and will definitely include some form after ca...
295K 34.2K 85
#Book-2 of Hidden Marriage Series. πŸ”₯❀️ This book is the continuation/sequel of the first book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If you guys have...