Until We Meet Again |Hakim Uw...

By missnovelmine

17.8K 995 493

-Second book: UWMA | Hakim Uwais- . . . -Hakim Uwais- "Ya, aku cintakan dia. Puas hati kau?" -Diandra Adryan... More

๐‘ƒ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘™๐‘œ๐‘” ๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 1๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 2๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 3๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 4๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 5๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 6๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 7๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 9๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 10๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 11๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 12๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 13๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 14๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 15๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 16๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 17๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 18๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 19๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 20๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 21๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 22๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 23๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 24๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 25๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 26๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 27๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 28๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 29๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 30๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 31๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 32๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 33๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 34๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 35๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 36๐Ÿ
Part 37๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 38๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 39๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 40๐Ÿ

๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 8๐Ÿ

261 19 4
By missnovelmine

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Kakinya menendang tayar kereta tersebut kasar. Dia merengus kuat sebelum di ketuk - ketuk nya cermin tingkap kereta itu.

Ikutkan hati yang sedang panas membara mahu sahaja dia pecahkan semua tingkap kereta itu namun dia cuba untuk bersabar.

"Bodoh punya kereta, time - time macam ni lah kau nak rosak bagai!" Rungut Lisa buat kali yang kesepuluhnya.

Dia mencapai telefon yang berada didalam beg tangan untuk mendail nombor Along nya namun hampa.

Telefon nya kehabisan bateri!

Arghh! Malang betul lah nasib aku hari ni!..

Lisa menghentakkan kedua belah kakinya kuat. Sudah lah dia terpaksa memakai heels pada hari ni.

Semuanya gara - gara meeting yang menyusahkan itu lah!

"Argh! Lantak lah! Kau duduk lah sini wahai kereta celaka! Biar sampai kau mereput mampus! Aku nak balik, bye!" Katanya buat kali yang terakhir sebelum dia beredar.

Heels yang tersarung di kaki Lisa cabut. Dia hanya berkaki ayam sahaja sekarang ini.

Laju Lisa berjalan di tepi jalan menuju kearah bas stop yang agak jauh dari keberadaan office nya.

Dia melirik kearah jam yang berada di pergelangan tangan. 10:45.

Shit!..

Mana pula dia mahu mencari bas atau teksi untuk digunakan bagi menghantar nya balik?

Langit semakin menggelap. Lisa hanya berjalan bertemankan lampu lampu jalan yang malap.

Sunyi sepi.

Tiba - tiba sahaja jantung nya berdetak laju.

Kenapa Lisa tiba - tiba sahaja rasa takut? Sebelum ni mana pernah dia rasa begitu.

Dia akhirnya tiba di bas stop tersebut. Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku yang terletak khas disitu.

Bas stop yang agak usang.

Lisa berharap agar ada lah mana mana kereta atau bas yang lalu.

Tapi akan ada ker?

Sedang dia termenung terdapat satu motosikal mendekatinya. Lisa memerhatikan motosikal tersebut dari jauh.

Motosikal itu berhenti betul betul dihadapan bas stop tersebut berhadapan dengan Lisa.

Lisa membuat roll eyes.

Sejujurnya dia penat sekarang jadi dia memang tiada tenaga mahu bergaduh, tetapi kenapalah mesti ada sahaja bala yang datang kemari?

Lelaki itu turun dari motosikal nya seraya mencabut topi keledar miliknya.

Dia sengih miang sambil memandang kearah wajah Lisa.

Lisa tidak membalas pandangan si lelaki tua kerepot yang miang itu.

Ludah kang baru tahu! Dia menilik lelaki tua itu atas bawah berkali kali sebelum di jeling nya tajam.

Manakala lelaki tua itu pula sudah berdehem kecil bagi menarik perhatian Lisa.

"Sorang jer ke Cik adik?" Tanya lelaki tua itu.

Dia merenung badan Lisa lama. Wow cantik!

Lisa membuat muka beruk.

"Eh, takde lah bertiga ni.. Ada aku, dengan malaikat kiri kanan aku ni. Tiga.." Kata Lisa.

"Tapi disebabkan kau pun turut sama ada maka terjadilah 4 orang disini. Itu pun buta, tak pergi sekolah ker dulu orang tua?" Kasar Lisa berbicara.

Fuh..tajam eh.

Lelaki tua itu tidak marah sebaliknya dia sengih pula.

"Uish, garang nya.. Abang memang suka perempuan yang garang - garang macam Cik adik ni.." Katanya dengan senyuman yang tidak lekang dibibir.

Meluat Lisa melihat senyuman tersebut, dengan rongak nya lagi.

Eh buruk betul lah!

"Abang? Siapa abang?" Tanya Lisa.

"Abang lah..ni abang, panggil abang baru mesra sikit" Balas lelaki tua itu seraya jarinya menunjuk kearah diri sendiri.

Lisa ketawa mengejek.

Abang? Lawak apa yang lelaki tua itu sedang lakukan? Dah tua nak mati pun masih miang daun keladi lagi?

MasyaAllah..

"Dari aku panggil kau abang, baik aku panggil berus jamban. Lagi bagus, kena pula tu dengan muka kau" Bisik Lisa perlahan pada diri sendiri.

"Apa? Abang tak dengarlah.. Cik Adik cakap tentang apa?" Tanya lelaki tua tersebut.

Lisa terus senyum kambing sebelum dijelingnya menyampah.

"Tak ada apa, cakap tentang bus stop ni haa.. Buruk betul kalah jamban dekat rumah aku tu" Balas Lisa dengan intonasi menyampah.

Lelaki miang itu ketawa kecil. Kelakar lah Cik adik manis depan mata dia ni.

Tok hang!

"Kelakar lah Cik adik ni.. Dah lah manis, garang, kelakar pula tu. Abang suka lah" Kata lelaki tua tersebut.

Lisa membuat muka geli. Eyy apa ker jijik sangat orang tua ni?

"Kesah apa aku kau suka ker tidak. Bukan masalah aku" Balas Lisa kasar.

Lelaki tua itu mula mendekati Lisa yang sedang asyik memeluk tubuh.

"Cik adik, bahaya tau duduk sorang sorang dekat sini.. Apa kata kalau abang tumpang kan Cik adik ke rumah. Sekurang nya Cik adik selamat sampai" Tutur lelaki tua itu sambil tangan nya cuba menggapai lengan Lisa.

Lisa yang terkejut itu laju menarik lengan nya semula menjauhi lelaki miang tersebut. Dia bangun dari duduk nya tatkala lelaki tua itu mulai melabuhkan punggung berseberlahan dengan dirinya.

"Apa benda kau ni. Jangan sentuh sentuh aku lah orang tua miang!" Marah Lisa. Dia bagi flying kick kang baru tahu! Tak pasal pasal hilang semua gigi orang tua itu di kerjakannya.

"Alahhh, bukan nya luak pun. Marilah abang hantarkan Cik adik balik.." Pujuk lelaki tua itu lagi sambil mendekati Lisa.

Dia memegang pergelangan tangan Lisa pantas, lalu di cengkam kuat bagi menarik Lisa agar mengikuti dirinya.

Lisa cuba menarik tangan nya semula.

"Lepas lah si miang! Aku taknak balik dengan kau! Motor nyawa nyawa ikan kau ni, boleh buat aku mati tengah jalan. Lepas lah!" Sempat lagi Lisa menghina motor kapcai lelaki tua itu.

Dia cuba untuk tak mencederakan lelaki tua itu kerana dia tidak mahu menyakiti warga emas tetapi perangai orang tua ini memang menempah maut dengan Lisa!

"Jangan lah jual mahal sangat sayangg.. Marilah, kita boleh luangkan masa bersama.. Marilah sayangg" Pujuk lelaki tua itu tanpa melepaskan tangan Lisa.

Lisa membulatkan matanya. Luangkan masa bersama? Bersama apa? Bersama ke kubur?!

"Aku tak nak lah! Kau ni tak faham bahasa ker bingai?!" Tengking Lisa.

Dia menarik tangan nya kuat kearah dia lalu lelaki tua itu menarik semula tangan Lisa kearah dirinya. Berkali kali mereka bergelut menarik antara satu sama lain sehingga Lisa mulai hilang sabar.

"Aku bagi kau last warning. Lepaskan tangan aku atau kau akan ker ICU sekejap sahaja lagi" Ugut Lisa. Dia dah tak boleh bersabar lagi dah.

Lelaki tua itu ketawa suka. Cik adik ni memang suka bergurau. Gadis muda yang lembut seperti Lisa manakan mampu membuat dirinya sehingga masuk ker ICU.

Lembut kau kata? Kau memang akan ker syurga kejap lagi kalau dia dah hilang sabar.

"Cik adik nii.. Suka bergurau lah! Ni yang abang tak tahan ni!" Balas lelaki tua itu gedik.

Ey geram jer Lisa tatap orang tua itu. Memang betul betul mahu ker alam lain orang tua ni!

"Lepas!" Arah Lisa.

"Taknak!" Balas lelaki tua itu.

Lisa memejamkan matanya rapat dalam hati sudah mula membaca bismillah. Semoga orang tua dihadapannya ini tidak mati di pukul Lisa sebentar lagi.

Sebelah tangan nya mula menggenggam penumbuk kemas. Baru sahaja dia mahu menghayunkan penumbuknya yang padu itu satu suara telah menyentakkan mereka berdua.

Serentak itu Lisa dan orang tua tadi menoleh ke belakang. Lelaki yang mulai turun dari kereta itu di tatap mereka berdua pelik.

Siapakah?

"Hoi! Kau lepaskan dia!" Arah lelaki tersebut dari jauh.

Lisa mengecilkan matanya. Macam dia kenal kereta itu.

"Siapa tu?" Tanya Lisa pada orang tua yang berada di sebelah nya sekarang secara berbisik.

Orang tua itu mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Entah lah, abang pun taktahu" Balas lelaki tua itu berbisik jua.

Lisa berpaling ketepi lalu dia menatap wajah orang tua tersebut.

"Kawan kau ker?" Tanya Lisa lagi. Laju orang tua itu menggeleng.

"Eh takk.. Abang tak ada kawan yang kaya macam tu" Balas orang tua itu jujur dan lurus.

"Padan lah motor pun buruk. Tak ada kawan yang kaya rupanya.." Kata Lisa memerli.

Lelaki yang tidak dikenali mereka berdua itu mulai mendekati. Lengan baju di sinsingkan ker paras siku menampakkan urat urat yang timbul.

Fuh.. Goyah iman.

"Kau pekak ker?" Keras dia bertanya dengan wajah yang mendatar. Ditatap nya orang tua tersebut bagai mahu ditelan.

Lisa membuat muka meluat nya.

Lahhhh si beku ni rupanya! Padan lah aku macam kenal kereta tu..

"Kau ni siapa?" Tanya orang tua itu pada Zarif.

Zarif tanpa segan silu nya menarik sebelah lagi tangan Lisa kuat sehingga pegangan lelaki tua itu terlepas.

Lisa ditarik kesisi nya.

"Aku suami dia" Balas Zarif tegas.

Mendengarkan itu membuatkan orang tua tadi kecut perut. Air liur ditelannya perit.

Lisa pula sudah tercegang. Apakah?

Zarif yang berada di sebelah nya dia pandang tajam. Suka suki jer mengaku diri tu suami Lisa!

Laju orang tua itu membuat isyarat tangan memohon maaf. Dilihat lelaki yang kini berada di hadapannya seakan singa jadian. Sungguh menyeramkan.

"M-maaf bro.. A-aku tak kacau isteri kau dah. S-sorry bro.. Sorry.." Kata lelaki tua itu tergagap gagap.

Lisa menjeling orang tua miang itu tajam.

Baru dia nak belasah orang tua itu tetapi Zarif dah sampai dulu, so dia simpan jer lah tenaga dia. Buat apa bazirkan demi seketul orang tua kerepot yang miang tu? Buang masa jer..

Kelam kabut lelaki tua itu menghidup kan enjin motor lalu dipecut nya laju tidak cukup tanah.

Lisa yang berada di sebelah Zarif lirik sekilas. Pegangan tangan dia lepaskan.

"Kau ni pula. Asal tak balik lagi? Dah nak dekat pukul 11 lebih dah ni" Tanya Zarif dengan nada yang biasa.

Robot.

Lisa membuat roll eyes.

"Kau nampak tak aku ada dekat mana sekarang ni?" Tanya Lisa pula.

Zarif mengerutkan kening nya sedikit sebelum dia meninjau sekeliling lalu membalas.

"Bus stop" Balas Zarif ringkas. Lisa menganggukkan kepala nya sekali.

"That's the problem" Kata Lisa.

Zarif yang mulai mengerti hanya memberikan pandangan biasa. Jadinya kereta Lisa kemungkinan rosak.

"Jom aku hantar kau balik" Ajak Zarif seraya sebelah tangan nya di masukkan kedalam poket seluar lalu dia berjalan kearah kereta milik nya.

Lisa masih statik di situ tanpa bergerak.

"Kau tak nak balik ker?" Tanya Zarif pada Lisa yang masih tidak berganjak dari kedudukannya.

Lisa memeluk tubuh.

"Aku memang nak balik, tapi bukan dengan kau" Balas Lisa menolak ajakan Zarif.

Zarif menggelengkan kepala nya perlahan sebelum dia ketawa kecil.

"Jangan cakap dengan aku yang kau nak tunggu teksi dekat sini" kata Zarif memerli Lisa.

Lisa menjeling Zarif tajam.

"Suka hati aku lah!" Bidas Lisa kasar.

Sekali lagi Zarif ketawa mengejek.

"Kau tunggu lah sampai besok pagi pun, teksi tetap tak akan datang. Kau taktahu ker yang diorang dah tak lalu dekat sini? semua perkerja balik naik lrt jer.. Cik Lisa" Terang Zarif membuatkan Lisa malu sedepa.

What? Seriously?

Dia mula mengcover wajah di buat buat seakan dia sudah tahu tentang perkara itu.

"A-aku tahu lah! aku saja jer nak tunggu, lagipun ada ker aku cakap yang aku nak tunggu teksi dekat sini? haa ada? Ada?" cover Lisa sedikit tergagap.

Malu lah dia! Tentang runtin harian perkerja nya balik pun dia tidak tahu! Apa punya boss lah dia ni!

Zarif smirk.

"Dah dah lah tu Lisa Aryani.. Jom aku hantar kau balik. Takpayah lah nak jual mahal sangat" Kata Zarif.

Kecil sahaja Lisa menatap si mamat beku itu. Ada yang makan kaki dia ni kang!

"Cepat lah!" Panggil Zarif kuat.

Lisa menghentakkan kakinya kuat. Geram betul!

"Sabar lah!" Jerit Lisa lagi kuat dari suara Zarif.

Terkumat kamit mulut nya memaki Zarif berbakul bakul, dengan berkaki ayam nya lagi.

Lisa..Lisa..























































•1803 word•

So sweet.. Sweet tak Lisa dengan Zarif?

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 111K 42
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
918K 54.7K 49
๐ˆ๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐“๐š๐ง๐ ๐ฅ๐ž๐ ๐ฐ๐ž๐›๐ฌ ๐จ๐Ÿ ๐‡๐ž๐š๐ซ๐ญ๐ฌ, ๐š๐ง๐ ๐ฉ๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ข๐ญ ๐จ๐Ÿ ๐“๐ซ๐ฎ๐ญ๐ก๐ฌ, ๐‹๐จ๐ฏ๐ž ๐ฐ๐ž๐š๐ฏ๐ž๐ฌ ๐ข๐ญ๐ฌ ๐ฆ๐ž๐ฌ๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐ณ๐ข๐ง๐  ๏ฟฝ...
253K 14.9K 16
"แ€˜แ€ฑแ€ธแ€แ€ผแ€ถแ€€แ€œแ€ฌแ€•แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€แ€šแ€บ แ€„แ€œแ€ปแ€พแ€„แ€บแ€œแ€พแ€ฏแ€•แ€บแ€žแ€ฝแ€ฌแ€ธแ€œแ€ญแ€ฏแ€ทแ€แ€ฒแ€ท.... แ€™แ€Ÿแ€ฏแ€แ€บแ€›แ€•แ€ซแ€˜แ€ฐแ€ธแ€—แ€ปแ€ฌ...... แ€€แ€ปแ€ฝแ€”แ€บแ€แ€ฑแ€ฌแ€บ แ€”แ€พแ€œแ€ฏแ€ถแ€ธแ€žแ€ฌแ€ธแ€€ แ€žแ€ฐแ€ทแ€”แ€ฌแ€™แ€Šแ€บแ€œแ€ฑแ€ธแ€€แ€ผแ€ฝแ€ฑแ€€แ€ปแ€แ€ฌแ€•แ€ซ.... แ€€แ€ปแ€ฝแ€”แ€บแ€แ€ฑแ€ฌแ€บแ€›แ€„แ€บแ€แ€ฏแ€”แ€บแ€žแ€ถแ€แ€ฝแ€ฑแ€€...
734K 38.9K 21
๐’๐ก๐ข๐ฏ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐ฑ ๐‘๐ฎ๐๐ซ๐š๐ค๐ฌ๐ก ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐€๐ง๐ข๐ค๐š ๐‘๐š๐ข ๐ฑ ๐Š๐š๐›๐ข๐ซ ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ...