HOUSE OF CARDS

By aeyssia

4.7K 1.2K 1.4K

[ ENDLESS TRAGEDY ] A house made of cards, and us, inside Even though the end is visible Even... More

PROLOG
1 : Accident.
2 : Assistant director.
3 : I miss her.
4 : Forgetting you.
5 : Ice skating.
6 : Because I like you.
7 : You know me.
8 : Good night, star.
9 : Fear.
10 : Father.
11 : Nobody but a memory.
12 : Her fiancé.
13 : How they met.
15 : Kiss your fears away.
16 : You're my home.
17 : It hurts.
18 : Psychopath.
19 : Piano.
20 : Car date.
21 : Scared.
22 : It is what it is.
23 : Sweet dream.
24 : It's irony.
25 : Mind your own business.
26 : Hi, lovebirds!
27 : Villainess.
28 : Teary night.
29 : House of cards.
30 : Whose fault?
31 : Coward.
32 : Trust.
33 : Theme park.
34 : Forever.
35 : Bad story.
36 : Tragedy.
37 : Rewrite the stars.
38 : Well, well, well.
39 : Life cycle.
40 : Siblings.
41 : Hot news.
42 : Belong to him.
43 : I'm yours.
44 : I love you.
END : Answered star.
EPILOG

14 : Star-crossed lovers.

93 29 54
By aeyssia

hiiiii last update 2021 <33 votement juseyoo

.

.

.

MEREKA kata hari ini akan diingati selamanya. Mereka kata hari ini akan jadi hari terbaik dalam hidup kita. Mereka kata hari ini akan mencipta memori yang paling indah.

Tidak seperti pagi yang tenang, jantung Naufal pula berdegup kencang bagai nak melompat keluar. Dia menggosok kedua tapak tangannya yang berpeluh. Mata tidak dapat duduk diam sambil memerhati permandangan luar.

"Nervous sangat kau ni, Fal," komen Rayyan seraya ketawa kecil. Dia mengusap bahu kawannya yang berbalut baju melayu putih.

"Kenapa nervous sangat ni weh? Semalam elok je aku tidur mati tau!" Luah Naufal. Sungguh semalam dia tidur nyenyak, tidak bermimpi apa - apa. Sekarang sedang menuju ke masjid, tiba - tiba rasa gementar. Tiba - tiba rasa nak terjun daripada kereta ini.

"Orang kahwin memang rasa macam tu. Aku pun sama. Iesy dan Asy pun sama. Normal semua ni. Dah, selawat banyak - banyak," pesan Rayyan lalu menghadiahkan sedas penampar yang tidak begitu menyakitkan di belakang Naufal.

Naufal berdesis sakit sebelum dia bermasam muka. Ada yang tak sempat masuk masjid kejap lagi. Jadilah mayat dekat luar. Daripada majlis akad nikah, terus bertukar ke solat jenazah.

"Kita dah sampai."

"Ray! Aku takut!"

"Relakslah! Tarik nafas, hembus. Ulang."

Muka cuak habis namun dalam masa yang sama, Naufal menurut arahan Rayyan. Dia mengawal pernafasannya yang tidak teratur.

"Buat malu dekat Yara je. Aku rasa dia pun tak segelabah macam kau ni," sempat Rayyan menyindir selamba. Dia menjentik dahi Naufal.

"Siapa yang lafaz akad tu? Aku ke dia?"

"Okay, Fal. Kau menang," dia memutarkan bola matanya. "Keluar. Kembar tu tunggu lama dah. Membebel dorang kejap lagi."

Pintu kereta dibuka dan Naufal mengintai sipi - sipi masjid yang tersergam indah, tempat untuk menyatukannya dan Yara hari ini. Dada berombak kencang kembali.

"Turunlah cepat, berjanggut kitorang tunggu," hambur Iesyraf lalu berpeluk tubuh. Dia merenung tajam susuk tubuh Naufal yang seperti kura - kura yang bersembunyi dalam cengkerangnya.

Rayyan yang malas menunggu Naufal keluar mengikut pintu lagi satu.

Kemudiannya, tiga pasang mata memerhati tindak - tanduk Naufal yang terlebih cemas. Dia melangkah keluar daripada kereta dengan kaki yang menggigil. Longgar kepala lutut. Sampai tidak mampu berdiri tegak gayanya.

"Fal, kau jangan buat drama hari ni tak boleh ke?" Soal Iesyraf sebelum matanya buta melihat Naufal yang dramatik, entah kenapa hari ini seperti terlebih rencah dramanya.

"Alah, aku baru nak nangis depan Tuan Fattah nanti."

"Tak payah, aku tak bawa stock tisu lebih."

Naufal menarik muncung!

"Cepatlah get ready, nanti tok kadi cabut lari kang sebab pengantin lelaki lembab sangat," gesa Asyraf sambil dia ingin meraih lengan Naufal.

Sebaliknya, Naufal menjauhkan diri sama seperti dia berjauh hati kerana dramanya tidak mendapat sambutan.

"Menyampahlah kau ni. Campak Aries nanti baru tahu langit tinggi ke rendah."

Dengan penuh riak dia berjalan dengan yakin, tidak sampai seminit kakinya tersandung batu. Keseimbangan badan hilang. Nasib baik, Rayyan sempat menangkap lengannya.

"Tak sempat cium pengantin perempuan, kau nak cium batu dulu ya?"

"Diam!"

"Kalau kau dah nervous sampai macam ni, cuba bayang bintang kesayangan kau tu macam mana?" Iesyraf bersuara sambil menjongket keningnya. Sekali gus menerbitkan seribu satu persoalan dalam kepala mereka berempat.





















































JARI - JEMARI halus jurusolek menyentuh pipi Yara yang disapukan dengan blusher bewarna merah jambu.

"Kenapa muka awak muram sangat ni, Yara?" Jurusolek sambilan yang bernama Liyyan, isteri kepada Asyraf, melutut di hadapan Yara.

Percayalah dia kena paksa sebenarnya. Hanya kerana pengantin perempuan itu ialah Yara, barulah dia merelakan hati. Kalau sebaliknya, mungkin Asyraf perlu merasuah sesuatu dulu baru dia turun padang.

"Saya takutlah..."

"Zikirlah. Saya pun macam tu dulu. Tanggungjawab isteri memang berat, tapi Naufal mesti tolong awak nanti."

Sebaik sahaja Liyyan menarik tangan untuk melihat hasil seninya, Yara menggeleng kepala.

"Bukan itu yang saya risau."

"Habis tu?"

Yara tersenyum hambar seketika. Dia tidak berapa rapat dengan Liyyan. Tadi pun hanya wanita itu yang menghangatkan suasana manakala dia sekadar mengangguk atau menggeleng. Tapi tak salahkan kalau dia nak meluah sedikit?

Dengan siapa lagi dia nak meluah tika ini? Bantal?

"Saya takut Naufal yang menyesal. Saya kan... dah tak tu..." Tidak mampu Yara menghabiskan bicaranya. Dia tersedu - sedan. Matanya berair tapi cuba ditahan.

"Eh, eh, jangan nangis. Pandang saya," tutur Liyyan lalu segera menyeka air mata yang nyaris tumpah itu. Dia menggenggam kedua - dua bahu Yara, memaksa gadis itu untuk menatapnya.

"Naufal yang pilih untuk terima lamaran tu. Dia yang terima awak dalam hidup dia. Dia yang terima awak untuk jadi isteri dia. Kenapa dia nak menyesal?"

"Sekarang mungkin dia boleh cakap macam tu. Nanti?"

Runtuh hati Liyyan melihat pengantin perempuan hari ini merah matanya. Dia menarik Yara ke dalam dakapan. Dia kenal Yara sejak Naufal mula menghebohkan hubungan mereka waktu universiti lagi. Sejak itu, dia jatuh suka dengan gadis ini. Yara seorang yang sangat likeable. Berita menyedihkan dia hilang ingatan dan diperkosa itu, kedua - duanya membuatkan Liyyan turut simpati.

Dia tidak suka seseorang yang dia kenal bersedih. Biarlah Yara tidak ingat dia pun, yang penting Liyyan kenal Yara. Dia juga kenal Naufal. Dia tahu yang Naufal tak akan melukakan Yara buat kali kedua. Naufal bukan lelaki seperti itu.

"Percaya cakap saya, Naufal yang pilih semua ni. Dia boleh tolak lamaran papa awak, tapi dia terima. Kenapa? Sebab dia sayang awak. Saya kenal Naufal lama dah, Yara. Dia tak akan buat keputusan tanpa berfikir panjang. Percaya saya. Dia dah pilih untuk terima segala kekurangan awak," tutur Liyyan panjang lebar. Dia mengusap lembut bahu Yara dengan ibu jarinya.

"Kalau awak tak boleh percaya saya, percayakan Naufal. You're his star."

Liyyan tersenyum.

"Saya bukan sesiapa, tapi saya kawan dia. Saya tahu dia akan jadi suami yang terbaik untuk awak. Jadi..." Jari kelingkingnya diangkat. "Boleh awak janji dengan saya yang awak akan cuba jadi isteri terbaik untuk dia?"

Yara merenung Liyyan lama dengan mata berkaca - kaca. Hati dia memberat tapi jiwanya tidak menghalang bibir daripada mengungkap sebuah janji. Dia menyimpulkan jari mereka.

"Saya cuba. Dengan nama Allah, saya janji saya cuba."

"Good, come."

Liyyan bercekak pinggang puas hati. Dia menghulurkan tangan.

"To the place where you're the only one who shine... are you ready now, Naufal's star?"

Jika ini takdir yang Allah tetapkan untuknya, siapalah Yara untuk pertikaikan?

"Of course," dia memberi kata putus dengan yakin.

Satu pelukan dihadiahkan buat Yara. Liyyan menggosok tubuh Yara seperti seorang ibu menenangkan anak gadisnya.

Dalam - dalam Yara menarik nafas. Debarannya kembali tapi dia tidak gentar lagi. Dia bersedia untuk mulakan kisah baru bersama Naufal.










































TIBA sahaja Yara di masjid, wajah pertama yang dia cari tentulah Naufal. Lelaki itu memakai sepasang baju melayu berwarna putih suci diselit samping di pinggangnya serta bersongkok hitam. Dia duduk dengan yakin berhadapan dengan Tuan Fattah. Kedua - dua lelaki itu kelihatan segak.

Ketika mata mereka berlaga, Naufal mengoyak senyum manis yang penuh kelembutan seakan hendak menenangkan Yara. Dia seperti tahu yang jantung Yara sedang berdetak kuat.

Yara membalas dengan segaris senyum juga. Lega melihat senyuman Naufal itu. Tiada tanda - tanda yang lekaki itu menyesal dengan keputusannya.

Tempat yang dikhaskan untuk pengantin perempuan diduduki Yara. Dia hanya menatap figura Naufal dan papanya. Tiada orang di sisi yang dia kenal. Dia tiada ibu, begitu juga Naufal. Dia perlu kuat sendiri.

Majlis dimulakan dengan khutbah tentang tanggungjawab suami isteri, nafkah, hukum dan sebagainya. Selepas itu, perkara paling penting iaitu lafaz nikah yang menjadi penentu hubungan satu pasangan itu sah ataupun tidak.

Tuan Fattah berdehem seketika.

"Naufal Lutfan Bin Lutfi Nazeem."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Bintang Nur Nazlyara Binti Muhammad Fattah dengan mas kahwinnya RM 2000 tunai."

"Aku terima nikahnya Bintang Nur Nazlyara Binti Muhammad Fattah dengan mas kahwinnya RM 2000 tunai."

Pandangan Yara berbalam - balam. Dia mendengar saksi mengesahkan maka berubahlah statusnya tika ini. Dia ialah milik Naufal.

Yara cepat - cepat lap air matanya. Sebelum ini dia tertanya, kenapa perempuan selalu menangis tatkala akad nikah. Kini barulah dia faham. Terasa tanggungjawab sebagai isteri itu digalas atas bahunya.

Ruangan mata yang kabur kian jelas digantikan dengan seraut wajah Naufal bersemuka dengannya. Dia melutut sambil memegang kotak cincin, dengan sabar menanti Yara bertenang.

Selama ini, Naufal tidak pernah menunjukkan cincin kahwin mereka. Bersungguh dia berahsia. Hari ini, Yara hampir melompong mulut kagum melihat cincin bertatahkan berlian itu. Oval cut diamond.

"Cantik..." puji Yara perlahan.

"Assalamualaikum bintang Naufal," sapa Naufal sambil menyengetkan kepala. Dia tersenyum bak gula tumpah.

"May I have your hand, star?"

Lambat - lambat Yara angguk dan mengikut permintaan lelaki itu. Dia sedikit tersentak apabila tangannya bersentuh dengan tangan Naufal. Sentuhannya sangat lemah - lembut dan berhati - hati, seakan - akan dia takut dia akan menyakiti Yara.

Yang hairannya, dia dapat rasakan getaran jemari Naufal lebih teruk daripadanya.

"You're shaking," komen Yara sambil dia menggapai cincin buat Naufal pula. Dia tersenyum pendek apabila suaminya itu sibuk menghirup dan menghembus nafas.

"Nervous."

"Lah, selalu pengantin perempuan yang nervous. Ini kenapa kau yang over ni?" Adrian yang baru sampai, tiada angin tiada ribut terus mengejek Naufal. Dia bersedia dengan kamera.

"Diam, this is heart-touching you know?" Dia mengurut dada lalu menghulurkan tangan.

Dalam hati Yara memuji kecomelan suaminya itu. Dia menyarungkan cincin sambil menahan gigilan tangannya. Dia tidak biasa disentuh lelaki. Masih ada sisa takutnya.

Jari - jemari yang hebat menggelentar itu digenggam erat Naufal. Lelaki itu membisik dengan nada yang sangat perlahan, buat telinga Yara sahaja. Bibirnya juga sipi - sipi menyentuh tudung Yara itu.

"Keep calm. You're doing great."

Pipi Yara memerah. Dia menjeling untuk menutup malu. "Cakap dekat diri sendirilah. Awak pun dua kali lima."

Naufal tersengih - sengih.

Seperti akad nikah biasa, pengantin lelaki dan perempuan bersalaman dan Naufal mendaratkan satu kucupan di dahi Yara. Dia tersenyum apabila mendengar bermacam - macam bunyi kamera.

Para jurugambar yang tidak bertauliah mula meminta mereka melakukan beraneka gaya untuk kenang - kenangan.

Tangan Naufal melingkar di pinggang Yara automatik membuatkan gadis itu terlompat sedikit. Penonton yang lain ketawa. Mungkin mereka sangka yang Yara gabra melampau atau masih tidak biasa dengan sentuhan kaum Adam, tapi sebenarnya itu tindakan refleks mempertahankan diri. Yara bersyukur kerana dia tidak spontan menjerit dan menumbuk Naufal.

Badannya mula menggigil diiringi peluh sejuk mula membasahi.

Dia mencari mata Naufal yang sebenarnya dari tadi menatap. Jelas terpancar sinar risau di riak wajah lelaki bergelar suami itu. Tangan Naufal di pinggangnya membelai lembut untuk menenangkan kesan traumanya. Dalam sentuhannya bagaikan memberitahu Yara, itu ialah Naufal. Naufal yang tidak akan menyakitinya seperti lelaki tempoh hari.

"Dia Naufal. Dia Naufal. Dia Naufal," omel Yara di dalam hati. Nafasnya kembali normal dan tersusun.

Untuk Naufal, dia melakarkan satu senyum lebar yang menyatakan Yara selamat di sini.

"Good job! Sekarang face to face!" Arah Adrian yang menjadi antara jurukamera barisan pertama a.k.a VIP. Alpha yang lain turut bersorak mengusik.

"Kiss! Kiss! Kiss!"

"Rapat lagi!"

"Senyum tu kalau boleh lebar lagi, Fal!"

Naufal melayankan sahaja perangai kawan - kawannya. Apa boleh buat? Mereka sedang balas dendam. Sewaktu akad nikah mereka, bukan main Naufal membuat kecoh untuk memalukan pasangan - pasangan itu.

Kifarah is real.

"Sweetlah sikit! Kau ambil gambar passport ke hah?!" Mulut lancang ini tidak lain tidak bukan, Iesyraf Danial.

Bibir Naufal terkumat - kamit memaki tapi cepat - cepat dia mengoyak senyum semula. Dia merapatkan jurang di antaranya dan Yara. Pinggang mereka berlanggaran.

Yara tersentak.

"A... awak..."

"Let me take the lead, star."

Yara mengunci mulut.

"Ciaaaa, tu baru Naufal yang kitorang kenal!" Iesyraf nyata puas hati. Dia bertepuk tangan gaya singa laut. Rentetan itu, pehanya ditampar si isteri.

"Aduh!"

Akibat bising.

Sepasang tangan Yara dibawa merangkul leher Naufal sementara lelaki itu menemukan dahi mereka bersama. Pucuk hidung mereka juga berlanggar. Bulat - bulat mata Yara dek terkejut dengan jarak mereka kini. Hanya senyuman Naufal menenangkannya sekarang.

"Tak ada speech ke, Fal?!" Iesyraf semestinya tidak kenal erti behave. Ada nada kecewa dalam suara speakernya.

"Nak ke?" Uji Naufal dengan senyum nakal.

Dia menatap Yara redup bagaikan ingin gadis itu hanyut dalam renungan matanya. Biarkan dia lemas dalam lautan cinta Naufal. Sampai saat memorinya pulih, dia tidak mampu keluar dari lautan itu, selamanya.

Dibenci Yara, satu mimpi ngeri yang Naufal tidak pernah impikan.

"I love you, star. Forever and always."

Harapnya dengan lafaz ini, perkara itu dapat dielakkan. Dia yakin dengan keputusannya tapi dalam masa yang sama dia sentiasa dibelenggu ketakutan.

"Forever?"

"Until all the stars burn, all the planets collapse, the moon dims, all the sea and river dry out. Until my voice couldn't whisper love to your ears, my eyes no longer can see your beautiful face, my heart stops beating for your name... until then, maybe, I'll stop loving you. Maybe."

Bibir Naufal dengan hangat mendarat di dahi Yara yang kehilangan kata - kata. Terharu, gembira, cair, semuanya bercampur - baur. Yang pasti, tona kulitnya sudah merah menyala.

Bersahut - sahutan bunyi aww daripada penonton menambah - nambah lagi merah di wajah Yara. Dia menekup muka dengan tangan. Naufal pula tergelak melihat telatah isterinya itu.

Dan para ahli Alpha mengerling Adrian yang bertanggungjawab menangkap saat - saat berharga itu. Gambar yang natural, candid, tiada kepura - puraan.

Adrian mengenyitkan mata sambil menunjukkan gaya good. Dia menayangkan gambar itu buat Iesyraf yang tertanya - tanya.

"Woah, they really look like a star-crossed lovers."

"I know right."

...


OKAY BYE JUMPA TAHUN DEPAN

Continue Reading

You'll Also Like

6.6M 179K 55
⭐️ ᴛʜᴇ ᴍᴏꜱᴛ ʀᴇᴀᴅ ꜱᴛᴀʀ ᴡᴀʀꜱ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ ᴏɴ ᴡᴀᴛᴛᴘᴀᴅ ⭐️ ʜɪɢʜᴇꜱᴛ ʀᴀɴᴋɪɴɢꜱ ꜱᴏ ꜰᴀʀ: #1 ɪɴ ꜱᴛᴀʀ ᴡᴀʀꜱ (2017) #1 ɪɴ ᴋʏʟᴏ (2021) #1 IN KYLOREN (2015-2022) #13...
4.7M 301K 108
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
55.1M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...
76.4K 1.1K 17
sooo i tried doing this..... i hope you like? P.s. none of the art is mine and i dont take any credit for the heavenly pieces of work (First BNHA boo...