21 : Scared.

89 24 50
                                    

.

.

.

"YARA... awak..."

"Ya, saya?" Polos Yara menyengetkan kepala tidak faham tindak - tanduk suaminya.

Dia nampak hantu ke macam mana?

"Tak, tak apalah..." Naufal berpaling ke arah lain. Dia menterbalikkan badan Yara untuk beralih daripada menghempapnya.

Dalam diam, dia melepaskan keluhan yang paling berat. "And things gone wrong eventually. Terribly wrong."

Bahu Naufal dicuit Yara.

"Awak nak tengok tak movie ni?"

Untuk Yara, dia hadiahkan segaris senyum penuh keterpaksaan. Satu gelengan mengganti jawapan.

Bagaimana dia sanggup hidup bersama gadis yang terseksa kerananya? Angkuh sungguh Naufal sebelum ini. Menganggap semua akan selesai dengan aman kalau dia gembirakan Yara sahaja.

Angan - angan yang indah tidak sama dengan realiti yang pahit.

Yara tidak patut bersamanya. Dia hanya akan dapat derita.

Berkerut seribu dahi Yara. Aneh dengan perubahan drastik suaminya. Apa kisah hidupnya tadi begitu menyedihkan?

Dia mengangkat bahu. Kalau Naufal tak mahu luahkan, dia tak boleh memaksa. Dipandang sepi sahaja belakang badan suaminya itu.

Tatkala Yara menoleh pada komputer riba itu semula, kepalanya tiba - tiba seakan diserang renjatan elektrik!

"A... awak! Kepala saya!"

Yara mengerang sakit. Mencucuk - cucuk kepalanya. Ini sakit yang paling teruk dia pernah rasa. Dia cengkam kepalanya cuba menghilangkan sakit itu.

Automatik Naufal gelabah melihat Yara sampai tertunduk menahan perit.

"Sta... star?! Kenapa ni?!" Tubuh kecil Yara dipeluk Naufal. Semua barang lain ditolak ke tepi memastikan isterinya dapat ruang untuk baring dengan selesa.

"Sakit! Kepala saya sakit!" Deruan nafas Yara semakin laju. Terasa bagaikan dadanya dihentam - hentam sekali.

Naufal diam. Dia cuba kekal tenang. Beg galasnya dicapai lalu sepantas kilat peti kecemasan dikeluarkan. Sebiji panadol disediakan bersama air.

"Come, makan ni."

Secara rela Naufal suakan lengannya untuk menjadi tempat Yara berpaut. Gadis itu tercungap - cungap. Dia menurut perintah suaminya untuk telan ubat itu.

Tenaganya lenyap. Tak dapat diterangkan dengan mulut betapa sakit kepalanya mencucuk - cucuk tadi.

"Awak nak demam kut. Sejuk ni," pujuk Naufal sebelum menarik selimut menutup seluruh badan isterinya. Otaknya kosong apabila Yara tiba - tiba mengadu kesakitan tadi. Dia tak tahu mahu buat apa untuk membantu.

Dia tak berguna. Selalu gagal menjaga Yara tika gadis itu sakit. Biarlah sakit di fizikal ataupun rohani.

"Rehatlah," bergetar suara Naufal ingin mengeluarkan sepatah kata itu. Sebak menahan empangan air mata. Berat rasa bersalah menimpa dirinya.

He's useless.

Yara mengangguk kecil. Dia mencari tangan Naufal untuk digenggam erat. Lelaki itu mengambil tempat untuk baring secara mengiring rapat di sebelah isterinya. Tangan Naufal menjadi tongkat kepala dan matanya merenung Yara dengan lembut.

"Maaf, buat awak terkejut," tutur Yara sambil membawa rapat tangan Naufal ke bibirnya. Dia sandarkan kepala di situ. Hangat tangan Naufal terasa di mukanya. Sakit kepala tadi perlahan - lahan terbang pergi.

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now