15 : Kiss your fears away.

100 27 31
                                    

hai happy new year even lambat 5 hari hshs

.

.

.

DENGAN penuh tanda tanya, Yara mengoyakkan plastik kotak hadiah bersaiz sederhana daripada papanya itu. Dia berteka - teki dalam kepala, apalah yang Tuan Fattah berikan. Lelaki itu tidak suka tunjuk kasih sayangnya terang - terangan, orang kata, tsundere. Jadi, Yara tidak impikan sebarang hadiah yang manis di dalam kotak itu.

Sebaik sahaja permukaan kotak itu terserlah, tawa Yara meletus.

Kotak memorinya dari bilik stor terlarang itu kini tidak lagi berhabuk. Yara menggeleng kepala sambil tersenyum. Pasti Tuan Fattah tidak menyangka yang dia telah teroka isi kotak itu terlebih dahulu.

Penutup kotak itu dicabut. Seakan lebih penuh daripada kali terakhir Yara curi - curi buka. Nampaknya Tuan Fattah menambah beberapa barangan milik Yara tika dia masih seorang kanak - kanak.

"Aww, so cute!" Baju kecil berwarna putih dan merah jambu digenggam erat. Kadang Yara tidak percaya yang dia pernah sekecil itu. Pantas sungguh masa berlalu. Memorinya pula samar - samar, tapi dia pasti barang - barang itu sangat berharga.

Kotak itu diterbalikkan dan semua barang berselerak atas lantai. Yara mengubah posisinya kepada bersila. Dia dengan senyum keanak - kanakan meneliti satu - persatu barang itu. Ada juga anak patung, botol susu dan lukisan yang siap dibingkai.

"Awak tengok apa tu, star?"

Terpinga - pinga Naufal di muka pintu apabila lantai bilik hotel mereka bersepah dengan beraneka barang. Dia pilih untuk tidur di hotel untuk satu malam kerana Adrian berbaik hati membelanja mereka bilik VIP. Sebagai hadiah kahwin kononnya.

Yara terasa janggal dengan bahasa baru Naufal tapi pantas ditepis perasaan itu.

"Papa saya comel!" Dia menayangkan sebuah bingkai gambarnya dan Tuan Fattah waktu kecil. Terserlah kegigihan papanya memaksa Yara duduk diam untuk bergambar, malang sekali kerana gadis itu tidak suka berdiri statik.

"Tengok, tengok, ni patung saya dulu! Comel kan?! Kan?!"

Naufal yang mencabut songkok dan sampinnya, menoleh ke belakang sekejap sebelum dia mengangguk kecil. Dia berbunga melihat Yara begitu ceria mengimbas masa lampau. Itu senyum lebar yang Naufal rindu. Dia juga lega yang isterinya tidak sekekok perempuan lain bila malam pertama mereka.

Yara kan mahluk asing.

Okay tipu.

"Awak, tolong ambil kertas tu," pinta Yara sambil tangannya tergapai - gapai. Dia membuat mimik minta simpati.

Menurut perintah, Naufal mengambil kertas yang tersadai berdekatan dengan kakinya sebelum melabuhkan punggung di sebelah si isteri.

Yara beralih setapak ke tepi.

Panjang tangan Naufal mencapai pinggan Yara dan mengheretnya rapat. Kepala Yara dilentokkan pada bahunya. Mereka bersandar pada katil.

"Awak..." Nafas Yara mulai laju.

"Oh, ingatkan awak okay rapat - rapat dengan saya." Walaupun berkata begitu, tiada tanda - tanda Naufal akan meleraikan pelukan. Tangan naik membelai rambut panjang hitam Yara, jari jemarinya menyikat rambut itu.

Yara menelan air liur pahit. Dapat dia rasakan bulu roma di lehernya menegang dengan setiap sentuhan Naufal. Dia takutkah? Atau tidak selesa? Tadi dia terleka, terlampau asyik dengan hadiah papanya, sampai trauma itu pun malas nak kacau.

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now