11 : Nobody but a memory.

91 28 30
                                    

thank you for your support <3  i really neet it rn :)

.

.

.

DUP dap dup dap jantung Naufal kerana ini pertemuan pertamanya bersama Yara setelah bersetuju dengan lamaran Tuan Fattah. Sama ada berdebar atau takut dengan penerimaan gadis itu, perasaan Naufal bercampur - baur.

"Tenang, Naufal. Saya dah bagitahu Yara awal - awal," ujar Tuan Fattah ingin menenangkan Naufal. Dia mengurut - ngurut bahu lelaki itu.

"Kalau dia campak apa - apa dekat muka saya macam mana?"

"Kamu risau pasal muka kamu ke kamu risau pasal barang tu?"

"Muka saya."

"Masuklah cepat," menyampah agaknya dengan Naufal, daripada sesi mengurut tadi terus bertukar kepada tolakan. Tuan Fattah membuka pintu gaya gentleman dan memaksa bakal menantunya itu masuk ke dalam.

Nyaris sahaja Naufal jatuh tergolek dan memalukan diri sendiri, mujur sempat imbangkan badan.

Nak balas balik, bakal bapa mentua pula. Perlu tunjuk perangai lelaki Melayu terakhir, nanti takut Tuan Fattah cari menantu lain.

Ish minta jauh!

Krik krik wad itu. Sedar dirinya ditenung semenjak tadi, Naufal malu - malu mengangkat muka. Renungannya bersambung dengan mata Yara.

"Err hai Yara."

"Kenapa awak setuju?" Sapaan mesra Naufal dibalas dengan soalan peluru berpandu. Yara memeluk tubuhnya. Malas berlengah - lengah.

Sepi melanda. Kosong minda Naufal tika diserang tiba - tiba. Masakan dia dapat agak yang Yara akan terus bertanya tanpa sebarang salam atau pendahuluan?

"Awak sayang orang lain kan? Star awak tu kan? Kenapa awak setuju dengan papa saya?" Aju Yara bertubi - tubi dek tiada tanda - tanda Naufal akan bersuara.

Diam. Naufal terkulat - kulat sendiri.

"Oh, awak nak jadi pak sangguplah? Tak apalah Naufal. Awak dah cukup baik terima saya sebagai kawan awak. Tak payah sampai macam ni."

"Kau... okay?" Soalan diganti soalan. Tatapan Naufal bertukar redup. Baginya dia tidak perlu menjawab soalan - soalan tadi. Tidakkah terserlah jawapannya? Dia terima hanya kerana itu ialah Yara.

Yara tersentak. Matanya jatuh ke bawah. "Awak rasa?"

"Kau tak okay."

"Siapa je okay bila nyaris kena..." Ayat meleret dibiarkan tanpa penghujung. Yara ketawa kecil. "I'm good at acting, right? Mesti hari tu awak fikir saya dah okay."

"I'm sorry. Patutnya aku bertegas hantar kau balik. Salah aku. Maafkan aku," ucap Naufal sambil menekap tangan di dada. Benar - benar kesal kerana kecuaiannya.

"Tak apalah wak. Lagipun ada orang selamatkan saya. Itupun kira bersyukur." Segaris senyum dilukis di bibir untuk menyedapkan hati lelaki itu.

"I'll be okay, soon."

Tidak mempercayai kata - kata itu, Naufal mengambil setapak ke depan menghampiri. Dia lihat Yara tiada reaksi. Beberapa tapak lagi kaki melangkah.

Yara perlahan - lahan beralih ke sisi katil sambil menarik selimutnya. Riak muka masih dikawal agar tidak kelihatan yang dia begitu takut.

"You don't have to act strong in front of me," tutur Naufal lalu berundur ke belakang semula. Dia bersandar pada dinding sambil mata tidak lepas melihat setiap inci tindak - tanduk Yara. Itu trauma. Yara trauma dengan lelaki yang bukan keluarganya. Tidak dapat Naufal bayangkan bagaimana gadis itu sembunyikan ketakutannya tempoh hari.

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now