28 : Teary night.

69 23 21
                                    

.

.

.

HARI sebelum - sebelumnya, Naufal manusia yang kalau boleh, paling terakhir pulang ke rumah. Sanggup bekerja dari pagi ke lewat malam padahal setiap pekerja ada shift mereka. Tapi hari ini, Naufal sendiri berhenti menggunakan cara kerja yang memudaratkan itu. Dia pulang awal. Tepat pada masa sebelum Yara mula memasak.

"Biar saya masak pula," ujar Naufal tiada angin tiada ribut tiba - tiba muncul. Pisau yang dipegang Yara turut dirampas.

Terbeliak seketika mata Yara sebelum dia kembalikan wajah beku. Dibiarkan sahaja suaminya memasak. Entah bila lelaki itu masuk rumah, langsung tidak ambil peduli. Segera dia ingin bergerak ke ruang tamu.

"Yara... tolong saya," pinta Naufal sekali gus menghentikan jejak langkah Yara. Dia tidak memandang ke belakang, cukuplah berteka - teki apakah respon isterinya itu.

Berat hatinya merasakan yang Yara akan terus meninggalkannya. Permintaan itupun sekadar cuba nasib.

"Tolong apa?"

Automatik merekah senyum Naufal. Dia lantas menoleh untuk melihat wajah isteri yang berada dekat di sebelahnya.

"Jangan fikir lain," tukas Yara mematikan semua benda yang bermain dalam kepala Naufal. Dia menjeling wajah terlebih gembira lelaki itu.

Maka Naufal terdiam seribu bahasa. Matanya mengikut tindak - tanduk Yara yang mengambil periuk besar dan penuhkannya dengan air. Tanpa arahan Naufal, dia membuat semuanya sendiri.

"Awak nak masak apa?" Soal Naufal hendak menceriakan suasana yang suram. Dia tiada kekuatan untuk terus meminta maaf jadi cuba biasakan diri dengan berbual dengan Yara dulu.

"Pasta. Your favourite," suara Yara seperti biasa. Tiada emosi. Periuk yang dipenuhi air itu diletakkan atas dapur gas.

Dapat dia dengar bunyi aww daripada Naufal. Mata terus digulingkan ke atas, pasti Naufal anggap yang Yara juga ingin menyejukkan hubungan mereka semula.

"So you can shut up and leave me alone," tambah Yara lalu bersama senyum sinisnya dia berjalan keluar daripada dapur. Biarkan air mendidih - didih itu dalam jagaan Naufal. Baru dia nampak, bagaimana perasaan Yara sekarang.

Mendidih - didih. Menggelegak menahan berang. Dia tidak sedih, dia marah.

Sekali lagi, Naufal ditinggalkan terpinga - pinga. Dia menghela nafas lelah. Matanya merenung sayu pemergian Yara ke ruang tamu.

"Then, I shall show you the real reason to left."

Suara Yara tempoh hari berlegar - legar dalam kepala. Nada sinis dan angkuh itu menusuk - nusuk hatinya. Masih segar dalam ingatan kemunculan mengejut Yara tika itu. Isterinya... sangat berbeza.

Ini yang Naufal risaukan dari awal mereka bergaduh. Yara mampu berubah daripada gadis yang paling manis kepada yang paling angkuh. Jika dia tidak cukup mengenali gadis itu, pasti dia tuduh Yara mempunyai split personality.

Pernah sisi kejam itu terserlah sedikit waktu mereka berperang dua tahun lalu. Tapi tidak pernah seteruk ini.

Seiring Naufal berubah kepada lelaki pengecut, Yara pula sebaliknya. Dia berubah lebih kuat. Apa yang Yara impikan dahulu, menjadi kenyataan.

Yara sudah cukup kuat untuk berdiri sendiri tanpa pertolongan Naufal.

Naufal seka air matanya. Bangga dan takut dalam masa yang sama.

Pisau diletakkan ke tepi. Naufal menghirup nafas dalam dan hembus. Diulang beberapa kali untuk bertenang. Air matanya pula tumpah.

Sedang dia sibuk meredakan tangisan kecil itu, Yara kembali ke dapur untuk minum air. Berkerut dahinya apabila perasan Naufal tidak habis - habis lap mata.

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now