3 : I miss her.

136 33 28
                                    

.

.

.

SIPI - sipi Yara hampir terjatuh dek mengejar jejak Naufal. Sebaik sahaja turun daripada kereta, lelaki itu terus pecut sepantas yang dia mampu ke tingkat di mana kawan - kawannya berada.

Mujur Yara tidak semput, kalau tidak dia yang kena tahan wad dekat sini.

Pintu lif terbuka dan Naufal tidak lagi berlari, cuma berjalan laju. Dia mencari keberadaan kawannya. Sesekali dipastikan Yara tidak ketinggalan.

Luruh jantung mendengar berita mengejutkan itu. Isteri kepada kawan Naufal terlibat dalam kemalangan. Naufal mestilah perlu berada di situ untuk memberi semangat.

"Rayyan!"

Kelihatan seorang lelaki yang melambai ke arah Naufal. Naufal menghadiahkan kawannya itu satu pelukan sebagai sapaan terlebih dulu.

"Mana Iesyraf?"

"Dalam. Asyraf tengah pujuk dia."

Rayyan meninjau ke belakang tika perasan seseorang mengekori Naufal, membulat sedikit matanya saat bersua muka dengan Yara.

"Yara?"

Langsung terpinga - pinga Yara di situ. Kali kedua orang menegurnya tapi dia langsung tidak dapat cam siapakah gerangan manusia itu. Dia berjalan dalam tidur lepas itu tegur orang sesuka hati ke macam mana?

"Ya? Awak kenal saya?"

"Betul kau Yara? Tak kenal aku ke? Kau girlfriend Nauf..." kata - kata Rayyan dicelah Naufal yang menggesa. Dia menolak - nolak tubuh Rayyan.

"Iesy lagi penting sekarang."

Mereka berdua masuk ke ruangan menunggu bilik pembedahan itu. Rayyan tidak lepaskan walau sesaat renungannya pada Yara. Mahukan penjelasan buat persoalan yang terngiang - ngiang dalam kepala.

Yara pula menghormati Naufal dengan menunggu di luar. Dia orang luar tidak baik masuk campur. Syak wasangka Rayyan tadi dia anggap main - main sahaja.

Sementara itu, keadaan Naufal yang dilanda kebimbangan atas nasib kawannya lebih parah. Setapak dia masuk ke ruangan menunggu, mata terus tertuju pada jasad dua lagi lelaki yang seiras muka.

"Iesy, kau okay tak?" Dia mencangkung depan Iesyraf. Memerhati setiap inci wajah itu mencari jikalau ada luka menyemak.

"Aku tak okay..." Dengar tidak dengar suara Iesyraf mengadu. "Hana aku... Dia sakit..."

Iesyraf menyembam mukanya dalam tapak tangan sendiri. Teresak - esak dia menangis. Gambaran Hana, isterinya berlumuran darah tiada daya cukup merobek hati sehingga sakit itu pun terasa - rasa pada dirinya. Bak kata pepatah, cubit peha kanan, peha kiri terasa juga.

"Dia kuat, Iesy. Jangan risau. Aku jamin. Kau pun kenalah kuat. Dia mesti tak nak tengok kau macam ni," tutur Naufal sambil menepuk - nepuk bahu Iesyraf. Cuba menyalurkan kekuatan.

"Dia suruh aku jangan sedih. Tapi... kalau dia sakit... macam mana aku nak kuat? Aku... sayang dia, Fal... sayang sangat - sangat..." Rintih Iesyraf tersedu - sedan.

"Doa banyak - banyak. Dia mesti okay. Dia kena okay! Kau pula kena sabar."

Iesyraf memilih untuk diam. Dia melayan perasaan dalam air mata. Asyraf di sebelah setia mengusap tubuh belakang kembarnya. Tiada kata dari lelaki itu, barangkali awal tadi sudah berbuih mulut memujuk.

"Apa jadi sebenarnya?" Nada suara diperlahankan. Soalan Naufal tertuju buat Rayyan yang memerhati sedari tadi. Dia memberi ruang si kembar memahami perasaan masing - masing. Yang paling rapat, yang keluar daripada rahim yang sama mesti lagi faham.

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now