37 : Rewrite the stars.

90 22 13
                                    

.

.

.

"NAUFAL!"

Sepantas kilat Yara berlari memotong papanya. Mata dia nyaris tersembul keluar apabila mengecam sekujur tubuh Naufal terbaring atas lantai. Segera dia memapah suaminya itu.

"Naufal?! Naufal?!" Panggil Yara sambil menampar - nampar pipi Naufal yang terkulai lemah. Lelaki itu tidak menjawab namun nafasnya deras turun naik. Mukanya juga berpeluh - peluh.

Suhu badan Naufal yang lebih panas daripada biasa itu menarik perhatian Yara. Dia menekap tangan di dahi Naufal dan dahinya untuk bandingkan suhu.

"Panasnya!" Yara menoleh ke arah Tuan Fattah. "Pa! Tolong ambil panadol! Naufal demamlah!"

Tuan Fattah menganggukkan kepala sebelum dia beredar ke dapur. Sementara itu, Yara menggunakan segala kudratnya mengangkat Naufal untuk baring atas sofa.

Jantungnya luruh tadi melihat Naufal terbaring lemah begitu. Lagi - lagi teringat ayat terakhir Naufal sebelum mereka berpisah.  Kalau - kalau itu kali terakhir mereka berjumpa.

Yara menggeleng kepala laju. Dia menggenggam tangan Naufal rapat ke bibirnya, tidak mahu kehilangan lelaki itu lagi.

Nasib baik Naufal hanya diserang demam panas. Tapi itupun merisaukan Yara. Antibodi Naufal agak lemah. Sekali diserang demam, pasti terlantar atas katil. Nak bangun untuk makan pun dia tak mampu.

"Nah, Yara."

Panadol, air dan Kool Fever tersadai atas meja. Yara mengejutkan Naufal yang seakan telah pengsan itu. Bunyi mmm menjadi bahasanya.

"Makanlah ubat kejap..." Pujuk Yara lalu memapah lelaki itu untuk duduk.

Naufal menyandarkan kepalanya di ceruk leher Yara. Matanya sipi - sipi terbuka. Diikutkan sahaja apa yang Yara suruh. Sedar - sedar sebiji panadol masuk ke dalam mulut.

"Good boy. Dah baring balik."

Selamba Yara menolak tubuh suaminya sampai terlentang. Dia menepek Kool Fever di dahi Naufal. Lelaki itu sedikit berkerut dahi dek kesejukan tapi tidak sampai beberapa saat, dia tenang kembali.

Yara tersenyum melihat suaminya. Jari mengelus lembut pipi Naufal. Wajah Naufal waktu tidur seperti bayi yang naif dan tidak berdosa. Comel.

"Tengok tu Yara..." Tuan Fattah bersuara. "Waktu - waktu demam ni pun Naufal datang dari jauh nak selamatkan Yara. Yara pun tahu sekali Naufal demam, dia punya lemah tu macam mana."

Yara merespon dengan bisu, cuma jarinya tidak berhenti mengusap tangan Naufal. Dia fikir - fikirkan kata - kata Tuan Fattah dalam hati.

Pintu rumah diketuk dari luar.

"Siapa tu?" Yara menyoal sambil menjeling pintu utama. Tengah malam buta, siapa pula buang tabiat datang melawat?

"Papa minta polis lain datang ambil perompak tadi. Itu dialah tu."

Mata Yara mengekori tubuh papanya yang berjalan ke depan pintu. Dia mencapai tudung sarung yang tergantung di kepala sofa. Selepas itu, dia berpaling pada Naufal semula. Rupa - rupanya, lelaki itu telah celik mata. Juga menatapnya.

"Okay dah?"

Naufal mengangguk kecil. Dia lepaskan keluhan berat. "Maaf menyusahkan awak."

"Tak apalah. Dah tanggungjawab saya. Lagipun awak yang susah - payah tolong saya tadi kan? Kira kita adillah."

Mereka berdua berbalas senyum.

"Naufal?! Yara?!"

Terhinjut bahu pasangan itu apabila suara persis speaker berteriak seperti hendak biar satu taman perumahan dengar.

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now