38 : Well, well, well.

77 20 9
                                    

.

.

.

SELESAI menyediakan semua masakan buat makan malam para pengunjung hotel, barulah Naufal dapat bernafas dengan tenang. Dia mencabut topi chef dan apronnya lalu meraup muka. Keletihan.

Tapi dia tidak sabar hendak pulang ke rumah. Memori minggu lalu asyik bermain dalam fikirannya. Kata - kata Yara menghantui Naufal sampai ke hari ini. Masih segar dalam ingatan, wajah tulus Yara mengungkap setiap patah katanya itu.

"But that doesn't mean I don't miss you."

Naufal dapat rasakan kehadiran Yara, bersamanya.

"And right now, I don't give a damn about my broken heart. Just tell me you miss me and I'll come running. Cakap awak rindu saya dan kita boleh mula semula. Baiki semua. Lagi sekali. Let's rewrite the stars, together."

Muka Naufal diserang darah sampai dia bertukar merah padam!

Malu! Malu!

"Dah kenapa blushing tengah - tengah jalan ni. Kau nampak hantu lawa ke?" Seseorang menegur berselit sindiran halus sekali gus mematikan semua ulang tayang semula memori Naufal itu.

Naufal tersentak. Sebaik sahaja dia bertentang mata dengan pemilik suara itu, terus mengendur senyumnya.

"Aku tahulah kau bakal jadi CEO, tapi sejak bila pula kau boleh main access hotel bapak aku ni?"

Adrian membuat mimik mulut berbentuk bulatan. "Kau dah tahu ni hotel ayah kau?"

"Hmm. Patutlah ketua chef sini layan aku macam anak raja. Rupanya memang anak raja. Raja hotel ni."

"Siapa bocor rahsia? Ayah kau? Pekerja sini?"

"Yara bagitahu."

"Korang dah berbaik?!"

Untuk soalan itu, Naufal tidak menjawab. Automatik senyum paling lebar terukir di bibir. Dia mendepakan tangan seluasnya.

"Aku happy, Ad! Dia dah maafkan aku! Aaa!"

Adrian melangkah setapak ke tepi daripada menjadi mangsa pelukan Naufal yang terlebih teruja. Naik biru muka Adrian. Serupa hampir dihempap beruang kutub gayanya. Naya, naya, patah pinggang nanti siapa nak tanggung?

"Kau ni! Tak sportinglah!" Bentak Naufal jelas terasa pelukannya ditolak mentah - mentah. Ingat pelukan seorang Naufal Lutfan murah ke?

"Risaulah nanti ada yang kata heir ACE Holdings gay. Jatuh saham syarikat aku nanti," tukas Adrian seraya menjongket bahu dengan muka berlagaknya. "Jom, borak tempat lain."

"Buat macam rumah sendiri eh?"

"Bapak kau dah bagi kebenaranlah. Dia kata, kalau nak culik Naufal, uncle benarkan Adrian kurung dia dekat mana - mana bilik hotel. Janji jangan tinggalkan bukti dan jangan kotorkan hotel dia."

Terpinga - pinga Naufal dibuatnya. Amboi. Tuan Lutfi lagi ramah dengan Adrian berbanding anak sendiri? Siap diberi lampu hijau untuk culik Naufal pula.

Dunia ini kejam!

Mereka menuju ke sebuah ruang makan khas untuk tetamu VIP. Bak kata Adrian, alang - alang sampai, biar perut kenyang. Tambahan lagi, dia dapat tahu yang Naufal bergiat - giat berbaik dengan Tuan Lutfi, mestilah digunakan peluang itu dengan sehabis baik! Bodek Naufal untuk gunakan kuasanya untuk minta diskaun.

Ya, Adrian kaya dan suka kumpul duit untuk buat hiasan.

"Cerita sekarang. Aku nak tahu dari A sampai Z."

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now