8 : Good night, star.

118 30 46
                                    

nah gula

.

.

.

SEBELUM mengetuk pintu, Naufal memastikan semua barangnya terdapat dalam beg. Tiada yang tertinggal. Sempat ditilik wajahnya buat kali terakhir di kamera telefon.

Puas hati, pintu diketuk. Semestinya tiada respon dari orang di dalam. Naufal pun sudah sedia maklum. Kelmarin dia sudah datang dan difahamkan tentang situasi Yara. Hari ini barulah dia dibenarkan melawat.

Naufal menolak pintu itu perlahan - lahan.

Angin sejuk penghawa dingin mencengkam kulit. Naufal memerhati sekeliling wad Yara mencari keberadaan gadis itu. Benar, dia berada di hospital untuk melawat Yara.

"Assalamualaikum Yara." Sapa Naufal lalu mengukir senyum segaris apabila perasan susuk tubuh Yara di atas katil. Mujur gadis itu sedia memakai tudung, tidaklah Naufal ternampak perkara tidak sepatutnya.

Yara mengerling pemilik suara itu seketika sebelum kembali menatap selimut. Dia memeluk kakinya.

"Waalaikumussalam." Sapa Yara semula namun dalam nada perlahan. Dia menyandarkan pipinya atas kepala lutut sambil mata memerhati tindak - tanduk Naufal.

"Alah, kenapa monyok sangat muka ni? Tak suka jumpa aku?" Aju Naufal lalu menayangkan mimik sedih. Dia meletakkan begnya di atas meja.

"Taklah."

"Haa, aku tahu kau nak apa!" Naufal menjulang tangannya di udara persis pemenang yang menerima piala.

Mata Yara mengikut naik ke atas, tertanya - tanya apakah permainan Naufal.

"Gula - gula!"

Tangan dihulurkan pada Yara sambil Naufal memegang sebiji gula - gula berperisa strawberi. Tergamam sebentar gadis itu.

"Gula - gula boleh buat hilangkan stres tau. Kau kan suka benda ni. Kau nak perisa apa? Aku bawa banyak!" Bersungguh Naufal berceloteh sambil memunggah begnya. Sebalang gula - gula pelbagai warna diletakkan atas katil Yara.

"Wah..." Ada nada kagum dalam suara Yara. Dia mula bergerak ingin mencapai balang itu tetapi sesaat kemudian balang itu hilang.

Yara menoleh ke tepi di mana balang itu menghilang. Rupa - rupanya bersama tukang bawa itu. Naufal menyorokkan balang gula - gula itu di belakangnya. Jari digoyangkan kiri kanan.

"Jawab soalan aku dulu, baru aku bagi."

Ada keluhan daripada Yara. Patutnya dia dapat agak yang Naufal tidak akan sewenang - wenangnya memberi sesuatu secara percuma.

Kaki diturunkan. Yara bertukar ke posisi bersila. Dia bertukar renungan kosong dengan Naufal.

"Tanyalah."

"Kenapa dengan muka kau?"

Langsung terbeliak sedikit mata Yara. Dia mencari telefon lalu wajahnya diperhatikan. Habis dibelek satu muka mencari mana - mana cacat cela yang menghodohkan.

"White paint has more color than your face," ujar Naufal monotone. Dia memeluk tubuh, tidak suka apa permandangannya sekarang. "Tangan."

Tanpa banyak soal atau bantahan, lambat - lambat Yara menayangkan tapak tangannya yang kecut. Menggigil jari - jemari itu sama ada kesejukan ataupun takut apa reaksi Naufal.

Menggeleng kepala Naufal dibuatnya. Dia sudah jangka semua ini tapi tidak sangka pula betul - betul terjadi.

"Kau buat apa mandi lama sangat? Nanti demam," tutur Naufal seraya bergerak ke arah begnya semula. Telinga masih tegak untuk mendengar jawapan Yara.

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now