27 : Villainess.

70 25 6
                                    

yes, a whole chapter without the main lead

wah

kita bagi laluan untuk villainess-tak-berapa-villainess kita

biarla naufal rehat dari jadi stewpid jap

.

.

.

SEBAIK sahaja Yara pulang, telefonnya asyik berdering meminta perhatian. Rupanya Laila yang menghubungi, inginkan penjelasan.

Pasrah Yara ceritakan semua. Dia dalam mod malas melayan semua orang. Daripada terus didesak Laila, eloklah dia ceritakan sahaja. Kalau suaminya boleh meluah masalah dengan orang asing, tak akan Yara tidak boleh meluah dekat kawan sendiri?

Panggilan ditamatkan.

Laila meletakkan telefonnya atas meja. Dia menongkat kepala lalu memicit - micit pelipisnya. Tidak sangka itu yang terjadi di sebalik hubungan baik Naufal dan Yara.

"Kenapa?"

Dari katil Rayyan menyoal. Dia baring menghadap arah di mana Laila duduk. Tangan pula tidak penat mendodoikan dua anak kecilnya.

"Yara dengan Naufal..." Laila bangkit dan menuju ke katil. Muram sahaja wajahnya. "Dorang bergaduh. Hari ni, Yara tangkap Naufal tengah berpeluk dengan perempuan lain."

Hampir tercabut keluar bola mata Rayyan. Terbatuk - batuk dia di situ juga.

"Seriuslah?!"

Segera Laila meletakkan jari telunjuk di bibir. Dia memberi signal mata terhadap Najmina yang bergerak - gerak, seakan terganggu dengan teriakan ayahnya. Manakala Neil sedap tidur mati.

Tidak boleh menerima kenyataan, Rayyan meraih lengan Laila dan mengheretnya ke balkoni. Sliding door ditutup rapat agar anak - anak di dalam tidak mendengar perbualan mereka nanti.

"Naufal? Dengan perempuan lain?" Soal Rayyan lagi untuk memastikan. Bagaikan tak percaya yang telinganya sedang berfungsi.

"Iya. Tak percaya kan? It's not like him."

"Mesti salah faham ni."

Untuk ayat itu, Laila mengangkat bahu. Dia cuma mendengar daripada sebelah pihak, dia tidak boleh berkata lebih - lebih.

"Kalau betul pun, apa puncanya?" Rayyan seakan sedang menelaah memori sendiri. Dia cuba mencari di mana cacat - cela dalam hubungan Naufal dan Yara.

"Ingat tak siang tadi Yara tanya abang pasal accident tu?"

"Ingat."

"Perempuan yang Naufal langgar tu Yara."

Kalau tadi mata terbeliak, sekarang Rayyan rasa nak pengsan. Apalah salahnya sampai malam ini dia perlu terima banyak kejutan. Boleh lemah jantung kalau begini setiap hari.

"Laila, tak lawak okay?"

"Tulah, Laila pun terkejut. Tapi Yara dah check sendiri dan memang terbukti, Naufal punca dia koma dulu," tambah Laila mengukuhkan tuduhannya. Dia mencampakkan pandangan ke langit malam. Berfikir - fikir. Mengikut suara Yara yang meluah, dia dapat rasakan gadis itu sudah berjauh hati. Kosong dan monotone. Maknanya sudah lama pergaduhan ini berlaku.

"Laila teka, Naufal dah tahu dan dia rasa bersalah. Sebab tu dia jauhkan diri."

Terangguk - angguk Rayyan bersetuju. "Habis yang perempuan lain tu?"

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now