EPILOG

144 17 9
                                    

.

.

.

TIGA tahun kemudian...

Seorang Naufal Lutfan berseorangan dalam bilik kerja dengan komputer riba menjadi hidangan matanya. Air mukanya serius sambil telinga setia menelan setiap maklumat. Mesyuarat secara dalam talian walaupun hari cuti. Begitu sibuknya Naufal setelah dinaikkan pangkat tahun lepas. Tuan Lutfi sangat yakin dengan kebolehan anaknya sampaikan tidak menyabar lagi untuk biarkan O'Pearl Company itu diambil alih.

Sedang fokus dengan mesyuarat itu, tiba - tiba terasa kaki Naufal dipeluk seseorang. Naufal menunduk ke bawah selepas menutup mikrofon dan kameranya.

Permandangan Naufal bertukar indah dengan kewujudan seraut wajah comel berpipi merah tomato tersenyum padanya.

"Hai sayang," sapa Naufal langsung melebar senyumnya.

Genap tiga tahun, diberi nama Nur Lilian Balqis, anak tunggal Naufal dan Yara... dialah permata hati Naufal yang menceriakan hari - harinya.

Ya, Naufal menamakan anak pertamanya sempena nama mamanya. Yara juga beria - ria menyokong. Tidak terluah dengan kata - kata betapa gembiranya mereka setelah mendapat berita kehadiran ahli ketiga untuk melengkapkan alam perkahwinan itu.

Sebaik sahaja Yara beritahu yang dia mengandung, Naufal yang sedia dramatik jatuh pengsan. Waktu Yara bertarung nyawa untuk melahirkan Lilian, Naufal yang sedia menyalurkan kekuatan menangis terlebih dulu sebelum bayi itu sempat keluar melihat dunia.

Pelik doktor dan jururawat di situ. Yara pula yang tutup muka dek malu dengan perangai drama king suaminya.

"Daddy, dukung!"

Segera Naufal mendakap tubuh kecil itu. Dia membelai rambut nipis Lilian dengan senyum yang tidak kendur. Tidak pernah bosan melayan anaknya yang satu itu. Hidupnya selepas Lilian lahir dipenuhi bunga dan rama - rama.

"Jangan kacau tau. Daddy kerja," pesan Naufal sambil mencuit hidung kecil Lilian.

Lilian membulatkan mata. "Kerja?"

"Yes, Lily. Main dengan bear dulu. Nanti daddy main dengan Lily pula. Understand?"

Lilian menyambut anak patung beruang yang dihulur ayahnya. Sedia di setiap tempat dalam rumah mainan Lilian untuk dia main bila - bila masa di mana jua. Semua asbab Naufal tidak mahu anaknya kebosanan.

"Be a good girl, okay?"

"Okay!"

Lega Naufal kerana Lilian mendengar kata. Dia menyambung sesi mesyuaratnya dengan serius kembali. Sesekali sahaja dia perlu membuka mikrofon untuk luahkan komen dan pendapat. Sambil - sambil memberikan komitmen buat CEO syarikat lain itu, tangannya kekal mengusap - ngusap kepala Lilian.

Sebentar sahaja Lilian akur seperti anak patung. Tidak sampai sejam, patung beruangnya dicampak tepat ke muka Naufal!

"Aduh!"

Seterusnya Lilian memanjat meja!

Dia merangkak ke arah komputer riba Naufal sedekat mungkin. Muka ditekap pada skrin untuk berinteraksi dengan orang di sana.

"What uncle doing? Can Lily play too?" Lilian bertanya dengan mata bundarnya terpampang di seluruh skrin. Sibuk dia terteleng kiri kanan. Hairan juga mengapa wajahnya kelihatan begitu besar pada komputer riba itu.

Semua yang hadir dalam mesyuarat itu tertawa.

"Ya Allah Lily! Daddy dah kata duduk diam!" Naufal disuntik rasa panik. Lilian ditarik menjauhi komputer itu. Mikrofon terus ditutup.

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now