42 : Belong to him.

80 19 3
                                    

.

.

.

NAUFAL meneguk air liur berkali - kali. Permandangan di ruangan matanya tidak begitu menenangkan. Mungkin nampak biasa pada mata orang lain, tapi bukan Naufal. Sini tempat yang membuatkan dia sakit - sakit badan sepanjang hari.

Gelanggang luncur ais.

Siapa sangka? Selepas berbakul - bakul makian Naufal sumpahkan kepada gelanggang itu, dia akan menyarungkan lagi kasut luncur yang dia benci.

"You're lucky that you're my wife," tutur Naufal sambil meraup mukanya. Terdetik rasa menyesal tidak membawa perkakasan keselamatan seperti elbow dan knee guard.

"Eh, siapa yang ajak saya keluar jalan - jalan pagi tadi?" Tukas Yara lalu menyilangkan tangan di dada. Kesalahan diletakkan di bahu Naufal semula.

"Salahkan Adrian! Dia pergi post gambar saya dekat Instagram dia. Siap tag username saya lagi! Habis account saya penuh orang datang kacau. DM, comment, serabut!"

Tergeleng kepala Yara mendengar luahan itu. Benar juga. Silap Adrian kerana tidak meminta kebenaran Naufal. Tambahan lagi, di samping Adrian seorang waris syarikat, dia juga ialah seorang instafamous. Rupa kacak malah berduit pula, popular itu sudah pasti. Masalahnya, Naufal tidak mahu Instagram miliknya jadi seperti Adrian.

Ramai yang suka - suki hendak mengurat Naufal! Oleh sebab biodatanya yang diketahui ramai sangatlah terhad, tidak semua tahu yang Naufal sudak berpunya.

Naik geli - geleman Naufal dibuatnya membaca mesej - mesej dari orang asing itu. Nyaris dia nyahaktif akaun Instagram untuk mengelakkan telefonnya daripada lagging.

Yara melukis senyum nipis. Dia memegang erat tangan Naufal dan membantu lelaki itu berdiri.

"Jom? Kita tunjuk yang Naufal Lutfan bukannya lelaki yang dorang boleh kacau sesuka hati," pelawa Yara.

"Kalaulah dorang tahu macam mana perangai isteri saya, mesti semua tak berani cakap hai," Naufal menambah dengan sengih nakalnya. Dalam masa yang sama, dia berusaha untuk mengekalkan keseimbangan badan sebelum masuk ke dalam gelanggang itu.

Yara setia memapah suaminya.

"Siapa berani ngorat awak lagi? Saya cucuk dengan kasut ni," ugut Yara sambil muncungkan bibirnya pada kasut luncur yang tajam bilah pisaunya.

Seram.

"Dah, lupakan pasal tu. Tolong saya."

Berbesar hati Yara menerima permintaan itu. Dia meletakkan tangan Naufal yang sejuk pada pinggangnya. Lagi sebelah tangannya memegang pagar gelanggang ais itu untuk membiasakan diri dengan imbangan dua tubuh dewasa sekali gus.

Sebaliknya, Naufal terus peluk pinggang itu. Dengan mata terbeliak luas dia merenung ais yang seakan dengki dengannya. Lututnya melembik sedari tadi.

"Kaki awak buat bentuk V. Baru stabil."

Akur dengan arahan itu, Naufal berjaya berdiri tegak tanpa gigilan lagi. Lahir senyum puas di bibirnya.

"Okay ready?" Soal Yara lalu melepaskan pagar itu.

"Slow slow tau."

"Mestilah. Laju nanti awak terjatuh. Lepas tu, tarik saya sekali."

"Pandai."

Geli hati Yara dengan jawapan ringkas Naufal itu. Dia menjeling sebentar sang suami yang mengetatkan pelukannya di pinggang Yara. Jelas terpancar di wajah lelaki itu yang dia sedang sangat takut.

HOUSE OF CARDSWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu