17 : It hurts.

96 23 45
                                    

.

.

.

"STAR."

Yara segera membuka matanya. Dia menatap renungan Naufal. Tangan lelaki itu tidak berhenti menyikat rambutnya manakala dia selesa lena di peha suaminya.

Itu salah satu latihan Naufal hendak Yara biasakan diri dengannya. Kata Naufallah. Entah betul atau tidak.

"By any chance, awak suka budak - budak tak? Rasanya saya pernah baca, main dengan budak - budak boleh hilangkan stres. Mesti bosan kan hadap muka saya je," ujar Naufal selamba mengutuk diri sendiri.

Dahi Yara berkerut seribu. Dia ada tunjuk yang dia tertekankah depan Naufal? Rasanya dia sibuk ketawa dan mengamuk dengan perangai Naufal sahaja.

Mungkin Naufal fikir dia sedang berpura - pura.

"Tak adalah. Awak handsome, seronok pandang. Tapi macam best je main dengan budak - budak tu," ada nada ingin tahu dalam suara Yara. Matanya bersinar - sinar seperti keluarkan cahaya. Hilang mengantuk dibelai tadi.

"Hm, kalau jumpa new-born babies, takut dorang tidur 24 jam. Tak best." Gumam Naufal macamlah Yara boleh faham apa yang dibebelnya seorang. Sibuk dia meraba dagu sendiri.

Kemudia jari dipetik!

"Kita jumpa anak Raylah!"

"Okay?" Tidak faham situasi, Yara hanya mampu bersetuju dengan semua rancangan.

Dia bangkit daripada pembaringan memberi ruang Naufal untuk mencapai telefon. Gigih lelaki itu mencari nombor Rayyan. Bangga agaknya dengan idea yang dianggap bernas itu.

Yara tersenyum melihat suaminya seperti anak kecil semangat nak belajar perkara baru.

"Yo, Ray. Kau dekat mana?" Aju Naufal lalu melepaskan telefonnya di atas katil. Membuka pembesar suara biar satu bilik bergema suara Rayyan.

"Rumahlah."

"Cun. Nak pinjam anak kau."

"Buatlah anak sendiri," tukas Rayyan selamba.

"Aku baru kahwin seminggu tak guna," hambur Naufal sambil menggempal penumbuk. Malang kerana Rayyan tak berada depan matanya. Tumbuk bantal pun jadilah.

Tawa halus Rayyan kedengaran. "Ha datanglah. Dorang pun rindu kau ni."

Itulah sebab mengapa Naufal dan Yara berada di rumah Rayyan saat ini. Yara hanya merangkul lengan Naufal dan merapatkan diri. Sangat kekok berada di rumah orang yang dia tidak rapat. Dia menjeling ke isi rumah itu dan mendapati dua orang kanak - kanak sedang bermain bersama ibunya. Seorang perempuan dan seorang lelaki.

"Masuklah, macam tak biasa," pelawa Rayyan mengalu - alukan tetamunya. Dia mengerling pada Yara. "Yara, kau tahu tak suami kau ni selalu buat rumah aku macam rumah ni dia yang bina. Menyampah. Nanti kau marah dia tau."

Mulut becok Rayyan dicubit Naufal lantas diseretnya tuan rumah itu untuk masuk. Risau kalau dibiarkan makin banyak rahsianya terbongkar. Jatuh imejnya depan isteri nanti.

Yara sembunyi senyum. Dia senyap - senyap mengikut langkah dua lelaki itu.

"Uncle Naufal!"

Kanak - kanak perempuan tadi terus melompat dan memeluk kaki Naufal. Lebar benar senyumnya sampai ke telinga.

"Ya, Najmina. Rindu uncle tak?" Sapa Naufal sambil mendukung gadis kecil digelar Najmina itu. Anak pertama Rayyan, berumur lima tahun. Sangat sukakan Naufal, lebih daripada bapanya.

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now