14 : Star-crossed lovers.

92 29 54
                                    

hiiiii last update 2021 <33 votement juseyoo

.

.

.

MEREKA kata hari ini akan diingati selamanya. Mereka kata hari ini akan jadi hari terbaik dalam hidup kita. Mereka kata hari ini akan mencipta memori yang paling indah.

Tidak seperti pagi yang tenang, jantung Naufal pula berdegup kencang bagai nak melompat keluar. Dia menggosok kedua tapak tangannya yang berpeluh. Mata tidak dapat duduk diam sambil memerhati permandangan luar.

"Nervous sangat kau ni, Fal," komen Rayyan seraya ketawa kecil. Dia mengusap bahu kawannya yang berbalut baju melayu putih.

"Kenapa nervous sangat ni weh? Semalam elok je aku tidur mati tau!" Luah Naufal. Sungguh semalam dia tidur nyenyak, tidak bermimpi apa - apa. Sekarang sedang menuju ke masjid, tiba - tiba rasa gementar. Tiba - tiba rasa nak terjun daripada kereta ini.

"Orang kahwin memang rasa macam tu. Aku pun sama. Iesy dan Asy pun sama. Normal semua ni. Dah, selawat banyak - banyak," pesan Rayyan lalu menghadiahkan sedas penampar yang tidak begitu menyakitkan di belakang Naufal.

Naufal berdesis sakit sebelum dia bermasam muka. Ada yang tak sempat masuk masjid kejap lagi. Jadilah mayat dekat luar. Daripada majlis akad nikah, terus bertukar ke solat jenazah.

"Kita dah sampai."

"Ray! Aku takut!"

"Relakslah! Tarik nafas, hembus. Ulang."

Muka cuak habis namun dalam masa yang sama, Naufal menurut arahan Rayyan. Dia mengawal pernafasannya yang tidak teratur.

"Buat malu dekat Yara je. Aku rasa dia pun tak segelabah macam kau ni," sempat Rayyan menyindir selamba. Dia menjentik dahi Naufal.

"Siapa yang lafaz akad tu? Aku ke dia?"

"Okay, Fal. Kau menang," dia memutarkan bola matanya. "Keluar. Kembar tu tunggu lama dah. Membebel dorang kejap lagi."

Pintu kereta dibuka dan Naufal mengintai sipi - sipi masjid yang tersergam indah, tempat untuk menyatukannya dan Yara hari ini. Dada berombak kencang kembali.

"Turunlah cepat, berjanggut kitorang tunggu," hambur Iesyraf lalu berpeluk tubuh. Dia merenung tajam susuk tubuh Naufal yang seperti kura - kura yang bersembunyi dalam cengkerangnya.

Rayyan yang malas menunggu Naufal keluar mengikut pintu lagi satu.

Kemudiannya, tiga pasang mata memerhati tindak - tanduk Naufal yang terlebih cemas. Dia melangkah keluar daripada kereta dengan kaki yang menggigil. Longgar kepala lutut. Sampai tidak mampu berdiri tegak gayanya.

"Fal, kau jangan buat drama hari ni tak boleh ke?" Soal Iesyraf sebelum matanya buta melihat Naufal yang dramatik, entah kenapa hari ini seperti terlebih rencah dramanya.

"Alah, aku baru nak nangis depan Tuan Fattah nanti."

"Tak payah, aku tak bawa stock tisu lebih."

Naufal menarik muncung!

"Cepatlah get ready, nanti tok kadi cabut lari kang sebab pengantin lelaki lembab sangat," gesa Asyraf sambil dia ingin meraih lengan Naufal.

Sebaliknya, Naufal menjauhkan diri sama seperti dia berjauh hati kerana dramanya tidak mendapat sambutan.

"Menyampahlah kau ni. Campak Aries nanti baru tahu langit tinggi ke rendah."

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now