Until We Meet Again |Hakim Uw...

By missnovelmine

17.8K 995 493

-Second book: UWMA | Hakim Uwais- . . . -Hakim Uwais- "Ya, aku cintakan dia. Puas hati kau?" -Diandra Adryan... More

π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘™π‘œπ‘” 🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 1🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 2🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 4🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 5🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 6🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 7🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 8🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 9🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 10🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 11🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 12🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 13🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 14🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 15🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 16🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 17🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 18🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 19🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 20🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 21🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 22🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 23🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 24🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 25🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 26🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 27🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 28🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 29🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 30🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 31🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 32🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 33🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 34🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 35🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 36🍁
Part 37🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 38🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 39🍁
π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 40🍁

π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 3🍁

413 26 2
By missnovelmine

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Dia memboloskan diri dari perut kereta. Jam ditangan dikerling sekilas.

Dah pukul 11 malam..haihh lambat betul aku balik hari ni..

Kaki dibawa kearah pintu rumah nya. Tanpa salam terus dia membuka pintu rumah lalu masuk kedalam nya.

"Awal you balik" perli seseorang dari suatu sudut.

Tidak perlu Uwais berpaling untuk melihat, sudah dia tahu siapakah gerangan yang memerlinya. Malas mahu bertekak segera dia bergerak menuju kearah anak tangga lalu dipanjat nya.

Diandra yang melihat mula diserang sakit hati. Berani betul Uwais tidak mengendahkan nya!

Cawan yang berada di tangan Diandra hentakkan kuat keatas meja sebelum dia mengejar Uwais yang sudah sampai ke tingkat atas.

"You!" Panggil Diandra sambil kakinya laju memijak anak tanga satu persatu.

Sampai di bilik Diandra terus meluru kearah Uwais yang sedang membuka butang baju kemeja nya.

"You tak dengar ker apa yang I cakap?!" Meninggi suara Diandra pada Uwais yang langsung tidak mengendahkannya.

Uwais masih tidak melayan, dianggap sahaja Diandra bagai tiada didepan mata. Dia terlampau penat jadi dia tiada masa mahu bergaduh. Dia mahu berehat.

"Hakim Uwais!" Jerit Diandra kuat seraya tangannya menarik bahu Uwais sehingga suaminya itu berpaling menghadap dirinya.

Tajam Uwais memanah kearah Diandra namun sedikit pun tidak Diandra gentar. Lagi dibalasnya pandangan tersebut adalah.

"You pekak ker? I tengah bercakap dengan you lah!" Marah Diandra. Naik turun nafasnya ketika ini.

"I tak ada masa nak bertekak dengan you sekarang" jawab Uwais. Dia cuba bersabar dengan Diandra yang semakin meninggi suara dengan nya.

Kalau diikutkan baran dia ni mahu mati dia kerjakan Diandra tapi sebabkan sayang dia bersabar sehabis boleh.

Diandra smirk.

"You tak ada masa nak bertekak dengan I? Kenapa? Sebab you dah letih layan betina dekat luar sana tu ker?! Sebab tu lah you balik lambat!" Tengking Diandra kuat. Menyala merah matanya tanda dia begitu marah.

Uwais mengetap giginya kuat sehingga rahang yang jelas terbentuk. Diandra betul betul menguji kesabarannya.

"Jangan tinggikan suara you Dian, I'm your husband" tegur Uwais datar.

Diandra mentertawakan Uwais menganggap apa yang dikatakan Uwais itu sebagai bahan lawak.

"Husband? Kalau you tahu you tu husband I then jalankan lah tanggungjawab you as husband!" Balas Diandra dengan nada yang masih meninggi.

"Tanggungjawab? You cakap pasal tanggungjawab dengan I? Hey semuanya I dah buat lah untuk you, segalanya! I dah lakukan semuanya untuk you apa lagi yang tak cukup?!" Lawan Uwais. Dia letih dengan perangai Diandra.

Langsung tidak faham apa yang dimahukan oleh isterinya itu.

"Segala nya? Mana? Mana? I tak nampak pun, sikit pun I tak nampak! Yang I nampak ialah perangai you yang tak pernah berubah! Sentiasa balik lewat tak pernah langsung you fikir pasal I!.." Suara Diandra.

"Asyik asyik kerja! Kerja! Kerja! Itu jer yang you tahu!" Sambung Diandra lagi.

Uwais meraup muka nya kasar. Diandra pertikaikan tentang kerja? Dia balik lewat kerja bagai nak mati semuanya demi Diandra dan juga masa hadapan nanti.

Habistu nak suruh dia berhenti kerja? Membongkang jer? Macam tu ker?!.

"You merepek apa Dian? I kerja untuk kita juga! You boleh faham tak?.." Tutur Uwais dengan nada yang sudah dikendurkan sedikit.

Dia tidak mahu mereka bergaduh jadi dia akan beralah.

"Penipu!" Lawan Diandra.

"Suka hati you lah! I malas nak layan you lantak lah apa pun yang you nak cakap I dah malas nak layan! You asyik nak ikut kepala you jer langsung tak hormat I as your husband!" Tengking Uwais kuat.

Geram Diandra apabila Uwais melawan nya kembali. Segala kemarahan sudah sampai kepuncak dan ingin meletus.

"You ni memang lelaki tak guna! Dayus! You curang dengan I you ada perempuan lain kan sebernanya?! You cakap jer lah dengan I yang sebernanya you keluar dengan betina lain dekat luar tu!" Dituduh nya Uwais bukan bukan oleh Diandra.

Masyaallah memang ciri ciri isteri derhaka.

"Diandra!" Jerkah Uwais membuatkan bahu Diandra tehinjut sedikit seraya tangannya naik mahu menampar Diandra namun terhenti.

Diandra memandang Uwais dengan pandangan rapuh.

"You nak pukul I?" Tanya Diandra dengan suara yang sedikit bergetar.

Uwais menatap isterinya itu mendatar. Tangan diturunkan kembali.

Tak!

Dia tidak akan memukul isterinya, dia tidak akan melakukan perkara yang sama seperti dahulu!

"Pukul lah! You nak pukul I kan?! Pukul lah pukul! Pukul I pukul!!" Jerit Diandra sambil tangan nya naik memukul dada Uwais kuat.

Uwais menahan sakit didada nya. Tangan Diandra yang memukulnya itu di cengkam kuat bagi memberhentikan perbuatan Diandra.

"You nak pukul I.." Kata Diandra lirih.

Uwais menarik isterinya itu kedalam pelukannya. Di sandarkan kepala Diandra pada dadanya.

Isteri nya dia peluk erat. Rambut isteri nya itu dicium lembut.

"No sayang..I tak pukul you" kata Uwais perlahan.

Diandra kemudian tersedar dari perbuatannya. Segera dia menolak Uwais jauh darinya membuatkan pelukan sebentar tadi terlerai.

Diandra memandang Uwais dengan pandangan sinis.

"Penipu, I takkan percaya penipu macam you" mendatar Diandra berbicara.

Uwais memejamkan matanya rapat. Baru dia mahu membalas Diandra telah menolaknya kuat agar dia kelur dari bilik tidur mereka.

"Keluar! Keluar! Keluar!" Tengking Diandra sambil menolak nolak Uwais kuat sehingga terdorong lelaki itu ke muka pintu.

Uwais yang kini berada di luar bilik memandang isterinya itu dengan pandangan keliru.

"You berambus!" Kata Diandra dengan nada yang tinggi sebelum dia menghempas pintu bilik tersebut kuat.

Bam!

Terpejam mata Uwais seketika. Dia mengeluh perlahan. Baru sahaja dia mahu bergerak pergi pintu bilik itu terbuka semula.

Fikirnya Diandra mungkin mahu dia masuk semula kedalam bilik namun tidak. Sangkaan nya meleset.

Bantal putih ditangan Diandra campakkan tepat pada muka Uwais.

"You jangan masuk bilik ni! I taknak tidur dengan you, berambus!" Halau Diandra cukup biadap.

Uwais hanya tersenyum hambar. Pintu bilik yang sudah tertutup rapat Uwais pandang sayu.

Dengan langkah yang lemah dia menuju kebilik tetamu yang berada berdekatan dengan tangga rumah.

Diandra memang teruk. Dia penat fikir nya bila dia balik dia akan tenang dan hilang lah sementara kekusutan yang berada dikepala namun tidak.

Makin dia serabut dan letih adalah. Dipejabat perlu menghadap kerja yang bertimbun di rumah pula perlu melayan kerenah Diandra yang semakin menjadi jadi.

Tidak tahu dia dimanakah salahnya sehingga Diandra menjadi sebegitu rupa.

Mata dipejamkan rapat. Dia mula rindukan awal perkahwinan nya sungguh bahagia tanpa sedikit pun pergaduhan.

Mampukah kebahagiaan itu mengunjung kembali? Tanpa Uwais sedar dia sudah terlelap dengan badan yang masih tersarung baju kemeja kerja nya.

Diandra yang berada di bilik mula menghamburkan tangisan. Terhinjut hinjut badannya.

Dia sendiri tidak tahu kenapa dia meninggi suara pada Uwais.

Diandra bangun menuju kearah pintu bilik nya. Tombol dipulas perlahan dia mahu menjenguk Uwais.

Namun tidak kesampaian. Ada suatu perasaan yang menghalang nya dari berbuat sedemikian.

Ego.

Ego yang menguasainya membataskan dia dari memujuk suaminya sendiri dan meminta maaf.

Mampukah perkahwinan mereka bertahan sehingga keakhirnya?

Diandra membiarkan air matanya mengalir. Diandra takut. Dia tidak mahu kehilangan Uwais.

Dia mungkin akan menjadi gila jika lelaki itu pergi dari hidupnya, tetapi lihat lah dia.

Degil.

Biadap.

Ego.

Semuanya segalanya ada pada dia. Mampukah Uwais bertahan dengan nya?

Tidakkah Uwais mencari pengganti baharu nanti? Soalan tersebut bermain diminda Diandra.

Seketika Diandra tersenyum sinis.

Tak.

Uwais tidak akan mencari pengganti yang baharu. Tiada siapa yang akan berada di samping Uwais kecuali Diandra seorang.

No one!

Dia tidak akan benarkan nya! Uwais milik dia selamanya.

Itu yang dia pasti. Tiada siapa yang akan dapat memiliki Uwais.

Diandra menyeringai perlahan.















































































•1186 word•

Haish..Dian dian, bini derhaka ni..

Continue Reading

You'll Also Like

732K 21.2K 23
Beau HATES Oliver Fowler. But Oliver doesn't hate Beau.. quite the opposite actually. Oliver is the univeristies 'Golden Boy', adored and admired by...
1.3M 99.6K 41
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
406K 46K 28
"π’šπ’π’– 𝒄𝒐𝒖𝒍𝒅 π’ƒπ’“π’†π’‚π’Œ π’Žπ’š 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕 π’Šπ’ π’•π’˜π’ 𝒃𝒖𝒕 π’˜π’‰π’†π’ π’Šπ’• 𝒉𝒆𝒂𝒍𝒔, π’Šπ’• 𝒃𝒆𝒂𝒕𝒔 𝒇𝒐𝒓 π’šπ’π’–" ...
187K 11.4K 13
"α€˜α€±α€Έα€α€Όα€Άα€€α€œα€¬α€•α€Όα€±α€¬α€α€šα€Ί α€„α€œα€»α€Ύα€„α€Ία€œα€Ύα€―α€•α€Ία€žα€½α€¬α€Έα€œα€­α€―α€·α€α€²α€·.... α€™α€Ÿα€―α€α€Ία€›α€•α€«α€˜α€°α€Έα€—α€»α€¬...... ကျွန်တော် α€”α€Ύα€œα€―α€Άα€Έα€žα€¬α€Έα€€ α€žα€°α€·α€”α€¬α€™α€Šα€Ία€œα€±α€Έα€€α€Όα€½α€±α€€α€»α€α€¬α€•α€«.... α€€α€»α€½α€”α€Ία€α€±α€¬α€Ία€›α€„α€Ία€α€―α€”α€Ία€žα€Άα€α€½α€±α€€...