Ariana Iris | COMPLETED

By AyaRose970

103K 5.6K 275

[COMPLETED] Trauma ARIANA IRIS terhadap lelaki, semuanya berpunca daripada papanya sendiri. Kehidupan Ariana... More

Teaser
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
IKLAN
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40 (AKHIR)
AYA ROSE WORDS 🌹

BAB 8

1.9K 130 2
By AyaRose970

"Ariana."

Aku menoleh ke arah Hajar.

"Kau okey?" soal Hajar. Pamer raut wajahnya yang kerisauan.

Aku senyum lalu mengangguk. Aku sambung melipat telekung. 

"Sehari ni kau banyak tenung, diam je. Rehat tadi pun kau tak makan. Memang selalu kau diam tapi diam kau lain macam hari ni." Hajar memegang bahu aku.

"Aku okey je Hajar. Jangan risau. Aku cuma tak cukup tidur." 

Aku bangun. Hajar mengikuti aku. 

"Tangan kau kenapa?" Hajar menyoal lagi.

Aku memandang kedua-dua tangan aku yang dibalut dengan bandage. Sebab semalam. Sebab aku kena kurung. Sebab papa. 

Semalam lama aku hentak pintu sampai berdarah tangan. Aku gelak dalam hati. Aku yang balut sendiri. Papa tak benarkan sesiapa langsung tolong aku. Aku tak berithau Danielle dan Rayyan. Aku tak nak mereka risau. Tak apa, aku memang dah biasa.

"Ariana." Hajar tiba-tiba memegang tangan aku.

"Bukan sehari dua aku kenal kau. Bukan sekali ni aku nampak tangan kau berbalut macam ni. Apa-apa yang terjadi, beritahu aku je okey? Kau kawan baik aku." Hajar memeluk tubuh aku.

Bergenang air mata aku. Dari pagi tangan aku berbalut, semua orang nampak. Semua orang tengokkan. Tapi semua buta. Sekarang ni baru Hajar tanya. Hajar yang selalu ambil berat dengan dirinya. Aku menjarakkan badan aku dari Hajar. Serta-merta aku boleh nampak muka Hajar. Hajar juga seperti nak nangis. Topeng Hajar dah tiada.

"Thank you Hajar. Kau memang kawan aku." aku senyum.

"Ni sikit je ni. Tiada apa-apa pun." sambung aku lagi.

"Tak apa. Aku tunggu bila-bila masa je kau ready untuk cerita. Aku tak paksa kau." Hajar memeluk lagi tubuh badan aku. Dah jadi drama dalam surau ni. Nasib baik sekarang ni tak ramai murid.

"Aku balik dulu. Apa-apa call aku."

Aku mengangguk. 

"Bye Ariana." Hajar melambai. Aku membalas lambaiannya.

Tambah seorang lagi yang aku percaya. Terima kasih Hajar. 

Aku menunduk memandang semula tangan aku. Setiap kali tangan aku balut macam ni, mesti Hajar akan tanya. Pelbagai alasan aku bagi. Alasan yang berbeza-beza. Cuma buat masa ni aku tak sedia lagi nak cerita kat Hajar apa yang berlaku. Belum masanya lagi.

Satu malam aku kena kurung dalam bilik tu. Aku juga memproses kata-kata daripada papa. Kalau tak dapat straight A, papa akan kahwinkan aku dengan mana-mana lelaki. Adakah ini dikira papa nak jual kau?

Aku menggeleng. Papa tak akan buat sampai macam tu sekali kan?

Azam tahun ni Ariana. Dapatkan straight A. Aku trauma dengan lelaki.

Aku melangkah sehingga blok bersebelahan surau. Aku menaiki tangga dan tekejut sebentar apabila aku sampai di depan pintu perpustakaan.

Tutup.

Aku mengeluh perlahan. Kenapa tutup hari ni? Teacher Sarah lepak lagi ke kat bilik kaunseling? Aku garu kepala aku yang dilitupi tudung. 

Patut tak aku study kat bilik kaunseling? Tapi tempoh hari aku baru je cakap kat Cikgu Qash yang aku tiada sebab nak study kat situ. Dia izinkan ke kalau aku tiba-tiba datang? Hati berkira-kira nak pergi ataupun tidak. 

Aku mengeluh lagi. 

"Ariana mengeluh apa?"

Ternaik bahu aku dek terkejut. Aku berpaling.

Cikgu Qash.

"Errr perpustakaan tutup." aku tunjuk pada papan tanda kecil yang ada pada daun pintu perpustakaan. Tertera perkataan TUTUP.

Cikgu Qash mendekati aku. Dia mengangguk perlahan. Aku mula berfikir. Dia kenapa ke sini tiba-tiba? 

"Cikgu kenapa ke sini?" soal aku.

"Saya pun nak ke perpustakaan." jawab Cikgu Qash.

Kenapa nak ke perpustakaan? Mampu tanya dalam hati je. Dikira menyibuk pula kalau aku tanya soalan tu. Siapa aku nak tahu dia buat apa ke sini. Aku tiada hak. 

Cikgu Qash merenung papan tanda tu lalu bersuara.

"Ariana tiada tempat nak study kan?"

Aku mengangguk sekali.

"Jom lah study kat bilik kaunseling saya." arah Cikgu Qash.

Belum sempat aku nak katakan tidak, dia sudah memusingkan badannya dan melangkah. Aku ikut dari belakang. Dah banyak kali dia menyebut nama aku. Dan banyak kali jugalah jantung aku akan berdegup kencang. 

Tinggi juga dia. Lebih tinggi daripada Rayyan. Antara aku dan Cikgu Qash, ketinggian aku hanyalah paras bawah bahunya. Bahunya yang lebar. Segak dengan baju kemeja berwarna hitam. Lengan bajunya sudah dilipat hingga ke siku. Aku pandang pula pada pergelangan tangannya. Tiada jam tangan. Pelik.

"Cikgu tak pakai jam hari ni?"

Cikgu Qash menghentikan langkahnya secara tiba-tiba. Aku turut begitu. Sikit lagi nak terlanggar. Dia menoleh ke sisi sekilas lalu melangkah semula. Seperti baru sedar dengan soalan aku yang tiba-tiba. Aku tersedak. Kenapa kau tanya soalan tu Ariana? Perlahan-lahan aku memukul mulut degilku.

"Ada kat bilik kaunseling." 

Oh. Rasa macam pelik pula bila dia tak pakai jam tangannya. 

Stop it Ariana. Dia dah kahwin. Aku pukul pipi aku berkali-kali.

Sampai sahaja di depan bilik kaunseling, Cikgu Qash mempelawa aku masuk. Kosong. Tiada Teacher Sarah kat sini, jadi kenapa perpustakaan tutup? Aku membuka kasut lalu menapak masuk. Salam diberikan perlahan. 

Aku menghala ke meja ditengah-tengah yang pernah aku study pertama kali disini minggu lepas. Mata aku terarah pula ke bilik. Pintu sudah ditutup. Aku menghela nafas lega. Aku meletakkan beg. Baru sahaja aku ingin duduk, Cikgu Qash meletakkan roti gardenia perisa coklat, berserta air kotak yogurt di atas meja.

Aku mendongak.

"Makan." kata dia sekali lalu menapak semula ke mejanya.

Ternaik kening aku. Mudah sekali dia cakap macam tu. Nak menolak tapi perut kata jangan. Perut aku meminta untuk diisi. Betul lah, aku tak makan waktu rehat tadi. Sebelum makan, aku keluarkan dahulu buku-buku latihan dan buku rujukan aku dari beg. Sambil aku menyelak buku latihan, aku cuba membuka bungkusan plastik roti tadi.

Aku pandang tangan aku yang berbalut. Masih terngiang-ngiang ayat papa. Boleh ke aku dapatkan straight A? Nak nangis pula. Mungkin inilah yang sepatutnya mama kena cakap kat aku. Mama tak sampai hati nak beritahu aku. 

Tiba-tiba ada tangan mengambil bungkusan roti itu di tangan aku. Cikgu Qash mengoyak sekali dan menghulurkan kepada aku. Aku ambil. Cikgu Qash ambil pula air kotak tadi. Dia membuka plastik straw.

Aku hanya memerhatikan gerak-gerinya. Disini barulah aku perasan. Actions speak louder than words. Itulah Cikgu Qash.

Dia meletakkan air kotak semula di atas meja. 

"Terima kasih. Dan terima kasih juga untuk hari tu." kata aku sambil senyum.

Cikgu Qash merenung aku. Aku mengebilkan mata. Kenapa? Apa yang tak kena?

Dia mengangguk sekali lalu menghala ke mejanya semula. Aku angkat bahu. Tak faham dengan dia.

Aku mencuit sedikit roti dan suap ke dalam mulut aku. Sambil tu, tangan aku menyelak satu-persatu buku latihan. Sesekali aku meletakkan roti di atas meja kemudian aku sambung menulis, tekan kalkulator. Kemudian aku ambil semula roti dan menyuapkan ke dalam mulut.

"Ariana. Waktu makan, makan. Waktu study, study."

Aku berhenti mengunyah. Hampir tersedak aku mendengar ayat Cikgu Qash. Lambat-lambat aku meletakkan pensel. Aku sedut air kotak. Bunyi macam marah aku je. 

"I'm not angry with you Ariana. You didn't eat anything today."

Aku hampir tersedak sekali lagi. Serius sahaja nadanya apabila dia bercakap begitu. Dia tak sedar ke yang dia dah berkahwin? Tapi macam mana dia tahu aku tak makan apa-apa hari ni? Hajar je yang perasan. 

"Sorry." kata aku perlahan. Aku tidak berpaling. Tak tahulah dia tengah buat apa. 

Aku sambung menjamah makanan aku. Buku diletakkan jauh sedikit. Biar Cikgu Qash nampak yang aku benar-benar makan kali ni. Setelah selesai, barulah aku sambung menjawab soalan Matematik Tambahan.

Semenjak ni aku lebih fokuskan kat subjek ni. Subjek ni lah kelemahan aku. Orang cakap dapat B+ dah pandai. Tapi tidak bagi papa. Papa masih anggap aku bodoh. Selagi aku tak dapat straight A, selagi itulah aku bodoh. SPM adalah satu-satunya senjata aku untuk aku selamatkan diri aku. 

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 36.8K 32
(⚠️🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞⚠️) [MASIH ON GOING] [HATI-HATI MEMILIH BACAAN] [FOLLOW SEBELUM MEMBACA] •••• punya banyak uang, tapi terlahir dengan satu kecac...
17M 753K 43
GENRE : ROMANCE [Story 3] Bagas cowok baik-baik, hidupnya lurus dan berambisi pada nilai bagus di sekolah. Saras gadis kampung yang merantau ke kota...
3.4M 26.7K 47
harap bijak dalam membaca, yang masih bocil harap menjauh. Kalau masih nekat baca dosa ditanggung sendiri. satu judul cerita Mimin usahakan paling b...
3.3M 49K 31
Mature Content || 21+ Varo sudah berhenti memikirkan pernikahan saat usianya memasuki kepala 4, karena ia selalu merasa cintanya sudah habis oleh per...