1.0 | Tuan Aayyan Danish ยฉ

By asyaash_

1M 53.3K 6K

TAD series 1 [Completed] ๐Ÿ“ŒAmaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha... More

TUAN AAYYAN DANISH
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’“๐’‚๐’„๐’•๐’†๐’“๐’”
๐‘ท๐’“๐’๐’๐’๐’ˆ๐’–๐’†
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 1
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 2
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 3
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 4
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 5
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 6
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 7
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 8
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 9
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 10
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 11
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 12
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 13
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 14
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 15
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 16
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 17
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 18
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 19
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 20
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 21
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 22
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 23
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 24
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 25
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 26
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 27
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 28
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 29
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 30
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 31
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 32
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 33
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 34
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 35
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 36
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 37
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 38
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 39
๐š‚๐šž๐š›๐šŠ๐š ๐š๐šŠ๐š›๐š’๐š™๐šŠ๐š๐šŠ ๐™ท๐šŽ๐š—๐š›๐šข ๐ŸŒน
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 40
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 41
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 42
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 43
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 44
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 45
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 46
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 47
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 48
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 49
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 50
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 51
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 52
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 53
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 54
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 55
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 56
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 57
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 58
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 59
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 60
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 61
๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 62
๐‘ฌ๐’‘๐’Š๐’๐’๐’ˆ๐’–๐’†
๐‘บ๐’‘๐’†๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 1
๐‘บ๐’‘๐’†๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 2
Aayyan's Farewell
Special Birthday Chapterโค๏ธ

๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 63

20.2K 747 195
By asyaash_

Hakeem dan Aariq lepak di mcd sementara menunggu buah hati masing-masing shopping. Aariq melepaskan keluhan berat.

"Hang pasaipa? Orite tak ni?"

"Orite kot."

"Dah la jangan la mengstress. Ni mana si Mika? Senyap lama. Pi mana budak tu?"

Aariq memutarkan biji mata.

"Entah anak ayam tu, lately ni asyik nak berkepit dengan adik aku je. Geram pula aku tengok. Dah takde orang lain ke nak jadi adik ipar aku. Ni malaun bangang tu jugak."

Hakeem ketawa. Ya tak ya juga, semua dalam circle yang sama. Sedang mereka berbual, ada dua orang gadis menghampiri mereka.

"Erm hai. Berdua je ke? Ada orang duduk tak sini?" Soal salah seorang mereka sambil menunjuk ke arah dua kerusi kosong di samping Hakeem dan Aariq.

Hakeem mengusap pangkal lehernya manakala Aariq menjeling sekilas gadis itu.

"Waalaikumussalam. Tak mana ada berdua. Tak nampak bersepuluh ni? Sini takda kosong. Gi main jauh-jauh." Selamba Aariq sambil mata tertancap pada skrin telefon.

Hakeem menahan tawa melihat wajah cemberut gadis-gadis itu.

"Amboi sombong ya." Usik seorang lagi gadis.

Aariq memandangnya sesaat sebelum senyum senget, "Aku sombong dengan orang yang pakai baju adik-adik je. Macam korang. Sakit mata tengok. Geli. Euwww."

Terkedu kedua gadis itu. Mereka terus meninggalkan tempat itu kerana malu dikata begitu.

Hakeem akhirnya melepaskan tawanya.

"Kau pehal gelak? Ingat kelakar ke?"

Hakeem menghabiskan tawanya sebelum berkata, "Tak sangka, sahabat buaya aku dah berubah. Dulu time kolej bukan main hang, pantang nampak yang dahi licini sikit, terus nak sambar."

Aariq menggeleng sambil ketawa.

"Itu zaman jahiliah. Sekarang dah jadi laki orang kena la setia pada yang satu. Pehal kau nak try ke tadi?"

Hakeem yang menghirup air itu tersedak.

"Gila apa hang? Mati aku kena sebat dengan Rose. Tak nak aku!" Hakeem menggeleng.

Tiba-tiba Mikael yang entah dari mana muncul menarik kerusi di sebelah Aariq dan melabuhkan punggung.

"Eh, mana mai hang ni?"

Mikael sengih, "Dalia nak jumpa Shay. So, dia heretnya aku sekali. Shay cakap korang dekat sini. So ke sinilah aku."

Aariq masih membisu.

"Woi Riq, hang pasaipa?"

Mikael turut memandang ke arah Aariq. Kemudian bibirnya dicebik, "Ada orang tu merajuk dengan aku, sebab tak teman dia pergi mamak semalam."

Hakeem ketawa terbahak-bahak. Aariq, Aariq macam budak-budak!

"Diam aa kau." Aariq menjeling Mikael di sebelahnya.

"Argh lantak ko, alang-alang kita jumpa ni aku nak bagitahu, tadi Alyas call aku."

Terus Aariq memberi perhatian ke arah Mikael yang sedang bercerita.

"Takde harapan ke? Memang takde tanda-tanda ke?"

Mikael mengangkat bahu sebelum menarik gelas minuman Hakeem. Dia menyedut minum. Hakeem membuat muka menyampah. Air aku juga yang disebatnya.

Aariq mengeluh. Banyak masalah betullah hidupnya.

"Alyas teman Ayeena pergi hospital." Ujar Mikael.

Hakeem menepuk dahi, "Aduh, aku dah janji dengan Yeen! Lupa pula."

"Kau memang! Turn kau je mesti lupa. Turn orang lain bukan main ingat." Sindir Aariq. Ya, mereka bergilir-gilir teman Ayeena check up babies. Comel je memasing saited nak sambut babies.

"Eh kejap, Que macam mana?" Soal Aariq.

Baru sahaja Mikael mahu membuka mulut.

"Uncle Riq!!!"

Melopong mulut Aariq. Dipandang wajah Mikael menghantar isyarat 'bab* pehal bawa bala kecik ni?'

Anrique terus lari ke arah Aariq. Dan memanjat naik ke riba bapa saudaranya itu. Muka pasrah Aariq ditayang.

"Maaf Tuan Riq, Tuan Muda nak jumpa Tuan." Syah, bodyguard Aayyan menundukkan sedikit tubuhnya sebagai hormat kepada Aariq.

"Takpe, duduklah sekali Syah." Ujar Aariq sebelum menggomoi pipi gebu Anrique. Tergelak anak kecil itu.

"Kenapa kau hah? Nak jumpa uncle pehal?" Soalnya.

Syah duduk di sebelah Hakeem.

"Que, nak jumpa uncle sebab Que rindu daddy! Daddy pergi mana? Kenapa tak balik lagi? Daddy cakap dia pergi kejap je. Ni dah lama. I miss him."

Semua terdiam membatu.

"Muka uncle macam daddy, cuma mata je lain, tapi bila tengok muka uncle, Que teringat dekat daddy."

Aariq mengukirkan senyuman tawar.

"I miss him too. So much." Gumamnya.

"Nak jumpa daddy ke?" Tanya Mikael kepada Anrique. Laju kepala kecil itu mengangguk.

"Kena janji dulu makan banyak-banyak, nenda cakap Que tak makan sangat sekarang ni. Why?"

Que mencebik.

"Sibuklah uncle Mika busuk ni, orang nak diet. Daddy dulu selalu diet sebab tu badan daddy mantop bukan macam uncle, kentang!"

Terkedu Mikael. Aku dibusukkan? Dikentangkan?

Yang lain ketawa melihat muka terkedu Mikael.

"Nanti kita jumpa daddy ya!" Kata Aariq. Dia sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk beritahu hal sebenar kepada Anrique. Kasihan anak kecil itu, kecil-kecil dah kena hadap situasi begini.

Suasana dalam kereta senyap sunyi. Hanya bunyi aircond menemani. Alyas berdehem. Terasa janggal berduaan dengan isteri sahabat sendiri.

"Ayeena, awak nak singgah mana-mana tak balik nanti?"

Ayeena menggeleng, "Takda kot. Cuma macam biasalah."

"Oh, okay faham."

Suasana kembali senyap.

"Yas, apa awak rasa kalau di tempat saya?" Ayeena tetiba bersuara.

"Saya tak berani nak cakap sebab saya tak rasa semua tu. Cuma saya tahu awak seorang yang kuat even kalau saya jadi awak pun belum tentu saya sekuat awak."

"Tapi saya tak kuat, Yas!" Luah Ayeena perlahan.

Alyas senyum nipis, "Awak kuat Ayeena, serius saya cakap awak kuat. Awak kena kuat untuk Que and babies. Diorang perlukan awak."

"Saya terlalu rindukan dia."

Alyas diam sejenak.

"Sebab jarak akan selalu ada prasangka. Namun ketika doa telah terucap, maka ia akan sigap mengubahnya."

Ayeena menoleh memandang Alyas yang fokus memandu.

"Jangan suruh saya terangkan. Saya rembat dari google je tu."

Terlepas tawa Ayeena. Ceh, ingat tahu tadi!

"Ingatlah, Allah selalu memberikan kelebihan di balik kekurangan. Allah juga selalu memberikan kekuatan di balik kelemahan." Sambung Alyas. Ayeena mengangguk. Mata dialihkan ke luar tingkap semula.

'Ayeena, hang kena kuat untuk anak-anak' Desis hati Ayeena.

"Sehebat apapun kita merencanakan suatu hal, maka rencana Allahlah sebaik- baiknya sebuah rancangan. Kita kena redha dengan qada' dan qadar-Nya. Semua yang berlaku ada hikmah dia."

Alyas ni doktor ke ustaz ni? Konpius saya.

"Ali bin Abi Thalib pernah berkata, yakinlah, ada sesuatu yang menantimu setelah banyak kesabaran yang kau jalani, yang akan membuatmu terpana hingga kau lupa betapa pedihnya rasa sakit."

Ayeena mengangguk faham.

"Thanks Yas, awak dah banyak bantu saya."

Alyas senyum, "It's okay, my pleasure!"

"Ayeena, awak pergi dulu, saya ada kerja. Sorry." Alyas menayangkan muka serba salah.

Ayeena mengangguk.

"Takpa saya boleh pergi sendiri."

Ayeena berjalan ke satu bilik persendirian. Dan pintu dikuaknya. Kakinya melangkah masuk dan pintu ditutup semula. Dia merapati katil pesakit.

"Assalamualaikum abang."

Author cakap dia takde, dia gi dating dengan Alyas. So jangan roger🏃‍♀️💨

"How are you doing today? Sorry datang lewat sikit harini check up babies kejap tadi."

"Abang bangunlah, kenapa tidur lama macam ni?"

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi pelawat yang disediakan. Bunyi mesin perentak jantung sahaja yang menemani soalan Ayeena.

*Author pun taktau bunyi mesin tu nak type macam mana, korang buat bunyi sendiri la ya! Cau!

"Abang tak kesian dengan anak-anak ka? Dengan Sha? Sha rindu abang. Bangunlah bang!"

Air mata yang ditahan dari awal tadi kini berderai turun. Tangan si suami digenggam erat. Eh, haah la Aayyan tak mati lagi. Ada ni tersadai dalam ICU.

Sudah masuk seminggu Aayyan dalam keadaan koma, seminggu itu juga Ayeena akan berulang alik ke hospital menjenguk Aayyan.

Disebabkan accident yang berlaku agak teruk, Aayyan koma. Katanya accident dengan lori. Keretanya sudah arwah. Nasib tuan belum arwah. Kubur yang Ayeena melawat tu kubur Henry. Hehe.

"Abang, Sha nak abang. Bangunlah. Siapa nak teman Sha masuk labour room nanti? Sha nak abang! Bangunlah bang!"

"Abang janganlah macam ni! Bangunlah!"

Tiba-tiba bunyi mesin perentak jantung itu bertukar rentak. Panjang harakatnya. Hah sudah! Ayeena gelabah menekan butang kecemasan.

"Abang please stay with me! Jangan tinggalkan Sha."

Beberapa saat kemudian doktor dan nurse meluru masuk ke dalam bilik persendirian Aayyan.

"Puan tolong tunggu di luar ya."

Seorang nurse memapah Ayeena keluar. Ayeena duduk di atas bangku di luar bilik itu. Air matanya tak henti-henti mengalir sama seperti bibirnya tak henti berkumat kamit membaca segala doa.

"Ya Allah, selamatkanlah suamiku."

Setelah beberapa jam, pintu bilik dikuak.

Klak!

Doktor dan nurse menapak keluar dari bilik itu. Laju Ayeena berdiri. Doktor itu mengeluh sambil menggeleng.

"Masa kematian ....."

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Continue Reading

You'll Also Like

58.1K 3.1K 54
๐‘บ๐’†๐’ƒ๐’†๐’๐’„๐’Š - ๐‘ฉ๐’†๐’๐’„๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐‘ซ๐’Š๐’‚ ๐‘ท๐’‚๐’…๐’‚๐’Œ๐’–, ๐‘จ๐’Œ๐’– ๐‘ป๐’†๐’•๐’‚๐’‘ ๐‘ด๐’†๐’๐’„๐’Š๐’๐’•๐’‚๐’Š๐’๐’š๐’‚ Ammar Firhan Haqeem | Tengku Adira Sofia S...
406K 19.2K 60
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 2 ) RANKING NO 3 ACTION ๐Ÿ… RANKING NO 1 DINGIN๐Ÿ… Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...
1M 32.2K 57
Also known as MRS. GARANG Genre: Romance Comedy Aisya Humaira, gadis kampung yang ditawarkan menjadi setiausaha kepada Tuan Rayyan Zafriel selepas b...
282K 10.7K 54
[๐“ค๐“ท๐“ญ๐“ฎ๐“ป ๐“ฝ๐“ฑ๐“ฎ ๐“ถ๐“ป๐“ผ. ๐“ผ๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐“ฟ๐“ธ๐“ต 1 ] แด€แด€สแด€ษด แด…แด€ษดษช๊œฑสœ || แดขแด€ส€แด€ สแด€๊œฑแดษชษด Known as the soft spoken husband AAYAN DANISH - Jejaka berdarah cam...