1.0 | Tuan Aayyan Danish Β©

De asyaash_

1M 53.5K 6K

TAD series 1 [Completed] πŸ“ŒAmaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha... Mais

TUAN AAYYAN DANISH
π‘ͺ𝒉𝒂𝒓𝒂𝒄𝒕𝒆𝒓𝒔
π‘·π’“π’π’π’π’ˆπ’–π’†
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 3
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 4
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 5
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 6
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 7
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 8
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 9
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 13
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 14
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 15
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 16
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 17
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 18
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 19
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 20
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 21
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 22
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 23
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 24
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 25
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 26
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 27
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 28
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 29
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 30
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 31
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 32
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 33
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 34
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 35
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 36
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 37
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 38
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 39
πš‚πšžπš›πšŠπš πšπšŠπš›πš’πš™πšŠπšπšŠ π™·πšŽπš—πš›πš’ 🌹
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 40
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 41
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 42
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 43
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 44
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 45
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 46
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 47
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 48
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 49
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 50
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 51
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 52
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 53
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 54
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 55
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 56
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 58
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 59
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 60
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 61
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 62
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 63
π‘¬π’‘π’Šπ’π’π’ˆπ’–π’†
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2
Aayyan's Farewell
Special Birthday Chapter❀️
Ebook Tuan Anrique Danial

π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 57

14.1K 677 44
De asyaash_

"Sha?"

Sebaik sahaja Aayyan menoleh ke belakang,

"Yes, I'm Sha. Your shayang. Hehe." Aariq sengih kambing.

Aayyan mengeluh.

"Ini bukan Sha. Ni shaitonnn! Grrr." Aayyan membuka langkah meninggalkan Aariq terkebil-kebil. Eh, aku cari dia macam orang gila, dia blah macam tu je?

"Woi Yan. Tunggu shayang!!" Pekiknya. Segelintir mat saleh, minah saleh melihat ke arahnya. Apa pandang-pandang, tak pernah tengok orang hensem?

Aariq berjaya mengejar langkah Aayyan. Lalu mereka beriringan keluar daripada mall.

"Kau je la yang drive. Nah kunci." Aayyan memberi kunci kereta kepada Aariq. Aariq menyambutnya tanpa banyak tanya.

Sewaktu dalam perjalanan, matanya sesekali mengerling ke arah Aayyan.

"Yan, kau kenapa? Asyik sebut nama Sha. Tahulah rindu. Nanti kita carilah."

Aayyan mengeluh berat, "Aku nampak dia tadi"

Cretttt!!!

Aayyan terhumban ke hadapan.

"Kau biar betul?!" Soal Aariq.

Aayyan mengetap rahangnya. Wajah adiknya di sebelah dicerlungnya tajam.

"Kepala bapak kau la break mengejut macam tu!!! Nak mati ke bongok?! Aku tak nak mati lagi aku nak jumpa anak bini aku dulu!!" Marahnya.

Aariq tersengih. Kening tidak gatal digaru, "Aku terkejut sangat. Hehe. Tapi betul ke kau jumpa Ayeena tadi?"

"Entahlah. Aku tak nampak muka dia. Tapi hati aku cakap tu dia. Ni dekat sini kuat rasa tu dia." Aayyan memegang dada kirinya. Dia kembali sandar pada seat.

Baru sahaja Aariq ingin memegang dada Aayyan, tangannya ditampar.

"Jangan cabul aku. Bawa kereta tu cepat, aku nak balik!" Aayyan membuang pandangan ke luar tingkap.

Aariq mendengus geram.

"Pegang sikit pun kedekut." Omelnya sendirian sebelum meneruskan pemanduannya.

Aayyan mengabaikannya. Fikiran Aayyan kini pada wanita yang dijumpainya sebentar tadi. Perlahan-lahan matanya dipejam. Dia dibuai lena mimpi indah. Sayang, is that you?

"Abang, maafkan Sha abang!" Ayeena melutut di hadapan Aayyan. Kaki Aayyan dipeluknya.

"Isteri jenis apa kau ni?! Sanggup tinggalkan suami tinggalkan anak ikut jantan lain!!!!" Bergema suara Aayyan menjerkah Ayeena.

Air mata Ayeena mengalir tanpa henti, "Abang, maafkan Sha. Sha tau salah Sha. Tolong jangan buat Sha macam ni."

Aayyan tersenyum senget.

"Kau nak keluar sangat kan? Fine! Dengar sini baik-baik, Ayeena Danisha binti Azeem Shah!"

Ayeena menggeleng bersama air mata yang tak sedetik pun berhenti dari awal tadi.

"Aku ceraikan kau dengan talak satu! Sekarang berambus!"

"Allahuakhbar!" Ayeena membuka kelopak matanya. Ya Allah, mimpi rupanya!

Ayeena meraup mukanya. Dahinya habis berpeluh-peluh. Dia bangun dari pembaringannya. Dia duduk di birai katil. Hatinya masih rasa tidak sedap. Sejak balik daripada mall semalam, dia asyik memikirkan tentang Aayyan. Rindu sangatkah aku pada dia?

Ayeena berlalu ke bilik air untuk mengambil membasuh muka. Itulah tidur lepas asar kan dah mimpi yang kuban-kuban.

Usai itu dia menyarungkan tudung sebelum menuju ke tingkat bawah. Eh sunyinya, Alice tak balik lagi ka?

Ayeena melihat Haqir di ruang tamu lalu menghampiri lelaki itu.

"Abang tak pi office ka?" Soalnya. Seraya itu lelaki yang sibuk merenung kertas kerja itu memalingkan kepala ke arahnya.

"Ya Allah, Ayeena ni. Terkejut abang. Haah abang tak pergi office hari ni. Ada kawan nak datang rumah."

Ayeena sengih. Dia menghempas punggung ke atas sofa bersebelahan dengan sofa Haqir duduk, "Sorry ganggu abang."

Haqir memandangnya pelik. Kaca mata bulat yang dipakainya itu dibuka dan diletakkan ke atas meja kopi.

"Ayeena." Panggilnya.

Gadis yang sedang menonton tv itu segera menoleh ke arahnya.

"Are you okay? Dari balik mall semalam, abang tengok Ayeena macam ada masalah. Tv tak on pun tenung apa?"

Haah, minah ni tengok tv skrin gelap. Ayeena menghelakan nafas berat. Terjongket kening Haqir.

"Ayeena rasa tak sedap hati. Rasa macam ada something. I don't why, Ayeena asyik teringatkan abang Aayyan. Abang ada dapat info pasal dia tak?"

Haqir memandang Ayeena dengan riak kosong.

"Tak."

Dia memakai semula kaca matanya dan mula menyambung kerjanya. Ayeena mengeluh. Dia tahu Haqir takkan bagitahu apa-apa pasal Aayyan kepadanya.

"Abang, Ayeena nak jalan dekat taman jap."

Haqir hanya mengangguk perlahan. Dia menghantar Ayeena keluar dengan ekoran mata. Sebaik sahaja kelibat Ayeena sudah hilang dari pandangan mata, dia melepaskan keluhan berat. Kenapa sikit pun Ayeena tak pernah pandang abang? Kenapa Aayyan selalu jadi yang pertama dalam hati Ayeena?

Haqir memicit dahinya. Qir, kau kena sedar diri! Cinta Ayeena hanya untuk Aayyan. Kau hanya dianggap sebagai abang je!

Pelbagai suara kecil bermain di fikirannya. Aku tak layak untuk bahagia ke?

Wajah tidur Aayyan direnungnya. Mereka baru sahaja pulang daripada mesyuarat bersama client. Naik sahaja kereta, Aayyan terus melelapkan mata. Penat sangat gamaknya. Awal pagi ada online class bersama studentnya. Tengah hari ada meeting dengan client. Sampai ke petang. Mana member tak kepenatan.

Bibir Aariq melakar senyuman nipis. Kau kuat, Yan! Aku buat semua ni untuk kau dengan Ayeena. Kalau kau tak sayang aku lagi, memang aku sunatkan kau kali kedua.

"Yan, aku nak jumpa kawan aku jap. Tunggu sini tau." Aariq mengoncang bahu Aayyan.

Aayyan membuka kelopak mata. Matanya dipisat dengan tangan. Dia melihat sekelilingnya, "Ni kita dekat mana? Ni bukan rumah inap kita."

"Aku nak jumpa kawan jap."

Ternaik kening Aayyan.

"Bila masa kau ada kawan dekat France? Baru datang tiga hari dah dapat kawan?"

Aariq tergelak kecil.

"Kawan aku. Kau apa tahu? Dahlah aku pergi sekejap." Aariq membolos keluar daripada kereta. Meninggalkan Aayyan terpinga-pinga.

Telefon di dalam poket dikeluarkan. Laju tangannya mendail nombor seseorang.

"Bro, aku dah sampai. Kau dekat mana?"

"......."

Dia langsung mematikan talian tersebut. Bibirnya menyimpul senyum kelat.

Aayyan di dalam kereta masih blur, baru bangun tidur sah-sah la mamai. Dia melihat sekeliling kawasan perumahan itu. Tiba-tiba matanya terhenti pada satu rumah.

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Jantungnya berdegup. Kenapa rasa macam ni? Kenapa dengan rumah tu?

Beberapa saat kemudian, ada seseorang keluar daripada rumah itu dan berjalan di taman bunga mini di hadapan rumah itu. Mata Aayyan terbuka luas. Mulutnya melopong.

Sesekali matanya digosok. Betul kan apa yang aku nampak ni? Bukan mimpi kan?

Ayeena menapak keluar dari rumah. Kakinya diatur ke taman bunga di halaman rumah. Bunga-bunga yang ditanam oleh Alice itu ditiliknya satu per satu. Cantik! Macam aku! Eh!

Fikirannya kembali tertumpu kepada Aayyan. Kenapa lately ni aku asyik teringatkan dia?

Ayeena melepaskan keluhan berat.

"Abang, Sha rindu abang! Sha rindu nak bau badan abang yang hot and spicy tu! Sha rindu nak tidur peluk abang! Sha rindu nak abang cium kepala Sha! Hiks abang tak rindu Sha ka?" Rintihnya perlahan.

Tanpa sedar air matanya berguguran. Perutnya yang bulat diusap. Tinggal sebulan lebih je lagi due-datenya.

"Abang, anak-anak abang ni buas macam daddy dia! Penat Sha dibuatnya. Sha teringin nak masuk labour room dengan abang. But I know semua tu mustahil. Sha cuma abang bahagia ja. Doa Sha selalu dengan abang."

Air mata yang mengalir di pipi disekanya. Dia kemudian berjalan ke arah gazebo. Punggung dilabuhkan. Kolam renang dipandangnya.

"Babies dulu mummy dengan daddy jumpa dekat kolam rumah tok abah. Daddy ada lapan ketul roti bakar. Aummm. Geram mummy tengok!" Gumamnya sendirian.

"Mummy sayang daddy awak berdua. I miss him a lot." Ujarnya bersama deraian air mata.

"Tapi mummy tak rasa daddy awak rindukan mummy."

"Babies, you guys have a brother, Anrique. Mummy rindu sangat dengan abang Que awak berdua tu. Apa khabar dia sekarang? Masih ingatkah dia dengan mummy?"

"Anrique, nanti mummy datang jenguk Anrique ye sayang! Mummy bawa adik-adik sekali."

Ayeena membebel seorang diri. Bercakap dengan perut. Mungkin orang kalau tengok akan anggap dia gila. Tapi dia memang suka berkomunikasi dengan perutnya.

Tanpa dia sedari, ada sepasang mata memerhatikannya juga memasang telinga dari satu sudut, "Daddy minta maaf Anrique! Daddy sakitkan hati mummy Anrique. Daddy salah."

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Continue lendo

VocΓͺ tambΓ©m vai gostar

435K 27.7K 58
TAD series 2 [Completed] Tuan Aryan Darmish anak ketiga kepada Ayeena Danisha dan Tuan Aayyan Danish. Muka sebijik muka bapaknya. Penat mak lahir bap...
She's mine (C) De rose

Ficção Adolescente

763K 40.5K 79
TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tid...
310K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
140K 3K 89
First story✨ Tengku syed nazmi, berkejaya. Berkedudukan tinggi. Dirinya sangatlah terkenal dikhalayak orang ramai. Nur farah auliana, seorang peremp...