1.0 | Tuan Aayyan Danish Β©

By asyaash_

1M 55.2K 6.1K

TAD series 1 [Completed] πŸ“ŒAmaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha... More

TUAN AAYYAN DANISH
π‘ͺ𝒉𝒂𝒓𝒂𝒄𝒕𝒆𝒓𝒔
π‘·π’“π’π’π’π’ˆπ’–π’†
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 3
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 4
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 5
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 6
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 7
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 8
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 9
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 13
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 14
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 15
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 16
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 17
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 18
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 19
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 20
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 21
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 22
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 23
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 24
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 25
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 26
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 27
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 28
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 29
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 30
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 31
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 32
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 33
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 34
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 35
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 36
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 37
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 38
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 39
πš‚πšžπš›πšŠπš πšπšŠπš›πš’πš™πšŠπšπšŠ π™·πšŽπš—πš›πš’ 🌹
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 40
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 41
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 42
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 43
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 44
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 45
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 46
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 47
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 48
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 49
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 50
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 51
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 52
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 53
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 54
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 55
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 57
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 58
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 59
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 60
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 61
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 62
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 63
π‘¬π’‘π’Šπ’π’π’ˆπ’–π’†
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2
Aayyan's Farewell
Special Birthday Chapter❀️
Ebook Tuan Anrique Danial
Pre-order Novel By Asya Ash ❀️

π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 56

14K 670 27
By asyaash_

"Ayeena!"

Dek disergah satu suara garau, Ayeena yang sedang menikmati aiskrim vanilla tersentak. Aiskrim yang dipegangnya terjatuh terjelupuk ke atas lantai. Rezeki hang ya lantai!

"How many time I told you? Do.Not.Eat.Icecream!!" Tajam mata helang Haqir memandang ke arah Ayeena. Ayeena tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru.

Baru beberapa minit lalu dia bagitahu suruh Ayeena tunggu, dia hendak pergi ke tandas. Bila tiba di tempat dia tinggalkan Ayeena, batang hidung Ayeena pun dia tidak nampak. Berjalan dia ke sana ke sini mencari Ayeena. Nak luruh jantungnya risau akan Ayeena. Jumpa-jumpa member tengah sedap makan aiskrim.

Haqir melepaskan keluhan besar sebelum mengutip kon aiskrim yang jatuh itu dan buang ke dalam tong sampah.

"Ada tisu?" Soalnya kepada Ayeena. Ayeena laju mengangguk lalu mengeluarkan tisu dari handbagnya. Tidak lama kemudian itu dia laju menggeleng, Haqir menjungkit kening kirinya.

"Sokay, Ayeena boleh lap mulut sendiri."

Terletus tawa kecil Haqir. Pelipis dahi dipicit sambil menggeleng.

"I'm not going to wipe your mouth,girl! Ni ha nampak ni aiskrim ni jatuh nanti licin orang jatuh. Abang nak lap yang ni la." Ujar Haqir sebelum sambung tawanya.

Ayeena menunduk malu. Bibir bawah digigit. Aduh, hang pasaipa ni Ayeena? Umi, mana adik nak letak muka ni?

"Come, give me the tissue." Haqir menyua tapak tangan kanannya kepada Ayeena. Ayeena memberikan tisu itu.

Haqir mencangkung dan mengelap tumpahan aiskrim tadi. Setelah itu, tisu dia buang ke dalam tong sampah.

"Okay done! Let's go. Kita sambung shopping baju baby." Haqir berdiri tegak di hadapan Ayeena.

"Malaslah nak jalan." Rungut Ayeena.

"Tadi bukan main jalan tak tunggu abang. Baru tinggal pergi tandas kejap, dah hilang." Perli Haqir. Tangan dibawa silang ke dada.

Ayeena tersengih.

"Nak jalan ke nak abang dukung? Cepat pilih. Abang bagi dua saat je."

Membulat mata Ayeena. Automatik dia berdiri.

Haqir ketawa melihat muka cuak Ayeena, "Ha tahu pun takut. Baru je abang nak merasa dukung anak gajah macam mana."

Ayeena menampar bahu Haqir.

"Abang ni!!! Apa pula samakan Ayeena dengan anak gajah?!" Muncung ditarik. Dia berlalu meninggalkan Haqir di belakang.

"Merajuk la tu." Gumam Haqir sebelum mengejar langkah Ayeena.

"Hey girl, tunggulah abang!"

Ayeena mempercepatkan lagi langkahnya.

"Girl, slow down your steps!"

Ayeena menghiraukannya. Lagi bertambah laju lagi ada la.

"Ayeena Danisha, jangan laju sangat jatuh nanti karang!" Tegas Haqir. Sekelip mata Haqir memintas jalan Ayeena. Mukanya dingin.

Ayeena menelan liur.

"Kenapa tak dengar cakap ni hm? Bahaya tahu tak? Tu perut dah macam nak pecah dah gatal jalan laju kenapa?"

"Sorry." Ayeena menuduk. Bibir tersebek-sebek. Mata dah mula bertakung. Ah, mula dah mak buyung ni!

"Girl, abang marah sebab abang risau. Kalau apa-apa jadi dekat Ayeena, abang nak jawab apa dengan Dhani, dengan Dhariz? Abang risau. Sangat risau." Suara Haqir mula mengendur.

Ayeena mengigit bibir bawah menahan diri daripada menghamburkan tangisan.

"Look at me, girl! I just want the best for you. Ayeena terlalu berharga untuk abang. Abang tak kisah walaupun Ayeena tetap tak terima abang, yang abang tahu abang tak nak apa-apa berlaku pada Ayeena."

Ayeena mendongak melihat wajah Haqir.

"Abang minta maaf hm. Abang tak sengaja tinggikan suara abang tadi." Pujuk Haqir.

Ayeena mengangguk.

"Jom budak cengeng, kita pergi kedai tu!" Haqir menarik hujung tudung Ayeena perlahan menuju ke kedai barangan bayi.

Ayeena tersenyum melihat Haqir. Ya Allah, kurniakanlah jodoh yang lebih baik daripada ku kepada abang Haqir. He deserves someone better than me!

"Yan, jomlah keluar! Bosanlah!" Rengek Aariq. Lengan abangnya digoncang berkali-kali.

"Ish, diamlah. Aku tengah buat kerja ni." Aayyan menolak kepala adiknya.

"Ala, kerja ni esok-esok pun boleh. Jomlah gi jalan-jalan." Aariq masih berkeras. Laptop di hadapan Aayyan ditutupnya. Aayyan mencerlung tajam ke arahnya.

"Kau pergi sendiri je la! Sibuk ajak aku kenapa?" Keluh Aayyan. Orang dah la datang sini sebab kerja, dia boleh pulak sibuk nak jalan sana jalan sini.

"Temanlah aku, Yan." Tersebek-sebek bibir Aariq. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Tolonglah cair!

"Bagi aku sepuluh sebab kenapa aku kena teman kau keluar?"

"Sebab kau abang aku. Sebab kau sayang aku. Sebab takut aku kena culik macam mana, kau juga yang nangis nanti rindu aku. Sebab kau yang ajak aku teman datang France. Lepastu apa lagi eh, haa sebab aku ni terlalu comel untuk berjalan seorang diri di public-"

Aayyan mendengus kasar.

"Ish, cepatlah siap. Lambat aku tinggal." Aayyan mengemas kertas-kertas kerja di atas meja. Manakala Aariq dah lompat bintang.

"Yahuuuuu!!! Senangnya dalam hati, kalau ada abang macam ni, seperti dunia ana yang punya, kepada abang ku sayang, dinda sayang padamu, kepada bini abang, I'll say i love you yihaaaa." Aariq menyanyi sambil berjoget di atas katil abangnya itu.

Aayyan menghampiri adiknya yang sibuk berjoget sakan itu.

"Kepala otak kau i love you dekat bini aku!!" Aayyan baling bantal tepat mengenai kepala Aariq. Jatuh tersungkur member tepi katil. Nasib gigi tak patah, hidung tak senget.

"Aduh Yan sakitlah!! Orang gurau je." Aariq mencebik. Nasib gigi cukup, hidung still tegak.

"Sebelum mulut kau tu aku gunting, baik pergi siap sekarang! Tadi sibuk sangat nak jalan-jalan."

Aariq memutar bebola matanya. Dia mengajuk percakapan Aayyan. Baru sahaja Aayyan mahu membaling bantal ke arahnya, dia pantas berlari masuk ke biliknya. Apalah nasib dapat adik wayar putus macam ni.

Aayyan juga berlalu ke wardrobe untuk bersiap.

Ayeena mengusap dagunya sambil memandang baju-baju bayi di hadapannya. Biru ke biru? Ehh biru tua ke biru muda?

Haqir menghampiri Ayeena yang sibuk memikirkan masalah warna baju. Perempuan memang macam ni eh!

"Ambik dua-dua je la senang." Sampuknya.

Ayeena menoleh ke arah Haqir sekilas sebelum memutarkan bola mata ke atas. Ceh, merajuk anak gajah tadi lagi!

"Cepatlah Ayeena. Abang penatlah tunggu dari tadi." Rungut Haqir. Belakang leher yang rasa sengal diurut perlahan.

"Ish, abang ni. Patutlah single. Teman perempuan shopping pun merungut."

"Auch, pedih!" Haqir memegang dada sebelah kiri. Sebelum ketawa. Ayeena juga ikut ketawa.

"Main kasar eh sekarang. Abang single sebab tunggu orang tu macam tunggu bulan jatuh ke riba."

Ayeena memincing mata ke arah Haqir. Tau lah nak perli aku la tu!

"Dahlah nah pergi bayar! Ayeena tunggu dekat luar." Ayeena memberi baju-baju dalam pegangannya kepada Haqir lalu keluar daripada kedai itu.

"Ceh, tak nak dekat aku. Duit aku nak pulak. Nasib baik sayang. Tak sayang tu dah campak dalam lombong sana." Bebel Haqir. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat Ayeena terkedek-kedek macam penguin berjalan keluar dari kedai. Kakinya diatur ke arah kaunter pembayaran.

Ayeena menunggu Haqir di luar kedai tersebut. Tiba-tiba hatinya rasa berdebar. Dah pehal? Takkan jatuh cinta kot? Depan aku ni pakcik guard nepal mana ntah, takkan aku berdebar jumpa dia? Gila apa miska? Minta simpang malaikat empat puluh empat aaa!

Namun, hatinya berasa tidak sedap. Kenapa ni?

"Hey girl! What's wrong?" Haqir mendekati Ayeena yang kelihatan gelisah itu.

Ayeena menggeleng.

"Are you sure hm?"

"Ayeena okay. Cuma rasa pening sikit." Ayeena terpaksa menipu sebab dia tahu Haqir selagi tak dapat jawapan dia akan korek sampai lubang hidung. Eh lubang cacing!

"Jom la balik. Abang tengok Ayeena penat sangat ni."

Ayeena angguk lemah. Mereka pun berlalu pergi. Dalam masa yang sama Ayeena rasa macam diperhati. Harap-harap ni perasaan aku ja!

Aayyan mengerling jam di tangan sekilas. Keluhan berat dilepaskan. Ini yang aku malas ikut si si*l ni shopping! Shopping kalah perempuan. Kalau boleh satu mall nak dibelinya.

Dia merenung beg di tangannya. Penuh. Semua kepunyaan Aariq Derish.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Susah payah dia mengambil telefon yang terselit dalam poketnya. Tertera nama Aariq. Laju dia menggesek skrin untuk menjawab panggilan.

"Yan, kau-"

"Cepatlah bab*! Aku penat tau tak?!!!" Marah Aayyan.

"Eh, tak sempat cakap lagi. Aku nak balik ni kau dekat mana?"

Aayyan baru sahaja mahu membuka mulut, namun suaranya tidak keluar. Matanya terpandangkan pada suatu arah. Lidahnya seakan kelu.

"Haloo Aayyan?"

Aayyan tergamam. Dibiarkan Aariq begitu saja.

"Sha?" Ucapnya perlahan.

"Eh bukan, ni Aariq la. Kau kenapa bodo?" Aariq di hujung panggilan menepuk dahi.

Aayyan kembali senyap. Matanya masih memandang ke arah itu. Ya Allah, is that her? Is that my wife?

"Laa senyap pula. Kau kena culik ke ni? Aku kena call polis tak? Kau tau tak nombor polis France? Sebelum kena culik tu bagitahulah aku dulu."

Kaki Aayyan masih terpasung. Mulutnya membisu. Sekujur tubuh yang sudah lama tidak dilihatnya, dua bulan dia merindui pemilik tubuh itu. Kini, tepat di hadapannya.

"Hello Yan, kalau boleh tanya penculik kau tu nama apa? Tinggal mana? Hobi dia apa? Favourite food dia apa?" Sedang Aariq membebel sendirian. Talian diputuskan oleh Aayyan.

"Ehh hello, Yan! Laa daa kena culik. Pandai-pandai kau la survive. Tapi ehhhh barang-barang aku shopping tadi ada dekat Aayyan. Oh Shit!" Aariq mula berlari ke hulur ke hilir mencari Aayyan.

Aayyan membuka langkah mengejar si dia. Kakinya laju berjalan. Tolonglah tunjuk kalau tu betul-betul Sha. Hatinya kuat mengatakan itu adalah isterinya. Langkah kaki dilajukan lagi.

Pap!

Bahunya berlaga dengan salah seorang pengunjung mall itu. Habis beg-beg barangan Aariq terjatuh. Pantas dia mengutip sambil mengucap ucapan maaf kepada lelaki yang dilanggarnya itu.

"Sorry, my mistake." Dia kembali mencari kelibat Ayeena. Hilang. No! She was here just now. Walaupun tubuh boyot itu hanya membelakanginya sedari awal tadi, namun hatinya kuat mengatakan itu Ayeena.

Satu tangan menyentuh bahunya daripada belakang.

"Sha?"

Dia langsung menoleh ke belakang.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 89.2K 61
Tengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula...
789K 41.3K 79
TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tid...
14.7K 1K 80
Siapa sangka lelaki beku seperti Ferhat Aslan Lucas boleh jatuh cinta? Jatuh cinta pula pada cucu kepada musuh keluarganya. Keluarga yang membunuh or...
128K 5.3K 65
(complete) ⁺✧ - SIRI CG #1 blurb di dalam.