1.0 | Tuan Aayyan Danish Β©

Oleh asyaash_

1M 53.5K 6K

TAD series 1 [Completed] πŸ“ŒAmaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha... Lebih Banyak

TUAN AAYYAN DANISH
π‘ͺ𝒉𝒂𝒓𝒂𝒄𝒕𝒆𝒓𝒔
π‘·π’“π’π’π’π’ˆπ’–π’†
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 3
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 4
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 5
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 6
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 7
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 8
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 9
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 13
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 14
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 15
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 16
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 17
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 18
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 19
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 20
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 21
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 22
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 23
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 24
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 25
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 26
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 28
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 29
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 30
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 31
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 32
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 33
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 34
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 35
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 36
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 37
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 38
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 39
πš‚πšžπš›πšŠπš πšπšŠπš›πš’πš™πšŠπšπšŠ π™·πšŽπš—πš›πš’ 🌹
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 40
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 41
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 42
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 43
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 44
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 45
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 46
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 47
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 48
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 49
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 50
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 51
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 52
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 53
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 54
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 55
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 56
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 57
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 58
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 59
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 60
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 61
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 62
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 63
π‘¬π’‘π’Šπ’π’π’ˆπ’–π’†
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2
Aayyan's Farewell
Special Birthday Chapter❀️
Ebook Tuan Anrique Danial

π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 27

12.3K 698 65
Oleh asyaash_

Ayeena merenung sebuah banglo di hadapannya. Rumah siapa ni? Ni bukan rumah bonda.

"Oi, nak duduk sampai malam dekat situ ke?" lamunan Ayeena terhenti dek terdengar sergahan Aayyan yang sedang memeluk tubuh di hadapan pintu rumah itu.

Langkah kaki diatur ke arah pintu masuk ke rumah itu. Belum sempat dia menjejak kaki ke dalam rumah, Aayyan menahannya.

Dah pehal pulak?

"Beg kau ni angkat sendiri. Aku bukan bibik kau." ujar Aayyan sebelum meninggalkan Ayeena yang terkulat-kulat. Ceh, dasar suami dayus! Ada ke patut bagi bini angkat beg berat-berat ni!

Baru sahaja tangannya hendak mencapai beg itu, ada sepasang tangan merampas beg itu. Ayeena mengangkat wajah melihat si gerangan. Aariq tersengih menampakkan dimple.

"Berat ni you. I angkatkan eh. Mika, kau angkat satu lagi ni!" Mikael terus mengambil beg itu dan berjalan melangkah masuk ke dalam rumah bersama Aariq. Nasib baik ada adik ipar yang baik lagikan hensem ni.

Ayeena melenggang kangkung masuk ke dalam rumah membontoti Aariq dan Mikael. Sampai sahaja di tingkat atas, mereka terserempak dengan Aayyan.

"Kau ni Yan, tak gentleman langsung bagi bini angkat beg sendiri!" bebel Mikael. Aariq mengangguk tanda setuju. Aayyan hanya mencerlung tajam ke arah Ayeena.

"Aku suruh kau angkat kan? Apehal suruh diorang angkat? Saje nak gatal dengan adik ipar sendiri?"

Lah, dia ni dah lama tak kena smackdown eh?

"Ish, kau ni. Yeen tak suruh pun. Aku yang kesiankan dia. Dia perempuan."

"Ni beg nak letak mana?" Mikael mencelah.

"Tinggal situ. Tak payah rajin sangat. Nanti aku angkat." Aayyan menyilangkan tangan ke dada.

"Aloo, baru nak tolong Yeen kemas baju hehe." Aariq tersenyum nakal. Ayeena di sebelahnya terus mencecet lari ke belakang Aayyan. Mengrisau betul adik ipar sapa ni?

"Nak makan penumbuk ke?" Aayyan menghala penumbuk ke muka Aariq. Laju kepala Aariq menggeleng.

Tiba-tiba satu pintu dikuak, mereka semua memaling ke arah pintu itu. Ada seorang budak kecil kemetot, kanak-kanak lingkungan 3 tahun itu berlari ke arah mereka.

"Mummy!" budak itu memeluk kaki Ayeena. Terkedu Ayeena. Aku muda lagi woi. Bila aku beranak kat hang?

"La ni anak sapa pulak ni?!" Ayeena duduk melutut di hadapan budak lelaki itu.

"Anak kita." Aayyan senyum segaris sebelum menggosok rambut depan budak lelaki itu.

Kening Ayeena bertaut. Sapa beranak kat hang ni dik? Takkan Aayyan beranak? Dia lelaki tulen kot. Aku rasa dia bukan khunsa ka pa. Abih mana datangnya budak kenit ni?

"Ni Anrique, anak aku! Sekarang dia anak kita." ujar Aayyan tenang.

"Hah?!"

"Dia anak angkat Aayyan. Anak arwah abang kitorang. Dia anak yatim piatu." Aariq membetulkan karang salah faham mati Aayyan kena tinggal dengan bini.

Ayeena mengangguk faham. Tubuh Anrique dibawa ke dakapannya.

"Baby boy, now I'm your mummy! I'm gonna love you all my heart." Dia mengucup pipi gebu milik Anrique. Anrique tersenyum suka. Kening dijongketkan ke arah Aayyan. Daddy ada?

Aayyan menjeling Anrique sekilas. Aku dapat lebih daripada tu, kau apa tahu?

"Yeay, finally Anrique ada mummy macam kawan-kawan." Anrique membalas pelukan Ayeena.

Mikael dan Aariq mendengar itu terasa sebak. Ayeena dan juga Aayyan turut merasakan yang sama. Anrique tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu sejak kecil. Gembira betul dia bila Ayeena menjadi mummynya.

Aayyan mendekati mereka. Dia turut melutut di sebelah Ayeena.

"Daddy also wanna hug heh?" Anrique senyum senget.

Aayyan tanpa mempedulikan usikan Anrique terus menarik kedua-duanya sekali ke dalam pelukannya. Dikucup sekilas kepala Ayeena yang berbalut tudung itu. Dahi Anrique juga diciumnya. Terkekek-kekek Anrique ketawa.

Aariq dan Mikael pula membawa diri tidak mahu ganggu keluarga kecil itu.

Ayeena tersenyum melihat perlakuan Aayyan. Ya Allah, kau lindungilah keluarga kecil ku ini!

Aayyan mencelikkan mata. Bunyi bising daripada tingkat bawah membuatkan dia terjaga daripada lenanya. Dilihat di sebelahnya, kosong. Mana Ayeena?

Tadi mereka baring bersama selepas penat mengemas barang-barang Ayeena. Namun terlelap pula.

Ting!

Ting!

Bunyi notifikasi menandakan mesej masuk. Aayyan mencapai telefon di atas night stand.

Ariana Sayang❤️
Online

Awak dekat mana?
Jom teman saya keluar

Aayyan mengeluh perlahan. Dia bangun dan menyandarkan tubuh pada kepala katil.

Dekat rumah
Malas nak keluar

Selepas beberapa saat,

Kalau macam tu, saya pergi rumah awak

Terus menegak badan Aayyan. No, kalau datang sini mesti bertembung dengan Sha! Gawat ini boss! Laju-laju Aayyan reply mesej Ariana.

Okay kita keluar
saya ambik awak

Finally, boleh lepas rindu!

Aayyan meraup rambutnya yang sedia serabai itu. Bingkas dia bangun meluru ke bilik air untuk membersihkan diri.

Aariq dan Mikael yang sedang menonton drama 'Squid Game' di ruang tamu itu didekati. Bahu Aariq ditepuk perlahan. Aariq menoleh ke arahnya. Dia menilik tubuh abangnya itu atas bawah. Aip, segak-segak nak gi ane ni?

"Mana anak dengan bini aku?"

"Dekat dapur tengah masak."

Aayyan angguk.

"Korang pehal tak balik lagi?"

"Bini kau yang tak bagi kitorang balik, disuruhnya dinner sekali."

Ternaik sebelah kening Aayyan.

"Kau nak keluar ke bro?" Mikael mula menyampuk.

Aayyan tidak menjawab hanya anggukkan diberi.

"Aku nak tengok anak bini aku jap. Cau!"

Kaki terus menapak ke dapur. Langkahnya terhenti di saat pemandangan di hadapannya tika ini menyapa kornea matanya, bibir mengukir senyuman.

"Mummy, kenapa mummy cantik sangat eh?"

Terkelu lidah Ayeena. Apa ni Anrique, malu aa gini!

"Mengada lahai anak mummy ni." Ayeena tergelak kecil.

"Betullah. Mummy macam bidadari. Dari jauh Anrique tengok pun Anrique tak boleh beza ni mummy ke bidadari."

Ujaran Anrique disambut dengan tawa Ayeena.

"Pandai eh dia ni. Sapa ajaq jadi sweet talker ni?" Ayeena mencuit hidung Anrique.

"Kalau jadi sweet talker ni, daddy ajar. Kalau jadi tak betul tu, uncle Riq ajar." jawab Anrique dengan polos.

Aayyan tergelak kecil mendengar jawapan anaknya. Dia melangkah mendekati anak dan isterinya.

"Eh, daddy!" Anrique tersengih menampakkan gigi putihnya sebaris. Ayeena terus menundukkan pandangan apabila matanya bertemu anak mata Aayyan.

"Ha gosip pasal daddy eh?" Aayyan mengusap lembut rambut anaknya. Anrique menggeleng sambil tersengih.

"Abang nak makan dah ka? Sha dah siap masak." Ayeena berlalu mengambil mangkuk nasi. Dicedokkan nasi masuk ke dalamnya.

Aayyan mencium ubun-ubun anaknya lalu mendekati Ayeena. Pinggang ramping isterinya dirangkul daripada belakang. Wajahnya disembamkan pada leher Ayeena yang beralaskan tudung.

"Aku nak keluar sekejap. Aku makan dekat luar. Balik lewat kot." gumam Aayyan. Tangannya menjalar pada bahagian perut Ayeena. Perlahan-lahan tangannya menyelinap masuk ke dalam baju Ayeena. Perut Ayeena dielus lembut.

Ayeena hanya membiarkan perlakuan Aayyan itu. Geli tu geli la jugak. Tapi takkan nak terajang laki sendiri suruh gi main jejauh.

"Yeen, bila nak makan ni? I lapar-" Aariq memberhentikan langkah kaki di sebelah Anrique.

"Fuyo, dalam dapur pun bernafsu."

Ayeena terus meleraikan rangkulan itu. Aayyan berdecit.

"Kau kalau tak sibuk hal orang tak boleh eh?" Aayyan berpeluk tubuh.

"Kau pehal buat adengan tak senonoh depan anak kau?" Aariq mendukung Anrique menapak keluar daripada dapur.

Ayeena yang masih malu itu menundukkan kepala. Aayyan menarik kepala Ayeena sebelum dikucupnya lembut.

"Aku pergi dulu. Pintu jangan lupa kunci."

Baru sahaja Aayyan ingin membuka langkah, tangan kanannya diraih oleh Ayeena. Ayeena mencium belakang tangan milik Aayyan. Aayyan terkedu.

Entah mengapa hatinya senang dengan perlakuan Ayeena itu. Tangan kirinya naik mengusap lembut kepala si isteri.

"Jaga diri. Assalamualaikum." Aayyan terus berlalu pergi.

Ayeena menjawab salam itu sebelum sambung menghidangkan makanan.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

506K 42.5K 40
Tawanan Series; || || || Peristiwa hitam itu datang lagi. Si dia yang dulunya menghilang kini bertindak sebagai watak utama. Ini bukan kisah sesiapa...
21.4K 1.1K 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story...
3.5M 305K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
32.2K 1.9K 64
π‘πŽπ˜π€π‹ π’π„π‘πˆπ„π’ 1 »»-----γ€€β™”γ€€-----«« It's her Tengku Kayla Phoenix Semua yang aku buat adalah untuk kali terakhir dan aku tak kan ulang benda...