1.0 | Tuan Aayyan Danish Β©

Od asyaash_

1M 53.5K 6K

TAD series 1 [Completed] πŸ“ŒAmaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha... VΓ­ce

TUAN AAYYAN DANISH
π‘ͺ𝒉𝒂𝒓𝒂𝒄𝒕𝒆𝒓𝒔
π‘·π’“π’π’π’π’ˆπ’–π’†
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 3
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 4
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 5
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 6
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 7
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 8
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 9
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 13
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 14
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 15
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 16
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 17
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 18
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 19
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 21
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 22
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 23
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 24
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 25
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 26
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 27
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 28
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 29
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 30
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 31
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 32
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 33
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 34
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 35
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 36
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 37
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 38
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 39
πš‚πšžπš›πšŠπš πšπšŠπš›πš’πš™πšŠπšπšŠ π™·πšŽπš—πš›πš’ 🌹
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 40
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 41
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 42
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 43
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 44
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 45
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 46
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 47
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 48
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 49
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 50
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 51
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 52
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 53
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 54
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 55
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 56
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 57
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 58
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 59
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 60
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 61
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 62
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 63
π‘¬π’‘π’Šπ’π’π’ˆπ’–π’†
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2
Aayyan's Farewell
Special Birthday Chapter❀️
Ebook Tuan Anrique Danial

π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 20

11.6K 679 46
Od asyaash_

2 tahun berlalu....

Sejak daripada peristiwa putus tunang dulu, nama Aayyan sudah tidak didengari oleh Ayeena. Aayyan telah meletakkan jawatan sebagai pensyarah dan mengambil alih syarikat Tuan Aydan. Mengikut perjanjian mereka, cukup setahun setengah Aayyan perlu mengambil alih syarikat itu.

Namun belum sampai setahun Aayyan telah membuat keputusan untuk mengambil alih. Mungkin dia mahu mengelak daripada berjumpa Ayeena. Benci sungguh seorang Aayyan kepada Ayeena.

Sesekali ada juga Ayeena terdengar kawan-kawannya bercerita tentang hubungan Aayyan dan Ariana yang makin hari makin akrab. Adakah perubahan Aayyan ini ada kaitan dengan Ariana?

Selepas peristiwa putus tunang itu juga, Ariana pindah keluar daripada rumah Ayeena. Katanya mahu belajar hidup di asrama bersama rakan-rakan. Takkanlah Ayeena nak menghalang pula kan. Tetapi hubungan Ayeena dengan Ariana juga kian renggang. Ayeena merasakan Ariana seperti menjauhkan diri.

Mungkin perasaan aku je kot!

Ayeena pula sudah move on daripada peristiwa itu. Walaupun tak sepenuhnya, dia cuba untuk bangun semula. Persahabatan dia dengan Aariq tidak pernah putus. Sampai sekarang still contact each other.

Ayeena terharu dengan sikap Aariq yang matang, dia sentiasa mempercayai dan mendoakan kebahagiaan Ayeena. See orang lain boleh percaya, tunang sendiri?

Ops, bekas tunang!

Kini Ayeena telah berjaya menamatkan degreenya. Selepas tamat pengajian dia membuka butik pakaian muslimahnya sendiri. Semua atas bantuan Ayin Dhani dan juga Ayin Dhariz. Umurnya telah melonjak ke 21 tahun. Masih bujang trang tang tang. But not available. Hehe.

Ting!

Ting!

Bunyi notifikasi menandakan mesej masuk mematikan lamunan Ayeena.

Encik Tunang🔥
Online

Assalamualaikum awak
Cuba toleh belakang sekarang

Lantas Ayeena menoleh ke belakang. Matanya melilau serata restoran itu lalu satu figura lelaki menyapa kornea matanya. Bibirnya melakar senyuman.

Lelaki itu menapak mendekatinya, "Surprise!"

Lelaki itu mengambil tempat di hadapan Ayeena. Sejambak bunga ros merah yang dipegang dari tadi diletakkan ke atas meja.

"Ish, awak ni suka buat terkejut orang tau! Kenapa balik tak bagitau langsung?" Ayeena memuncungkan mulutnya.

Pecah tawa lelaki itu melihat muka sebek milik pujaan hatinya.

"Saya rindu awak sebab tu la balik-balik terus jumpa awak. Tak sempat jumpa Mummy dengan Daddy lagi. So hargailah penat lelah saya sekarang ni hm." Lembut kata-kata yang diujar oleh lelaki itu. Ayeena tersenyum suka. Lelaki ini tidak pernah sekali pun buat dia tidak cair.

Dia, Tengku Henry Mukhlis. Lelaki yang mengutip cebisan hati Ayeena yang bertaburan lalu mencantumkannya semula. Dia adalah lelaki kiriman Tuhan yang hadir memberi seribu satu makna. Mereka bertemu hujung tahun lepas. Setelah 2 bulan berkenalan, mereka diikat dengan tali pertunangan.

Walaupun Henry ini anak orang have-have, tetapi dia tidak pernah sombong atau riak. Pemakaiannya sahaja menunjukkan dia seorang suka bersederhana. Dia juga menjaga ikhtilat antara mereka berdua. Dia tidak suka berdua-duaan. Contohnya sekarang ini mereka bukan berduaan, mereka ditemani dua orang bodyguard Henry, Zack dan Akhmal seperti dari awal perkenalan mereka. Lebih kurang sebulan daripada sekarang majlis pernikahan mereka akan berlangsung.

Readers doa yang baik-baik ya!

"Ye la tu rindu. Macam mana awak tau saya ada kat sini?" Ayeena memicing mata memandang Henry.

"Entah, naluri saya cakap awak ada dekat sini!" Henry mengangkat tangan kiri diletakkannya ke atas meja lalu menopang dagunya.

"Apa pandang-pandang? Ada hutang?" Ayeena mengulingkan biji mata. Terkekek Henry ketawa melihatnya.

"Haah ada hutang. Bila lu mau bayar? Gua pancung sama lu baru tau." Henry membuat suara garang. Muka dibuat-buat serius. Tak nampak garang pun. Nampak comel ada la.

Ayeena hampir melepaskan tawanya namun ditahan kang berdekah satu restoran ni tak ke naya.

"Ish, awak ni main-main la!"

Henry tersengih, "Macam mana persiapan dah siap?"

Henry terus menghirup iced lemon tea yang dihantar oleh pelayan sebentar tadi. Bila dia order entahlah. Tahu-tahu pelayan dah hantar. Magic betul.

"Semua hampir settle rasanya dah 80% siap."

Henry mengangguk puas, "Good! Tak sangka saya bakal jadi suami orang lepas ni. Kena buat majlis perpisahan dengan girlfriend-girlfriend saya la gini."

Ayeena menjeling Henry tajam. Girlfriend-girlfriend huh?

Henry menghaburkan tawa melihat muka cemburu Ayeena. Saja mau ngetest!

"Saya gurau la. Awak je satu-satu perempuan yang bertakhta di hati sanubari belahan jiwa selain mummy saya." Henry memegang dada kirinya sambil mata dikenyitkan beberapa kali kepada Ayeena.

Geli hati Ayeena melihat telatah Henry. Dia berdehem perlahan.

"Baru nak cancel kahwin dengan awak. Nasib baik gurau." sinis Ayeena.

"Eh, jangan jangan! Tamau la cam gitu. Saya tak sabar nak kahwin ni." Henry mencebik.

Ha tau pun takut! Ayeena senyum kemenangan.

"Macam mana France? Semua okay kat sana?" Ayeena menyoal kepada Henry. Ye la, Henry dua tiga menjak ni asyik berulang alik ke France. Katanya syarikat di sana terlibat dengan banyak projek besar. Sebagai CEO dia lah bertanggungjawab menghadiri meeting apa semua.

Henry mengeluh perlahan. Ya, dia penat sungguh dia penat ke sana ke sini.

"Ala, sian tunang saya ni! Penat eh?"

Henry menayang muka sedih, kepala diangguk perlahan.

"So, majlis kita nak tangguh dulu ke-"

"No! A big No! Majlis go on macam biasa. Pasal kerja nanti saya settle. Saya tak nak tangguh lagi majlis kita." tegas Henry.

"Okay-okay. Saya tanya ja. Mana tau awak busy sangat. Kesian dekat awak ja." ujar Ayeena perlahan.

Henry tersenyum. Aww cik tunang titew risaukan titew aaaaa!

"Takpe hal kerja boleh tolak tepi. Awak, saya tak mampu tolak!" Henry ketawa diakhir ayatnya. Berbahang pipi Ayeena. Melting gitu!

"Eh, saya dah lewat ni! Saya nak jumpa orang kejap. Nanti apa-apa call saya tau. Ni semua saya dah bayar jangan risau." Henry bingkas berdiri. Ayeena mengangguk perlahan.

"Hati-hati awak!" Ayeena berpesan.

"Awak pun hati-hati, hati awak saya punya!" sempat lagi eh Henry ni. Ayeena tergelak kecil. Dia menghantar pemergian Henry dengan mata.

"Kau pehal?!"

"Tak, kau tu apa masalah kau?"

"Kau yang mula dulu?"

"Eh, aku pulak. Kau yang tumbuk aku dulu!"

Aariq terkebil-kebil memandang dua jantan di hadapannya berantem. Apa kejadahnya ni? Gaduh tak ajak!

"Oi, dah-dah la tu, aku lesing dua-dua karang." Aathif melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat Aayyan itu. Itu syarikat adiknya, Aayyan tetapi dia dipanggil oleh seekor jantan yang katanya ada pengumuman untuk mereka bertiga.

Mereka berdua melepaskan pegangan pada kolar baju masing-masing. Muka yang segak tampan tadi, kini lebam sana sini. Rambut pun serabai. Perempuan kalau gaduh tarik rambut. Lelaki gaduh tumbuk sana sini. Habis lebam.

"Kau tengok je, Riq! Bukan nak halang." mata Aathif tajam memandang adik lelakinya itu.

Aariq tersengih, "Ala, benda syok kenapa nak halang."

Mereka berdua yang gaduh tadi mengambil tempat di sofa yang terdapat dalam bilik itu. Aathif melabuhkan punggung di sebelah Aariq.

Henry panjat naik ke atas meja kopi di hadapan mereka semua.

Terbuntang mata Aayyan, "Tengku Henry Mukhlis!!!!"

"Bab* turun sia. Pecah meja aku tu han*t!" Aayyan menyepak kaki Henry. Namun tidak Henry endahkan.

"Dengar sini rakyat jelata, beta ada pengumuman untuk kalian semua!" lantang Henry berkata. Aayyan sudah pasrah mejanya akan pecah atau tidak. Kalau pecah memang dia cincang si Henry ni.

"Kau nak belanja makan ke?" Aariq terlebih dahulu memintas. Mata Henry mengecil memandang Aariq.

Aariq membuat muka tidak bersalah. Bahu diangkat berkali-kali.

"Diam la. Jangan sibuk beta nak bercakap ni."

"Baik tuanku, patik mohon maaf!"

Aathif sudah menggeleng kepalanya. Bila 3 malaun ini bergabung beginilah jadinya. Huru hara.

"Okay! Beta ingin mengumumkan majlis perkahwinan beta bakal berlangsung! Yeay I'm going to be a husband!" Henry berjoget-joget di atas meja itu.

"WHAT?!!" terjerit mereka tiga beradik itu.

Henry masih lagi berjoget. Aayyan bangun menarik Henry turun dan duduk di sebelahnya. Mata tajam memandang Henry.

"Kau biar betul Henry? Bila kau bercinta?"

"Kau dah nak kahwin baru bagitahu?"

"Dengan siapa kau kahwin?"

"Kenapa kau rahsiakan daripada kitorang?"

"Kau kena tangkap basah ke?"

"Ada juga ke orang nak dekat cousin yang biul ni?"

Tiga beradik itu mengaju soalan tanpa henti. Terkebil-kebil si Henry. Eh, mana satu nak jawab ni?

"Weh, weh, chill. Satu-satu la tanya." Henry menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mereka bertiga masih menunggu jawapannya dengan setia. Mata tak berkelip memandangnya.

"Erk, betul la aku nak kahwin tu. Aku takde la bercinta. Aku berkawan dengan dia tu dari hujung tahun lepas. Aku dah terjatuh suka nak buat macam mana. Itu yang terus aku ikat dia dengan bertunang dulu. Karang orang sebat meraung aku. Aku bukan sengaja nak rahsiakan daripada korang. Tapi tunang aku tu tak nak sesiapa tahu. Katanya kalau putus takde la mulut-mulut puaka bergosip. Bila dia sebut mulut puaka, auto aku teringat korang sebab tu la aku tak bagi tahu korang. Hehe."

Aathif mengangguk faham. Betul la tu. Kahwin nanti hebohkan lah. Setakat tunang ni tak perlu pun takpe kot. Kang jadi macam kes Aayyan dulu, dapat malu pula.

Aayyan di sebelah Henry memandang dengan pandangan tidak percaya.

"Anj*y kau kawin dulu sebelum aku!" Aayyan mendengus kasar. Henry tergelak.

"Dah aku hensem lagi daripada kau memang la aku lagi laku. Terima je la kenyataan tu." Henry gelak terbahak-bahak.

"Pergh, Henry! Mati-mati aku ingat kau akan single sampai tua dengan muka buruk kau tu." Aariq bangun mendekati Henry. Bahu henry ditepuk-tepuknya. Henry menjelingnya sekilas.

Muka macam Mason Mount ni dia cakap buruk? Cis!

"So, bila kau nak kenalkan bakal bini kau dekat kitorang?" Aathif menyilang tangan ke dada.

"Eh, perlu ke? Tengok je la time aku akad nikah nanti. Karang korang rembat tunang aku pula." Henry menjongket keningnya beberapa kali.

"Aku dah ada anak bini takkan aku nak rembat lagi. Belum sempat nak rembat, bini aku sebat aku dulu." Aathif tergelak kecil sambil menggeleng.

"Kau, aku tak kisah sangat. Ni ha dua ekor mangkuk ni. Aayyan ni dah la dengki aku lagi hensem kang dia rembat tunang aku pula." Aayyan menjeling Henry.

"Tak hingin aku!" Aayyan menggulingkan biji mata. Aariq gelak terkekeh-kekeh.

"Kau pun sama Riq! Buaya lacoste berjaya pula tu." Henry memandang wajah Aariq di sebelahnya.

Tersengih-sengih Aariq.

"Nanti ajaklah tunang kau ke majlis hari jadi anak-anak aku hujung minggu ni. Boleh kenal-kenal dengan bini aku." pelawa Aathif.

"InsyaAllah aku bawa dia!"

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti lΓ­bit

41.4K 1.5K 54
Setelah dilukai cinta hatinya dia membawa diri ke kedah untuk menjauhkan diri dari bekas tunang yang telah curanginya Siapa sangka-sangka datang ke...
NOAH'S || C Od anak mak

NezaΕ™aditelnΓ©

202K 8.9K 60
πŸ„ΊπŸ„°πŸ…πŸ…ˆπŸ„° πŸ„ΏπŸ„΄πŸ…πŸ…ƒπŸ„°πŸ„ΌπŸ„° by cik_farahβ™‘ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lauta...
259K 12.6K 47
SEDANG DALAM SEMAKAN. Sebarang TYPO atau KESALAHAN mohon maaf❀️ Hyke dhres - seorang Ceo yang digeruni oleh orang ramai dalam bidang perniagaan meman...
34.3K 1.2K 25
Kehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak ma...