1.0 | Tuan Aayyan Danish Β©

By asyaash_

1M 53.5K 6K

TAD series 1 [Completed] πŸ“ŒAmaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha... More

TUAN AAYYAN DANISH
π‘ͺ𝒉𝒂𝒓𝒂𝒄𝒕𝒆𝒓𝒔
π‘·π’“π’π’π’π’ˆπ’–π’†
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 3
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 4
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 5
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 6
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 7
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 8
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 9
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 13
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 14
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 15
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 16
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 17
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 18
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 20
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 21
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 22
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 23
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 24
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 25
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 26
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 27
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 28
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 29
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 30
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 31
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 32
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 33
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 34
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 35
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 36
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 37
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 38
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 39
πš‚πšžπš›πšŠπš πšπšŠπš›πš’πš™πšŠπšπšŠ π™·πšŽπš—πš›πš’ 🌹
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 40
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 41
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 42
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 43
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 44
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 45
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 46
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 47
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 48
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 49
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 50
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 51
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 52
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 53
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 54
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 55
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 56
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 57
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 58
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 59
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 60
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 61
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 62
π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 63
π‘¬π’‘π’Šπ’π’π’ˆπ’–π’†
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2
Aayyan's Farewell
Special Birthday Chapter❀️
Ebook Tuan Anrique Danial

π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 19

10.1K 701 36
By asyaash_

Berita putus tunang sampai ke telinga keluarga kedua-dua belah pihak.

Tengku Dayang dan Tuan Aydan tidak menyalahkan Ayeena atas keputusan yang telah dibuat. Mereka sendiri percayakan Ayeena. Mereka lebih kenal anak mereka, Aayyan yang memang ego melangit. Suka suki bontot kuali membuat keputusan membelakangkan keluarga. Tanpa sebarang perbincangan pula tu.

Sejak kejadian putus tunang itu, Tengku Dayang mogok tidak mahu bercakap langsung dengan Aayyan. Malah tengok muka pun tidak lalu. Malu muka dia apabila ada anak yang menconteng arang di muka sendiri. Agungkan sangat ego, tunduk sangat pada baran, ikutkan sangat kata hati.

Tuan Aydan pula terima sahaja dengan hati terbuka. Nak buat macam mana. Tiada jodoh.

Aariq pula banyak diamkan diri. Dilema antara kawan baik atau abang kandung. Dia tahu Ayeena tidak bersalah, tapi dalam masa yang sama Aayyan abang kandungnya. Takkan dia nak masuk campur. Semestinya hubungannya dengan kedua-duanya sekali bakal lingkup.

Keluarga pihak Ayeena, tentulah mempercayai semua gambar-gambar itu adalah fitnah. Mereka yang mendidik Ayeena daripada kecil. Masakan mereka tidak kenal perangai anak sendiri.

Encik Azeem dan Puan Diana tidak marah akan perkara yang sudah berlalu. Mereka memujuk Ayeena untuk terus lebih kuat. Mungkin tiada jodoh dengan Aayyan, mungkin ada jodoh yang terbaik menanti.

Dhani pula mendiamkan diri. Dia memang sebelum ni diam pun. Bercakap bila perlu sahaja. Dia marah pun dia diam. Dia sedih pun dia diam. Namun hatinya juga jatuh simpati dengan nasib adik kesayangannya itu. Walaubagaimanapun dia tetap mendoakan yang terbaik.

Setiap ujian itu ada hikmahnya.

Dhariz? Allahuakhbar usah ditanya. Semestinya dia mengamuk. Dia lah yang mengamuk mengalahkan dia yang putus.

Masih ingat lagi muka Dhariz apabila menerima berita itu. Pergh, macam gorilla kelaparan!

Dia tak cakap banyak, malam tu juga dia pergi cari Aayyan. Tak buat apa pun cuma sedekah penumbuk tepat di rahang kiri. Sampai biru member kena balun.

Dia dah warning sebelum jangan main-main dengan adiknya. Bila dia sudah cakap macam tu, maka dia buat betul-betul. Malam tu juga dia putuskan persahabatan dia bersama Aayyan.

Nasib baik orang awam meleraikan Dhariz menjauhi Aayyan. Kalau tidak tu, insyaAllah dah arwah budak Aayyan tu.

Ayeena? Dia masih lagi sedih. Cuma kesedihan dia tidak ditunjuk kepada sesiapa. Dia sembunyikan kesedihan dengan senyuman palsu.

Dia tidak mahu keluarganya terus simpati dengan nasibnya dan merisaukannya. Dia memilih untuk pura-pura bahagia di hadapan semua orang.

Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu. Siksanya menahan perit.

Teringatkan pesanan babahnya membuat dia cuba menjadi lebih kuat,

"Mungkin Allah nak tunjuk kat princess babah ni yang jodoh dia lagi baik akan hadir suatu hari nanti. Setiap manusia yang Allah sayang pasti ada ujian yang diturunkan. Jadi princess babah jangan sedih-sedih. Kumbang bukan sekuntum bunga bukan seekor. Eh, kejap betul ka babah cakap ni?"

"Mungkin lepasni adik kena belajar cintakan seseorang itu berpada-pada. Kalau tak tersungkur lagi macam ni. Seperti Hadits riwayat At-Tirmidzi iaitu Cintailah kekasihmu sewajarnya saja karena bisa saja suatu saat nanti ia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah sewajarnya karena bisa saja suatu saat nanti ia akan menjadi kekasihmu."

Ya, dia perlu perbetulkan niat dia dahulu. Mungkin dulu dia lalai terus mengikut kata hati. Dia meletakkan Aayyan sebagai cinta utama.

Akan tetapi semua itu salah. Dia harus kejar cinta pada Tuhan. Serahkan semua pada Tuhan.

"Hang kuat Ayeena tak perlu toleh belakang. Yang berlalu biarkan berlalu."

Dhariz menonyoh matanya. Kantuknya masih berbaki, penat agaknya dari KL bertolak ke Kedah subuh baru sampai.

Dia berjalan menuju ke dapur. Rutin seketul Dhariz, pagi-pagi cari nasi. Siapa yang nak jadi isteri Dhariz, pastikan setiap pagi sediakan nasi.

Perutnya berkeroncong minta diisi. Dia melilau ke dapur. Mencari kelibat uminya. Eh, mana orang tua ni pergi? Anak laporr ni!

Tiba-tiba langkah kakinya terhenti di muka pintu dapur. Kaki bagai digam pada tanah.

Terbeliak biji matanya memandang figura di hadapannya sekarang. Mata ditenyeh beberapa kali.

"Umi ada hantuuu!!!!!" Dhariz menjerit berlari ke ruang makan. Tubuh uminya yang baru jejak masuk ke rumah terus didakap erat.

Puan Diana memandang anak bujangnya itu bersama kerutan di dahi.

"Hang pasaipa angah? Orang lain yang putus tunang hang yang meroyan?" Selamba Ayeena berjalan ke ruang makan bersama sebekas nasi goreng lalu diletakkan ke atas meja makan.

Puan Diana melepaskan pelukan anaknya. Kepala digeleng perlahan.

"Aku ingat adik aku dah meroyan mati bunuh diri lepas kena tinggai." Dhariz tersengih sambil mengangkat dua jari. Peace!

Ayeena menjeling Dhariz sekilas. Dia melabuhkan punggung pada salah satu kerusi di meja makan itu. Ada pula cakap adik sendiri mati bunuh diri.

Puan Diana menampar lembut bahu Dhariz. Amboi biasa dia ni!

Dhariz mengaduh padahal tidak sakit pun. Saja nak attention. Dia mengambil tempat di hadapan Ayeena. Dipandang wajah adiknya tidak berkelip.

Berkerut dahi Ayeena. Dah pehal pulak angah ni? Buang tebiat ka pa?

"Awat? Adik lawa sangat ka sampai tengok tak berkelip?"

Dhariz mencemik.

"Ingat aku heran (kisah) kot. Tu nasi bila nak cedok boh (cedokkan) kat aku. Lapaq (Lapar) ni. Cepat sikit."

Giliran Ayeena pula mencemik. Terus dicapai senduk. Mencedok nasi ke dalam pinggan dan dihulurkan kepada Dhariz.

"Sedap adik masak?" Puan Diana melabuhkan punggung di sebelah Ayeena. Pinggan disua kepada Ayeena untuk meminta cedokkan nasi.

"Bolehlah daripada takda." Dhariz makan tanpa melihat kiri kanan. Lahap sungguh.

Ayeena menjelingnya tajam. Tch! Suka usik orang!

"Tapi kan dik pasaipa tetiba pagi ni hang jadi rajin. Selalunya pagi hang pukui 12 satgi. Ni baru pukul 8. Awalnya hang bangun." Dhariz mengaju soalan kepada Ayeena sambil tangan menyua pinggan kepada Ayeena untuk menambah seround lagi nasi goreng.

Tadi cakap boleh la daripada takda. Ni pehal tambah-tambah. Dasar loh!

"Suka hati la. Sibuk ja angah ni." Ayeena memberi semula pinggan kepada Dhariz selepas diisi dengan nasi. Berselera betul abangnya seorang tu.

"Cam pelik ja. Bangun awai. Masak pulak tu. Mau tak terkejut aku. Nasib takda heart attack. Kalau tak, hm tak sempat aku nak merasa kawin lagumana." Dhariz memegang dada sebelah kiri gaya dramatis. Bersama bibir dicebik muka sayu minta kaki.

Ayeena hanya membalas dengan jelingan. Angah kalau tak mengusik bukan angah la tu.

Puan Diana ketawa kecil melihat telatah Dhariz. Ada-ada ja anak bujang dia ni.

"Tapi kan hm nampak macam ada hikmah pulak hang putus tunang. Dapat juga merasa air tangan hang masak, dik. Bukan selalu ni. Bangun pun awai. Ish, suka angah tengok hang lani."

Eh, tiber dia pula yang suka gaya mak bangga tengok anak pasaipa?

"Itu lah umi dah pesan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Omputeh kata every cloud has a silver lining." Puan Diana mengusap bahu Ayeena disebelahnya. Ayeena tersenyum mengangguk. Mengiyakan kata Puan Diana.

"Perghhhhhhh mantap pak abu! Umi sepiking nahhh bukan kaleng-kaleng ni." Dhariz mengangkat kedua belah tangan ditepuk berkali-kali.

Puan Diana dan Ayeena ketawa melihatnya.

"Umi, opah macam mana?" Ayeena menyoal kepada Puan Diana.

Puan Diana mengeluh perlahan. Ibunya Puan Ruziah paling pantang maruah anak cucunya dipijak-pijak.

Dia percaya cucunya, Ayeena tidak akan melakukan perkara itu. Semua itu fitnah belaka.

"Kalau aku jumpa orang yang fitnah tu memang aku takek dia pakai parang." Dhariz meniru suara garang opah.

Mereka bertiga ketawa setelah itu.

Sungguh opah memang garang. Dhariz sahaja cucu yang berani menentang opah. Dia selamba kentut depan opah dan ditanya opah amacam kentut orang makin wangi bukan.

Astaga. Nasib tak mati orang tua tu.

Tetapi opah sangat menyayangi Dhariz dan Ayeena. Mereka berdua cucu terapat sampai jeles ha mamat Hakeem sebelah rumah ni.

Opah sampai demam tau kalau tak jumpa Dhariz melebihi sebulan. Itu yang muka malaun ni tiap-tiap minggu ada je dekat rumah Puan Diana.

Sedikit sebanyak lara di hati Ayeena semakin sembuh dengan adanya sokongan keluarga, umi dan babah yang sentiasa menasihati, angah yang perangai tak semenggah dan along yang tak pernah putus memberi kata semangat.

Alhamdulillah. Aku bersyukur aku masih ada keluarga yang sentiasa sayang dan percayakan ku.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Sifat kibir, sombong atau ego adalah penyakit paling besar di hati manusia. Tetapi ia tidak dianggap penyakit jiwa. Ia lebih terkenal sebagai sifat mazmumah. Orang tidak anggap sifat mazmumah seperti sombong atau ego itu sebagai penyakit jiwa walhal ia adalah penyakit jiwa yang paling bahaya.

Continue Reading

You'll Also Like

1M 51.2K 47
Genre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan...
435K 27.7K 58
TAD series 2 [Completed] Tuan Aryan Darmish anak ketiga kepada Ayeena Danisha dan Tuan Aayyan Danish. Muka sebijik muka bapaknya. Penat mak lahir bap...
41.4K 1.5K 54
Setelah dilukai cinta hatinya dia membawa diri ke kedah untuk menjauhkan diri dari bekas tunang yang telah curanginya Siapa sangka-sangka datang ke...
21.5K 1.1K 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story...