Ustaz, Tunggu Saya!

By aeinsohko

809K 31.8K 4.3K

Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua... More

Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 51
Promote Time
Bab 52
Epilog
✨Farewell ✨
UTS Beraya #1
UTS Beraya #2
UTS Beraya #3
UTS Beraya #04
UTS Beraya #5
UTS Beraya #06

Bab 50

11K 435 48
By aeinsohko

Empat bulan kemudian.

Lenaku terganggu apabila terdengar bunyi deringan telefon membingitkan telinga. Aku meraba-raba kawasan sebelahku, mengharapkan Hamidi akan bangun mengangkat panggilan tersebut.

Kosong.

Ahh penatnya nak bangun. Sudahlah tidur lewat semalam sebab kaki kejang. Baru sahaja aku ingin bangun, deringan sudah terhenti. Aku hela nafas lega. Kembali menyambung tidur.

Tapi baru beberapa saat berlalu, telefon kembali berdering. Aku menarik nafas dalam. Tapi kali ini deringan tidak lama apabila ada yang menjawab.

"Assalamualaikum Am, ada apa-apa ke?" suara Hamidi kedengaran. Perlahan sahaja, mungkin risau akan menganggu lena aku yang sudah terganggu.

Arham rupanya yang menghubungi aku. Dah kenapa buang tabiat call malam-malam.

"Tak ganggu pun. Maaflah lambat angkat, aku dalam tandas tadi, Aisya pula tidur." suara Hamidi kedengaran lagi. Entah apa yang dibualkan aku tidak tahu.

"Laa ye ke? Semoga dipermudahkan urusan. Banyak-banyak berdoa. InShaa Allah, dua-dua akan selamat nanti."

"..."

"Kau nak kitorang datang ke?"

"..."

"Okaylah kalau macam tu. Nanti aku kitorang datang esok. Aisya pun mesti seronok," Hamidi ketawa kecil.

"..."

"Kalau macam tu, aku letak dulu, ya? Assalammualaikum..."

Disebabkan lena aku dah terganggu, cuma berat untuk membuka mata. Tidak lama kemudian, aku dapat rasakan Hamidi mendekati tempat aku. Mungkin ingin meletakkan kembali telefon aku di atas meja sisi katil.

"Habib,"

Aku nak tidur balik. Tapi tak boleh. Rasa nak menangis pula bila tak boleh nak kembali ke alam mimpi. Semuanya salah Arham.

"Dah bangun? Habib ganggu sayang ke?" tanya Hamidi. Dia melabuhkan punggung disisi aku. Aku menggeleng kecil. Bukan dia yang ganggu, tapi Arham.

"Awal lagi ni, baru pukul 3.30. Sayang tidur dulu. Nanti subuh Habib kejutkan balik." Hamidi bermain dengan rambutku.

"Hmm... Habib bangun nak solat ke?" tanyaku. Masih lagi tidak membuka mata.

"Ha'ah, kenapa? Nak solat sekali ke?" tanya Hamidi. Dah tahu aku akan menolak, lagi nak bertanya.

Aku menggeleng.

"Taknak, tak larat. Aisya nak tidur," sebut perkataan tidur aku rasa nak menangis. Sedih sebab susah nak tidur.

Hamidi ketawa kecil.

"Kalau macam tu, tidurlah. Habib nak solat kejap."

Aku menggeleng lagi.

"Kenapa ni? Tak boleh tidur ke?" lembut Hamidi bertanya. Aku mengangguk.

"Habib ulitkan, nak?"

Aku mengangguk. Kemudian aku mengubah posisi mengiring. Kalau tadi aku mengiring menghadap tempat tidur Hamidi, jadi bermakna Hamidi berada dibelakang aku. Lalu aku ubahkan mengiring menghadapnya.

Terasa ada bantal diletakkan dibelakang aku. Menahan tubuh aku. Aku mencapai sebelah tangan Hamidi, nak buat peluk.

Sejak kandunganku menginjak masuk second trimester. Perangai yang memang sedia tahu mengada, makin mengada. Perangai manja, makin manja. Nasib baik Hamidi sudah tidak mengalami alahan. Kalau tidak, tak dapat nak bayangkan macam mana.

Hamidi sudah mula nengalunkan zikir sambil bermain dengan rambut aku. Tidak lama kemudian, aku kembali berlayar ke alam mimpi.

*********
Aku menyendukkan mihun goreng kedalam pingganku. Air tea panas dituangkan kedalam cawan aku dan Hamidi. Hamidi pula hanya memilih untuk menyantap roti bakar dengan jem nanas.

"Habib,"

Hamidi mengangkat kepala memandangku, dia hanya menjongketkan kening tanda bertanya disebabkan mulutnya sedang mengunyah roti.

"Sebelum pergi hospital, kita singgah kedai dulu, boleh? Aisya nak belikan hadiah untuk Syaza," ujarku. Hamidi mengangguk.

"Sayang nak beli apa?" tanya Hamidi.

"Tak tahu, nantilah Aisya tengok yang mana berkenan." balasku. Hamidi mengangguk faham.

Syaza sudah selamat melahirkan bayi lelaki, tepat pada azan subuh pagi tadi. Pada waktu Arham menghubungi awal 3 pagi itu, Syaza sedang mengalami contraction.

Selepas beberapa suapan. Aku menolak pinggan ke tepi. Masih ada sedikit yang perlu dihabiskan.

"Kenapa tak habiskan?" tanya Hamidi. Aku menggeleng.

"Taknak, nanti makin gemuk." aku menunduk melihat tubuhku. Sejak perut sudah membesar, aku selalu merasa risau. Risau kalau tubuh jadi gemuk dari kebiasaan.

Hamidi ketawa kecil.

"Biasalah tu bila mengandung. Nanti baby dah keluar, sayang kurus balik macam sebelum ni." ujar Hamidi. Aku mencebik.

"Habib habiskan, ya?" aku mengerdipkan mata kepada Hamidi. Hamidi menggeleng. Nampaknya tiada kompromi kali ini.

"Habib yang patut risau sebenarnya, sebab Habib yang makin gemuk. Asyuk habiskan makanan sayang je," ujar Hamidi. Dia menjelingku.

"Alaa, bukan banyak pun. Sikit je," aku menolak pingganku kearah Hamidi. Hamidi tetap menggeleng.

"Habib suapkan sayang, nak?"

Aku menggeleng.

"Aisya dah gemuk sekarang ni," aku mencebik.

"Mana ada, tak gemuk pun. Comel je," ujar Hamidi. Aku menggeleng. Menidakkan yang dikatakan Hamidi.

"Habib tahu sayang lapar lagi, kan?" Hamidi menjongketkan kening berkali-kali. Aku mencebik.

"Sayang pejam mata, lepastu fikir yang sayang kurus. Biar Habib suapkan, okay?" pujuk Hamidi. Aku diam.

"Come on. Habib tahu sayang lapar lagi, jangan nak tahan sangat. Nanti rugi kemudian hari," Hamidi memprovok aku.

Aku mengetap bibir. Hamidi menarik kerusi mendekati aku, pinggan aku diambil lalu. Bihun disudukan sedikit lalu menyuakan kepadaku.

Aku mengemam bibir.

"Tak makan rugi tau, sayang masak sedap." eh puji masakan aku.

Akhirnya aku pejam mata, buat seperti yang diarahkan Hamidi.

'Aku kurus,'

"Buka mulut. Aaaa..." Hamidi menyuapkan mihun kedalam mulut aku. Selepas beberapa kali suapan, akhirnya habis juga.

"Nak tambah lagi?" tanya Hamidi. Aku menggeleng laju. Dia ni memang nak aku gemuk ke?

"Kalau macam tu, pergi bersiap. Biar Habib kemaskan meja. Baju sayang, Habib dah siap iron."

"Okay!" aku bangun dari duduk. Ingin menukar pakaian.

"Jalan elok-elok, jangan nak berlari." pesannya. Aku mencebik, kandungan dah masuk lima bulan. Tak logik betul kalau aku berlari.

Dia ingat ni Train To Busan?

Aku menaiki tangga, menuju ke bilik. Menukar pakaian untuk ke hospital, nak tengok anak buah baru. Ahh tak sabarnya.

Selesai menukar pakaian, aku kembali turun kebawah. Hamidi sudah siap mengemas meja makan. Harini dia pergi café lewat. Sebab nak bawa aku pergi lawat Syaza.

***********
Pintu wad ditolak sedikit, aku menjenguk kepala. Saja nak main intai-intai terlebih dahulu. Apabila terlihatkan Syaza yang berada diatas katil sambil memegang sekecil, aku tersengih. Pintu ditolak lebih besar lalu aku masuk kedalamnya.

"Datang pun, ingatkan taknak datang dah..." ujar Syaza dengan nada seakan merajuk.

"Mana boleh tak datang, kawan aku bersalin." aku mendekati katil Syaza. Buah tangan diletakkan diatas meja bergerak; meja yang pesakit selalu guna untuk makan. Hamidi pula bersalaman dengan Arham.

"Comelnya dia," Pipi bayi yang sedang lena itu aku cuit.

"Aku dapat boy, kalau kau punya nanti girl. Kita jadi besan eh," ujar Syaza. Eh dia ni, anak kecil lagi dah cakap pasal ni.

"Aku tak tahu, kena tanya baba dia." balasku. Tangan masih lagi mencuit pipi si kecil.

"Id, boleh tak?" tanya Syaza.

Hamidi menjongketkan bahu.

"Kalau ada jodoh, bolehlah. Kalau tak ada, tak akan aku nak paksa pula." balas Hamidi. Syaza mencebik.

"Haa, tak bawa hadiah untuk menantu?" tanya Syaza tiba-tiba kepadaku.

"Ada, dalam kereta. Nanti kau keluar, aku bagilah. Aku baru pergi beli sebelum datang sini tadi." aku melabuhkan duduk diatas kerusi.

"Kenapa awak tidur, auntie nak borak dengan awak ni." ujarku geram. Hidung pula aku cuit.

"Ish kau, anak aku baru je tidur." marah Syaza. Tanganku ditamparnya.

Aku mencebik. Cuit sikit pun tak boleh, bukannya aku nak cubit sampai lebam.

"Macam mana perasaan jadi ayah?" suara Hamidi kedengaran. Aku dan Syaza memalingkan muka kearah mereka berdua.

"Cuak jugalah masa Syaza dekat labour room tu. Itu yang aku call tu, panik." balas Arham. Dia menggosok belakang bahunya.

"Eh, abang call Id ke?" tanya Syaza, seakan sedikit terkejut dengan jawapan Arham. Ni mesti Arham tak bagitahu ni.

"Dia call macam pagi-pagi buta, menganggu ketenteraman aku nak tidur." jawab aku geram. Bila teringatkan kembali lena aku yang terganggu semalam, sakit hati pula.

"Aku paniklah, tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba datang idea nak call kau, alih-alih laki kau yang jawab." balas Arham. Jelas nada ketidakpuasaan hatinya.

"Aisya baru nak lena waktu tu, itu yang tak angkat." Hamidi membela aku. Yeah, sayang Habib ketat-ketat.

"Kau buat apa tidur lewat sangat? Seingat aku, aku masuk labour room semalam dalam pukul 3 lebih." tanya Syaza.

"Tak tahu. Tiba-tiba susah nak tidur semalam. Bila lelap je, ada orang ganggu pula." sempat aku memerli.

Arham menjeling tajam. Tak kurang juga jelingan balasan dari aku.

Hamidi menggeleng kecil dengan perangai aku. Gelengan teguran untuk aku hentikan perang mulut. Aku mencebik. Mengalah.

Tiba-tiba pintu wad ditolak dari luar. Muncul gerangan yang bergelar Tok Mummy. Tersenyum lebar wajah tua itu. Dibelakangnya Daddy turut masuk kedalam wad.

Aku bangun dari duduk apabila mummy mendekati katil, sempat dia bersalaman terlebih dahulu dengan menantu dan anak lelakinya itu. Tangan mummy disalami aku, kemudian Syaza pula bersalaman dengan mummy.

Aku berginjak sedikit memberi ruang untuk mummy. Tak adalah sikit kalau dah sampai berdiri sebelah Hamidi.

"Makin bertambah cucu Tok Mummy, ya. Lepasni Ecca pula," ujar Mummy teruja sekali gus mengambil tugas aku untuk mencubit pipi si bayi itu.

"Mummy nak dukung boleh tak ni?" melebar betul senyuman mummy.

"Mestilah boleh," Syaza menghulurkan si kecil kepada Mummy. Lepas gian nak dukung cucu. Daddy pula dah merapat, taknak lepas peluang usik cucu yang tengah tidur.

"Hmm lepasni mummy lupalah dekat anak dia, dah ada cucu katakan." ujar Arham.

Tapi dipalau mummy. Aku menekup mulut menahan tawa. Hamidi pula hanya sekadar tersenyum. Bahu Arham ditepuk.

"Biasala tu, bila dah ada cucu. Anak akan jatuh ketangga yang terakhir dah." ujar Hamidi dengan tawa kecil. Arham turut ketawa. Menggeleng kecil melihat gelagat mummy dan daddy yang sedang didunia mereka itu.

Nak buat macam mana, cucu yang dua orang dekat NY tu dua-dua lahir dekat sana. Itu yang teruja bila cucu yang ni lahir kat Malaysia. Boleh tengok lama-lama. Yang kat NY boleh tengok dekat skrin telefon je.

Aku tersengih bila mengingatkan kadang-kadang mummy ada merungut kerana rindukan cucunya di barat sana.

"Tersengih-sengih, tengah fikir apa hmm?" aku tersentak apabila ada satu bisikan. Berpaling ke tepi memandang Hamidi yang memandangku sambil menjongketkan kening.

"Teringatkan ex," jawabku selamba. Berubah terus muka Hamidi, tapi sedaya-upaya dikawalnya agar tidak terlalu kelihatan.

"Ian?" tanya Hamidi lagi. Kali ini aku sedikit terkejut. Eh, dia ingat?

"Habib ingat nama dia?" tanyaku tidak percaya. Selalunya orang lelaki akan lupa benda remeh sebegini.

Dia mengangguk kecil kemudian melangkah kearah sofa sebelum duduk dilabuhkan. Aku menggigit bibir bawah.

'Nak bergurau, tapi salah timing.'

Aku turut mengatur langkah kearah sofa. Melabuhkan punggung disisi Hamidi. Dia palau aku! Selamba main phone. Aku mencebik. Nanti balik rumah, baru aku pujuk. Nak pujuk sekarang, rasa macam tak sesuai pula.

"Nama apa cucu Mummy ni?" persoalan Mummy menarik perhatianku daripada Hamidi.

"Syafiq Idzham," jawab Arham.

"Awak je asyik dukung, saya pun nak dukung juga." ujar daddy tak puas hati.

"Sabarlah dulu, awak bukannya reti sangat dukung budak baru lahir ni."

Amboi mummy, macamlah si kecil tu cucu dia sorang je. Daddy menggeleng kecil. Mummy pula bukan main seronok usik cucu dia. Sampai merengek si kecil. Lena terganggu. Akhirnya menangis. Barulah kalut nak bagi balik dekat si ibu. Aku ketawa kecil melihatkan itu.

"Kamu nak menyusu ke? Kalau macam tu, daddy keluar dulu lah." Daddy mempamitkan diri.

"Dah nak balik ke, daddy?" tanya Arham.

"Tak, nak pergi turun dekat bawah. Nak breakfast. Tadi tak sempat nak breakfast, mummy kamu teruja nak datang sini." balas daddy.

"Kalau macam tu, mummy ikut daddy jugalah."

"Kami pun nampaknya nak minta diri dululah, lagipun lepas ni Id kena pergi café pula." Hamidi turut bersuara. Aku memandangnya.

"Ke sayang nak duduk sini? Tengahari nanti Habib datang ambil," tanya Hamidi. Aku menggeleng laju.

"Nak ikut Habib," balasku. Hamidi mengangguk kecil lalu bangun. Kemudian bersalaman dengan mummy, daddy dan Arham. Begitu juga aku.

Cuma ketika aku bersalaman dengan Syaza, sempat dia berbisik.

"Kau gaduh eh?" tanya Syaza perlahan. Aku sengih tak bersalah.

"Tak sengaja cari gaduh," balasku perlahan. Syaza menggeleng kecil. Sebelum pergi, sempat aku mencium si kecil.

Alang-alang nak keluar, kami keluar saing dengan daddy dan mummy. Aku beriringan dengan mummy dan daddy berjalan beriringan dengan Hamidi. Dan kami berpisah di ruang lobi. Daddy dan mummy ke café hospital manakala kami menuju ke pasrking lot.

Suasana antara aku dan Hamidi sunyi. Hamidi lebih memilih untuk mengunci bicara. Cuma bila dengan daddy tadi, dia ada berbual juga. Tapi bila daddy dan mummy hilang dari pandangan, terus bisu.

Cuma, walaupun Hamidi taknak bercakap dengan aku. Dia tetap pegang tangan aku sewaktu kami beriringan ke tempat parkir kereta. Pintu kereta pun dia tolong bukakan.

Tapi, sepanjang perjalanan pulang. Hamidi seolah-olah betul-betul tekada taknak bercakap dengan aku. Aku tanya berpatah-patah, sepatah je dia jawab. Tak pun dia gelang atau angguk je.

"Habib nak pergi café ke lepas ni?" tanyaku. Hamidi mengangguk.

"Aisya nak ikut, boleh?" aku mengerdipkan mata memandangnya. Hamidi mengerlingku sekilas.

"Buat apa ikut?" tanya Hamidi. Suara dia, mendatar je.

"Bosan duduk rumah sorang-sorang," dan itu hanyalah alasan semata-mata. Tapi memang bosan pun.

Hamidi diam tidak menjawab.

"Habib, boleh tak?" aku buat suara comel. Wajah Hamidi diintai, nak tengok reaksi dia. Tapi malangnya, tiada reaksi. Aku cuit bahunya.

Pay attention please!

Hamidi menggeleng. Aku mencebik. Sedih. Akhirnya, aku turut mengunci mulut sehinggalah kereta yang dipandu, siap diparkir dibawah garaj rumah kami.

Hamidi tidak mematikan enjin keretanya. Bermakna dia betul-betul nak pergi café lepastu tinggal aku kat rumah.

"Habib, Aisya nak ikut. Bolehlah..." aku masih memujuk.

Hamidi menggeleng.

"Habib dah lewat ni," ujarnya. Aku kemam bibir.

Tenang Aisya. Jangan cepat melatah. Kau juga yang mula dulu. Kononnya teringat dekat ex. Haa padan dengan muka kau sekarang ni.

Aku membuka seatbelt. Tangan dihulurkan kepada Hamidi. Nasib baik dia sambut huluran tangan aku. Kalau tak, dekat sini juga aku menangis.

"Hmm tak kiss sini ke?" tanyaku perlahan sambil menunjukkan dahiku. Hamidi tak cium dahi aku macam biasa. Bila aku tanya, barulah dia buat.

Ini bermakna, Hamidi merajuk tahap kritikal.

"Masuk rumah terus. Kunci pintu. Rehat, jangan nak buat kerja." pesan Hamidi sebelum aku keluar.

"Hati-hati," aku turut memberi pesan. Hamidi tidak merespon.

Aku keluar dari kereta, kaki diatur kedalam rumah. Bila aku dah selamat ada dalam rumah, barulah Hamidi mengundurkan keretanya keluar dari halaman rumah.

Aku masih berdiri dibalik pintu yang tertutup. Menunduk mengusap perut.

"Macam teruk je baba merajuk kali ni. Mama nak buat apa ni?" tanyaku. Seolah si kecil didalam kandungan boleh memberi cadangan.

"Tolonglah pujukkan baba untuk mama," aku meminta tolong. Nada sudah berubah sebak.

Aku lepas keluhan. Merencana apa yang patut dilakukan sehinggalah tiba-tiba akal mendapat satu idea.

Seketika kemudian, aku menggigit bibir.

"Kalau mama buat macam tu, agak-agak baba marah tak?" tanyaku lagi. Perut yang sudah memboyot diusap.

Sepi tiada jawapan.

"InShaa Allah, baba tak marah." aku menarik nafas dalam.

*********
Sudah hampir 10 minit aku disini. Rangkaian kata Helwah Café dipandang dari dalam kereta. Debaran tak usah kata.

Satu sebab keluar rumah tak minta izin Hamidi. Kedua sebab sebab dah lama tak drive kereta sorang-sorang tapi harini terpaksa juga. Ketiga, berdebar sebab memikirkan reaksi Hamidi nanti.

Buat kesekian kalinya, aku menarik nafas paling dalam.

"Jom kita turun. Kalau baba marah mama, baby tolong tau."

Enjin dimatikan. Beg tangan disebelah penumpang diambil. Dengan lafaz bismillah aku keluar dari kereta. Kaki melangkah kearah pintu cafe, ditolak dengan rasa tawakkal paling tinggi.

Mata meliar mencari tempat kosong. Akhirnya mata tertangkap akan satu tempat kosong berhampiran tingkap. Sedikit jauh dari kaunter Café.

Aku melabuhkan punggung dikerusi tersebut. Tidak lama kemudian, seorang pelayan lelaki datang ingin mengambil pesanan.

"Selamat datang ke Helwah Café." ujar pelayan tersebut seraya menghulurkan buku menu. Bibirnya manis dengan senyuman. Dah nama pun pelayan, mestilah muka kena manis. Nanti kena report.

"Eh Puan Ecca," dia seolah terkejut sebaik aku mengangkat muka memandangnya. Aku tersengih.

"Maaf, saya tak perasan Puan tadi." dia menunduk sedikit.

"Tak apa, tak apa..." aku mengangkat tangan sedikit. Tanda aku tidak kisah.

"Puan nak pesan apa-apa ke?" tanya pelayan tersebut.

Aku jeda seketika. Mata meliar memerhati sekeliling Café.

"Abang Id, ada?" tanya aku. Lelaki itu mengangguk.

"Dia ada dalam pejabat. Tadi dia ada minta Amir buatkan dia air." ujarnya.

Aku mengangguk faham.

"Amir dah hantar ke air tu?" tanya aku.

"Belum," dia menggeleng.

Aku tersenyum suka.

"Kalau saya nak minta tolong, boleh?" tanyaku dengan nada sedikit berbisik. Dia berkerut dahi.

"Apa dia, Puan?"

Aku tersenyum. One step closer. Kalau Hamidi marah, pandai-pandailah nanti aku sejukkan.

Haish, pujuk pun belum. Nak sejukkan hati dia pula.

********
Pintu berwarna koko itu diketuk dengan penuh debaran.

"Masuk," suara Hamidi kedengaran.

Tombol pintu dipulas dengan lafaz bismillah. Aku masuk kedalam dengan berhati-hati. Pintu ditutup kembali.

Aku merapati meja kerjanya, air yang dia pesan tadi aku letakkan berhati-hati diatas meja. Hamidi sedang duduk membelakangi meja, jadi dia tak perasan aku yang hantar air. Dia menungkan apa?

Aku meletakkan beg aku diatas meja. Perlahan kaki melangkah kearah Hamidi. Aku beranikan diri mengintai wajahnya. Seolahnya dia sedang memikirkan sesuatu.

Aku mencuit sedikit bahunya. Tiada respon. Aku mencebik. Dia tengah fikirkan apa? Ke tidur? Tapi takkanlah tidur? Kali ini aku tingkatkan lagi keberanian aku, bahu Hamidi diurut perlahan.

"Allah," Hamidi terkejut. Refleks dia melarikan bahunya. Bukan setakat larikan bahu je, siap bangun dari kerusi lagi. Nafasnya tercungap-cungap akibat terkejut.

Eh teruk sangat ke aku buat sampai macam tu sekali dia terkejut?

"Aisya," dia melepaskan keluhan lega sebaik melihat gerangan itu adalah aku. Tangannya naik meraup muka. Aku senyum kekok.

Hamidi kemudiannya memandangku dengan pandangan pelik. Dahi berkerut.

"Macam mana sayang boleh ada dekat sini?" tanya Hamidi.

"Aisya datang sinilah, sebab tu boleh ada dekat sini." jawabku. Hamidi menggeleng kecil.

"Bukan itu. Maksud Habib, sayang datang dengan siapa?" tanya Hamidi. Tak lepas matanya memandangku.

"Ermm datang dengan baby," aku menunjukkan perutku.

"Aisya," dia melepaskan keluhan. Okay, nampaknya Hamidi tengah serius. Dia tak ada mood nak bergurau sebab dia tengah merajuk dengan aku. Aku mencebirkan bibir.

"Kalau Aisya jawab. Habib janji tak marah?" tanyaku. Nak minta warranty dulu.

"Hmm..."

"Aisya drive. Sendiri." jawabku teragak-agak. Senyuman paling manis ditayangkan.

"Kalau jadi apa-apa tadi macam mana? Keluar rumah tak bagitahu, lepastu datang sini senyap-senyap. Kalau tadi Habib tak sengaja tertolak Aisya sebab terkejut, macam mana?"

Tak. Hamidi tak marah. Dia tak naikkan suara pun. Nada yang digunakan biasa je. Tapi tegas sikit. Aku tak salahkan dia pun kalau dia marah, sebab memang salah aku. Aku faham, mesti dia risau pasal aku dan kandungan.

Tapi, aku buat sebab nak pujuk dia.

Aku menundukkan kepala.

"Aisya minta maaf," ujarku perlahan.

"Aisya buat macam tu sebab nak pujuk Habib. Aisya taknak Habib merajuk lama-lama." sambungku lagi.

"Bukan macam ni caranya, Aisya. Kalau jadi apa-apa nanti, siapa nak tanggung?"

Nampaknya Hamidi betul-betul marah. Panggil aku pun guna nama.

"Sorry," aku menyeka airmata yang hampir jatuh. Kemudian aku angkat kepala.

"Aisya minta maaf. Aisya balik dulu. Habib kerja elok-elok, okay? Jumpa kat rumah nanti," ujarku. Aku senyum kecil. Aku berpaling, beg diatas mejanya aku ambil.

Aku dengar Hamidi melepaskan keluhan berat.

"Tak payah balik. Tadi kata bosan duduk rumah sorang-sorang, kan? Duduk sini, balik dengan Habib nanti." ujar Hamidi. Aku menghentikan langkah seketika. Kemudian kembali melangkah.

"Aisya Rabecca," panggilan Hamidi aku tak hiraukan.

Tombol dipulas. Baru sahaja aku ingin membuka menarik pintu, tangan aku dipegang Hamidi. Pintu ditutup kembali dan dikunci.

"Pandang Habib,"

Perlahan-lahan aku mengangkat wajah. Hamidi dipandang dengan mata yang berair. Dia menjongketkan kening.

"Janganlah pandang Aisya macam tu," airmata yang ditahan akhirnya jatuh. Aku menyeka.

"Habistu, nak pandang macam mana?" boleh pula dia tanya macam tu. Lagi lebat airmata aku jatuh. Aku menyekanya kasar.

"Aisya kan dah minta maaf, janganlah marah lagi." ujarku dalam sebak.

"Ada buat salah ke?" Hamidi menjongketkan kening. Aku mengangguk perlahan.

"Aisya buat apa je sampai nak minta maaf?" tanya Hamidi lagi. Aku menggigit bibir.

"Banyak," jawabku.

Hamidi mengangguk.

"Cuba sebut apa je Aisya buat sampai Habib patut rasa terkilan," Hamidi berpeluk tubuh memandang aku. Dah macam kena soal dengan polis.

"First, sebab Aisya cakap Aisya teringatkan Ian. Tapi, Aisya gurau je. Sumpah, Aisya tak fikirkan langsung pasal dia." aku mengangkat tangan tanda bersumpah.

"Lagi?"

"Aisya keluar rumah tak bagitahu Habib,"

"Hmm lagi?"

"Aisya degil,"

"Lagi?"

"Aisya buat Habib terkejut tadi,"

Hamidi jeda seketika.

"Walaupun tu tak termasuk sama, tapi tak apalah. Hmm lagi?" komennya.

"Ada lagi ke?"

Hamidi menjongketkan bahu.

"Aisya tak tahu apa lagi Aisya buat hari ni. Tapi, Aisya minta maaf atas semua yang Aisya buat harini. Sama ada sengaja atau tak," ujarku.

"Lepas ni nak buat lagi tak?"

Aku menggeleng laju.

"Janji tak buat lagi?"

Aku menggeleng juga. Hamidi berkerut dahi.

"Kenapa tak janji?"

Aku mencebikkan bibir.

"Habib sendiri tahu perangai Aisya, kan? I'm sorry, okay?" hujung baju Hamidi ditarik. Aku pandang Hamidi dengan muka kesian.

"Degil," hidungku dicuit. Aku menunduk menekur lantai.

Kemudian Hamidi merendahkan posisi badannya, menyamai dengan perutku.

"Bagitahu mama, jangan nak buat hal lebih-lebih. Baba buat perang dingin nanti, baru padan muka." ujar Hamidi. Aku menggigit bibir.

Hamidi kemudian memandang aku sebekum membetulkan kembali postur tubuhnya. Walaupun aku tengah menunduk tenung lantai, tapi aku dapat rasa yang dia sedang tenung aku.

Mestilah aku gelabah! Tapi berlagak tenang.

Kemudian Hamidi ketawa kecil. Aku mengangkat kepala memandangnya. Hamidi usap kepala aku sebelum ditarik dan dikucup.

Aku pandang dia tak berkelip.

"Cuak ke?" tanya Hamidi. Otak aku ambil masa hampir seminit untuk hadam. Aku angguk laju.

"Habib tak marah dah?" aku beranikan diri bertanya.

"Marah lagi,"

Aku mengemam bibir. Hujung bajunya dimainkan.

"Aisya kan dah minta maaf. Janganlah marah lagi..." ujarku perlahan.

"Sayang buat Habib risau, mestilah Habib marah. Kalau jadi apa-apa masa sayang tengah drive tadi, macam mana?"

"Tapi tu kan salah Habib juga," aku pandang Hamidi.

Hamidi menjengilkan mata.

"Habib juga yang salah?" tanya Hamidi seakan tidak percaya. Aku mengangguk.

"Kalau tadi Habib bawa Aisya sekali datang Café, tak adanya Aisya nak keluar rumah tak minta izin lepastu drive kereta sorang-sorang." jawabku. Yakin.

Hamidi menarik nafas dalam dengan mata yang terpejam. Kemudian dia kembali memandang aku dengan senyuman redha.

"Sayang yang mulakan dulu, tapi Habib yang salah?"

"Aisya mulakan apa pula?" tanyaku pelik. Hamidi memandang aku dengan pandangan geram.

"Lupakan saja. Sayang menang, Habib salah." ujar Hamidi. Kepalaku diusap.

"Duduk dalam ni diam-diam, Habib nak pergi dapur sekejap." ujar Hamidi.

"Nak ikut,"

Hamidi menjengilkan mata.

"Ni bukan dapur rumah, sayang. Tapi dapur café," ujar Hamidi sehabis lembut.

Aku mencebik. Akhirnya akur. Aku labuhkan duduk disofa selepas Hamidi keluar dari bilik tersebut.

Bilik itu diperhatikan sekeliling. Simple sahaja susun aturnya. Mungkin dah memang Hamidi seorang yang sederhana dalam setiap hal.

Disebabkan suhu bilik yang nyaman ditambahkan pula dengan suasana sunyi. Buatkan mata aku ingin terkatup.

Mungkin tidak sampai lima minit nanti, aku akan berlayar ke alam mimpi.

Aku membaringkan tubuh, membetulkan posisi akan selesa; mengiring. Sebelah tangan dijadikan bantal manakala sebelah lagi diletakkan di perut.

Akhirnya aku tertidur.

Tbc

Terima kasih sudi baca chap hambar ni. Makin lama makin cetek idea nak menulis. Haishss🤧

Continue Reading

You'll Also Like

46.7K 1.3K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
895K 36.4K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
2M 48.7K 44
Perkahwinan yang terjadi hanya kerana satu amanat. Perkawinan yang dirahsiakan oleh pengetahuan keluarga. Demi melanjutkan pelajaran mereka terpaksa...