Ustaz, Tunggu Saya!

By aeinsohko

809K 31.8K 4.3K

Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua... More

Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Promote Time
Bab 52
Epilog
✨Farewell ✨
UTS Beraya #1
UTS Beraya #2
UTS Beraya #3
UTS Beraya #04
UTS Beraya #5
UTS Beraya #06

Bab 48

11.5K 455 74
By aeinsohko

Aku membuka mata perlahan-lahan. Segenap ruang aku perhatikan. Aku memejamkan kembali mata apabila kepala terasa sakit. Selepas beberapa saat, barulah aku kembali membuka mata. Okay, dah tak sakit.

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian aku. Aku membuang pandang kearah pintu. Senyum terukir sebaik melihat gerangannya.

Hamidi masuk sambil ditangannya ada satu bag plastik makanan. Dia turut tersenyum apabila terpandangkan aku. Langkahnya diatur, memendekkan jarak diantara kami.

"Dah lama bangun?" tanya Hamidi. Bag plastik diletakkan diatas meja. Aku menggeleng perlahan. Hamidi membetulkan rambutku yang sedikit menutup mata.

"Nak apa-apa tak?" tanya Hamidi.

"Nak air,"

Air kosong yang terisi didalam jag, dituangkan kedalam gelas. Aku bangun dari perbaringan. Hamidi menyuakan gelas berisi air kemulutku, membantu aku minum. Selepas beberapa teguk, aku menolak.

Hamidi kembali melabuhkan punggung disisi katil.

Rambutku, Hamidi selitkan ke belakang telinga.

"Macam mana Aisya boleh ada dekat hospital?" tanyaku apabila tiada tanda bahawa Hamidi akan membuka mulut. Apa yang seronok sangat main dengan rambut aku pun, aku tak tahu.

"Sayang pengsan," jawab Hamidi pendek. Aku pengsan, dan sekarang ni dia tak nampak risau pun. Happy je. Dia tak sayang aku ke?

"Habib nampak happy je, tak risau pun. Habib tak sayangkan Aisya ke?" tanyaku perlahan. Hamidi memandangku seketika sebelum ketawa kecil. Hidungku dijepit.

"Selalu sangat fikir Habib tak sayang Sayang. Makin lama makin teruk penyakit overthinking sayang ni," hidungku ditariknya.

Aku menampar tangannya. Kalau dibiarkan, boleh tercabut hidung aku. Ah, melebih pula sampai tercabut hidung.

"Hormon ibu mengandunglah kut," sambung Hamidi lagi. Aku mengangguk setuju.

"Mungkinlah..." komenku pendek. Seketika aku jeda. Hamidi yang sedang tersenyum dipandang.

Hamidi sebut apa tadi?

"Habib sebut apa tadi?" tanyaku, menginginkan kepastian. Manalah tahu kalau aku tersalah dengar.

Hamidi menjongketkan kedua belah bahu. Membiarkan aku berteka-teki.

"Habib tak bergurau kan?" tanyaku lagi.

Hamidi menggeleng.

Aku memandang kiri kanan, mencari telefonku. Sebaik ternampak telefonku diatas meja sisi katil, aku terus mencapai. Aplikasi MyTrack dibuka.

Aku dah lewat untuk datang betul. Hamidi aku pandang.

"Aisya mengandung? Serius?" tanyaku sebak. Bening mataku sudah hangat. Hamidi hanya tersenyum. Tidak menjawab.

Aku menutup mulut, menahan daripada mengeluarkan esak. Bukan menangis sedih, tapi terlalu gembira. Hamidi ketawa kecil melihat respon aku.

Tubuhku ditarik kedalam pelukannya. Tangisku dihamburkan kedadanya. Beria betul aku menangis.

"Terima kasih, sayang." kepalaku dikucup Hamidi lama.

"Aisya nak jadi mama tak lagi," ujarku dalam sebak.

"Shhh... Iya, jangan nangis dah. Nanti baby nangis sama." pujuk Hamidi. Aku ketawa kecil.

Sisa airmata disapu. Aku meleraikan pelukan. Wajah Hamidi dipandang bahagia. Akhirnya,

"Habib nangis juga," aku menunjukkan mata Hamidi yang berair.

"Mana ada," Hamidi memalingkan mukanya kearah lain. Aku ketawa lagi. Mukanya aku tarik memandang aku. Tangan naik mengusap air matanya. Aku masih lagi ketawa. Hamidi pula tunjuk muka tak puas hati.

"Jatuh saham Habib," gumam Hamidi perlahan. Aku masih lagi ketawa. Hamidi memandangku, sebelum tersenyum. Kepalaku diusapnya.

"Seronok ya ketawakan Habib?" tanya Hamidi geram.

Aku mengangguk laju.

"Seronok," jawabku dengan sisa tawa. Ketawa sampai berair mata. Seronok betul usik suami, ya. Hamidi menggeleng kecil.

"Dah berapa sayang mama ada ni?" aku menunduk mengusap perutku. Seolah berbicara dengan si kecil.

"Dah empat minggu, tapi mama dengan baba tak perasan..." Hamidi menjawab, macam dia pula yang aku tanya. Aku tersenyum lebar.

Ah penantian yang selama ni aku tunggu.

'Awra, Awra dah nak dapat adik sayang. Nanti mama bawa adik melawat Awra, ya?' hatiku berbisik. Perasaan sedih menjalar dihati.

"Sayang?"

Aku mengangkat muka.

"Aisya rindu Awra. Kalau dia ada, mesti dia seronok sebab nak dapat adik." ujarku, dihujungnya aku ketawa kecil. Ketawa yang diselubungi sebak.

Hamidi senyum tipis. Kepalaku diusap kemudian dikucup perlahan.

"Balik nanti, Aisya nak melawat Awra, boleh? Mesti dia rindu Aisya, Aisya pun rindu sangat dekat dia..."

"Mestilah boleh,"

Aku tersenyum suka.

"Sayang nak roti? Habib ada belikan tadi,"

Aku mengangguk.

"Nak, lapar..." aku mengusap perut, bibir dicebikkan. Hamidi gelak kecil. Plastik yang tadi diletakkan diatas meja diambil. Dibuka luas-luas.

"Nak yang mana?"

"Ermm..." aku mengetuk dagu, berfikir.

"Yang ni," roti strawberry diambil. Kemudian aku hulurkan kepada Hamidi.

"Bukakan, tak larat..." aku buat muka kesian.

"Mengada, ya?" Hamidi menggeleng kecil. Huluranku disambut, plastik roti dibuka untuk aku. Aku punya manja, Hamidi je boleh tahan. Hehehe...

"Yang lain tak datang ke?" tanyaku. Merujuk kepada ahli keluarga yang lain.

"Arham dengan Syaza ada datang tadi, tapi sayang tak bangun lagi. Yang lain, mungkin petang nanti diorang datang lagi." balas Hamidi sambil mengikat rambut aku.

Seronok betul ada suami. Rambut pun, suami yang ikatkan.

"Habib tak balik ke?" tanya aku. Aku berpusing sedikit memandangkan Hamidi berada sedikit dibelakang.

"Kenapa? Nak Habib balik ke?" Hamidi menjongketkan kening. Aku mengangguk tanpa teragak-agak.

"Tak suka Habib teman sayang?" tanya Hamidi lagi. Ikatan rambut dikemaskan. Aku mengubah sedikit posisi. Biar selesa memandang Hamidi.

"Bukan..." rambutnya aku serabaikan. Dia kemaskan rambut aku dengan mengikat rambut, aku pula menyerabaikan rambutnya. Adil tak?

"Sayang," tegur Hamidi. Wajahnya jelas tak puas hati. Ah aku tak kisah. Aku memerhatikan dia yang sedang membetulkan rambutnya.

"Habistu, kalau bukan. Kenapa?" tanya Hamidi sebaik siap membetulkan rambut. Hidungku dicuit.

"Aisya taknak Habib penat, Habib pun kena rehat juga." jawabku. Hamidi menjongketkan kening, was-was dengan jawapanku.

Dengan isteri pun nak was-was ke?

"Habib dah rehat tadi," balas Hamidi. Hidungku dijepitnya. Aku mencebik.

Aku memandang kembali kehadapan. Roti yang tinggal separuh, dicubit sikit lalu dimasukkan kedalam mulut.

"Aisya bosanlah," keluhku.

"Abang Fi bagitau tadi yang dia dalam perjalanan," ujar Hamidi.

Aku memandang Hamidi kembali.

"Kembar dengan Anaqi ada sekali?" tanyaku. Hamidi menjongketkan bahu. Aku berdecit geram.

Kembali menyuap roti kedalam mulut. Langsung tidak ditawarkan kepada Hamidi. Nak makan sorang-sorang.

Kemudian bunyi pintu diketuk dari luar, aku angkat kepala.

Eh kepala aku, tak ada tudung. Gelabah.

"Habib, tudung..." aku menunjukkan kepala aku. Hamidi ketawa kecil melihat aku yang kalut itu. Kemudian dia mencapai sesuatu yang diletakkan di kepala katil. Tudung sarung.

Sejak bila ada tudung dekat situ? Aku tak perasan pun. Malas fikir panjang, aku sambut hulurannya lalu menyarung tudung di kepala.

Dan-dan je pintu dibuka dari luar.

"Ciksu!"

Aku tersengih suka.

"Panjang umur. Cik Su baru je tanya Pak Su pasal korang tadi," ujarku. Mereka menyalami aku. Hamidi pula sudah bangun dari katil, bersalaman dengan Arifi. Anaqi pula terlentok lena dibahu Arifi.

"Alaa, Anaqi tidur ke?" gumamku.

"Ha'ah, keluar je pagar rumah, terus lena budak ni..." balas Arifi. Dia melabuhkan punggung diatas sofa bersama Hamidi.

Ouh, kitorang masih di negara singa ini. Dan Arifi bermalam di rumah Fea.

"Nak kejutkan boleh?" mintaku. Nak main dengan Anaqi.

Hamidi menjengilkan mata memandangku.

"Budak ni baru je tidur, ada pula dia nak kejutkan..." Hamidi menggeleng kepala. Aku mencebik.

"Ciksu," Panggil Awfa. Eh sekejap, Awfa ke Awfie? Ouh, betullah Awfa.

Amboi, dah siap panjat katil. Elok je dua ketul ni bersila atas katil. Aku ketawa kecil.

"Ya?"

"Ciksu sakit apa?" tanya Awfa.

"Sakit perut, Pak Su yang buat..." balasku selamba, ditambah dengan riak muka sedih.

Arifi sudah ketawa. Perlahan je, takut Anaqi tersedar. Hamidi sudah menggelengkan kepala kepadaku.

Pasangan kembar Zulfa sudah memandang tajam kearah Hamidi. Tunggu masa nak terkam je tu. Aku menggigit bibir bawah menahan diri dari ketawa.

"Paksu, nenek cakap tak baik buat jahat dekat orang tau." kata Awfie tegas.

"Entahlah Paksu ni, kitorang yang kecil pun tahu. Tak akan Paksu tak tahu, Paksu kan dah besar..." Awfa pula bersuara.

Hamidi menggaru kepala yang tak gatal. Matanya tak lepas memandang aku. Aku buat tak tahu.

"Kitorang nak bagitahu nenek, biar nenek marah Paksu..." sambung Awfie.

"Ha'ah, biar padan muka Paksu..." sambung Awfa pula.

Kali ini aku tak dapat tahan diri dari melepaskan tawa. Ketawa perlahan je, okay. Sebab Anaqi tengah tidur.

"Tak adalah, Ciksu gurau je. Paksu tak buat apa-apa pun," ujarku dalam tawa. Seram pula tengok pandangan Hamidi tu.

"Kalau tak buat apa-apa, kenapa Ciksu masuk hospital?" tanya Awfie.

"Sebab Ciksu penat, korang banyak tanya sangat. Kesian Ciksu tu, penat nak layan korang..." tidak sempat aku menjawab, Hamidi terlebih dahulu menjawab.

Jawapan balas dendam.

"Betul ke Ciksu?" tanya Awfa perlahan. Ada nada bersalah.

Aku menggeleng kecil.

"Mana ada, Pak Su tipu je..." kepala mereka aku usap.

"Ish Paksu ni..." mereka berdecit marah hampir serentak.

"Tak baik tipu, nanti kena potong lidah..." Awfie memberi pesanan keras.

"Sayang..." Hamidi mengeluh memandangku. Dia meraup mukanya. Kemudian bersandar ke sofa. Arifi yang dari tadi hanya memerhati, masih tersisa tawanya.

"Tak, bukan salah sesiapa pun. Ciksu penat je, sebab ada baby dalam ni..." aku menunjukkan perutku.

Mereka jeda seketika.

"Ada baby?"

Aku mengangguk.

"Macam Anaqi dulu, dia pun duduk dalam perut Ibu." ujar Awfie apabila Awfa masih blur.

Jeda seketika. Kemudian barulah Awfa mengangguk faham.

"Kalau perempuan, kena ada baby dalam perut ke?" tanya Awfa. Aku pandang Hamidi dan Arifi, meminta jawapan. Boleh pula diorang buat-buat sibuk.

"Nanti korang dah besar, korang akan faham, okay?"

Mereka mengangguk kepala.

"Sudah, jangan tanya pelik-pelik lagi. Kesian Ciksu nak rehat," Arifi bersuara.

"Okay!" mereka turun dari katil. Menuju kearah papa mereka. Punggung dilabuhkan diatas sofa.

Sebaik mereka melabuhkan duduk, Hamidi pula yang bangun.

"Eh, Paksu nak pergi mana?" tanya Awfie.

"Pergi dekat Ciksu, kenapa?"

"Tak boleh!" serentak tangan Hamidi ditarik si kembar untuk duduk kembali.

"Ciksu nak rehat, tak boleh ganggu..." pesan Awfie. Awfa pula hanya mengangguk menyetujui kata kembarnya itu.

Hamidi memejam mata. Nafas ditarik dalam. Muka pasrah. Aku dan Arifi sudah terhinjut-hinjut ketawakan dia.

Banyak betul celoteh si kembar. Semua benda diceritakannya. Memang tak kering gusi, ada je benda yang boleh diketawakan.

Sampai terbangun si kecil Anaqi. Meragam jugalah si kecil itu apabila lenanya diganggu. Nasiblah, dapat kakak yang banyak cakap. Nak tidur pun terganggu.

Akhirnya, Arifi minta diri untuk pulang. Serba tak kena apabila si kecil meragam. Diagah, didukung, didodoikan kembali, masih meragam, merengek. Tidur tak puas mungkin.

*********
Dua hari berkampung di hospital bukanllah sesuatu yang menyeronokkan. Nasib baik ada Hamidi yang teman. Kalau tak, dah mereput sebab bosan sangat.

"Sayang, dah siap?" aku berpaling ke belakang. Hamidi baru masuk ke bilik, baru sahaja selesai membayar bil hospital.

Aku mengangguk kecil. Beg yang sudah diisi dengan pakaianku dizip rapi.

Ah, baru aku perasan. Hamidi membawa kerusi roda bersamanya tadi.

"Tu, untuk siapa?" aku menunjukkan kearah kerusi roda.

"Untuk sayang," jawab Hamidi. Wheelchair sudah ditolak menghampiriku. Aku menggeleng laju.

"Aisya boleh jalan sendirilah,"

"Pilih, nak duduk atas kerusi roda atau nak Habib dukung?" tanya Hamidi.

"Habib, taknak..." aku menggeleng. Overprotective pula suami aku.

"Habib anggap sayang nak Habib dukung," balas Hamidi selamba.

"Habib," aku merengek tidak mahu. Hamidi tarik nafas dalam.

"Please, dengar cakap Habib."

"Habib pun kenalah dengar cakap Aisya," aku menggumam perlahan. Membalas kata-kata Hamidi.

"Nanti dekat rumah, sayang nak jalan banyak mana pun Habib tak kisah. Tapi bukan sekarang, sayang baru je sihat..." lembut Hamidi memujuk.

Aku hanya diam.

"Lepasni, Habib ikut cakap sayang pula. Okay?" bahuku ditarik kemudian aku didudukkan diatas kerusi roda. Beg berisi pakaian diambil Hamidi. Kemudian kami keluar daripada bilik itu.

Sepanjang perjalanan, langsung tidak aku keluarkan suara. Hamidi juga tidak mengajak berbicara. Mungkin tahu aku tengah marah.

Aku hanya membuang pandang ke luar tingkap. Melihat landskap bandar. Bukannya aku tidak perasan yang Hamidi, sesekali memandang aku.

Akhirnya kereta yang dipandu Hamidi masuk ke perkarangan rumah Fea. Hamidi menarik handbreak.

Aku membuka seatbelt. Hamidi yang sedang memandangku, aku abaikan. Akhirnya Hamidi buka pintu kereta dan keluar.

Aku berdecit geram. Dia tinggal aku? Ingatkan nak pujuk ke apa!

Baru sahaja aku ingin membuka pintu kereta, pintu terlebih dahulu dibuka dari luar. Aku mendongak memandang Hamidi. Bibir ditahan daripada tersenyum.

Ingatkan nak tinggal aku dalam kereta tadi...

"Tepilah, Aisya nak keluar..." aku menolak Hamidi ketepi apabila dia masih tidak berganjak dari pintu kereta. Hamidi keraskan badan.

"Ishh Aisya nak keluar..." Hamidi ditolak penuh tenaga. Tak berganjak juga. Aku melepaskan keluh kasar. Hamidi dipandang geram.

"Cubalah cakap elok-elok sikit, sayang oi..." balas Hamidi sambil tangannya dimasukkan kedalam poket seluar.

"Habib, boleh ketepi sikit? Aisya nak keluar dan masuk rehat dalam rumah..." aku melembutkan suara. Muka dimaniskan. Pakej mata dikerdipkan beberapa kali.

Hamidi menggeleng kecil dengan senyuman dibibir.

"Macam tak ikhlas je..." komen Hamidi.

Aku menjelingnya tajam.

Hamidi merendahkan tubuhnya, tangan kiri diletakkan diatas pintu kereta. Paras ketinggian kami sudah sama.

"Sayang marah Habib?" tanya Hamidi lembut.

"Tak,"

"Sayang merajuk dengan Habib?" tanya dia lagi.

"Tak,"

"Sayang sedih?"

"Tak,"

Hamidi tidak dipandang. Aku membuajg pandang kearah lain. Asalkan aku boleh tahan senyum.

Hamidi menggaru hujung keningnya. Jelas dia buntu.

"Habistu sayang apa?" tanya Hamidi.

Aku menjongketkan bahu. Aku pun tak tahu aku nak apa.

"Sayang marah sebab Habib paksa sayang dekat hospital tadi ke?" tanya Hamidi.

Aku jongket bahu lagi.

"Habib minta maaf, okay?" dia merendahkan lagi tubuhnya. Melutut sebelah kaki. Eh?

"Habib minta maaf, sayang..." dia mendongak sedikit memandangku. Aku kemam bibir, pandangan ditalakan kearah lain. Cuba menahan tawa.

Bersungguh betul dia minta maaf.

"Sayang," panggilnya apabila aku menghiraukannya. Aku memandangnya. Riak muka cuba dikekalkan.

"Maafkan Habib, ya?" pintanya lagi.

"Okay, sayang cakap je sayang nak apa. Habib ikut,"

Akhirnya aku tidak dapat menahan ketawaku. Ketawa dilepaskan. Terus berubah muka Hamidi. Dia memincingkan mata kepadaku.

"Sengaja kenakan Habib, kan?" tanya Hamidi tak puas hati.

"Siapa suruh paksa Aisya?" lawanku. Hamidi bangun dari melutut. Hidungku ditariknya.

"Pandai dah sekarang, ya?"

Aku tersengih. Hamidi menggeleng kecil. Layankan jelah isteri awak ni.

"Dah, keluar cepat..." arah Hamidi. Aku menghulurkan tanganku kepadanya. Hamidi hanya memandang sepi huluran tersebut.

"Keluar sendiri," ujarnya selamba lalu membuka pintu belakang. Bag pakaian dari hospital dikeluarkan.

Aku mengetap bibir geram. Sampai hati dia. Aku hanya memerhati langkahnya. Sebaik dia tutup pintu, terus dia melangkah pergi. Lagilah aku berdongkol marah.

Baru sahaja beberapa langkah dia berjalan. Dia menghentikan langkah. Kemudian berpaling ke belakang.

"Taknak keluar kereta, ke? Tadi beria semangat betul nak keluar..." perli Hamidi.

"Eyyy!" aku menghentakkan kaki geram. Hamidi hanya mentertawakan aku.

"Elok-elok sikit, sayang." tegur Hamidi. Aku menjelingnya tajam. Aku melangkah meninggalkannya.

Pintu rumah dibuka. Baru sahaja aku menjejak kaki. Sudah ada suara menyeru aku.

"Akak!" sambut dua gadis ceria, Alia dan Fea. Aku tersenyum lebar.

"Akak, sinilah kejap..." ajak Alia. Aku menghampiri mereka yang berada di ruang tamu. Hamidi baru sahaja masuk kedalam rumah.

Di atas karpet, bersepah dengan mainan. Mungkin Anaqi punya.

Aku melabuhkan punggung berhampiran mereka.

"Korang buat apa?" tanyaku.

"Tengah cari drama Korea." balas Fea.

"Nanti kita tengok sama-sama malam ni, nak?" tanya Alia. Laju aku mengangguk. Maklum saja, baru terjebak dengan korea. Adik ipar yang mengajar.

"Ehem, siapa yang benarkan?" satu suara menyampuk. Kami berpaling kebelakang. Hamidi rupanya. Aku menjelingnya.

"Korang nak tengok cerita apa?" tanpa menghiraukan Hamidi. Aku bertanya kepada mereka.

"Errr..." teragak-agak mereka ingin menjawab.

"Alia ajak Fea je tengok malam ni, Akak tak boleh join sekali." sampuk Hamidi lagi. Dia sudah berdiri disebelahku.

Aku memandangnya tajam. Aku menjongketkan kening tanpa riak bersalah langsung. Alia dan Fea memandang aku dan Hamidi silih berganti.

Aku memberi isyarat kepada Alia untuk mengabaikan saja kata-kata Hamidi. Meneruskan perbualan antara kami tanpa menghiraukan seketul Hamidi.

"Err kitorang tak tahu lagi, sebab tak tahu nak tengok drama apa." balas Alia perlahan. Tiada nada cerianya. Aku mengangguk faham.

"Abang nak tengok sekali nanti," ujarnya tiba-tiba. Alia dan Fea memandangnya dengan riak tidak percaya.

"Tak boleh. Perempuan je yang boleh..." balasku.

"Habib tak bagitahu sayang pun, yang sibuk tu kenapa?" Hamidi menjongketkan kening kepadaku. Aku memincingkan mata memandangnya.

Kemudian aku bangun, melangkah geram meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu.

Pintu bilik dibuka kasar. Beg tangan dilempar ke katil. Punggung dilabuhkan kasar keatas katil.

Semua tak boleh! Itu tak boleh, ini tak boleh!

Pin tudung dicabut kasar. Senang cerita, semua benda aku buat dengan kasar. Protes. Bunyi pintu bilik ditutup menandakan Hamidi sudah masuk kedalam bilik memandangkan aku masuk tanpa menutup pintu tadi.

Hamidi aku abaikan. Siap membuka tudung, handsock dan stokin. Aku merebahkan badan. Selimut ditarik menutupi seluruh tubuhku.

Aku menangis perlahan. Lama-kelamaan, bunyi esakan mula kedengaran. Sedaya-upaya aku menahan dari mengeluarkan esakan yang kuat.

Perasaan sedih, marah, terasa hati. Semua bercampur.

Dapat aku rasakan Hamidi melabuhkan punggung disisi aku, aku menyeka kasar air mata.

"Sayang," panggil Hamidi. Aku memegang kejap selimut apabila Hamidi cuba untuk menarik.

"Habib gurau je tadi. Janganlah nangis,"

Kata-kata Hamidi aku abaikan.

"Sayang," panggilannya tetap aku abaikan.

"Habib lagi sanggup sayang marah Habib tau, daripada sayang nangis macam ni..." tangannya yang mendarat dibahuku, aku tolak kasar.

"Habib gurau je tadi. Habib izinkan je sayang nak tengok drama korea dengan diorang nanti." masih lagi memujuk.

"Sayang, dahlah tu menangis." pujuk Hamidi lagi. Setiap kali dia sentuh bahu aku, aku tepis.

Hamidi mengeluh perlahan. Kemudian, Hamidi bangun. Makin lebat pula air mata ni turun. Makin lebat air mata, makin terhinjut-hinjutlah bahu aku.

Sampai hati, buat aku menangis lepastu taknak pujuk!

Tidak lama kemudian, ada satu beban melompat keatas katil. Tubuhku dipeluk dari belakang. Dari bau perfume dah tahu siapa punya. Hamidi!

Aku meronta, ingin melepaskan diri dari pelukannya.

"Lepaslah, Aisya taknak Habib!" marahku dalam sedu-sedan.

"Kalau taknak Habib, nak siapa? Habib je suami sayang..." balas Hamidi. Lagi erat dia peluk.

"Taknak Habib. Habib jahat. Suka paksa-paksa orang!" masih berusaha meronta. Agak susah nak meronta apabila diri sedang berselubung dengan selimut.

Beberapa saat kemudian, terasa pelukan melonggar. Dapat aku dengar Hamidi lepas nafas lelah.

"Okay-okay, Habib lepas. Tapi sayang janganlah berselubung macam ni, lemas nanti. Risau tau..." Hamidi menarik selimut kebawah.

Aku tarik balik selimut, menutupi keseluruhan tubuh.

"Degil betullah isteri Habib ni," ujarnya geram. Selimut ditariknya lagi.

"Janganlah!" marahku.

Hamidi kemudiannya mengemaskan pelukan.

"Lepaslah, Aisya taknak Habib. Habib jahat..." aku meronta lagi. Cuma kali ini lemah sahaja rontaanku. Airmata pun dah tak bagi kerjasama, asyik nak mengalir turun je.

"Sayang," selembut mana pun dia pujuk, aku tak kisah. Aku sedih.

"Habib gurau jelah tadi. Sayang boleh je nak join diorang malam nanti. Sudahlah tu, jangan nangis..."

Adalah sikit nada bersalah dia.

"Jangan nangis, okay?" selimut ditariknya lagi. Aku mengemaskan pegangan di selimut.

"Tak lemas ke sayang dari berselubung dengan selimut?" tanya Hamidi dengan penuh tanda tanya.

Aku tidak menjawab. Tak kisahlah, lemas ke tidak. Yang penting, rasa tidak puas hati aku dapat diluahkan.

Airmata sudah berhenti mengalir. Cuma esakan sahaja yang masih tinggal. Dapat aku rasakan, sesekali Hamidi mencium kepalaku yang berlapik dengan selimut ni.

Gigih betul nak pujuk.

"Sayang sedih sebab Habib paksa-paksa sayang?" tanya Hamidi.

Aku mengangguk.

"Sayang marah sebab Habib tak kasi sayang join diorang?" tanya Hamidi lagi.

Aku mengangguk.

"Sayang taknak kawan dengan Habib lah ni?" tanya Hamidi.

Aku menggeleng.

"Hurm susahlah macam tu, sebab Habib nak kawan dengan sayang." balas Hamidi dengan nada sedih.

"Tak nak," balasku dengan sedu tangis yang masih tersisa.

"Tapi..."

"Ish, Aisya taknak Habib..." aku meronta kembali. Taknak, tapi elok je bagi Hamidi peluk.

"Okay-okay, Habib tak paksa." Hamidi mengalah.

"Sayang bagitahulah, sayang nak Habib buat apa untuk sayang maafkan Habib."

Aku menggeleng.

"Taknak bagitahu?"

Aku menggeleng lagi.

"Tak menyesal?"

Aku menggeleng yakin.

"Kalau Habib guna cara paksa, nak?"

"Aisya tidur dengan mak malam ni," balasku.

"Eh mana boleh, Habib macam mana?"

"Tidur sorang. Aisya taknak Habib,"

"Tak menyesal ke? Boleh ke sayang tidur tanpa Habib?" tanya Hamidi bernada perli.

Aku mengetap bibir. Selimut ditolak, aku memalingkan badan memandangnya. Tajam aku pandang matanya.

"Eyy Habib tak ada, sikit pun tak kisah." ujarku yakin. Terlebih yakin. Kita tengok macam mana malam nanti. Terkebil-kebil seorang diri kalau Hamidi tak ada.

Hamidi ketawa kecil. Hidungku dicuit.

"Yakinnya sayang," masih lagi ketawa.

Aku mengetap bibir.

"Kita tengok malam nanti, okay? Siapa yang cari siapa," Hamidi mengenyitkan mata. Masih lagi dalam mood ketawa.

*********
"Dah tahu emosi isteri tak stabil, lagi nak usik tu kenapa? Haa padan sangat dengan muka tu." ujar mak.

Aku ketawa dibalik dinding. Mencuri dengar apa yang dibicarakan mereka.

Kebetulan pergi dapur nak ambil air, tapi ada pula dua beranak sedang berbual. Si anak sedang memujuk si mak.

Eh main kotor.

"Manalah Id tahu dia merajuk macam tu sekali," balas Hamidi yang jelas cemberut mukanya.

"Mak malas nak masuk campur, kamu laki bini selesai sendiri." balas mak pula. Hamidi garu kepala yang tidak gatal.

"Suka sangat mengusik, sekarang tanggunglah sendiri." sambung mak.

Aku berdehem kecil, berjalan masuk ke dapur dengan selamba. Mak yang sedang duduk berhadapan dengan Hamidi di meja island itu dihampiri. Pandangan Hamidi aku endahkan.

"Mak..." meleret aku memanggil mak, bahu mak dipeluk.

"Malam ni Ecca nak tidur dengan mak, boleh?" tanya aku lembut, mengada, manja dan seangkatan dengannya.

"Kenapa tak tidur dengan Id je?" Mak membalas dengan pertanyaan. Aku mencebik sedih kononnya.

"Alaa, asyik tidur dengan dia je. Bosanlah..." jawabku. Mata mengerling melihat reaksi Hamidi. Dia membuntangkan mata sebaik mendengar jawapanku. Aku tahan senyum.

Padan muka!

"Nak tidur dengan mak pula. Bolehlah mak..." aku mengerdipkan mata. Mak menggeleng kecil dengan perangai aku. Muka pun jelas malas nak melayan.

"Hmm, suka hati kamulah..." balas mak. Air didalam gelas disisip perlahan.

"Mak..."

"Yeahh!"

Serentak tapi respon yang berbeza. Hamidi dengan nada tak puas hati. Aku pula dengan nada kemenangan.

"Terima kasih, mak! Saaayang mak! Muah muah muah..." pipi mak dikucup beberapa kali.

"Ecca naik dulu tau. Nak sambung tengok drama korea." sengaja perkataan 'drama korea' ditekankan. Hamidi menggeleng kecil melihat tingkahku.

Mesti tak percaya yang isteri dia perangai macam ni kan? Haa, hadaplah kamu...

"Oh satu lagi mak, pesan dekat orang tu..." aku memuncungkan mulut kearah Hamidi.

"Malam ni tidur lena tau, jangan tak tidur pula..." ujarku lalu terus berlari anak meninggalkan dapur, naik ke tingkat atas. Ke bilik Fea

"Jangan nak berlari Ecca!" sempat je mak berpesan.

Pintu bilik dibuka, nampaknya dua ketul gadis itu sudah bersedia di hadapan laptop.

Sebaik aku melangkah masuk, dua pasang mata itu memandang aku.

"Lamanya..." komen Fea.

"Mana makanannya?" tanya Alia.

Aku jeda seketika sebelum menepuk dahi.

"Ya Allah, akak terlupa..." aku sengih bersalah.

"Akakk!"

"Hmm tak apalah, biar Fea pergi ambil." Fea bangun dari duduknya. Muka pasrah teruk.

"Sorry," ujarku sekali lagi.

Mereka mengangguk lemah. Pasrah sahaja.

Aku mengambil tempat dihadapan laptop. Tidak lama kemudian, Fea kembali dengan makanan ringan penuh di pelukan.

"Haa akak, abang Id pesan jangan makan banyak sangat jajan. Tak elok," kata Fea ketika aku asyik mengunyah kerepek ubi kentang berperisa barbecue.

Aku mencebik.

"Lepastu dia pesan, jangan tidur lewat." sambungnya lagi. Aku mengeluh berat.

"Kalau akak tidur awal, korang pun samalah." balasku malas.

"Eh tak, ni pesanan khas dari seorang suami untuk isteri dia je. Kami sebagai adik-adik dia, tak layak menerima pesanan tersebut." balas Fea. Aku menjulingkan mata keatas.

Apa-apa jelah!

*********
Jam sudah menginjak pukul 12 malam. Dan kami masih bersekang mata. Tisu pula, tak usah kata. Bersepah diatas lantai. Terlalu menjiwai kononnya, padahal semua itu hanyalah lakonan dari pelakon korea semata-mata.

Haish...

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu menyentakkan kami bertiga. Serentak itu bunyi notification daripada telefon Alia, menandakan ada mesej baru diterima.

Alia hanya melihat mesej itu dari bar notifikasi.

"Akak, abang Id ada depan pintu." ujar Alia dengan esak sebaik meletakkan telefon.

Aku mencebik. Airmata dikesat kasar. Aku bangun dari duduk. Pintu bilik Fea dibuka kasar. Kacau mood betullah. Terjengul wajah Hamidi dengan muka serius sebab mengantuk.

Sebaik melihat aku, dahinya terus berkerut seribu. Serius je pandang aku. Aku keluar dari bilik, pintu ditutup. Taknak menganggu ketekunan dua gadis itu.

"Nak apa?" tanyaku dengan nada sengau. Banyak sangat nangis sampai hidung tersumbat.

"Yang menangis sampai merah muka ni, kenapa?" Tanya Hamidi. Tangannya naik membetulkan rambut aku yang sedikit serabai. Sedikit je, tak banyak pun yang serabai tu.

"Aisya tengok dramalah!" ujarku geram, tapi masih terbawa-bawa emosi sedih. Hamidi menggeleng kecil, dia menarik nafas dalam.

"Dah lewat ni, sambung esok pula. Jom tidur," ujar Hamidi.

Aku menggeleng.

"Aisya nak tidur dengan mak,"

"Mak dah tidurlah. Dah kunci pintu pun," balas Hamidi.

"Kalau macam tu, Aisya tidur dalam bilik ni."

Hamidi menggeleng. Tidak membenarkan.

"Aisya nak tengok drama lagi," protesku.

"Aisya Rabecca," lembut tapi tegas. Itu dia, Hamidi sudah menunjukkan sisi abah-abah dia. Siap dengan pakej kerut dahi, muka garang tapi handsome.

Aku berdecit.

"Suka paksa-paksa orang," gumamku perlahan.

"Nak pergi mana tu?" tanya Hamidi apabila aku melangkah meninggalkannya.

"Turun bawah. Masuk bilik. Tidur." balasku satu persatu.

"Pakai tudung. Mana tudung sayang tadi? Arifi ada dekat bawah," ujar Hamidi.

"Abang Fi tidur atas sofa ke?" tanyaku. Hamidi mengangguk.

"Kenapa tak ajak dia tidur dalam bilik? Aisya tidur atas ni." aku masih mencuba nasib.

Hamidi tidak menjawab, tapi memandang aku dengan pandangan yang...

'Tak ada kompromi,'

Ish tegas je muka dia malam. Aku mengatur langkah kembali ke bilik Fea. Tudung yang dilempar keatas katil tadi diambil.

"Pergi mana kak?" sempat Alia bertanya.

"Tidur," balasku pendek.

"Ouh okay, goodnight kak!"

"Goodnight,"

Aku keluar bilik. Dan Hamidi masih berdiri disitu. Kami turun beriringan kebawah. Arifi mengalihkan pandangannya kepada kami saat kami tiba di bawah.

"Hi abang Fi," tegurku. Arifi hanya mengangguk kecil sambil tersenyum sebagai balasan untuk sapaan aku tadi.

"Abang Fi pergilah tidur dalam bilik dengan Id. Ecca boleh naik tidur atas, dalam bilik Fea." ujarku lagi. Langsung tak pandang Hamidi.

Arifi memandang aku dan Hamidi silih berganti. Paling lama dia pandang Hamidi sebelum dia ketawa kecil.

"Tak apalah, abang tidur sini je." balas Arifi. Aku mencebik kemudian memandang Hamidi. Hamidi menjongketkan kening kepadaku.

"Sambung esoklah kalau nak gaduh, ya? Habib mengantuk dah ni. Dah jom... " ujarnya malas. Tanganku dipegangnya.

"Kitorang masuk dulu. Selamat malam!" aku melambaikan tangan ke arah Arifi sambil berjalan membuntuti Hamidi, eh ditarik Hamidi. Arifi hanya sekadar mengangkat tangan.

Sebaik yakin bahawa Arifi sudah tidak melihat kami. Aku menampar geram tangan Hamidi yang menggengam tanganku. Hamidi memandangku sekilas. Tak layan langsung.

Aku tampar lagi. Bertalu-talu. Tampar geram.

"Apa lagi, sayang?" tanya Hamidi malas. Pintu bilik dibuka sebelum kami memboloskan diri kedalam bilik.

"Suka-suka je pegang tangan Aisya. Siapa benarkan?" aku buat muka acah garang. Hamidi berpeluk tubuh memandangku.

"Sejak bila kena minta izin?" tanya Hamidi dengan muka abah-abah marah anak. Kening dijongketkan.

Aku diam tidak membalas, atau lebih tepat lagi tiada jawapan untuk dilontarkan.

"Suka hati Habib. Aisya nak tidur," aku mengatur langkah kearah katil. Tubuh dibaringkan, selimut ditarik sehingga menutupi tubuh.

"Taknak ambil wudhuk dulu ke sebelum tidur, sayang?" tanya Hamidi dengan nada perli. Aku mengetap bibir. Selimut ditolak kasar. Hamidi dijeling tajam sebelum aku keluar bilik menuju ke bilik air. Mengambil wudhuk. Hamidi hanya menggeleng kecil dengan tingkahku.

Sebaik aku keluar dari bilik air. Hamidi tercongok di meja island. Menunggu giliran untuk berwudhuk juga. Tanpa menghiraukannya, aku melangkah ke bilik.

Tubuh dibaringkan mengiring membelakangi tempat tidur Hamidi. Saja nak jual mahal, konon masih marah dengan dia. Selimut ditarik sehingga ke pinggang.

Hamidi masuk kedalam bilik tidak lama kemudian. Lampu bilik ditutup, hanya dibiarkan lampu tidur bernyala.

Sebaik Hamidi merebahkan badan. Aku bangun meletakkan bantal ditengah-tengah antara kami. Hamidi memandangku dengan pandangan...

'Apa lagi, sayang?'

"No peluk-peluk," ujarku. Hamidi melepaskan keluhan.

"Hmm... Suka hati sayang," kemudian dia mengiring membelakangi aku.

Eh? Siapa yang marah sekarang ni? Lama aku memandang belakang Hamidi sebelum berbaring menelentang. Tangan diletakkan diatas perut.

'Baba marah mama ke?' bisikku, perut diusap perlahan. Aku memandang Hamidi, mungkin dah tidur.

Alu mengiring menghadapanya. Seketika kemudian, aku kembali menelentang. Dan kembali mengiring membelakangi Hamidi.

Terkebil-kebil sendiri. Tak boleh tidur. Itulah, cakap besar sangat kan. Kan dah makan diri sendiri. Aku  memejamkan mata, cuba menidurkan diri sendiri.

Tidak lama kemudian aku menjatuhkan pandangan kearah pinggang sebaik terasa ada sesuatu melingkar.

"Tidur," ujar Hamidi pendek. Aku tersengih kecil sebelum sengihanku mati dan aku berdehem kecil.

"Tak malu, tadi paksa orang lepastu pegang tangan suka hati dia je. Sekarang ni nak peluk orang pula," bebelku. Ego punya pasal kau. Kalau Hamidi lepaskan pelukan nanti, terkebil-kebil sampai subuh jawapnya.

Diam tiada jawapan balas dari pihak belakang. Aku menoleh sedikit, melihat mukanya. Eh, dah lena?

Aku tersengih nakal.

Tangannya dipinggangku diangkat sedikit, aku berpaling mengiring menghadapnya. Tangannya kembali diletakkan dipinggangku.

Aku mendongak memandang mukanya yang sudah lena. Kesian suami aku ni, melayan je perangai tak semengah aku dari tengahari tadi.

Tangan naik menyentuh bibirnya.

"Mulut ni, asyik nak mengusik, nak memaksa, nak memerli aje kerjanya..." ujarku perlahan.

Kemudian tangan dialihkan ke mata.

"Mata ni pun sama..."

Kemudian dialihkan ke kening pula.

"Kening ni... Sikit-sikit nak angkat kening. Nasib baik handsome." jari dilalukan mengikut bentuk alis keningnya.

Kemudian aku ketawa perlahan. Rambutnya diusap perlahan.

"Selamat malam. Aisya minta maaf sebab selalu buat Habib marah. Terima kasih sebab layan perangai Aisya. Jangan pernah bosan dengan Aisya tau, Aisya sayang Habib." ujarku perlahan.

Aku mengusap rambutnya sehingga tangan aku kaku seketika. Hamidi senyum? Maknanya dia tak tidur lagi?

"Selamat malam. Habib sayang sayang juga." ujarnya perlahan dengan mata yang masih tertutup. Aku menurunkan tanganku dari rambutnya.

Mengigau ke?

Kemudian Hamidi membuka matanya sedikit.

"Sambung subuh esok, ya? Dah lewat ni, mengantuk." ujarnya perlahan. Kemudian dahi aku dikucupnya. Dia tersenyum kecil. Kemudian kembali menutup mata. Aku masih kaku memandangnya.

"Tidur cepat, nanti liat nak bangun esok." sambungnya lagi.

Baiklah, muka aku dah panas. Malu. Aku menunduk. Taknak pandang muka dia dah.

'Itulah, lain kali pastikan dia betul-betul tidur dulu...' aku menyalahkan diri aku.

"Tidur, Aisya..." ujar Hamidi tiba-tiba. Aku mengetap bibir. Mata dipejamkan.

Tidur. Tidur. Tidur.

Tbc

Mengarut? Ya saya tahu. Ok bye 🤧

Continue Reading

You'll Also Like

3.3M 293K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
418K 20.5K 31
Husna Humaira begitu membenci Aiman Amzar, budak baru yang sangat Nerd dan berlagak alim padanya. Aiman Amzar seorang lelaki yang pada luaran nampak...
323K 11.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
133K 3.7K 112
[BOOK 3]♡ Kisah yang menceritakan seorang gadis bernama Jessica. Anak yatim piatu yang kehilangan mak bapa sejak umurnya 5 tahun. Sering dibuli dan d...