●19●

6K 384 56
                                    

Tenangkan fikiran anda, baca hati2 sebab saya merepek dalam chapter ni. Okay bye! Jumpa last chapter!

"Semua dah ada ke?" Soal Tuan Fateh sejurus mereka melangkah masuk ke rumah banglo kepunyaan Tuan Faris. Datin Seri Nura mengangguk lalu mengambil Rana dari dukungan anaknya itu. Dia berlalu meninggalkan pasangan suami isteri yang sedang menyimpan kasut dalam rak.

"Apa maksud awak 'semua orang dah ada ke'? Kenapa awak balik saya datang sini? I mean bukan saya tak nak, tapi kita baru balik dari office." Raisha menahan Tuan Fateh seketika.

"You nak kita selesaikan masalah antara kita kan? Hari ni, sayang. Hari ni semuanya akan selesai." Sambil tersenyum, Tuan Fateh menarik bahu Raisha dan mereka bersama-sama masuk ke ruang tamu luas itu.

Raisha mengambil tempat di sofa berangkai tiga itu bersama Tuan Fateh. Dia lihat Elina turut berada di situ dan Farha sedang meriba Rana. Sekilas, matanya berlaga dengan seseorang yang sungguh dia tidak sudi untuk menatap wajah itu. Alana.

Alana senyum sinis.

"Ada apa Fateh nak jumpa kita semua hari ni? Siap panggil Elin datang sini juga. Ada masalah ke? Fateh? Raisha?" Tuan Faris bertindak untuk memulakan bicara setelah suasana hanya sepi sedari tadi. Dia sudah dimaklumkan awal-awal oleh Tuan Fateh bahawa ada sesuatu yang harus dibincangkan bersama-sama.

"Kenapa ni, abang Nuh?" Soal Farha yang juga terpinga-pinga apabila dipanggil untuk turut serta. Elina yang sudah dapat mengagak hanya mendiamkan diri.

Tuan Fateh mencuri nafas seketika lalu mencapai tangan Raisha. Genggaman itu dibawa ke ribanya.

"Ibu, ayah... Sebelum Fateh buka mulut, Fateh nak minta maaf kalau ibu dan ayah akan kecewa lepas ni. Percayalah, Fateh cuba buat keputusan yang terbaik untuk kita semua. Walau pada zahirnya, Fateh cuba nak puaskan hati semua pihak."

Datin Seri Nura tidak senang duduk. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena sekarang ini. Lagi-lagi sejak tadi menantunya, Raisha kurang bercakap dan lebih memilih untuk menunduk.

"Apa masalah sekarang ni, Fateh?"

"Ibu... ayah... Fateh nak berterus-terang pasal penceraian Fateh dengan Raisha dulu. Bukan niat Fateh untuk kenang balik masa silam tapi benda ni penting. Selagi Fateh tak bagitahu semua orang, selagi tu..." Tuan Fateh menoleh ke arah Raisha yang masih menunduk. Perlahan, dia usap kekura tangan Raisha dengan ibu jarinya.

"...isteri Fateh takkan bahagia."

Kini semua mata tertumpu pada Raisha kecuali Alana. Dia sudah panas punggung. Tidak mahu terus-menerus dalam perasaan tak tenteram itu, dia cepat-cepat mengangkat punggung namun Elina lebih pantas menahan.

"Kau duduk. Kau tak tahu ke kau watak utama dalam konflik antara Nuh dengan Raisha?"

Zap!

Alana hilang kosa kata untuk membidas kembali.

"Fateh! Jelaskan dekat ibu dan ayah sekarang ni. Ibu makin tak faham!"

Tuan Fateh menarik nafas sedalamnya sebelum dihela teratur. Wajah ibu dan ayahnya ditatap dengan perasaan bercampur-baur.

Ya Allah...

"Alana penyebab Fateh dan Raisha berpisah dulu."

"No!" Alana sudah memekik lantang. Dia dalam ketakutan saat itu. Tuan Fateh buat tidak peduli, makin erat tautan tangannya dengan Raisha.

"Dah macam-macam benda Alana buat sampai kami berpisah. Alana cuba goda Fateh dan tunjukkan bukti palsu dekat Raisha. Raisha baru lepas bersalinkan Rana waktu tu, dia tertekan bila nampak Alana atas riba Fateh."

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}Where stories live. Discover now