●12●

4.2K 370 33
                                    

Tuan Fateh mengunci pintu bilik. Dalam keadaan cahaya yang samar-samar, dia mendekati katil beradu. Raisha ternyata masih belum tidur dan ralit memerhatikan anak mereka yang sudah lena tanpa menyedari kehadirannya.

Pasti. Raisha sedang termenung jauh.

Tidak mahu mengejutkan si isteri, dia mengambil tempat betul-betul di belakang Raisha yang sedang mengiring ke kiri.

"Love..."

Raisha menoleh, tidak sampai dua saat dia kembali memandang wajah anak mereka. Tiada rasa ingin merenung wajah Tuan Fateh.

"Love, janganlah macam ni. Kalau you tak puas hati, kita bincang elok-elok. You tahu kan I tak suka tidur dalam keadaan kita macam ni?" Hati-hati Tuan Fateh menyusun ayat. Dia tidak mahu mencari masalah malam-malam buta ini.

Raisha membetulkan posisinya. Dia menyandar di kepala katil sambil direnung oleh sepasang mata redup Tuan Fateh.

"Keadaan macam ni? Macam apa? Apa yang saya tak puas hati dengan awak?" Raisha menyerang dengan soalan yang sengaja dia ajukan. Tanpa memandang wajah tampan itu.

Tuan Fateh ingin meraih tangan isterinya namun Raisha lebih lekas memeluk tubuh. Dia menggeleng kecil.

"Love tahu apa yang I maksudkan. Please, love. I tahu you jealous den..."

"Tahu pun!" Raisha ketap gigi. Tuan Fateh telan air liur.   Tidak boleh jadi.

"Ish! Apa ni?" Raisha merungut perlahan apabila tubuhnya dipeluk sehingga wajah tersembam di dada bidang Tuan Fateh. Dia meronta-ronta bagaikan tidak sudi didakap.

"Shh! Rana tidur, yang." Tegur Tuan Fateh sambil mengeratkan lagi pelukan. Tangan naik mengusap kepala Raisha. Dia lega sedikit apabila Raisha mula membiarkan dirinya dipeluk.

Jeda.

Seminit.

Dua minit.

Hanya helaan nafas dan dengkuran halus Rana yang kedengaran dalam bilik tidur di rumah Tuan Faris itu. Raisha kaku dipeluk, sedikit-sebanyak perasaan marahnya berkurangan. Tak semena-mena dia dapat rasakan ubun-ubunnya dikucup.

"Berbincang melalui percakapan dalam keadaan you tengah beremosi, I rasa tu bukan jalan yang tepat untuk kita redakan keadaan. I prefer this way." Tuan Fateh pejamkan mata, menikmati setiap haruman rambut dan tubuh isterinya.

"Hugging you. Peluk you sampai you tenang, usap kepala you sampai you lega dan cium ubun-ubun you sambil I baca doa penenang. That's my only way, love."

Raisha diam. Benar, saat dirinya dipeluk, terbang segala kekacauan perasaannya. Saat kepalanya diusap, jiwanya damai. Saat ubun-ubun dikucup, dia mampu berfikir secar rasional.

Magisnya seorang Tuan Nuh Fateh, dia mampu menundukkan Raisha yang sedang dibelenggu dengan perasaan cemburu.

Akhirnya...

Raisha terlena dalam dakapan suaminya pada malam itu. Tanpa alunan musik, tanpa dodoian merdu.

Hanya detak jantung Tuan Fateh yang melenakan tidurnya.

"Farha, tolong pegangkan Rana sekejap. Akak nak pergi dapur, tolong apa yang patut."

"Bubu..." Rana merengek kecil apabila bukan ibunya lagi yang sedang mendukungnya.

"Duduk dengan maksu dulu, Rana. Ibu awak sibuk." Pipi gebu itu dikucup bertalu-talu. Melihatkan anaknya sudah tersengih bersama Farha, dia lantas menuju ke dapur.

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}Where stories live. Discover now