●16●

4.8K 393 62
                                    

Raisha menangis sendirian sambil memeluk bantal. Buat kali pertamanya dia tidur menghadap pintu gelangsar yang memisahkan bilik dengan balkoni. Jika sebelum ini pasti dia akan memandang wajah Tuan Fateh sebelum terlena dalam dakapan hangat itu. Malam ini, dia menangis tanpa dakapan si suami.

Ralit melayan perasaan hiba, dia terasa henyakan di belakang. Dia pasti, Tuan Fateh sedang baring. Menghadapnya atau tidak, dia tidak pasti. Air mata yang mengalir dibiarkan, dia menggigit hujung bantal bagi menahan esakannya terluah dari mulut.

"Dulu you ingat tak, sayang? Waktu kita jumpa dekat tempat belajar? You tersepak kerusi I waktu dalam dewan kuliah. I rasa nak mencarut waktu tu tau sebab I tertidur. Pandang je muka you, terus lidah I kelu. Kelakar kan?" Tuan Fateh bersuara memecahkan kesunyian. Dia baring mengiring atas rusuk kiri, memandang belakang tubuh Raisha. Ingin saja dia mengelus rambut itu, untuk menenangkan jiwa yang sedang kacau itu. Mahu saja dia memeluk tubuh itu, untuk menyalurkan rasa kasih sayang yang tak terbendung.

Raisha memejamkan mata, bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan yang sedikit lagi bakal terlepas.

"You ingat tak waktu you lahirkan Rana? Waktu tu I nampak you tahan sakit, tapi you kuatkan semangat demi anak kita. Kita bahagia sangat waktu tu kan, sayang?" Sambung Tuan Fateh lagi. Dia merapatkan lagi jurang antara mereka. Kini dia sudah sebantal dengan Raisha.

"Tapi semuanya berubah bila you nampak I terpeluk Alana dalam bilik dia. I faham waktu tu you tengah dalam pantang dan emosi you tak stabil. Alana pula tak nafikan semua tuduhan you. I tahu you menangis waktu tu. I tahu you kecewa dengan I. I cuma nak tolong dia sebab dia demam. Sejak daripada tu, hubungan kita makin teruk. Alana pula asyik menempel dekat I..."

Raisha menggenggam selimut dengan kuat. Jika diikutkan hati, mahu saja dia melampiaskan tangisannya sekuat hati.

"Sampai satu hari tu... you nampak Alana duduk atas riba I. Waktu tu memang I betul-betul tak perasan yang tu bukan you. Dia pakai perfume yang you selalu guna. I thought that was you. Turn out, bukan. I ikhlaskan hati bila you tuntut cerai. Waktu tu I tak fikir panjang, I lepaskan you tanpa I fight for myself, for you and Rana. Tell me, pernah you nampak sepanjang kita bercerai, wajah I terpampang dekat mana-mana magazine? Mana-mana press?"

"No, I menyendiri. I hilang nyawa I. I hilang sumber kekuatan I. Bukan satu, tapi dua orang. You and Rana. " Jawab Tuan Fateh sendiri.

"Tapi lepas I jumpa you semula waktu you interview hari tu, I dah janji pada diri I... I nak bahagiakan you semula. Kali ni I akan fight for you and Rana. Datanglah beribu Alana sekalipun, I takkan berpaling lagi. This time, I will choose you. No doubt."

Sejurus itu esakan Raisha yang ditahan sedari tadi pecah. Bergema bilik tidur itu dengan suara tangisan Raisha. Tidak nyaring namun terkandung keperitan yang hanya Raisha dan Tuan Fateh saja mengerti. Tangisan Raisha menjadi semakin lebat apabila terasa lingkaran hangat di perutnya.

Tuan Fateh memejamkan mata sekali gus menyandarkan dahinya di belakang kepala Raisha.

"Maafkan I sebab selalu buat you kecewa. I mengaku, I bukan suami yang terbaik. Suami yang mampu bahagiakan isteri dia untuk setiap detik. I tak mampu buat semua tu, Raisha. Tapi I pun tak boleh tipu diri I yang I kecewa bila tahu you menyesal kahwin dengan I..." Bergetar suara Tuan Fateh ketika itu.

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}Where stories live. Discover now