|| 1 ||

47 10 1
                                    

kringggg....

Sebaik sahaja waktu persekolahan tamat, Lily terus bergegas ke hospital. Nasib baik jarak dari sekolahnya ke hospital tidak jauh. Mengenangkan ayahnya sekarang berada dihospital jadi dia malas hendak terus pulang kerumah, kerana dia pasti sekiranya dia pulang kerumah pasti sunyi.

"Assalamualaikum Ayah, ibu."

Ucap Lily sebaik sahaja sampai diwad ayah. Aku nampak ayah sedang makan sambil disuapkan oleh ibu. Muka cemberut aku tayangkan pada ibu kerana aku lapar. Berselera pulak aku tengok ayah makan.

"Waalaikumussalam. Hah dah balik dah Lily."

Lemah suara ayah. Aku faham kenapa suara ayah macamtu. Mungkin ayah menahan kesakitan akibat daripada penyakitnya. Fahamlah aku kenapa ibu selalu berpesan pada aku agar sentiasa hargai apa yang ada depan mata kita sebelum terlambat.

"Macammana anak ibu disekolah hariini?."

Ibu bertanya. Aku faham kenapa suara ibu sedih. Mengetahui ayah ada penyakit, perkara itu menghentak kami sekeluarga sehingga aku merasakan tiada lagi kebahagiaan dalam hidup aku.

"Okay je ibu."

Balas aku perlahan. Wajah ibu aku balas dengan senyuman yang penuh ikhlas.

"Hah tu nak ke mana pula?."

Tanya Ayah pula apabila melihat aku sudah hendak mengatur langkah keluar dari wad ayah.

"Nak jalan jalan dekat bawah kejap."

Bohong aku. Aku sendiri tidak tahu kemana harus dituju. Aku tahu ibu menangis tadi sebab itu aku tidak mahu melihat wajah ibu. Wajah yang mampu buat aku rasa lemah, kerana aku sudah berjanji dengan ayah untuk kuat.

"Hah yelah."

Sebaik sahaja dapat keizinan daripada ayah, aku terus mengatur langkah kearah lif. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam lif, aku terus menekan butang ke atas bumbung hospital. Sejak ayah aku masuk hospital, aku sering tenangkan fikiran aku di sana. 

"Kenapa ayah perlu tinggalkan aku."

Bisik aku perlahan. Sedih apabila mengenangkan nasib aku tanpa ayah nanti. Pasti keluarga aku tak bahagia seperti dahulu lagi. Walaupun kakak pandai menutup kesedihan itu, tapi aku tahu kakak pasti bersedih juga dengan berita ini.

"Kau dah kenapa?."

Suara yang garau itu mematikan lamunan aku. Mata melilau mencari siapa empunyakh suara itu. Eh tu bukan Riyyaz ke?.

"Riyyaz.."

Nama lelaki itu aku sebut perlahan. Wajah yang kusut itu aku pandang sebelum mata aku beralih kearah tangan yang berdarah dan kesan lebam di tepi bibir milik lelaki itu tetapi tida langsung reaksi kesakitan yang dia pamerkan.

"Wow not bad, budak kaki buku macam kau pun tahu nama aku?."

Sinis kata kata yang dilemparkan dari Riyyaz kepada aku. Pelik sangat ke kalau aku tahu nama dia. Dah dia budak paling terkenal dan paling nakal dekat sekolah, manalah aku tak kenal.

"Kau dah kenapa ni Lily?."

Soal Riyyaz apabila melihat aku tidak membiarkan soalannya tadi. Tapi pelik juga macammana si Riyyaz ni boleh tahu nama aku. Setahu aku, aku tak adalah popular sangat dekat sekolah tu

"Tak ada apa apa."

Jawab aku sepatah. Malas sebenarnya nak bagitahu si Riyyaz ni. Bukannya Riyyaz ni faham pun apa yang aku rasa.

"Awak buat apa dekat sini?. Tu dah kenapa tu?."

Tangan aku menunjuk ke arah tangan Riyyaz yang berdarah. Entah kenapa aku merasakan ada sesuatu yang buat si Riyyaz ni jadi macamni. Masa mula mula dia masuk sekolah, dia rajin belajar tapi makin lama aku nampak perangai dia berubah. Dia jadi semakin nakal, ponteng sekolah jangan cakap lah.

"Kau tak payah sibuklah Lily!."

Sinis jawapan daripada Riyyaz. Aku dapat melihat wajah Riyyaz sedang menahan geram apabila aku bertanya mengenai soalan itu. Pasti ada sesuatu yang Riyyaz sembunyikan. 

"Macammana awak tahu nama saya?."

Tanya aku nak kepastian sebenarnya dan sekaligus untuk aku tukar topik bila aku nampak Riyyaz ni dah pandang aku sinis sebab aku tanya pasal tangan dia. Setahu aku si Riyyaz ni jarang berbual dengan budak perempuan. Tapi pelik jugaklah sebab dia boleh tahu nama aku.

"Itu pun kau nak tahu juga ke budak pendek."

Sindir Riyyaz. Haih suka hati mak nenek dia je nak panggil aku budak pendek. Tak tahu lah kenapa hariini banyak masalah yang datang. Pertama aku malas nak berdepan dengan tangisan ibu dan kedua aku jumpa si Riyyaz ni.

"Awak ni kan, saya tanya elok elok."

Hah kan aku dah marah. Siapa kata aku tak berani. Mungkin rasa takut tu adalah sikit, tapi bila dah mamat depan aku ni tayang gelak yang mengejek aku tu, terus aku naik angin. First time aku tengok dia gelak selepas dia berubah tahun lepas. 

"Ish kau ni bisinglah."

Sebatang rokok dikeluarkan oleh Riyyaz dari kotak rokok yang ada dalam poketnya selepas dah sakan gelak kan aku tadi.

"Jangan lah hisap rokok dekat sini."

Marah aku. Aku paling pantang dengan bau asap rokok. Busuk. Tapi si Riyyaz ni tayang muka selamba je. Tangan aku terus menekup hidung agar tidak bau asap rokok yang busuk tu. 

"Lily."

Belum sempat aku nak mengatur langkah pergi, Riyyaz dah panggil nama aku tapi yang aku pelik suara Riyyaz panggil nama aku kelihatan sayu.

"Apa?."

Aku palingkan badan aku menghadap ke arah Riyyaz tapi alangkah terkejutnya apabila aku tengok mamat tu dah duduk dekat tembok. Kalau silap langkah bila bila masa sahaja boleh jatuh. Berani betul mamat ni.

"Eh awak, nak buat apa tu?. Jangan bunuh diri!."

Cepat cepat aku menghalang sebab ni first time aku tengok benda macamni. Aku taknak pula disoal siasat pasal mamat tu jatuh bangunan ni pulak.

"Kenapa?. Aku dah taknak hidup."

Ucap Riyyaz perlahan. Wajah nya dipandang ke bawah. Rokok yang telah dihisap separuh dibuang kebawah. Entah kenapa aku dapat rasakan yang Riyyaz benci hidup yang dia jalani sekarang ni.

"Awak.. Fikir dulu please."

Pujuk Aku. Haih mamat ni kalau ya pun nak bunuh diri jangan depan aku. Gelabah aku dibuatnya.

"Kau ingat aku ada masa nak fikir ke?."

Betul juga apa yang Riyyaz ni cakap, kalau dia ada masa nak fikir pasti dia tak akan buat keputusan yang bodoh macamni. 

"Okay macamni, kalau awak turun saya buat apa je untuk awak."

Pujuk aku lagi. Entah kenapa aku cakap macamtu. Mungkin aku rasa nak bantu dia kot. Tanpa ambil masa yang lama, aku nampak mamat tu perlahan lahan turun. Mungkin ambil serius kata kata aku tadi agaknya. Itu yang buat aku lega, sekurang kurangnya aku dapat hindarkan Riyyaz ni bunuh diri.

"Betul ke?."

Tanya Riyyaz meminta kepastian. Aku mengangguk tanda aku setuju dengan apa yang aku cakap tadi. Haih kenapa dengan mamat tu kau senang je setuju. 

"Aku pegang janji kau."

Ucap Riyyaz lalu mengatur langkah pergi meninggalkan Lily sendirian. Haih dugaan apa pula kali ini. Suka hati dia je, entah masa bila pula aku buat janji. Matanya memandang Riyyaz pergi sehingga bayang lelaki itu menghilang.

EIDLAN RIYYAZWhere stories live. Discover now