BAB 23

1.8K 95 45
                                    

Kalut Dash cari Shaf bila dia celik je mata, Shaf tak ada dalam bilik. Mula-mula dia ingat Shaf jalan-jalan sekitar Istana tapi satu Istana dia tawaf, jangan kata batang hidung bayang pun tak ada. Dah la phone dia tinggal sekali.

"Bonda, Mira mana?"

"Mummy, Mia mana?"

"Anis, Alin, kak long mana?"

"Iz, Su, Mia mana?"

Satu rumah dia tanya.

Okey. Tu propa.

Jawapan diorang satu je. Geleng.

Tengah sibuk duk cari tu, ada seorang mamat ni muncul. Cari bini bhai!

Bagus! Dia ada geng cari bini tak jumpa.

"Dash, jumpa tak?"

Soal Qil yang baru tiba di ruang tamu. Dia pun macam Dash juga, tawaf satu Istana cari bini hilang.

"Tak"

Ni yang susah ni kalau dah dua-dua kembar tu hilang. Kalau hilang salah sorang, boleh tanya. Dah la yang seorang lagi terbongkang lagi dekat bilik. Kejap.

"Qil, aku rasa aku tahu kat mana diorang"

"Tulah. Aku pun rasa macam aku tahu je dimana mereka"

Sokong Qil sebelum dua-dua berlari ke tingkat atas. Bilik Iry dengan Syaza dituju lantas pintu dikuak dengan nafas termegah-megah sebaik sahaja tiba di hadapan bilik Iry.

Cerdik sangat diorang ni. Lif ada, naik tangga. Takut tak sampai kot kalau naik lif.

Dash dan Qil menghembuskan nafas lega sebaik sahaja kelibat bini masing-masing sedang lena di samping Iry.

Iry diapit oleh dua mak buyung manakala Shaf pula sudah sampai ke bulan di sebelah Qira. Yang bergulanya, semua peluk Iry. Aww. So sweet. Siblings goals. Tapi sampai pulak tangan si Shaf  tu nak peluk Iry.

Dash melangkah masuk terlebih dahulu sebab Shaf tak pakai tudung. Syaza tak pe sebab dia memang free hair. Tapi pandai-pandailah jaga Mata tu. Dash je la. Qil tu adik dia.

Tudung sarung milik Shaf yang terletak di kepala katil dicapai lalu disarungkan ke kepala Shaf.

"Kita separuh mati cari... Diorang membuta kat sini rupanya."

Komen Qil. Kepalanya digeleng-geleng. Kepala Qira yang berlapikkan lengan Iry diusap lembut.  Senyum kecil terlakar di bibirnya.

"Kau je yang separuh mati. Aku tak."

Balas Dash. Kedudukan Shaf dikemaskan agar dia selesa. Nasib katil besar. Boleh muat lima orang dewasa dalam satu-satu masa.

Qil mencebik. Poyo! Padahal dia yang macam orang gila cari Shaf tak jumpa tadi. Kalau tak, dia tak sedar yang Qira hilang sebab khusyuk sangat buat kerja.

Iry mencelikkan matanya apabila mendengar seperti orang berbual. Tangan dia rasa kebas gila. Kepala dia pun berat semacam.

Macam mana tak kebas kalau dah tiga orang tidur atas lengan dia?

"Korang buat apa kat sini?"

Soal Iry. Dia nak bangun tapi tak boleh. Badan dia rasa macam kena tindih.

"Eh, Iry. Sorry kitorang kacau kau rehat."

"It's okay. Boleh tolong aku tak?"

Pinta Iry. Qil menjongket kening tak percaya. Iry tak pernah minta tolong, gila nak percaya. Kalau dia minta tolong pun cara setan dia tak boleh nak blah, maksudnya dia main-main. Tapi sekarang ni dia tak main-main dan muka dia pun macam serius je.

Mrs. Danish Mayz[H]Where stories live. Discover now