BAB 7

3.1K 115 6
                                    

Dash tersedar dari lena apabila merasakan dadanya sesak. Dalam keadaan yang masih mengantuk dan mamai, dia gagahkan juga matanya untuk buka walaupun matanya terasa pedih yang amat. Mana tak pedihnya kalau dia dengan Shaf pukul 1 pagi baru lena akibat sesi 'ice breaking' nya bersama Shaf . Lepastu,pukul 2 pagi anak buah dia call, cakap ada orang buat kalau dekat tempat dia dan nak dia jugak yang ada kat situ. Pukul 4 pagi baru dia boleh lena.

Flashback...

Lagu Wolf by EXO beralun di iPhone X milik Dash menyedarkan dirinya yang baru dijemput lena.

Dia menggagau mencari handphone nya dia atas night stand dengan mata terpejam.

"Mayz...budak Ghaf buat kacau."

Ujar anak buahnya sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Assalamualaikum... "

Perli Dash sedas.

"Tak boleh settle sendiri ke? Kacau jer first night aku."

"Dia nak Mayz jugak yang datang... Kalau tak dia tak nak blah…"

"Menyusahkan betul la… tak apa kau tunggu situ. Kejap lagi aku datang... Jangan lupa send location"

"Baik,Mayz..."

"Lagi satu,tiga beruk tu ada kat situ tak?"

"Ada"

"Sial!!! Habis tu tiga beruk buat apa kat situ kalau tu pun tak boleh settle?!"

"Lepak"

"Babi!!!"

Dash bangun lalu menuju ke walk in closet untuk menyalin pakaiannya. Hoodie diambil dan disarung ke tubuhnya. Bermuda ditukar dengan slack hitam. Topi di atas meja solek milik Shaf diambil dan dipakai nya. Wallet dan handphone nya yang berada di situ turut dicapai dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Kunci kereta dicapai sebelum melangkah ke katil.

"Aku nak keluar kejap. Ada hal. Love you,wifey"

Bisik Dash di telinga Shaf yang nyenyak itu. Ubun-ubun dan bibir Shaf dicium sekilas sebelum melangkah turun ke bawah.

Sebaik sahaja kelibat Dash hilang, Shaf membuka matanya. Dia dah lama sedar. Masa Dash bercakap dengan seseorang di handphone lagi dan dia dengar segala perbualan Dash. Namun dia saja pura-pura tidur. Dahi dan bibir yang dicium oleh Dash tadi dia pegang. Terasa seperti berada di awang-awangan. Dia dengar semua yang Dash cakap tadi.  semuanya seperti mimpi.

Dash cintakan aku?
Betul ke?
Ke dia tipu?

Soal Shaf sendirian sebelum kembali merebahkan tubuhnya ke atas tilam dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

Mrs. Danish Mayz[H]Where stories live. Discover now