BAB 10

2.9K 95 3
                                    

Shaf, Qira, Syaza, Putri, Mni dan Lya melangkah masuk ke dalam Sushi King sambil berbual kosong.

Dah si Qira tu ngada-ngada sangat nak makan sushi lah, apa lah bagai.

"Korang macam mana? Okey?"

Soal Risya sebaik sahaja mereka mengambil tempat masing-masing di meja Dan waiter Yang mengagguk pesanan mereka beredar dari meja yang mereka duduki.

"Kitorang Okey jer...ni, anak-anak korang mana? Kenapa tak bawa sekali?"

Jawab Shaf pantas seraya mengalihkan topik perbualan yang dimulakan oleh Risya. Bukan dia tak tahu yang si Risya tu nak korek rahsia dia. Macam mana dia boleh kahwin dengan Dash.

Memang kawan-kawan dia tak tahu pangkal pokok dia boleh kahwin  dengan Dash Dan dia pun malas nak cerita. Free-free kena gelak nanti.

"Aku tinggalkan dekat Ummi... Dia dah rindu sangat dah dengan cucu-cucu dia tu...maklumlah,dah dekat setahun tak jumpa... Budak-budak tu pun tak kisah... Suka lagi adalah...dapat jumpa dengan sepupu-sepupu dia tu..."

Putri orang yang pertama menjawab soalan Shaf sementelah dari tadi dia tidak bersuara.

Yang lain mengagguk faham. Memandangkan Putri sudah tidak mempunyai keluarga. Jadi, dia akan hantar anak-anak nya ke nursery atau tinggalkan di rumah Ummi Niel apabila pulang ke Malaysia atas urusan kerja. Boleh jer kalau dia nak tinggalkan dekat Ummi Niel selalu. Tapi dia tak sanggup nak susahkan Ummi Niel memandangkan Ummi Niel pun tak sihat sangat sejak dua tiga tahun ni.

Putri bukan tak ada keluarga langsung dekat dunia ni. Ada jer bapa saudara dia yang nakkan pangkat Yakuza dia sekarang dan dia pun tak la berkira sangat kalau Pak Su  dia nak ambil alih kumpulan tersebut. Tapi, Pak Su dia nakkan kumpulan tu untuk senangkan urusan import export dadah di Jepun dan dia tak akan benarkan perkara tersebut berlaku. Lagipun, Papa dia pernah pesan dekat dia dan abangnya supaya jangan sesekali serahkan Eve Dassy dekat Pak Su.

'By hook or by crook,don't ever give him to take over Eve Dassy no matter what'

Itulah kata-kata Papa Putri sebelum terlibat dalam kemalangan yang telah dirancang dengan teliti oleh seseorang dan Putri tak bodoh sampai tak tahu yang Pak Su dia rancang kemalangan tersebut untuk dapatkan pangkat Eve Dassy memandangkan sebelum ni, pewaris perempuan tidak layak jadi ketua.

Tapi bapa saudara Putri tidak tahu yang papanya telah menukar peraturan tersebut sebulan sebelum berlakunya kemalangan.

Papa Putri  seolah-olah tahu yang dia dan abangnya Putri akan terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa mereka.

"Bila last kau balik sini sebenarnya sampai dekat setahun kau cakap  Ummi tak jumpa cucu-cucu dia?"

Soal Shaf pelik. Setahu dia, Putri akan pulang ke Malaysia bersama dengan Niel dan anak-anak nya sebulan sekali untuk melawat keluarga Niel dan kenalan mereka di Malaysia.

"Kitorang selalu jer balik sini...but, we took between 24 hours flight...so, we just left our children with babysitter... Lagipun kitorang sibuk... Kalau Hay dengan  Yanis balik sini pun, belum tentu kitorang dapat pergi rumah Ummi. Tu yang kitorang decide nak tinggalkan jer dekat babysitter... Mula-mula tu Niel tak setuju sebab takut Hay dengan Yanis kena dera... Ye lah, babysitter  zaman sekarang kan? Tapi Aku suggest suruh dia letakkan CCTV dekat pelusuk rumah and kitorang boleh pantau dari jauh... Tak sangka pulak dia buat betul-betul.  Tapi bagus jugak... tak adalah aku macam cacing kepanasan dalam meeting risaukan anak-anak aku... Alhamdulillah... Setakat ni tak ada lagi lebam-lebam kat badan Hay dengan Yanis..."

Mrs. Danish Mayz[H]Where stories live. Discover now