BAB 22

1.7K 93 50
                                    

 
Selesai sahaja solat subuh tadi, Shaf terus ke dapur selepas membersihkan badan, tak sempat nak rehat. Tujuan dia hanya satu. Masak. Dash ada memberitahunya bahawa bibik tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke dapur kecuali kalau nak isi perut. Kemas dapur pun tak boleh. Ini bermakna yang segala hal-hal yang berkaitan dengan dapur diuruskan sendiri oleh Datin Sri Sharifah Florida.

Shaf hanya mengenakan t-shirt belang-belang bersama tracksuit. Tudung sarung biru tua menjadi pilihannya.

"Bonda buat apa tu?"

Soal Shaf sebaik sahaja terlihat kelibat bonda di sinki. Tak lupa juga pakej senyuman menantu mithali

Bluerk! Nak muntah. Menantu mithali la sangat. Menantu hantu lepasni.

"Bonda nak masak nasi lemak. Anis dengan Alin teringin nak makan nasi lemak katanya."

Balas Datin Sri Sharifah Florida. Tangannya masih ligat membersihkan beras untuk ditanak.

"Mira tolong boleh?"

"Mira pandai buat sambal?"

"Bonda nak buat sambal apa?"

"Anis dengan Alin suka sambal ikan bilis... Tapi Danish dengan Darwish suka sambal sotong. Hmmm... Mira buat sambal ikan bilis dengan sambal sotong. Boleh?"

Sempat lagi Datin Sri Sharifah Florida berkira-kira sendiri sebelum memberi jawapan. Shaf hanya mengangguk sebelum bergerak ke arah peti sejuk. Sotong dikeluarkan setelah beberapa saat mencari. Yelah, tu bukan rumah dia yang semua barang dia tahu dekat mana.

"Bonda, ikan bilis mana?"

Soal Shaf tanpa memandang Datin Sri Sharifah Florida. Bukan kurang ajar tapi dia Dari tadi cari ikan bilis tak jumpa-jumpa.

"Sini sayang... Bonda dah keluarkan"

Jawab Datin Sri Sharifah Florida sambil jarinya menunjukkan ke arah bungkusan ikan bilis yang berada di tepi singki.

"Amboi! Apa yang bersayang-sayang ni?"

Sampuk seseorang yang baru muncul di dapur.

"Mummy! Terkejut adik tahu tak? Nasib adik tak ada sakit jantung... Kalau tak, mummy tak sempat nak merasa dapat cucu dari adik"

Bebel Shaf. Tapi laju je tangan dia capai kerusi.

"Mummy duduk sini"

Arah Shaf lalu menarik perlahan tangan Datin Sharifah. Datin Sharifah hanya menurut.

"Mummy dah makan ubat?"

Soal Shaf sebaik sahaja Datin Sharifah melabuhkan duduk di kerusi.

"Dah. Adik buat apa ni?"

"Adik nak buat sambal sotong dengan sambal ikan bilis. Bonda nak buat nasi lemak."

"Tapi adik tak makan ikan bilis..."

"Sambal sotong kan ada? Tak apa, adik bukan tak makan lansung ikan bilis... Cuma adik memilih je."

Potong Shaf. Tapi betul. Dia bukan tak makan lansung ikan bilis cuma dia hanya makan ikan bilis yang sudah dibelah.

"Laa... Kenapa tak cakap yang Mira tak makan sambal ikan bilis? Kalau tak, boleh masak lain."

"Eh, tak apa bonda... Mira makan je. Lagipun kesian Anis dengan Alin."

"Ni apa ni? Sebut-sebut nama orang?"

Sampuk An yang baru tiba di dapur bersama Am.

'kuk!kuk!'

Mrs. Danish Mayz[H]Where stories live. Discover now