BAB 32

176 13 1
                                    


Shaf yang sedang mengacau air di dalam jag tersentak kecil apabila terasa
sesuatu yang menjalar di pinggangnya. Bau wangian yang sangat sinonim dengan hidungnya membuatkan Shaf melakar senyum.

" Nish... "

Seru Shaf meleret. Tangannya naik menindih lengan sasa Dash yang melingkari pinggangnya sebelum melonggarkan pelukan Dash padanya.

"Nasib Mia tak karate tau."

Marah Shaf. Bukan marah betul pun, marah manja-manja je. Dash tak membalas malah menarik pinggang Shaf agar merapat padanya pantas tangan Shaf naik merangkul leher Dash.

"Berani ke?"

Soal Dash sarkastik seolah-olah mencabar Shaf.

"Berani je..."

Jawab Shaf perlahan dengan kepala menunduk memandang dada Dash. Dash handsome sangat sampai rama-rama dalam perut dia mengepak riuh apabila memandang wajah maskulin Dash.

"Nish buat apa kat sini?"

Soal Shaf apabila menyedari Dash semakin menarik dia ke dalam pelukannya. Dash tak sedar ke yang mereka masih berada di dapur dan bukannya di dalam kamar beradu mereka?

"Kau buat air lama sangat...yang lain semua dah tunggu kau."

Ujar Dash sambil matanya masih tak lepas memandang wajah putih mulus milik Shaf.  Dia rasa macam dah jatuh teruk dalam lautan cinta Shaf tanpa dia sedari.

Malam ni mereka mengadakan BBQ di istana dimana semua kaum kerabat diraja terdekat berkumpul. Selepas seminggu kejadian 'larikan diri' tersebut, mereka kembali ke istana apabila bonda Dash menyatakan bahawa datuknya telah pulang ke Itali.

Shaf menawarkan diri untuk membancuh air namun setelah 15 minit, kalibat Shaf masih tidak muncul jadi Dash buat keputusan untuk melihat keadaan Shaf di dapur.

Dashaf yang sedang bergurau senda di sofa ruang tamu terhenti apabila bonda dan mummy mereka mengambil tempat di hadapan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dashaf yang sedang bergurau senda di sofa ruang tamu terhenti apabila bonda dan mummy mereka mengambil tempat di hadapan mereka. Dashaf tersengih kekok ke arah mereka.

"Korang nampak rapat dan selesa walaupun baru kahwin..." Ujar Datin Sharifah sambil tersenyum. Nampaknya lepasni dia dah tak payah risau nak tinggalkan anak gadis bongsunya itu kerana dia yakin Mayz mampu menjaga anak bongsunya itu dengan baik sebagaimana arwah suaminya menjaga anak bongsu mereka ini. Puan Sri mengangguk menyetujui besannya.

"Maybe sebab kitorang dah kenal lama kot...tu yang cepat selesa even baru je kahwin." Balas Dash seraya tersengih kecil. Kepalanya di kalih ke tepi memandang Shaf dengan kening terjongket sebelah.

"Nampaknya keputusan mummy dan bonda untuk satukan  Mayz dengan Myra adalah keputusan yang tepat." Tambah Datin Sri Sharifah Florida Amalyn pula.

Tenang hati dia melihat senyuman manis yang terlakar di bibir anaknya, Danish kerana dalam ramai-ramai anaknya Danishlah yang paling pendiam dan paling susah untuk senyum. Tetapi apabila bersama Myra, dia nampak perbezaan yang ketara dalam diri anaknya terutamanya layanan anaknya terhadap Myra. Seribu kesyukuran dia panjatkan terhadap Ilahi.

Mrs. Danish Mayz[H]Where stories live. Discover now