BAB 29

1K 89 49
                                    


Shaf menghela nafas lega apabila masalah di hospital telah selesai. Ops! Silap. Belum selesai lagi, ada sesuatu yang belum dia lakukan lagi. Mengingatkan hal itu,bibir Shaf melorek senyum sinis plus nakal. Dah lama rasanya dia tak jadi badgirl. Tak salah rasanya sekali-sekala dia jadi badgirl. Tak syiok la jadi goodgirl je, nak juga dia jadi Mrs. Devil. Hahaha.

Dia sangat berterima kasih kepada Tini yang mendapatkan bukti dengan cepat dan Dash yang mencari dalang sebenar kes ni. Perkara yang mengambil masa berbulan-bulan selesai dalam masa tiga hari dengan pertolongan Dash dan Tini. Huhuhu. Thanks to my hubby. Nanti kena bagi reward dekat dia.

"Happy?"

Soal Dash yang baru keluar dari bilik air. Shaf yang berbaring senang diatas katil didekati sebelum sehelai tuala kecil dihulurkan kepada Shaf untuk mengelap rambutnya yang basah setelah selesai mandi.

Shaf mengangguk sambil tersenyum lebar. Kaki digedikkan menendang katil,sesekali badannya digolekkan tanda gembira. Dash menggeleng kepala melihat kelakuan Shaf.

Puas berguling, huluran tuala dari Dash disambut. Bibirnya masih lagi mengukir senyuman kepuasan. Shaf duduk bersila di belakang Dash lalu rambut Dash yang masih basah dilap cermat. Keadaan Dash yang hanya bertuala paras pinggang diabaikan walaupun muka dia dah merah menahan malu. Asal la laki dia hot sangat? I cannot!

"Nish...Mia ada hadiah untuk Nish... malam nanti Mia kasi. But now..."

Seru Shaf meleret. Rambut Dash yang separa kering dibiarkan dulu. Tengkuk Dash dipaut dari berlakang sebelum dia bergantung macam koala pada Dash dari belakang. Dash memandang Shaf yang tersengih-sengih macam kambing wangi dengan kening terjongket. Lama Dash memandang Shaf yang tenung dia macam nak makan sebelum

chup!

Pipi Dash dicium oleh Shaf pantas lalu dia melompat turun dari katil dan tersenyum kerang. Kedudukan dia semeter jauh dari Dash. Dia bukan apa,cuma sebagai langkah pertahanan. Maklumlah,kepala otak putera mahkota seorang ni bukan boleh buat main. Ada je akal dia nak kenakan orang.

Dash merenung Shaf dalam. Budak ni ada je otak dia. Nasib bini, kalau tak dah lama masuk kubur. Shaf ketawa kuat bila muka Dash dah merah dengan telinga sekali merah. Nampak tak Dash dah malu. Hahaha.

Shaf mencicit lari bila nampak Dash dah ada ura-ura nak kejar dia. Sebabtu dia awal-awal dah duduk jauh dari Dash. Tapi Shaf lupa satu perkara, Tengku Danish merupakan seorang atlet lumba lari yang menjadi juara tiga kali berturut-turut semasa pertandingan peringkat antarabangsa.

"You better stop, Mia...if I get you, you'll regret..."

Ugut Dash yang masih mengejar Shaf tapi Shaf buat tak layan. Puas main kejar-kejar dekat dapur, ruang tamu disepahkan. Dah macam kena langgar garuda dah ruang tamu tu. Para bibik pula pasrah bila mereka kena kemas balik ruang tamu kejap lagi angkara dua orang kanak-kanak ribena yang terlepas dari zoo. Penat keliling sofa, meja pula mereka keliling. Harap tak pecah meja kaca tu kalau diorang lompat atas meja. Nasibla Dash dah tukar Bermuda tadi. Kalau tak, korang bayangkanlah kalau Dash lari dengan tuala.

Bibik-bibik dan pekebun tak dapat menahan ketawa apabila akhirnya dua-dua masuk kolam.

"Nish!!!"

Jerit Shaf geram bila Dash tarik dia masuk kolam. Asalnya dia yang nak tolak Dash masuk kolam tapi Dash pergi heret dia sekali. Tak guna betul!

"What? It's fair and square right? Kau tolak aku...aku tarik kau."

Aura sinis Dash dah keluar. Dah la tak pakai baju. Tak malu ke? Shaf pula yang malu sekarang ni sebab laki dia hot and spicy sangat. Sabar je lah.

Mrs. Danish Mayz[H]Where stories live. Discover now