BAB 15

2.5K 115 27
                                    

Sang gadis yang sudah tersedar dari mimpi indahnya perlahan-lahan mencelikkan matanya. Suasana asing menyapa retina mata yang agak kabur kesan daripada peraduannya. Diamati keadaan sekeliling bagi menggamit memori sebelum sang gadis diulit mimpi. Ruangan ini sangat asing baginya. Suara garau seseorang memecahkan lamunannya. Pantas dia berpaling ke arah suara itu.

Cliche sangat. Huh!

"Hey,dah bangun?"

Nak ke dia jawab,

'tak lah...baru nak basuh kereta...tak nampak ke?'

Shaf tidak menjawab soalan Dash sebaliknya tubuhnya yang terbaring itu diangkat menyandar di kepala katil. Tangan naik meraup wajah yang sekaligus membetulkan rambutnya yang dah macam mak ponti. Baru dia perasan yang tudung dia hilang entah kemana. Superman ambil buat terbang kot?

"Where are we?"

Soal Shaf sambil matanya melilau sekeliling bilik itu. Bilik yang sangat mewah itu. Ruang beradu yang luas, mewah dan moden itu diperhati penuh minat. Bilik tersebut dua kali ganda lebih besar dari bilik Shaf di Northem Villa.

"Palacio de Zarzuala"

Shaf hanya diam menghadam jawapan Shaf. Bukan sebab dia tak faham bahasa Spanish tapi ada benda lain yang bermain di fikirannya. Seketika kemudian, pandangan penuh tanda tanya Shaf lemparkan kepada Dash. Pandangan itu pandangan meminta penjelasan daripada lelaki tersebut. Dash faham sangat akan pandangan itu. Tersangatlah faham! Dan Shaf tak akan duduk diam selagi dia tak dapat jawapan.

Dash mengeluh perlahan. Dia tahu yang masa itu akan tiba jua tidak kira seberapa banyak pun dia cuba elak tapi masa tu tetap akan datang. Masa dimana dia perlu bongkarkan identiti sebenar dia pada orang yang dia sayang. Kalau dulu dia hilang kawan disebabkan perkara ni dan sekarang dia tak nak hilang isteri dia untuk perkara yang sama.

Memang nampak senang di mata untuk mendedahkan siapa diri kita yang sebenar tapi untuk sesiapa yang menghadapinya,ia sangat berat. Perlu kuat mental fizilal untuk memghadapi reaksi orang sekeliling.

Sekarang dia perlu kentalkan hati dan kuatkan semangat untuk melihat reaksi Shaf tapi dia yakin yang Shaf akan faham dengan situasi dia kerana Shaf pun menghadapi situasi yang sama.

Dia tahu. Kebenaran memang pahit tapi, menafikan kebenaran lagi pahit kerana kita akan menjadi seorang yang hipokrit kesan kebenaran yang kita sembunyikan. Walaupun situasi Dash agak berbeza namun kenyataannya tetap sama. Kebenaran. Ungkaplah kebanaran selagi boleh kerana andai kata suatu hari nanti, kita tidak berpeluang untuk mengungkapkan kebenaran itu. sekurang-kurangnya kita terlepas dari salah satu kebenaran yang pahit.

Tak semua kebenaran pahit. Ada je kebenaran yang manis tetapi ketakutan seseorang untuk mengungkap kebenaran itu menjadikan suatu kebenaran itu pahit. Apabila kita takut untuk menyatakan kebenaran, hanya ingat satu. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Rungkaikanlah kebenaran andai kata suatu hari nanti kita berpeluang merungkaikan kebenaran. Manislanlah kebenaran yang pahit. insya-Allah kita akan tenang.

Cepat atau lambat, Shaf pasti akan menerima keadaan dia kerana dia.

Dia bukan sahaja pemilik NX Airlines,

Bukan sahaja pengarah NX Hotel,

Bukan sahaja CEO NX Holdings,

Bukan sahaja ketua mafia,

Tapi dia juga

Dia juga seorang Putera Mahkota.

Putera Mahkota Sepanyol.

Pewaris takhta kerajaan Sepanyol.

Kedudukannya adalah yang tertinggi dalam hieraki kerajaan Sepanyol.

Mrs. Danish Mayz[H]Where stories live. Discover now