Part 33

2.9K 107 16
                                    

    CINCIN di tangan aku belek. Cantik. Berkilau. Pasti mahal harganya. Sesekali senyuman terkuntum di bibir. Aku sudah menjadi tunang orang. Lagi seminggu, tamatlah benar-benar zaman bujang aku.

   Tak boleh bangun lambat dah. Tak boleh bersepah bilik dengan baju yang tak nak dipakai. Selendang dan tudung bawal tak boleh letak merata-rata lagi. Katil harus dikemaskan setiap bangun pagi.

   Banyak aku kena berubah. Tapi, kalau aku masih sama macam dulu.. adakah dia masih nak terima aku? Aku pelik. Peliknya sampailah hari ini. Dia pinang aku macam dia kenal aku luar dalam. Dia ingat aku ni baik sangat ke?

   Muka pun tak nampak.

   Cincin tunang tersemat di jari. Penyarungnya wanita tua di hadapanku. Nenek kepada tunang aku katanya. Setahu aku memanglah dia ada ibu namun entahlah.

   Tak pasang khemah satu pun. Memang dibuat di rumah. Pelamin kecil. Ibarat berkahwin sorang-sorang. Pancaran cahaya dari kamera menyukarkan pandanganku melihat siapa saja tetamu yang hadir.

   Sudah penat juga mulut menguntum senyuman. Baru bertunang namun tiap satu saudara-maraku yang sempat hadir mahu bergambar sama. Jurukamera iaitu sepupu lelakiku sendiri juga asyik menyuruh-nyuruh berposing bagai.

   Tidakkah dia tahu aku sangat rimas akan itu? Berbalik kepada tetamu. Saudara-mara si lelaki dan pihak aku sendiri sahaja. Sebelah malam ada doa selamat. Kosong. Kenapa tak ada satu pun lelaki datang dekat kat aku ni?

   Takkanlah tunang aku yang sah tu tak datang? Eh aku belum lihat siapa muka dia lagi tau. Geram betul! Rasa macam nak tumbuk tembok dekat luar tu saja. Aku terpandang di balik dinding. Gadis yang tinggi lampai namun semestinya aku lagi tinggi.

   Tak salah aku, ini adik sepupu. Aku memanggilnya. "Buat apa tu?"

   "Em.. nak ambil gambar sama-sama boleh tak?" Katanya. Lembut. Mungkin masih bersekolah budak ni.

   Aku tersenyum. Oh mesti malu dia ni. Aku memanggil Khaisara untuk menangkap gambar kami berdua. Mulanya Khaisara buat mulut la apa semua tapi disebabkan aku ni 'pengantin' tak rasmi dia turutkan juga.

   Dia tersenyum gembira. Lalu, aku menjerit memanggil Apan, sepupu lelakiku a.k.a photographer tidak bertauliah. "Weh tangkap gambar kita orang dua kali,"

   Apan mengangguk dan mengiakan. Budak tu malu-malu dan dia senyum juga pada akhirnya. "Terima kasih kak. Seriously akak cantik sangat. Beruntung tunang akak tu."

   Aku hanya membalas dengan senyuman paling tipis. Dik, tunang akak siapa pun akak tak tahu siapa. Lagi nak rasa dia beruntung ke tidak? Aku kembali duduk atas pelamin sorang-sorang itu.

   Zap! Kena tepat muka Rafie. Eh? Kenapa dia ada kat sini pula? Macam pelik saja. Dia masuk sekejap untuk salam ibu bapa aku. Selepas itu keluar macam tiada apa yang berlaku.

   Ke aku yang salah pandang? Em ya kot. Aku menjungkit bahu. Satu keluhan dilepas dari mulut. Untung saja tiada siapa yang melihat. Yalah kalau majlis macam ni kan suka sangat ambil gambar secara candid. Takut muka aku buruk je time ni.

   Aku dah betunang!

   "Assalamualaikum,"

   Aku mengangkat muka. Mula-mula aku buat muka eee-apa-hal-dia-ni-datang. Tapi, dengan muka tak malu dia duduk di hadapan aku terus aku buat muka normal. Ah, tak tau malu betul.

   Siap tersenyum-senyum untuk beberapa saat dan dia mula memanggil pelayan. Spaghetti engkau. Hm ingat tak layan makanan macam tu.

   Aku menolehkan kepala ke kiri dan ke kanan, kadang di belakang juga. Mencari tempat duduk. Memang boleh tahan ramainya pelanggan di sini, tapi masih ada saja tempat duduk yang kosong. Itu! Itu kosong. Baru bangun orang tu. Jadi kenapa di sini juga nak menyempit?

Kerana kauWhere stories live. Discover now